Logo Halal Mana Pilihan Qalbu

Dibawah ini diletakkan berapa logo HALAL yang dikeluarkan samaada dari negara luar atau dalam dan juga halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta yang rasanya biasa kita lihat di letakkan pada label barangan makanan selalunya.






Dari logo-logo ini yang mana tulin? dan bagaimana nak kenal ketulinannya. Kalau logo itu tulin bagai mana nak tahu adakah ia diiktiraf oleh JAKIM ini disebabkan ada pengiktirafan halal oleh sesetengah badan atau negara luar yang tidak diterima pakai oleh JAKIM. Dimanakah maklumat mengenai tanda-tanda halal ini dapat diperolehi. Adakah maklumat mengenai perkara ini ada pada JAKIM. Perlukah setiap kali hendak membeli kena talifon JAKIM atau kena melayari laman web JAKIM?. Ada juga Jabatan Agama Negeri yang menegluarkan sijil halal, tetapi dengan sedikit penambahan iaitu terdapat kolum bertulis H - diikuti oleh no. pendaftaran mengikut negeri sebagai contoh bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur H -14, bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Selangor ( H-10), bagi logo halal yang dikeluarkan oleh Jab. Agama Islam Johor ( H- 01) dan begitulah seterusnya mengikut no. pendaftaran negeri-negeri.

Kenapa Malaysia yang tak seberapa luas ini mempunyai perbezaan dari segi logo seolah-olah setiap negeri mempunyai kayu ukur sendiri menentukan halal-haramnya. Sebolehnya diujudkan satu standard penentuan yang mengguna pakai satu logo sahaja.

Cadangan aku saja, kalau boleh JAKIM atau Jabatan Agama Negeri membuat satu direktori / makalah yang diedarkan atau diletakkan di tempat orang ramai seperti pintu masuk pasaraya. Atau boleh juga di paparkan dalam akhbar. Tak perlu setiap hari cukuplah sekadar sekali atau dua kali setahun.

Satu lagi buat pada logo tersebut diletakkan bar-code. Kita selalu lihat di pasaraya besar diletakkan bar-code reader untuk melihat harga. Jadi guna konsep yang sama untuk memudahkan pengguan memastikan produk yang dibeli halal dan sijil yang digunakan masih sah.

Harap isu halal-haram ini bukan setakat isu bermusim sahaja tetapi perlu tindakan berterusan.

KOPITIAM - Diragui Halal

Kelmarin dalam Utusan Malaysia, berita utama, muka depan Kopitiam di serbu JAKIM sebab kesahihan ayam yang dibeli diragui taraf HALALnya. Hari ini dalam Mingguan Malaysia, muka depan lihat gambar, "Banyak Kopitiam Diragui". Sekali lagi berita kosong di paparkan.
Gambar muka depan dari Utusan Online


Meresahkan makhluk yang bertunjangkan Syahadah dalam kehidupan. Dalam berita itu, adakah telah diberitahu kopitiam mana yang membuat angkara? Adakah semua kopitiam itu melakukan perkara yang sama? Rasa aku tak semua, tapi jika berita begini yang dkeluarkan, apa tanggapan kita? Aku bukannya baik sangat tapi jika melibatkan apa yang nak masuk dalam perut, aku akan melebelkan semua kopitiam itu tak halal. Sebab aku tak pasti yang mana satu.


Tidakkah apa yang diberitakan memberi kesan yang negatif kepada pengusaha kopitiam yang jujur, yang telah mengikut prosedur yang betul. Kasihan mereka.


Dalam berita juga diminta pengguna memastikan kesahihan halal tempat tersebut. Bagaimana nak tentukan sahih atau tidak. Tak kan aku nak masuk pejabat kopitiam terbabit dan lihat invois mereka dari mana setiap barangan yang dibeli. Mau aku diperambat dengan penyapu oleh tokey kedai tu.


Persoalan juga timbul, status Halal yang dikeluarkan oleh swasta. Siapakah yang memberi kebenaran mereka bengeluarkan sijil halal? Siapakah yang memantau operasi syarikat ini? Adakah pengiktirafan halal ini di terimapakai oleh JAKIM? Adakah sesaiapa sahaja boleh menubuhkan syarikat untuk memberi sijil halal? Ada berapakah badan/syarikat swasta di Malaysia yang boleh memberi sijil halal? Ishhhhh banyak persoalan yang timbul.


Masalah ini tak akan berakhir jika kerajaan tidak bertegas dan menanggani isu ini secara lebih telus. Aku sebagai pengguna perlu tahu perkara sebenar.

Hari Majlis Ke-36

Ini merupakan minggu ketiga berturut-turut dipenuhi acara luar. Kali ini MPSP membuat Hari Majlis selama sehari. Isteri aku diwajibkan hadir ke MPSP. Bukan sekadar hadir tetapi kena ambil kedatangan. Tapi yang malang tak boleh tuntut kerja lebih masa atau elaun perjalanan. Kira seperti suka rela paksa la tu. Hadir pun untuk memeriahkan suasana.


Oleh kerana hari cuti, jadi bawa semua la ke Hari Majlis tu. Sampai kesana mak datukk parking sikit punya susah. Kena parking luar sebab tapak parking diguna untuk acara. Tapi alhmdulillah jumpa kak Normah kawan isteri aku yang baru nak keluar, jadi kami ambil parking dia.

Memang meriah, manusia pun banyak. Yang menjadi tarikan utama ialah membayar kompoun, sebab untuk hari ini setiap kompaun RM 15.00 sahaja.


Sampai ke sana register dulu anak aku, Siti Sarah dan Muhammad Ammar ambil bahagian mewarna dulu. Warna dan gambar diberikan. Acara mewarna dijalankan di lobi MPSP.



Selepas acara mewarna, diadakan acara makan roti pula. Anak lelaki aku Muhammad Ammar apa lagi, masuk la. Dia nie kira makan Alhamdulillah. Tapi tak dapat nombor, dia makan sungguh sopan dan tertib tak gelojoh.

Semantara berjalan acara untuk anak-anak, di hadapan foyer MPSP diadakan pameran kereta antik.


Kereta antik diletakkan di bawah bumbung, sebab kebanyakan kereta ni tak ada bumbung. Di parking lot MPSP dibuat pameran kenderaan. Ini pameran Van Volkswagen. Van ini dibawa oleh pemilik dari Kelab Volkswagen Pulau Pinang dan Kedah.
Tuan empunya van Walkswagon dihadapan van kesayangannya. Menurut beliau ( aku lupa pulak nama dia ) van ini keluaran 1975 dan dia guna van ini untuk kerja seharian bukan setakat pameran sahaja. Penyelenggaraannya pun mudah dan murah tak macam kenderaan sekarang yang banyak alatan elektronik. Vannya masih mengekalkan alatan asal. Ada juga enjin van yang telah ditukar ke enjin Porsche.

Ini kereta Volkswagon Beetle antik. Dulu bapa aku guna kereta Volkswagon jenis ni, masa aku tinggal kat Bukit Jambul, Pendang. Kalau tak silap warna hijau. Kalau bapa aku masih ada kereta nie kira boleh joint sekaki. Di bawah nie keluaran Volkswagen Beetle terbaru yang telah di make-up.
Untuk yang suka motor besar, ini dia. Sebelum beli boleh cuba test-drive dulu. Kalau pemilik dia bagi. Motor ni kira macam bini nombor dua.

Sistem audio kereta pun dipamerkan juga.
Selain acara tengok-tengok dan bersembang di padang hadapan bangunan MPSP diadakan acara tarik tali dan fusal.

Kepada yang suka membeli belah ada banyak gerai disediakan di parking lot MPSP.
Gambar penuh Klik Sini.

Karnival Sukan Tadika Islam 2010

Tahun ini Karnival Sukan Tadika Islam diadakan di Padang SONY di Seberang Jaya. Karnival ini disertai oleh 3 buah tadika. Anak lelaki aku Muhammad Ammar mengambil bahagian.

Kami dapat maklumat pelajar kena berkumpul di padang pada jam 7.30 pg. Ishhhh...awai sangat. Sebelum hari bermulanya acara, kami SMS pengetua Tadika Khalifah Intelek pelajar ada sarapan ka?. Dia balas balik pelajar diberi air dan roti sahaja, tapi ada gerai-gerai yang buat jual rojak, burger boleh lah beli kat situ, SMS siap dengan harga sekali. Nie pun satu hal dah bayar yuran hari sukan diberi makan anak aku roti dan air sahaja. Bagi la benda kenyang sikit.

Pada hari nie, kami bangun awal bersiap dan cari makan dulu. Hari Ahad, mana ada kedai Melayu buka lagi, jadi pi kedai mamak la. Selesai makan baru ke padang. Rasanya sampai hampir jam lapan. Acara belum bermula. Anak aku ke khemah bersiap. Ibu bapa disediakan khemah bersebelahan.


Lebih kurang jam 8 lebih acara bermula dengan perbarisan masuk atlit melalui hadapan khemah def-def kehormat ( ibu bapa la tuu).



Untuk memberkati majlis, bacaan doa disampaikan kanak-kanak tadika.

Diikuti oleh ikrar atlit.

Dah habis ikrar, untuk menghangatkan majlis para atlit bersenamrobik diketuai oleh cikgu.


Selepa itu semua atlit masuk balik ke khemah mereka.
Bermulalah acara....


Cikgu-cikgu dan para sukarelawan menolong membuat persiapan untuk setiap acara.
nie anak aku bawa bola guna gelung.

Kena jampi dulu bola nie supaya tak jatuh.
Opocottttt
Semasa acara berjalan van Vico menaja air coklat percuma. Menjadi tarikan utama bila dahaga.


Juri profesional membuat penilaian.

Sorakan kemenangan...Yahooo!!!

Setelah habis acara para atlit kecil, diadakan acara untuk atlit tua atau ibu bapa atlit. Acara tarik tali. Yang nie aku masuk dan menang. Campur tahun lepas kira dua tahun berturut-turut menyandang juara.
Untuk ibu-ibu tidak ketingggalan, acara kupas buah epal jangan putus kulit.

Akhir sekali untuk atlit tua, adalah acara keluarga, cari kasut anak dan isteri.
Habislah semua acara, Jadi penyampaian hadiah la pulak. Anak aku dapat 3 pingat. Semua ada, emas, perak dan gangsa.




Nie dia pingat yang Muhammad Ammar dapat.
Bergambar bersama cikgu-cikgu Tadika Khalifah Intelek. Habis lah acara untuk setenga hari. Lepas ni kami pi pekena Mid Gulai Kawah.
Gambar penuh kat klik sini.

Sukan Tahunan SK Bertam Perdana Ke-1

Selepas hampir seminggu lebih anak aku Siti Sarah buat latihan di sekolah. Tibalah hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana. Sebelum itu kami tertanya-tanya bila sukan sekolah dia. Anak aku ada beritahu mereka akan ada sukan sekolah tapi tarikh dia sekejap-sekejap berubah, buat kami konfius, surat jemputan/makluman tak diberi. Apa-apa pun hari ini memang sukan sekolah.
Sukan berlangsung di padang SK Bertam Indah ( masih menumpang). Seawal jam 8 pagi dah ada kat sana. Mula-mula semua pelajar berkumpul diperkarangan sekolah, penat juga cikgu-cikgu mengawal pelajar.

Dipadang sekolah tedapat 4 buah rumah sukan bertanding iaitu Rumah Merah ( rumah anak aku la), Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau. Kalau nak tahu rumah tu warna apa lihat saja baju dan air minuman yang disediakan, ikut warna rumah.
Untuk ibu bapa disediakan sebuah khemah. Rasa aku kenan tambah beberapa buah khemah lagi nie. Tak berapa cukup. Tapi apa-apa pun ini sukan kali pertama, tahun depan kena tambah lagi.
Acara perbarisan setiap rumah bermula.
Untuk memberkati majlis, doa disampaikan oleh ustaz.
Selepas itu ikrar oleh para atlit.
Sekarang bermulalah acara yang dinanti-nanti oleh ibu bapa.








Beginilah sorakan dari rakan seperjuangan ketika menerima kemenangan.

Setiap 2 atau 3 acara dilakukan penyampaian hadiah. Anak aku dapat perak untuk acara bawa bola guna gelung.
Salah seorang penerima pingat.
Keputusan akhir yang menentukan juara keseluruhan: Rumah Merah 48, Rumah Kuning 30, Rumah Hijau 15 dan Rumah Biru 54. Jadi kemenangan keseluruhan jatuh kepada rumah Biru.
ini dia sorakan penyandang juara, tempat kedua Rumah Merah. Cikgu yang penuh bersemangat.
Diucapkan tahniah kepada guru-guru dan AJK PIBG yang telah bertungkus lumus menjayakan sukan SK Bertam Perdana Ke-1. Dengar cerita pihak yang terlibat untuk menjayakan acara ini telah datang seawal jam 4 pagi untuk melihat keadaan persiapan disebabkan ribut yang melanda pada malam sebelumnya. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada yang terlibat.
Gambar penuh klik sini.
** Ketika sukan berjalan kami ke kantin sekolah makan kat situ. Tinggal nasi lemak sahaja. Jadi ambil nasi lemak dengan ayam goreng tepung, telur rebus bersama dengan 2 jenis kuah ( gelap/hitam dan merah). Ayam tu kecil sahaja ( kerat berapa entah lah) sesuai la dengan bebudak sekolah. Aku makan nasi dengan kuah merah sedap dan pedas, lalu cuba pula kuah yang warna gelap / hitam...mak datok pedasnya, ingat kuah kicap. Jadi ini lah yang dikatakan oleh anak aku kuah kat kantin sekolah pedas. Kantin kena fikir-fikirkan supaya sesuai dengan persekitaran bukan setakat mengaut keuntungan sahaja. Air kotak Milo harga Rm 1.50, nasi aku makan lupa pulak harga dia.