Posts

Showing posts from January, 2017

Kashmir Tomyam Cafe Alor Semadom

Image
Cafe yang terjumpa secara tak sengaja. Ternampak macam menarik saja makan sambil santai di sini. Jadi kami pun apa lagi singgahlah. Sebuah deretan gerai kecil sahaja. Kami sampai waktu malam, tak silap aku dalam deretan gerai ini ada dua sahaja penghuni disini. Satu kedai tomyam dan satu lagi kedai seperti makanan pakistan.
Azraai Tomyam dan Kashmir Tomyam Cafe menghuni deretan garai ini. Azraai Tomyam menyediakan makanan seperti roti canai dan masakan ala Thai seperti nasi goreng, bihun sup, tomyam dan sebagainya. Kashmir Tomyam Cafe pula menyediakan makan ala India atau pakistan seperti Nan, Capati, Ayam Tandoori, Nasi Beriyani. Pelik juga nama cafe Kashmir ini tulis Tomyam tapi tak ada tomyam pun.
Parking kereta di hadapan kedai dan kami duduk di hadapan Azraai Tomyam. Lalu datang tokey kedai tomyam, kami buatlah pesanan dari kedai dia dan juga kedai sebelah. Tapi tokey kedai tu cakap, makanan dari kedai sebelah mereka tak hantar ke sini. Dia nasihat kalau nak makan menu kedai se…

Restoran Mashitah Tomyam

Image
Restoran ini memang hebat. Tak perlu ada papan tanda besar di hadapan kedai. Dari luar nampak dekorasi dalaman biasa-biasa sahaja. Selalu aku lalu dihadapan kedai ini nampak ramai pengunjung. Kali pertama terjah menjadikan berkali-kali diterjah lagi.
Sebuah kedai tomyam terletak di deretan kedai di Pusat Perniagaan Serdang berhampiran dengan D Madinah Corner (DMC). Dibuka dari petang hingga malam meyediakan masakan ala thai. Telah beberapa kali kami berkunjung. Masakan memang sedap. Patutlah walau tak ada papan tanda orang sentiasa datang.

Kat bawah aku letakkan menu yang ada disini. Disini boleh ala cart dan juga disediakan hidangan set. Bagi pendapat aku disini kalau oder set lagi jimat dan berbaloi. Layan menu kat bawah
OKlah dah lihat menu lihat pula hidangan yang pernah kami pesan disini.

Menu diatas merupakan set RM 47.00 cuma kangkong belacan ditukar ke kailan ikan masin dan aku lupa ambil gambar tomyam campur.



Keseluruhan makan disini memang sedap dan berbaloi, boleh datang be…

Konvokesyen Baitul Ummi 2016

Image
26hb November 2016 hari Sabtu hari bersejarah buat Ahmad Firas kerana beliau akan graduate. Cheewahhh macam grad dari uiversiti pula. Hari ini dia akan naik pentas sebab dah tamat belajar di Tadika Baitul Ummi.
Majlis Konvolesyen dan Hari Anugerah Baitul Ummi 2016 diadakan di hadapan Madrasah Al Aminiah cawangan Bertam. Seawal jam 8.30pagi kami dah berada di bawah khemah yang disediakan. Kami antara yang terawal. Sungguh bersemangat.

Diluar khemah ada di buat pameran oleh pihak Bomba dan juga khemah jualan. Kalau lapar bolehlah membeli belah disitu sambil lihat-lihat pameran kereta bomba dapatlah penerangan dari Abang Bomba I Love You. Pameran-pameran lain seperti dari Kelinik Kesihatan dan juga Team Motor Besar.

Kepada yang nak khusyuk mengikuti program konvokesyen seperti dalam universiti, senyap jerrr, MC ada buat pengumuman dua tiga kali kepada ibubapa yang membawa anak kecil. Mereka boleh meninggalkan anak-anak di sebuah rumah transit sementara majlis berjalan. Tapi kalau tak ad…

Kuliah Ilmu Januari 2017

Dah masuk tahun baru, jom dengar kuliah sekitar Bertam Kepala Batas bulan Januari 2017 ini.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:

Surau Al Muttaqin Bandar Putra Bertam, Kepala Batas:

Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.