Posts

Showing posts from December, 2013

Tudung Apa Nak Pakai Pi Sekolah?

Image
Sejak tutup sekolah anak pompuan aku, Siti Sarah cakap cikgu tak bagi dah pakai tudung ada awning. Betul ka? Sebab semasa Orientasi Tahun Satu 2012, PK HEM Cikgu Nor Hidayah beri taklimat pelajar perempuan boleh pakai tudung ada awning.

Hari nie 26/12/2013 aku talifon SK Bertam Perdana dan di maklumkan tudung ada awning tak boleh pakai kat sekolah. Maka kenyataan yang lepas terbatal. Diberitahu pelajar perempuan hanya boleh pakai tudung sekolah yang jenis dua lapis. Apa kebenda tudung 2 lapis tu? Dua lapis tu macam tudung yang orang pompuan pakai dok pi jalan-jalan tu ka? Mula-mula aku pun tak tau. Diterang yang jenis dulu-dulu tuuu. Yang jenis kain empat segi di lipat jadi tiga segi..

Jadi kepada ibu bapa yang dok tengah nak cari tudung harap ambil perhatian, jangan tersilap. Kepada cikgu yang cari duit lebih jual tudung sekolah pun harap jual yang boleh pakai kat sekolah.

p/s: Tudung yang dok ada masih lagi elok. Tahun depan pakai dululah, dah darjah 6. Nak buang sayang. Membazir a…

2014 Bukan Tahun Lompat

Image
Kali ini penduduk Malaysia terutama yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar akan menyaksikan pula kenaikan yang paling dinanti-nantikan iaitu kadar tol yang akan meningkat antara 50 sen hingga RM 2 yang akan dikuatkuasakan pada Januari 2014. Dibawah merupakan antara lebuhraya yang berkemungkinan akan naik. Mari kita lihat siapa yang kenaaa...sambil baling dadu.

Maklumat ini tak dapat dipastikan lagi.
NO. NAMA LEBUHRAYA YANG DI NAIKAN HARGA HARGA LAMA HARGA 2014 1. Pantai   RM1.50   RM 2.502. Damansara   RM 1.00   RM1.503. Kiara   RM 2.00   RM 3.004. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)   RM 14.96sen/KM   RM16.46sen/KM5. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)   RM 1.40   RM 1.906. Lebuhraya SMART   RM 2.00   RM3.007. Lebuhraya Sungai Besi BESRAYA   RM 1.30   RM 2.008. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)   RM1.60   RM 2.009. Lebuhraya Damansara/Puchong (LDP)   RM 1.60   RM 2.1010. Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH)   RM 1.50   RM 2.5011. Lebuhraya Kajang (SILK)   RM 1.00   RM 1.3012. Lebuhraya KL…

Ambang 2014 Bersama UAI 'n' The Geng

Image
Tahun nie cam mana nak sambut tahun baru 2014??? cuba fikirkan. Apa kata dari pi melompat tak tentu pasal, kita ke Padang Majlis Perbandaran Butterworth. Haaa.. lihat poster kat bawah nie.

Pasti meriah dengan kedatangan Ustaz Azhar Idrus serta Ustaz Norhisyam Tuan Padang bersama orang mude geng kite Pierre Andre, Syamsul Yusof, Kumpulan Shiro, Hafizh Shahrin dan Kumpulan Saujana.

Acara pada hari Selasa 31 Disember 2013 bermula jam 7.30 malam di Padang Majlis Perbandaran Butterworth. Kepada yang Muslim jangan lupa bawa apa kebenda yang patut untuk solat berjemaah.

PenBEX 2013 - Dah Start

Image
Petang Sabtu lepas dengan tak semena-mena terbit ide nak pi Ekspo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang, PenBEX. Jadi lepas maghrib pakat-pakat semua ke Dataran Usahawan kat Paya Menderong. Nie merupakan hari pertama ekspo.

Macam tahun lepas juga melalui jalan yang gelap dan dikiri kanan jalan kelapa sawit. Cuma tak segelap tahun dulu. Kali nie dah ada projek perumahan dan juga persimpangan jalan baru menjadikan Jalan Paya Menderong lebih meriah.

Dah sampai, dataran ekspo nie dah berubah wajah. Dah ada bangunan kekal yang lebih sempurna. Kona masuk ke dalam dan bayar RM2.00 untuk parking. Masuk kawasan parking serupa masuk jalan balak, berlopak dan tanah merah. Masa tengah cari tempat parking anak aku Ahmad Firas ternampak kandang lembu. Dia punya seronok tak tengok. Sampai habis pusing, tak dapat tempat kosong. Kami keluar semula dan parking tepi jalan, lagi selesa.

Espo nie masuk percuma. Sampai sahaja masuk kedalam dewan dihadapan sekali. Berderet ruang niaga yang mempamerkan berbagai p…

Gulai 7 Kawah D C Nee Gunung Keriang

Image
Sambung cerita dari Gunung Keriang. Dalam perjalanan balik terserempak dengan 7 kawah gulai beratur ditepi jalan. Cepat-cepat brek dan patah balik. Nie bukan gulai percuma, restoran. Perut pun dah berbunyi, dah tengahari. Tengok dari nama gerai pun dah nampak gempak.

Nie dia gerai Gulai 7 Kawah. Nama gerai nie Gulai 7 Kawah atau D C Nee ?? entahlah. Kat luar masih hujan renyai-renyai. Masuk saja cari meja dulu lepas tu pi kutip mana yang patut, maklumlah perut dah berbunyi dan bebudak tu pun dah lapar. Pening juga nak ambil lauk, banyak jenis.
Boleh tahan banyak pilihan lauk, tapi yang menjadi tarikan utama mestilah 7 belanga gulai yang tersusun depan gerai. Macam-macam gulai ada, ayam, rusa, kambing, rebung dan entah aku pun tak ingat lagi.
 Aku ambil gulai kambing, memang sedaplah, kuah sedikit pekat dan kambing pun terasa kekambingannya. Lauk-lauk lain pun sedap. Tak sia-sia singgah.

Selain nasi campur ala kampung ada juga mee rebus, char koey teow, laksa, ABC, bubur dan lain-lai…

PenBEX 2013 - nak mai dah...

Image
Ekspo yang akan mengetengahkan produk-produk dan perkhidmatan yang diusahakan oleh usahawan bumiputra Pulau Pinang akan datang lagi. Ekspo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang atau dalam bahasa mat orang putih Penang Bumiputra Entrepreneur Ekspo atau mudah sebut PenBex 2013.
Lokasi ekspo seperti tahun lepas juga di Dataran Transformasi Usahawan, Kubang Menderong, Tasek Gelugor, SPU pada 21-29 Disember 2013. Maklumat lanjut https://www.facebook.com/PenBEX

Datang beramai-ramai, macam-macam ada. Nak lihat boleh, nak rasa boleh, nak beli lagilah boleh. Beri sokongan kepada produk Bumiputra. Kalau nak tau lokasi lihat peta kat Google map bawah.


View Dataran Transformasi Usahawan in a larger map

Gunung Keriang

Image
Uihhh... cerita semakin berhabuk dan berkulat. Tapi OKlah aku letak dalam peti ais, tahan lama sikit. Cerita Raya Puasa yang lepas ketika beraya di kampung, Alor Setar. Hari Raya ke 3, tak tau arah nak buat apa sebelum berangkat balik ke Kepala Batas, jadi kami anak beranak berangkat untuk berhari raya di Gunung Keriang. Jumpa Mambang Gunung.
Ini bukan acara ziarah sedara mara, saja jalan-jalan. Dulu kami dah ke Gunung Keriang, melawat Muzium Padi dan habis sahaja lawatan kat situ diteruskan ke Pusat Sains Negara yang tak berapa jauh dari muzium, tapi tutup. Jadi perjalanan kali ini untuk ziarah Pusat Sains Negara sekali lagi, harap-harap dibuka.

Perjalanan melalui Anak Bukit dan tak berapa lama sampailah kami enam beranak ke situ dan kali nie pun tutup. Kali nie ada aku baca notis, ditutup untuk Hari Raya. Bila aku check dengan tarikh yang lepas kami ke sini pun lebih kurang Hari Raya juga, tak belajar dari kesilapan. Jadi kepada sesiapa terutama aku sendiri pastikan jangan datang ke…

Char Kuey Teow CIMB Kailan

Image
Waktu malam kalau ada sesiapa yang selalu shoping kat Kompleks Dato Kailan Kepala Batas tentu akan terserempak dengan Char Kuey Teow yang tertenggek kat sebelah bank CIMB. Seronok tengok dia masak. Berapi-api.
Saja malam lepak-lepak kat gerai nie sambil lihat lampu CIMB. Makan-makan panas cuma ada char kuey teow sahaja, jangan dok minta maggi sup, roti canai, siakap tiga rasa dan yang sekutu dengannya. Kalau nak lain pun adalah nasi lemak bungkus atas meja. Kalau alergik dengan dua benda nie, tolong bawa mai sendiri makanan.
Kat sebelah gerai char kuey teow ni ada gerai minuman, bolehlah oder air panas ngan sejuk.
Boleh tahan sedap char koew teow kat sini sambil menghirup udara malam. Tak nyesal punya makan. Kat gerai nie ada 2 tukang masak yang menjalankan tugas serentak jadi oder memang cepat sampai.
Meja makan disusun di kaki lima CIMB dan atas jalan. Gerai nie dibuka setiap malam dan lokasi betul-betul bersebelahan bank CIMB Kompleks Kailan Kepala Batas, lihat Google map kat baw…