Thursday, August 11, 2016

Hari Sukan KAFA Bertam Perdana

Update cerita lama. Hari sukan yang dianjurkan oleh Kelas KAFA Bertam Perdana pada hari Sabtu 9hb April 2016. Anak aku Muhammad Ammar belajar disitu waktu petang. Rasanya tahun lepas kalau tak silap tak dibuat Hari Sukan. Hari Sukan ini diadakan di Padang Permainan Bentara. Dibelakang bangunan kelas KAFA mereka atau Surau Al Muhtadin sahaja.

Hari sukan ini lebih kepada acara sukaneka sahaja. Tak adalah lari 100x100 atau lontar peluru. Walau sukaneka tapi meriah. Layan gambar aktiviti yang dijalankan.
DSC_9060
Isi air dalam botol guna span.
DSC_9068
DSC_9076
Tak pecah lagi?. Adik perempuan sebelah kiri dah tutup telinga.
DSC_9082
Demo ambil gelang getah dengan straw. Khusyuk.
DSC_9088
Pelajar pula buat. Bersungguh.
DSC_9094
DSC_9106
DSC_9118
Ammar masuk lari dengan kaki kena ikat. 
DSC_9121
Pulun sampai jatuh. Janji seronok.
DSC_9144
Pertandingan makan pisang. Ammar masuk tapi kalah. Dia makan skima sangat sebab tu lambat hahahaa.
DSC_9150
Kerusi beracun untuk ibu-ibu.
DSC_9160
DSC_9171
DSC_9174
DSC_9182
DSC_9188
Penyampaian hadiah. Macam-macam bekas plastik ada.
DSC_9185
Boleh kata setiap yang masuk acara akan pulang dengan hadiah.

Itulah sedikit sebanyak acara dalam Sukan KAFA cawangan Bertam Perdana. Memang meriah dan hadiah pun banyak. Boleh kata semua pelajar dapat hadiah. Terima kasih kepada guru-guru dan pihak pengurusan KAFA yang telah menganjurkan HAri Sukan yang meriah ini.


2 comments:

  1. maaf puan,sy nk bertanya..kelas kafa bertam perdana tu ada kls pagi ka? sbb ank sy tahun dpn dah start darjah sk bertam perdana,masuk tgh hari.boleh puan email sy di syasyafashion@ymail.com untuk sembang lbh lanjut.maaf klu puan sudi lah y..sbb sy mmg perlukan informasi sgt2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pn.. saya bukan puan hahahaa. Ok la no problem. Tadi tanya anak. Dia kata Kafa tu ada kelas pagi untuk tahun 1,2,3. Petang utk 4,5,6. Dah email.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...