The Kop - Stadium Anfield

HARI KETIGA

22hb Disember 2019, Ahad

Hampir jam 7.30 pagi kami turun untuk sarapan. Tapi tak siap lagi, jam 8 pagi baru buka sebab hari Ahad buka lambat sedikit. Jadi swafoto dulu di luar hotel.

Untuk sarapan macam-macam ada, tapi jenis sarapan ala Baratlah. Tak adalah nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, soto. Yang ada scramble egg, hushbrown, hotdog, berbagai jenis roti dan beberapa lagi. Yang menarik ialah ada mesin kopi. Boleh tekan nak apa, espresso, latte, macam-macam lagi lah.
The R Bar & Brasserie


Kalau ada mesin kopi ini kat rumah, bahagia. Mocca, capucino, cokelat, espreso semua ada. Tekan saja.

Boleh tangok-tengok saja.

Kebanyakan tengok sahaja, tak berani nak makan, cuma ambil roti bakar bersama butter dan madu. Tapi tiba-tiba rasa sedap, macam lepas ni balik nak makan macam tu saja.
Sebuah MPV Volkswagen dan Mercedes manjadi pengangkutan kami di sini.

Seusai sarapan pakat gegas keluar. Walau aku tak minat bola tapi abang-abang ipar dan anak-anak penakan memang gila bola. Apa pun kalau dah ada di Liverpool maka wajib ke Stadium Anfield yang menempatkan Pasukan Bolasepak Liverpool. Macam dulu-dulu jika sampai KL kalau tak ke Tugu Negara dan Bangunan Parlimen maka tak sampai lagilah KL kan kan kan. Kita ke Stadium Anfield dulu. Dalam 10 pagi sampai ke stadium. Stadium ini dikelilingi kawasan perumahan.
Posing dulu sebelah parking stadium.

Anfield Stadium Liverpool.

Bersama konti broadcasting.
Anfield Forever Stones. Blok-blok batu granite yang dibeli oleh peminat yang diukir dengan tulisan dan pesanan diletakakn di kaki lima stadium. Peminat tegar boleh buat, bukan percuma oooo.

Batu pertingatan memperingati kematian 96 orang peminat Liverpool ketika perlawanan Liverpool FC dengan Nottingham Forest di Hillsborough Stadium pada 15 April 1989.

Aku bersama pengasas Liverpool FC,  John Houlding.
Nak melawat stadium ini bukan percuma, berbayar dan ada waktu lawatannya. Jadi terus ke kaunter tiket. Selepas bayar, pengunjung diberi gelang kertas sebagai pas masuk. Sebelum lawatan bermula, pengunjung diberikan multimedia audio headset untuk mendengar maklumat berkenaan stadium - bahasa Melayu atau Indonesia pun ada.


Dibekalkan dengan multimedia head set. Bolehlah layan maklumat stadium.
Disediakan tour guide yang akan mengiringi disekitar stadium sambil memberi penerangan. Jadi bermulalah lawatan sambil belajar dalam Stadium Anfield. Layan gambar di bawah.
Pengunjung di beri penerangan oleh tour guide sebelum dibawa melawat stadium.


Dari tingkat atas dapat dilihat stadium dikelilingi oleh rumah penduduk.


Pemandangan Stadium Anfield dari tempat duduk penonton tingkat atas. 
Stadium Andfield miliki 54,074 tempat duduk merupakan stadium ketujuh terbesar di England. Mulanya menjadi rumah kepada Everton FC dari tahun 1884 - 1892. Dari tahun 1892 hingga sekarang menjadi rumah kepada Liverpool FC.


Press Room, bilik dimana temubual atau maklumat-maklumat diberikan kepada pemberita.

Bilik persalinan pasukan pelawat. Memang tak menarik.
Ini dia Bilik Persalinan Pemain Liverpool. Baru ada semangat.


Akhir sekali dibawa melalui lorong laluan keluar masuk pemain ketika ada perlawanan. Bolehlah bayangkan sorakan ketika pemain keluar. Dapatlah melihat padang secara dekat.

Laluan keluar masuk pemain. 


Pemandangan stadium dari tingkat bawah.

Gelang kertas yang diberikan selepas beli tiket. Boleh digunakan untuk memasuki stadium dan juga muzium.

Lawatan dalam stadium mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja. Tamat sahaja lawatan, earphone yang digunakan boleh bawa balik sebagai cenderamata (dah sumbat dalam telinga, tak kan nak ambil balik).

Yang terakhir ialah kedai cendera mata. Disini berbagai barangan Liverpool FC ada. Yang menjadi peminat sehidup semati boleh rambang mata. Dari sekecil-kecil benda seperti fridge magnet sampai ke pakaian sukan original dan ada yang mempunyai tandatangan dijual. Pengunjung juga boleh menempah nama atau cop nama sendiri atas baju yang dibeli.












Disebelah Stadium ada sebuah muzium, bolehlah melawat. Diletakkan maklumat pemain, jurulatih dari mula-mula di tubuhkan, piala kemenangan, pakaian-pakaian pemain dan lain-lain.

Bill Shankly - Pengurus Pasukan Liver Pool yang menaikkan pasukan dari divisuion kedua ke division pertama. 

Muzium Liverpool FC













Pintu untk memasuki stadium dulu-dulu.
Habis melawat Stadium Anfield jam menunjukkan pukul 12 lebih. Kami terus ke Manchester, qada kisah semalam yang tak kesampaian. Kita ke Stadium Old Trafford, satu lagi stadium yang menjadi rumah kepada pasukan pooojaaan rakyat Malaysia juga, Manchester United. Kali ini mesti kena jadi.

Bersambung...

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

1 comment:

  1. gambar yang bagus. dan maklumat yang diberikan begitu baik.benar blog.

    lawati laman web ini tirenavi.jp

    ReplyDelete