Posts

Showing posts from December, 2012

Sabah : Perjalanan Pergi

Image
[ 2hb Disember 2012, Ahad ]

Ini merupakan percutian keluarga belah isteri aku ke Sabah pada 2 Disember 2012. Perjalanan bermula dengan bertolak ke KLIA. Hampir jam 9 malam kami telah berkumpul di KLIA untuk penerbangan jam 10 malam.

Penerbangan lewat sikit, hampir jam 11 baru berlepas. Tempat duduk boleh kata penuh, mungkin perwakilan UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO balik kampung masing-masing selepas berkampung di PWTC selama 4 hari.
Ketika penerbangan semua OK kecuali sikecil Nur Fatini tak boleh dok diam, teriak jaa. Jenuh pujuk tak boleh-boleh. Sampai ada penumpang yang beri minyak angin suruh sapu kat perut, mungkin kembung ( terima kasih kepada yang membantu ). Tukar pempes. Tapi tak OK gak. Mungkin telinga rasa berdengung dan sakit akibat ketinggian.
Hampir jam 2 pagi kami sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Penerbangan ambil masa lebih kurang 3 jam. Sampai ja Nur fatini OK. Gayat kot.
Van yang akan menjadi kederaan kami selama berada di Saba…

Galaksi Puteri Bola-bola : Pengisian Tengahari

Image
Walau dah berkali-kali makan kat sini tapi baru kali nie bawa kemera. Jadi baru boleh tulis. Sebab apa dah berkali-kali makan kat sini? Tak tau ka? Tentulah sedap.

Dulu aku ada tulis makan kat tempat nie, tapi masa tu waktu malam. Malam tempat nie menyediakankan makan goreng-goreng, ala-thai dan western. Nak tau lawat sini. Kali nie aku datang siang pula untuk makan tengahari. Siang menu bertukar ke ala-kampung.
Macam-macam menu ada, gulai, kari, asam pedas, masak cabai, ayam/ikan goreng, bakar, sup, ulam, sambal, air asam dan macam-macam lagilah. Dengan kata mudah banyak pilihanlah.

Yang boleh kata pasti, setiap kali datang kat sini mesti ambil daging bakar, air asam dan sup daging. Daging bakar, boleh kata lembut juga tapi yang mabeles rasa rempahnya memang terbaik.
Sup daging pula yang syoknya dalam sup ada tulang dan juga urat. Aku kalau sup setakat ada daging ja, tak boleh pi. Dia kena ada daging urat dengan lemak dan tulang baru mabeles. Memang kena dengan selera aku.
Parking …

Dah Terasa Kehangatan Ke Sekolah 2013

Image
Persiapan untuk kembali kesekolah 2013 dah terasa. Tadi ke kedai buku sekolah SK Bertam Perdana, alhamdulillah cara penjualan buku telah di buat perubahan. Boleh kata semua buku ada dan pantas.

Tahun nie buku-buku sekolah yang perlu dibeli telah di bungkus dalam beg plastik mengikut tahun. Mudah, beritahu tahun apa, nahhh ambik kau sebeg dan nahhh ambik kau duit. Tak macam dulu..... ishhh.... tak perlulah di ulang lagi.

Terima kasih kepada pengurusan sekolah SK Bertam Perdana dan juga kedai buku yang telah membuat perubahan untuk memudahkan ibu bapa.

Masjid Abdullah Fahim : Forum Perdana Ehwal Islam

Image
Forum Perdana Ehwal Islam
Maklumat :

Forum Perdana di Masjid Abdullah Fahim
Tajuk: "73 Jalan" Sesat? Kafir? Selamat?
Panel:
           1) PM Dr Abdul Aziz Habafi, Dekan Kuliah Syariah KUIN
           2) Tn Syeikh Fisol B. Hj Omar, Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu
Moderator :
           Ustaz Khairul Anuar B. Hj Musa, Pengetua SABK Al-Khariah Pokok Sena

Tarikh: 22 disember 2012 (Sabtu) - Selepas solat Isyak

Diperpanjangkan dari : http://masjidabdullahfahim.blogspot.com/

Siti Sarah : Selamat Hari Jadi Ke-10M

Image
Selamat Hari Jadi untuk anak aku Siti Sarah yang ke 10M.

Aku cut paste ayat dari FB ibunya:

Alhamdulillah....hari niee genap 10 tahun umur kakak Siti Sarah...semoga kakak semakin tabah dan matang dalam menempuh dugaan dan cabaran yang bakal kakak tempuhi tahun depan dalam pembelajaran dan kehidupan....doa ibu sentiasa buat kakak sampai akhir hayat ibu...tak pernah putus dan tak pernah kurang....perbaiki segala kekurangan yang ada semoga kehidupan kakak sentiasa di berkatiNYA....aminn..
Ayah pun doakan begitu juga.

Masjid Abdullah Fahim : Majlis Lantunan Mahabbah 2

Image
MASJID ABDULLAH FAHIM BERSAMA PAKSI DAN JABATAN MUFTI PULAU PINANG AKAN MENGANJURKAN PROGRAM LANTUNAN MAHABBAH SEPERTI DI POSTER DI BAWAH. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI.

Lantunan Mahabbah Rasulillah 2 :
20 Disember 2012 (Khamis), mula 7 malam.
- Solat Maghrib berjemaah, solat hajat, tahlil, solat Isyak berjemaah.
- Alunan Qasidah Darul Hadis, Tausihah Syeikh Zainul Asri.
- Alunan Qasidah, Tausihah Syeikh Usamah Sae'edan Abu Anas Ad-Damsyiqi

( Digalak berpakaian putih)

Maklumat diatas di perpanjangkan dari : http://masjidabdullahfahim.blogspot.com/
Semoga sama-sama dapat manfaat.

Durian Crepe : Macam sedap

Image
Makanan nie tetiba saja femes terutama disebelah Kuala Lumpur. Aku yang dok di utara susah nak cari benda nie. Alhamdulillah dua minggu lepas dapat merasa. Ada dah orang belah sini yang buat. Durian crepe dijual dalam pek enam biji RM10.

Durian crepe nie kena simpan dalam peti ais sebab digunakan isi durian segar, tak dimasak.
 Setelah makan, secara peribadi mengikut citarasa lidah aku maka disimpulkan bolehlahhh. Kulit rasa tawar, krim rasa lemak-lemak dan durian rasa durian lah. Kalau disuruh beli lagi rasanya cukuplah kott.

Masjid Abdullah Fahim : Pengajian Umum Disember 2012

Image
Kuliah agama bulan Disember 2012 di Masjid Abdullah Fahim Bertam Kepala Batas. 
Maklumat lanjut : http://masjidabdullahfahim.blogspot.com/

Gerai Makanan Maj - Capati Terbaik

Image
Gerai Makanan dan Minuman Maj ~ terkenal dengan capati. Terletak di deretan bangunan lama. Waktu pagi boleh kata orang datang tak putus-putus terutama pekerja-pekerja sekitar dan pelancong pun ramai datang maklumlah dah femes, kadang-kadang kena tunggu meja kosong.
Kalau datang pagi kat sini jangan dok oder roti canai, tosei atau roti bakar memang tak ada. 100% yang datang pagi semua makan capati. Ia datang bersama kuah biasa atau boleh pilih sama ada sardin, kari kambing atau kima daging atau dalca.
Disini capati di masak atas dua dapur gas. Mula-mula selepas doh dicanai ia akan di letak atas dapur pertama dan kemudia diubah ke dapur kedua dan dibalik-balikkan. Tak pasti kenapa. Kerja masak nie memang pantas rasanya setiap roti ambil masa setengah minit saja.

Capati memang lembut. Aku kalau sampai mesti oder capati dengan kari kambing. Daging lembut dengan kuah yang mantap. Kalau pemakan capati tegar, kena oder lebih sebab kalau nak tambah selepas tu mungkin lambat, orang ramai. Harg…