Posts

Showing posts from April, 2010

Media Kita Berbudi Bahasa

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Dua tiga hari lepas rasanya hari Isnin 19hb April terbaca dalam akhabar mengenai hanya 20 sahaja hotel di Pulau Pinang yang memeiliki sijil halal. Lagi sekali isu halal haram di war-warkan. Sekali lagi rakyat Malaysia berugama islam terpinga-pinga. Bukan apa, berita yang di keluarkan memang isu besar tapi dalam akhbar rasanya sebagai pelengkap atau pemenuh mukasurat akhbar. Tak kata begitu, isu halal haram merupakan isu besar dan amat dititik beratkan oleh orang Islam tetapi tiada maklumat terperinci yang disampaikan. Selepas baca berita tersebut apa yang kita tahu. Yang tahu hanya 20 hotel di Pulau Pinang ada sijil halal itu sahaja. Jika ditanya hotel apa dan dimana? kita tak dapat menjawabnya. Mungkin akhbar mengirakan jika menghebahkan nama hotel yang ada sijil halal termasuk dalam ruangan iklan, mempromosikan hotel tersebut. Dimana ketelusan berita yang hendak disampaikan. Kita baca akhbar nak dapat ber…

Apakah Beza Kakitangan Awam

Semenjak dua menjak aku berada dalam sektor awam, aku lihat kebanyakan kakitangan beruniform sentiasa mendapat perhatian kerajaan. Asal pembentangan belanjawan selalu golongan inilah yang akan mendapat initiatif atau imbuhan. Bukan setakat belanjawan, diluar waktu belanjawan pun golongan ini lah yang selalu mendapat perhatian seperti pertambahan alaun, gaji atau kenaikan pangkat.

Bukan cemburu tapi hairan. Kenapa golongan beruniform ini sangat mendapat perhatian dari kerajaan?. Selalu alasan yang diberi, golongan ini menjadi tonggak utama keselamatan negara atau mereka ini bergadai nyawa untuk menyelamat manusia atau mereka inilah yang sentiasa berhadapan dengan berbagai penyakit. Betul kah? Memang betul.

Golongan ini mungkin memberi bantuan pertama kepada persekitaran dan sentiasa mendapat perhatian. Bagaimana pula dengan perjawatan lain dalam sektor kerajaan seperti juruteknik dan kerani adakah mereka ini tidak menyumbang kepada kesejahteraan negara. Adakah yang menyumbang kepada nega…

Masakan Dalam Pantang : Kari Kepala Ikan tanpa Santan

Image
Minggu depan aku nak mula kerja dah. Jadi kena beli stok untuk seminggu. Yang termudah sekali beli ikan tenggiri seekor kat pasar besar Kepala Batas, suruh penjual tu potong siap-siap.

Oleh kerana beli seekor dapat la kepala tenggiri. Dengan pengawasan dari isteri aku, jadi lah Kari Kepala Ikan tanpa santan tau Kari Mamak. Orang pantang tak boleh makan santan lagi.
- Tumbuk hancur seulas bawang besar dan 5 ulas bawang putih. Kalau malas nak tumbuk guna blender saja. - Masukkan rempah kari ikan sepeket kecil ke dalam bahan tumbuk tadi dan ketepikan.
- Panaskan minyak - Tumis bawang besar/kecil, bawang putih, halba campur dan 2 tangkai daun kari. Tumis sehingga naik bau. - Masukkan bahan tumbuk tadi dan biar sehingga pecah minyak. - Masukkan air asam ( banyak sikit sebab kepala ikan hanyir ). - Masukkan kepala ikan dan tambah air jika perlu. - Biar mendidih, rasa jika ada kurang asam tambah asam, kurang masin tambah garam. - Masukkan tomato pun boleh ( tomato pun boleh buat gulai jadi masam juga…

Tom Yam

Image
Yang ini bukan untuk orang pantang tapi untuk bapa budak dan bebudak. Tom yam ayam.

- 2 batang serai di ketuk
- 3 biji tomato dipotong empat - 2 biji bawang besar di potong dadu ( potong belah besar-besar tu la) - Bunga kubis, nak masukkan sayur lain pun ok gak. - 2 sudu paste tom yam ( tak perlu pi ke Thailand kat Malaysia nie pun banyak dan ada tanda halal lagi) - Ayam
- Masukkan bahan-bahan diatas kedalam periuk dan masukkan air. - Rebus naik sehingga mendidih - Masukkan daun limau purut - Rasa jika perlu tambah garam ( paste tom yam pun dah masin) atau air asam jawa jika kurang masam.
siap dah...sawadikapppp...makan jangan bercakap

Masakan Dalam Pantang : Singgang

Image
Ini resepi aku dapat dari Mak Njang aku kat Bagan. Masak singgang. Resipi ni Mak Nyang aku hantar guna SMS sungguh ringkas, tapi aku call balik sebab tak berapa paham. Guna lah ikan yang sesuai untuk orang pantang seperti ikan tenggiri dan gelama. Ni dia cara nak buat.
- Ketuk : 2 batang serai dan sepotong lengkuas ( tak perlu banyak sangat) - Potong bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan sedikit halia. - Masukkan bahan-bahan tadi dalam periuk bersama ikan yang nak dimasak. - Masukkan air , ikut kesesuaian lah, jangan banyak sangat. - Rebus naik saja, - Dah mendidih, jika tak berapa kuning masukkan sikit kunyit serbuk. - Masukkan garam secukup rasa.
Mudah kan... tapi aku buat tak berapa jadi, rasa ada kurang sikit, tak tau apa dia. Nanti kena pi menuntut dengan Mak Nyang secara live in person, secara on-line tak berapa menjadi.

Masakan Dalam Pantang : Talang Masin Goreng

Image
Kalau dah malas sangat, haaa ini yang mudah. Ikan talang goreng. Kalau tak nak ikan talang pun tak pa guna la ikan haruan masin ka. Tapi tak boleh makan selalu nanti dapat darah tinggi.

- Potong ikan masin kecil-kecil - Rendam buat seketika supaya kurang masinnya.
- Panaskan minyak - masukkan ikan masin dan goreng sehingga garing (bukan rentung). - Letak sebelah ikan masin tu.
- Guna kembali minyak ikan masin tadi. - Tumis bawang merah (kalau boleh banyak sikit) kacau buat seketika selepas tu masukkan hirisan bawang putih dan halia ( masukkan halia dan bawang putih lambat sikit supaya masakan tak pahit). - Goreng sehingga bawang merah hampir garing. - Ambil bahan-bahan tadi dan ditabur atas ikan masin. - Goreng pula cabai kering sehingga garing dan di letakkan atas ikan masin.
Mudah saja, dah siap.

Masak Kicap Ayam

Image
Ini bukan kedekut tapi dah makan dua kali, jadi sedikit ja lah yang tinggal. Masak kicap ayam. Masak dengan pengawasan isteri aku.

- Panaskan minyak - goreng ayam yang telah di garam kunyitkan -ketepikan ayam goreng - Guna minyak tadi - Tumis dengan bawang merah, bawang putih dan halia - Masukkan rempah masak kicap, boleh beli peket. - Masukkan kicap manis secukup rasa. - Setelah mendidih masukkan ayam tadi. - Rasa kalau tak cukup masin atau manis tambah la apa patut. Mudah saja.....

Pilihanraya Kecil Membazir

Image
Semenjak Pilihanraya Umum yang lepas pada 8hb Mac 2008 telah berlaku beberapa pemilihan untuk pilihanraya kecil dan yang terbaru ialah di Parlimen Hulu Selangor. Dari laman web Pilihan Raya Umum Malaysia dapat dilihat bahawa telah berlaku 9 pilihanraya kecil dimana 6 darinya disebabkan oleh kematian sehingga hujung tahun 2009.

Bila berlaku kematian kepada penyandang, berpusu-pusu lah parti politik berkempen meletakkan calon. Bila letak calon semestilah bersama dengan wang pertaruhan. Dah duit pertaruhan sepasal, ditambah dengan kos-kos poster, baner, duit sagu hati kepada penyokong, upah panjat pelekat poster, belanja kat pondok kempen tiap-tiap malam sekurang-kurangnya teh tarik roti canai, baju dan topi parti mesti ada untuk para penyokong, jemputan penceramah kena hulur juga, kalau yang datang berpangkat semestinya claim duit minyak walau bekerja untuk parti, duit minyak kepada pengundi yang datang dari jauh, ternampak rakyat miskin dikawasan tu kena beri bantuan supaya wartawan da…

Masakan Dalam Pantang : Ikan Masak Asam

Image
Ini resepi kalau nak masak ikan masak asam. Mudah saja.
- Panasakan minyak - Goreng ikan yang telah digaram kunyitkan - Letak sebelah - Guna minyak ikan tadi jangan membazir. Tapi kurangkan sedikit sebab orang berpantang tak boleh makan minyak banyak-banyak. - Tumis bawang, bawang putih dan halia yang telah dipotong - Setelah naik bau masukkan air asam jawa. - Tunggu sehingga mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa. - Masukkan hirisan bawang besar ( tak bubuh pun tak apa) dan ikan goreng tadi. Dah siap pun... Maklumat dari isteri aku: Bawang putih baik untuk menambah susu jika menyusu badan.

Masakan Dalam Pantang : Ikan Masak Taucu

Image
Ini salah satu hidangan yang boleh dimakan oleh ibu-ibu yang dalam pantang iaitu ikan masak taucu. Ikan yang boleh digunakan seperti ikan tenggiri, gelama, plata dan tanya sendirilah kat orang-orang yang berpengalaman. Cara buat lihat kat bawah.

- Panaskan minyak - Goreng ikan (sebelum itu ikan digaul dengan garam kunyit) - Selepas masak ikan tu letak sebelah
-Guna minyak ikan tu juga tapi kurangkan sikit ( orang dalam pantang tak boleh makan minyak banyak-banyak) - Tumis bawang besar, bawang putih dan halia (halia masukkan lewat sikit ) yang telah dipotong. - Masukkan taucu 2 sudu dan kacau - Masukkan air asam jawa - Masak hingga mendidih - Rasa dulu sebelum masukkan garam sebab taucu sudah masin - Masukkan ika yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan....

Dah boleh balik...

Image
Dah boleh balik, 3 hari 2 malam di Klinik Pakar Zainol Dan Ram. Legaaaaa. Kepada yang nak datang sini, klinik nie terletak kat Lorong 17 Taman Petani Jaya Sg Petani. Nak mudah bersebelahan Pasaraya Econsave. No talifon 04-421 1288 dan 04-423 6639. Nie dibawah Google map lokasinya.

GPS : 5.631727, 100.488638
          5°37'54.2"N 100°29'19.1"E




Dah ada geng....

Image
Setiap hari lebih kurang jam 7.30 pagi Dr Zainol akan melawat pesakit termasuklah isteri aku. Hari ini aku suruh doktor posing kejap aku nak ambil gambar. Dr Zainol ini lah yang telah menyambut kelahiran anak aku dan dia juga yang telah menyambut kelahiran aku 40 tahun dulu di Hospital Alor Setar.
Habis doktor melawat isteri aku, aku keluar melihat anak aku. Haaa... hari nie dia dapat ramai kawan dan bilik-bilik atas klinik ni pun dah banyak berpenghuni. Kembali meriah suasana.
p/s : nak tau lokasi klinik bersalin nie klik sini.


Dunia sepi

Image
Hari yang anak aku lahir, dalam klinik ini ada seorang lagi bayi. Selepas tak berapa lama bayi tu pun keluar dah. Tinggal dia saja kat situ. Kira tempat tu dia punya la. Rasa macam anak aku ni keluar masa luar musim, sebab tak ada ibu yang datang lahir kat klinik ni masa ni.

Ampunilah aku...ibu

Image
Setelah menanti begitu lama dan dalam persaan takut disebabkan tarikh due yang diberi telah melebihi dua hari. Dimulai dengan jam 10 mlm isteri aku sakit sekali sekala datang. Lebih kurang jam 12 mlm isteri aku turun tanda dan kami gegas ke Wisma Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan ( Klinik Pakar Zainol Dan Ram ) di Sungai Petani. Sampai jam 1 pg. Nurse telah periksa dan memberitahu telah buka 2 cm. Tunggu dulu sehingga 4cm baru doktor akan datang. Hampir jam 3.30 pg isteri aku dibawa ke dalam bilik operasi. Dan tak lama kemudian aku dipanggil untuk kedalam untuk memberi semamnag dan melihat proses kelahiran.

Aku dapat lihat betapa susah dan peritnya untuk melahirkan zuriat. Walau dalam keadaan berhawa dingin peluh boleh membasahi dahi. Kesakitan yang hebat terpaksa ditanggung. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Berusaha dan terus berusaha mengeluarkan zuriat yang dikendong. Insaf aku. Beginilah yang ditanggung oleh emak aku. Itulah kesakitan hebat yang terpaksa ditanggung nya semasa melahirka…

Rojak Ammar

Image
Kelmarin anak aku Muhammad Ammar telefon aku masa dalam perjalanan balik, dia nak buah apel dua biji sebab cikgu Tadika Khalifah Intelek suruh dia bawa esok. Jadi sebelum sampai rumah aku ke Komplek Kailan, Kepala Batas. Disitu ada sederet kedai buah. belilah buah yang dia nak.

Hari nie sebelum aku buka pintu dengan sengeh dia cakap cikgu buat rojak dengan timun saja, apel dia dah makan. Masuk ja kedalm rumah di suanya rojak yang dibuat dengan buah-buah yang dibeli dan juga buah-buah yang kawan-kawan dia bawa juga. Buah-buah tu dipotong oleh mereka sendiri. Ini lah dia rojak tu.

Kami sekeluarga di pelawanya makan, rasa boleh tahan. Kuah dia kata cikgu beli. Bebrapa minggu yang lepas kat tadika dia buat sandwich. Nanti senang la ibu dia dalam pantang ada orang boleh masak.