Fenomena Mat Sabu

Pasai pa yang tak dikatakan fenomena Mat Sabu. Semenjak dua menjak nie asal buka surat khabar ja mesti berita dia dalam 3 ke 4 muka. Masa nie wartawan politik boleh kerja senang sikit sebab boleh pi  interview sana interview sini nak dapat berita mengenai mat sabu saja untuk memenuhkan akhbar.

Walau orang kata macam-macam mengenai Mat Sabu. Pengkhianat bangsa, penderhaka mesti lucutkan kerakyatan dan macam-macam lagi. Itu dari sudut negatif, cuba kita lihat dari sudut positif pula.

Dari pernyataan yang sensasi tu menyebabkan berapa ramai veteran-veteran askar Melayu tampil membuat bangkangan. Bukan saja askar, begitu juga ahli keluarga mereka telah keluar mengecam Mat Sabu. Dari situ kita dapat dilihat ramai lagi askar-askar Melayu yang masih hidup. Ketika inilah wajah-wajah manusia yang telah berkorban untuk menjaga keamanan negara terpampang di akhbar. Sejak sekian lama wajah-wajah ini tersorok sehingga dilupakan. Kesempitan hidup mereka dah lama tak di endehkan.

Dengan sensasi yang tercetus maka wajah-wajah ini kembali muncul mempertahankan perjuangan mereka. Wajah-wajah mereka dicugkil dan dicari kembali dari lubuk-lubuk terpencil. Kenikmatan kemerdekaan kembali mereka kecapi. Segala macam kemudahan dan bantuan kembali mencurah, dimana sebelum ini kemudahan dan bantuan sering menyepi.

Bukan itu sahaja, mata pelajaran sejarah menjadi matapelajaran yang amat diminati. Buku-buku sejarah lama menjadi wadah bicara. Ahli-ahli sejarah juga dicari memperbetulkan fakta. Bagus juga matapelajaran sejarah dijadikan matapelajaran wajib di IPTA. Supaya anak bangsa tidak lupa diri.

Dulu ahli politik meminati pelajaran Islam sebab nak baca hadis dan Al-Quran semasa ceramah. Tetapi kini fakta sejarah pula di pelajari untuk menyedapkan ceramah dan juga kalau-kalau wartawan bertanyakan tentang petriotisma mereka. Maka dengan fakta sejarah menguatkan hujah bahawa merekalah negarawan yang akan menjulang negara.

Al-fatihah kepada pejuang-pejuang agama, bangsa dan nagara yang telah pergi menemui illahi. Moga perjuangan mereka tidak disia-siakan oleh anak-cucu ketika ini.

Asiatica Palace Of Middle East Cuisine


Rasa dah terlewat nak post entry nie, tapi nak tulis gak sebab dah pi makan. Kalau tak makan lagi tak pa. Ramadhan lepas, teringin nak makan nasi arab kat Malaysia ( aku pun tak pernah makan nasi arab di Arab ). Buat buka puasa kami terjah ke restoran nasi arab di Kepala Batas, Restoran Asiatica Palace Of Middle East Cuisine.

Kali nie Asiatica dah letak baner promosi nasi arab iaitu nasi mandy dalam talam. Oleh sebab masa puasa, aku tak mau masa sampai baru order, nanti lambat. Call saja. Pekerja situ cakap hari Jumaat sampai Ahad depa buat buffet jadi digalakkan pelanggan makan buffet. Ala cart pun ada. Dok kira-kira antara makan buffet dan ala car harga lebih kurang saja jadi pilih buffet saja lah. Dewasa RM 35 kanak-kanak umur atas tujuh tahun RM 20. Jadi anak aku Siti sarah ja kena yang dua lagi pree. Dia cerita lah dalam buffet tu disediakan nasi mandy dengan beberapa jenis lauk dan kuih ( tak salah aku dia kata dalam 20 menu makanan ).

Booking secara talipon pun kena pi kedai juga bayar deposit, pi juga lah sebab dekat ( ada restoran tak perlu bayar deposit pun selepas booking, tak pa lah cara depa ).

Jam 7 petang lebih kami ke sana. Masa masuk tak berapa ramai sangat. Tapi lama-kelamaan baru ramai yang sampai. Ada dalam lebih kurang 6 meja disediakan besar dan kecil. Ada juga yang makan ala cart sebab tengok dihidang atas meja.


Nie dia makanan yang disediakan. Dah tentu kepala meja nasi mandy dengan ayam mandy dengan beberapa lauk dan kuih.

Nasi mandy


Spageti

Nak dikirakan makanan berat tak berapa banyak pilihan. Satu lagi tak ada dalam gambar kari daging, yang selebihnya kuih-kuih, pizza, sate, puding. Kepada yang berminat dengan nasi mandy haaa... memang berbaloi makan buffet kat sini. Itu saja makan berat yang di sediakan, yang lain-lain kira ringan-rinagn saja. Nie dia aku ambik nasi mandy boh dalam pinggan.
Nasi mandy
Nasi mandy dengan ayam mandy memang mabeles tapi warna dia terang sangat. Oleh kerana nak kenakan dengan cara orang melayu disediakan kari daging ( tak dak kuah mana boleh jalan ) tapi kari nie memang ceroi tak berapa sedap. Makanan lain aku tak berapa nak komen sangat sebab aku pulun nasi mandy saja.

Restoran Asiatica Palace Of Middle East Cuisine nie aku telah datang lama dulu tapi nama dia sebelum ini Asiatica Organic House. 
Pintu depan Asiatica Palace Of Middle East Cuisine

Lokasi masih tempat lama berhampiran kiosk bertam, Bertam Town Centre, Kepala Batas.



PERHATIAN:

30hb Mac 2015 : Untuk makluman Restoran Asiatica nie telah di tutup. Tak pasti samaada berpindah ketempat lain atau tutup terus.


Kita Dapat Satu Mereka Dapat Dua

Apa kebenda tu. Biarkan dulu. Dah tiba bulan syawal, Selamat Hari Raya. Segala macam telah dibeli dalam bulan Ramadhan. Ada yang keperluan ada yang sekadar memenuhi nafsu saja. Ada barangan yang dibeli boleh diguna lagi dan lagi dan lagi ada yang terbeli hanya dapat guna sekali saja lepas tu simpan.

Cuba muhasabah diri kalau kita membeli apa yang kita lihat dulu. Ambil contoh nak beli baju. Sambil jalan-jalan kita lihat baju yang cantik terus kita pi ke situ dan beli ? Atau kita lihat jenama dahulu, ada jenama yang diidamkan baru kita masuk atau kita lihat ada tanda 30%, 50%, 70% baru masuk pilih. Sendiri jawab lah.

Apa yang dipilih atau kriteria apa  yang menjadikan kita amat berkenan terhadap sesuatu produk ? Kecantikannya, kesesuaiannya, harganya, jenamanya, statusnya atau apa-apa nya. Kerap kali kita akan pilih yang mencakupi semuanya.

Yang seronoknya selalu akan dipilih yang mempunyai jenama yang terkenal ( kualiti ?? ). Tak cukup dengan terkenal sahaja, akan dipilih yang memaparkan jenama yang besar-besar dan terang-terang. Biar orang dari jauh dapat mengenali jenama yang dipakai.

Ini pendapat aku sahaja, jika kita pilih seperti diatas kita telah bekerja dengan syarikat pengeluar produk itu secara tak langsung. Apa tidaknya kita telah menjadi duta produk tak berbayar. Cuba bayangkan kita pakai baju jenama Guess yang pada baju itu di tulis perkataan GUESS sebesar-besarnya ( dibuat dengan cantik lah ) bermaksud kita telah mempromosikan jenama tersebut secara tak langsung ketika memakainya.

Syarikat-syarikat pengeluar ini memang bijak, mereka pandai mengolah simbol, tanda dagangan dan perkataan jenama itu menjadi corak-corak yang menarik supaya pengguna tidak rasa tertipu dan juga mereka telah menaikkan nama mereka menjadikan sesuatu yang hebat. Bila disebut atau dibawa kita tak rasa janggal malah terasa bangga memakai produk tersebut.

Cuba bayangkan jika jenama-jenama atau logo barangan tidak di paparkan pada produk, apakah kita kan membelinya?


Gambar hiasan

Pengguna telah manjadi mangsa kepada produk tersebut dimana kita telah membayar bukan sahaja untuk produk tersebut tetapi juga telah menjadi pengiklan bergerak secara percuma ( moving billboard). Jadi kita telah dapat satu iaitu produk tersebut tetapi pengeluar telah mendapat dua iaitu duit yang kita bayar dan juga pengiklanan percuma. Siapa yang untung ??.

Apa bezanya pemakaian produk seperti gambar diatas dengan gambar dibawah ?

Gambar hiasan
Banyak bezanya:

Kita:
1-Tidak dibayar, buat promosi percuma.
2-Produk kena beli sendiri.
3-Rasa hebat, bangga dan bergaya.
4-Bila-bila masa boleh pakai.

Bus:
1-Dibayar untuk buat promosi.
2-Barangan promosi diberi.
3-Terikat dengan peraturan.
4-Kadang-kadang rasa malu (nak buat camna, dah kerja).


Persamaan:
1- Membuat promosi.

Fikir-fikirkan.

Rempah Kari Pilihan Qalbu

Hari nie sebelum Jumaat, aku pi cari rempah kari. Kedai dekat rumah tutup, jadi pi kedai Cina. Jauh sikit. Ada rempah yang aku mau. Ambik 3 peket. Masa nak bayar kat kaunter. Terdengar perbualan seorang perempuan Melayu dengan apek kedai,

Perempuan M: Apek ! rempah Alagappas tak ada ka?
Apek : Tak dak, Babas ada, mau ka ?
Perempuan M: OK lah

Lebih kurang macam tu lah perbualan mereka. Tak kisahlah perbualan tu macam mana. Yang aku tak puas hati tu sebab masa aku cari rempah tadi ada dua produk bumiputra iaitu rempah Adabi dan  Cap 'O' dan satu produk bukan bumi iaitu Babas dan satu lagi aku tak pas ti cap Tarbus.

Gambar hiasan
Kenapa kita tak pilih produk bumiputra?. Apa kurangnya rempah yang dikeluarkan, dari lidah aku rempah apa pun  yang digunakan bergantung kepada tangan yang memasak kari tu. Walau kesemua ada logo halal tapi biarlah keluaran kita, maklumlah barang makanan dan juga kalau kita tak sokong siapa lagi nak membantu ?.
Jenama yang dipilih mungkin merupakan pilihan turun temurun yang disampaikan sejak bergenerasi. Tapi kita boleh merubahnya, kerana ketika ini sudah banyak di pasaran  produk yang dikeluarkan oleh bumiputra seperti Adabi, Faizah, Cap 'O', Hang Tuah dan banyak lagi jadi tepuk dada tanya selera