Posts

Showing posts from September, 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan SKBP 2016

Image
Hari Sabtu 6 Ogos 2016 berlangsungnya Hari Anugerah dan Kecemerlangan SK Bertam Perdana. Alhamdulillah kali ini Muhammad Ammar dapat naik pentas setelah tahun lepas tidak merasa menaiki pentas. Tahun  lepas mungkin pengajaran bagi dia. Tahun ini dengan usaha bersungguh dan juga mak dia dok perhati lebih sikit dengan izin Allah dapatlah naik pentas. Masa peperiksan yang lalu mak dia perhati lebih sikit sebab bercuti panjang, jadi tak bolehlah main-main.

Dalam jam 8.30 pagi kami dah sampai ke Dewan Terbuka SKBP. Muhammad Ammar pergi sekolah awal lagi untuk persiapan. Hampir jam 9 pagi orang dinanti untuk perasmian sampai. Kali ini ADUN Pinang Tunggal YB Dato Roslan Saidin akan merasmikan majlis.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Negeri Kita dan disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahfazrul.
Dikuti dengan ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar, En Mohd Zubir.  Antaranya GB memberitahu beberapa pencapai yang diperolehi oleh SKBP dari segi akademik dan juga prasarana sekolah.…

Kuliah Ilmu September 2016

Image
Jom dengar kuliah sekitar Bertam Kepala Batas bulan September 2016 ini.


Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:


Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


Surau Al Husna Bertam Perdana:

Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.