Sirajudeen Nasi Kandar - Jalan Transfer

Dah menyantap di beberapa kedai di Kamunting dan Taiping kini kita kembali ke Pulau Pinang Pulau Mutiara. Kita boh pantun sikit.

Jumpa hidung mancung,
Bukan pelancong,
Combi Anak Tanjung ,
Anak Mami dok Jelutong.
(petikan lagu)

Kali ni kita jalan-jalan cari makan di Tanjung. Saa kata di Tanjung makan Nasi Kandarlah jawabnya. Tempat ni terkenal dikalangan warga Penang dan sedikit sedikit orang luar. Jadi tak berapa nak beratur panjang. Tapi buka bisher-biasherr (aduhhhh terlekat dari BOSSKU) sebab nasi kandar ini sekejap saja habis. Seawal jam 7 pagi dah di buka dan dalam jam 11 pagi kalau bernasib baik adalah lagi kalau tidak, boleh tolong angkat periuk ja lah.
Sirajudeen Nasi Kandar menumpang di Toon Leong Coffee Shop.
Kali ini kita terjah Nasi Kandar Sirajudeen. Nasi kandar ini buka awal pagi. Peminatnya pun bukan saja bangsa Melayu malah bangsa Cina dan India pun turut sama memeriahkannya. Orang lain sarapan dengan kuih, roti canai, bihun, nasi lemak tapi disini kita sarapan dengan nasi kandar.
Pengunjung beratur menunggu giliran.

Nasi Kandar Sirajudeen ini kalau dilihat tak adalah papan tanda kedai yang besar sebab ia menumpang di sudut hati sahaja - Pengaruh drama la pula. Ia menumpang di kedai kopi cina di hujung simpang bertentangan stesyen minyak Caltex, Toon Leong Coffee Shop. Kedai kopi ini menyediakan minuman. Jadi jika makan disini air disediakan oleh Toon Leong.

Kalau berada di Toon Leong Coffee shop ini terasa kita telah balik ke zaman 70'an. Dengan suasana kedai dan juga meja dan kerusi lama yang masih digunakan lagi. Berbagai bangsa dapat berada di satu tempat yang sama dan berbual dan bergurau. Nostalgia betul kedai ni.



Toon Leong Coffee Shop masih mengekalkan kerusi dan meja kayu lama disini.

Disini tak ada roti canai atau capati atau apa-apa menu mamak, jangan dok minta. Cuma ada Nasi Kandar dan Toon Leong menyediakan air dan roti bakar. Lauk yang disediakan boleh kata setiap hari sama dan tak banyak pilihan. Yang ada ialah kari ikan, ayam, telur ikan, ayam goreng, ikan goreng, daging masak hitam, sotong, telur rebus dan goreng dan sayur lebih kurang macam tu lah.
Kuah campur jangan lupa.

Antara hidangan yang ada disini. Kari ikan keli menjadi tarikan istimewa..
Yang istimewa disini ialah kari ikan keli. Jarang kedai mamak sediakan ikan keli. Tapi disini kari keli antara yang menjadi pilihan istimewa - macam mana rasanya aku tak pasti sebab aku tak berapa dengan ikan keli.
Telur ikan dan kambing.

Boleh tahan sedap nasi kandar disini, walau menu tak banyak tapi dengan kuah campur memang boleh ulang lagi. Kuah campur disini tak berapa pedas.
Tuu dia ayam goreng, telur rebus dan bendi dan jangan lupa kuah campur. Gabunagn terbaik. Aku beli bungkus ja.

Tokey Nasi Kandar Sirajudeen ini merupakan adik beradik dengan tokey Nasi Kandar Deen Maju Jalan Gurdwara dan juga Nasi Kandar Beratur Jalan Masjid Kapitan Keling. Pandai mereka bahagi. Sirajudeen buka pagi, Deen Maju buka tengahari dan Nasi Kandar Beratur buka malam. Siang malam nasi kandar, balik boleh tersandar.

Kepada yang hendak menjamu selera disini. Dibawah aku letakkan maklumat:

Alamat:
Sirajudeen Nasi Kandar
(Toon Leong Coffee Shop)
84, Jalan Transfer,  Pulau Pinang

Waktu operasi:
Buka Isnin hingga Sabtu dari jam 7.00 pagi hingg 12.00 tengahari.
Tutup hari Ahad.

Lokasi GPS dan Google Map:

5°25'17.3"N 100°19'51.0"E
5.421478, 100.330834



No comments:

Post a Comment