Posts

Showing posts from January, 2016

Tanjung Dawai

Image
Jom membeli belah ikan masin dan ikan bilis. Tuuu dia macam nak borong saja. Kali nie saja jalan-jalan ke Tanjung Dawai. Lama dah tak ke sana.
Biasalah tempat persinggahan pertama di Tanjung Dawai mestilah ke Komplek Arked Tanjung Dawai. Tempat berhimpunnya peniaga hasil laut. Cuci mata tengok ikan kering dengan ikan bilis. Cuti mata serupa pi supermarket. Ronda-ronda sekejap di situ.
Beli air kopi ais dihadapan komplek dan terus ke tepi pantai. Layan sekejap tepi pantai sambil menikmati kopi. Dibuai angin dari Selat Melaka.

Puas lepak-lepak perjalanan diteruskan menyusuri jalan ditepi pantai hingga ke kedai yang menjual hasil laut. Di sini cuci mata sambil membeli belah. Ada orang kata disini lebih murah dan banyak pilihan. Belilah apa yang patut buat stok di rumah. Sedap juga makan ikan talang masin dengan pajeri ~ tetiba tertelan air liur.

Berhadapan dengan kedai Shahani terdapat satu kedai kecil yang didalamnya ada dua orang tua, rasanya suami isteri. Yang menarik perhatian aku ia…

Restoran Terapung JS Muara Kuala Gula

Image
Sekarang masa makan dan masa balik. OK makan dulu. Mula-mula nak ke Kuala Sepetang tapi dok pikir-pikir rasanya lagi best ke Kuala Gula. Dalam kepala nak rasa ketam lembut yang ramai kata sedap tu.
OKlah kami ke Kuala Gula. Perjalanan yang terasa amat jauh maklumlah masuk ke kawasan ladang kelapa sawit dan jarang-jarang sekali selisih dengan kenderaan lain. Tapi OKlah siang, kalau malam aku memang patah balik ditambah pula tak ada lampu jalan.

Bagaimana pun setelah melalui jalan kampung sampai juga kami ke Kuala Gula . Dalam kepala ingatkan ada banyak gerai makan di tepi kuala tapi sangkaan meleset. Cuma ada satu saja iaitu JS Muara Restoran Terapung. Memang sebuah restoran yang terapung atas air.

Masa aku sampai pengunjung tak berapa ramai seperti yang orang kata. Mungkin kami datang bukan masa cuti dan juga dah leawat pun sampai lebih kurang jam 3 petang. Cari lokasi tempat duduk dulu, yang pastinya kena tepi sebab boleh menikmati pemandangan laut. Dah sampai menu.


Sampai saja menu…

Zoo Taiping Perak

Image
Cerita lama juga nie... Cuti sekolah yang lepas. Bercuti dekat-dekat saja. Kali nie ke Taiping. Apa yang menariknya di sini? dah tentu Zoo dan Taman Tasik Taiping. Kami bertolak awal pagi supaya sampai awal, sejuk sikit jalan-jalan dalam zoo sambil menghirup udara pagi zoo.

Disini bolehlah budak-budak melihat binatang-binatang sambil tambah ilmu pengetahuan dan keluarkan peluh. Semasa cuti sekolah pengunjung memang ramai. Kenalah parking jauh sikit. OKlah layan saja gambar dalam zoo nie.

Sedikit maklumat Zoo Taiping.
Untuk lawatan waktu siang: 8.30 pagi hingga 6 petang.
Harga tiket ~ harga termasuk GST:
Dewasa RM 17.00
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM 8.50
Warga emas RM 8.50

Zoo Taiping ini juga ada Night Safari. Bolehlah merasai pengalaman meneroka zoo waktu malam dimana ketika ini ada beberapa haiwan seperti harimau yang aktif.

Waktu lawatan Night Safari: 8 malam hingga 11 malam.
Harga tiket untuk Night Safari ~ harga termasuk GST:
Dewasa RM 21.20
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM 10.60
Warga …

Ipoh - Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Image
Semasa di Ipoh 3 hari 2 malam nie cuma dua tempat kami keluar makan luar. Waktu siang full sponser, cuma malam sahaja kena cari sendiri.

Malam pertama, melalui kawan-kawan katanya ada nasi lemak femes di Ipoh. Berpandukan kepada GPS kami cari lokasi. Malam di Bandaraya Ipoh sangat tenang seperti pekan mati. Jalanraya tak sebok, kenderaan amat kurang berbanding Penang. Tak berapa lama ketemu Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.

Restoran boleh tahan luas ~ gabungan beberapa shop lot. Walau luas, pengunjung penuh juga. Tengok menu dulu. Boleh kata semua masakan ada, ala thai, melayu, western. Ada pulut mempelam ada berbagai jenis bubur. Ada ala carte dan ada set. Kami pilih ala carte saja sebab semua selera lain-lain.


Nie set yang aku oder, mestilah oder yang menjadi nama restoran iaitu nasi lemak ayam kampung. Kawan-kawan yang lain ada yang oder lain-lain. Untuk nasi lemak tak perlu tunggu lama, sekajap saja hidangan dah sampai. Mungkin mudah semua perkakas plug and play saja berbanding de…