Posts

Showing posts from July, 2017

Melaka - Hari 4 : R&H Cafe Satay Maharani Muar

Image
Hari ke 4, kali ini tak sempat mandi sebab masing-masing nak ke Muar, kena keluar awal. Cadangnya nak sarapan di Muar. Tuuu dia dari Melaka nak sarapan di Muar Johor. Jarak antara Umbai ke Muar dalam satu jam perjalanan. Kalau sadap kena terjah juga.
Dalam satu jam kami sampai ke destinasi di Muar iaitu R&H Cafe Satay Maharani. Cafe ini terletak bertentangan dengan Stesyen Bas Muar atau Terminal Bentayan Muar. Kami sampai dalam jam 8.30 pagi, bila sampai pelanggan bukan main ramai.
Dipintu masuk kami dah disapa dengan bau satay. Kalau di utara satay menjadi menu ketika malam atau di pasar malam, tapi di Muar satay menjadi hidangan sarapan. Boleh kata kebanyakan restoran yang dibuka waktu pagi ketika kami pusing-pusing di bandar Muar menyediakan satay untuk sarapan.  Berasaplah di pintu masuk restoran.
Masuk kedalam cafe kebanyakan tempat duduk dah penuh. Jadi terpaksa menunggu. Kalau nak berkumpul makan sekali rasanya tak boleh. Jadi dimana ada meja kosong kami duduk saja. Dalam p…

Kuliah Ilmu Julai 2017

Dah lepas Ramadhan, dah lengang masjid dan surau. Mugkin masih mud raya sambil jalan-jalan. OKlah cari kesempatan tambah ilmu. Kuliah bulan Julai 2017 sekitar Bertam, Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.