OK lah kami ini mengambil bahagian dalam persediaan diri sendiri sahaja. Maklumat-maklumat banyak didapati dari sedara mara, kawan-kawan dan laman maya. Maklumat didapati hujung tahun merupakan winter atau musim sejuk di London. Sejuk disini kadang-kadang sahaja ada salji, tetapi tak kekal lama - cepat cair. Yang kata London bersalji terutama malam krismas itu memang terlebih pengaruh filem Krismas saja, asal malam Krismas mesti salji turun bersama Santa Clous naik kereta rusa terbang baling hadiah.
Cuaca yang bakal dihadapi sejuk dan hujan. Melalui laman web boleh diketahui jangkaan suhu ketika kami sampai, katanya dalam 5 ke 7ΰ₯¦C. Jadi berbagai persiapan kena buat. Sajuk satu hal, hujan satu hal. Melalui pengalaman orang kami buat persiapan.
Kalau setahun tiga empat kali ke negara sejuk lainlah persiapannya. Macam kami yang entah bila lagi yang akan diizinNya ke negara sejuk, jadi persiapan pun tak perlulah grand-grand. Nak simpan mana segala mak nenek. Untuk pakaian, kami beli kedai bundle dan ada yang pinjam. Bundle belah Utara ini susah nak dapatkan jeket sejuk yang jenis labuh sesuai untuk perempuan. Kalau belah KL rasanya banyak. Apa pun alhamdulillah jumpa juga. Antara tempat yang kami pernah sampai ialah:
- MF Mart Sungai Petani dan Bayan Lepas.
- Azieymart Sungai Petani (Disini banyak pilihan jaket labuh yang untuk perempuan)
- GTMA Store Sungai Petani
- Doubt Bundle Bukit Jambul Penang
- Ada beberapa lagi, aku dah lupa.
Dibawah antara barangan dan perkara-perkara yang disiapkan:
- Jaket sejuk / Winter jacket - kalau boleh jenis kalis air - Abang aku pinjamkan. Aku guna sahaja apa yang ada, kalau jenis nak OOTD boleh bawalah berpasang-pasang. Tapi ingat jeket sejuk ini tebal, makan ruang ketika packing.
- Sweater / T-shirt lengan panjang
- Thermal Wear atau Long John - baju dan seluar walaupun nipis tetapi dapat memerangkap haba badan. Uniqlo Heattech boleh dapat di bundle.
Thermal wear. Gambar dari internet. |
- Muffler - untuk tutup leher supaya angin sejuk tak masuk kedalam jaket yang menyebabkan badan sejuk.
- Beanie / tutup kepala - yang ini bukan sahaja tutup kepala tetapi tutup telinga sekali. Katanya telinga yang terdedah menjadikan kita cepat sejuk - Kawan aku pinjamkan.
Saja bubuh gambar ni sebab aku baru tahu nama benda ini Beanie. Gambar dari Internet. |
- Pakaian biasa - Ketika di hotel atau homestay boleh pakai pakaian biasa sebab ada heater. Jadi bawalah seluar dan baju biasa semasa disitu begitu juga pakaian untuk tidur. Berdoalah heater jangan rosak.
- Payung @ baju hujan - Kami beli baju hujan yang nipis sahaja, senang simpan.
- Kasut atau boots kalis air - Nak beli boot rasa macam tak berbaloi jadi guna saja kasut sukan yang ada. Lagi pun kasut sukan lebih selesa untuk jalan-jalan - lembut. Pastikan tapak kasut jangan licin bagi mengelakkan tergelincir sebab basah air hujan. Jadi kami spray dengan "Water Repellent" untuk menjadikannya kalis air. Kalau kasut jenis fabric mesh, water repellent ini tak berapa berkesan sebab lubang jaringnya luas - tak cover. Tawakal sahaja lah.
Water Repellen jenama Bata. |
- Botol kosong - Botol kecil untuk isi air, botol air mineral pun boleh. Botol ini ada dua kegunaan, satu ketika masuk tandas dan satu lagi buat ambil air sembahyang. Untuk perempuan rasanya sesuai jika ada "Hand Held Bidet Sprayer", botol dengan muncung panjang seperti gambar dibawah. Benda ini boleh beli dalam talian. Tapi masa dah suntuk, jadi bawa botol mineral sajalah.
Hand held bidet sprayer. Gambar dari internet. |
- Sejadah - kalau boleh yang kalis air senang nak hampar di mana-mana.
- Penjagaan diri - Sabun, shampo, ubat / berus gigi.
- Lip bam - cuaca sejuk meyebakan bibir mudah kering.
- Losyen - berguna untuk kulit kering sebab cuaca sejuk boleh menyebabkan gatal-gatal.
- Ubat-ubatan - Dapatkan dari klinik atau farmasi ubat seperti untuk demam, sakit tekak, selesema, baruk dan krim gatal-gatal.
- Beg kecil / bag pac kecil - Cari yang selesa dibawa jalan-jalan untuk simpan botol kosong, sejadah, sedikit biskut dan sebagainya.
- Duit - Tukar duit secukupnya. Masa ini aku dapat tukaran RM5.52 untuk £1.
- Fail maklumat perjalanan - Fail ini boleh disediakan sebagai langkah awal jika pegawai-pegawai imigresen atau kastam perlukan. Fail ini jangan letakkan dalam bagasi check-in, bawa bersama dalam kabin. Apa yang hendak dimasukkan ialah:
- Passport (yang ini wajiblah ada)
- Salinan e-tiket penerbangan.
- Salinan tempahan penginapan disana jika ambil hotel atau homestay atau alamat yang akan kita pergi.
- Salinan aturcara atau itinerary perjalanan di sana jika ada.
- Senarai makanan yang dibawa. Jika boleh khusukan satu beg untuk isi makanan sahaja. Yang ini kemungkinan akan di lihat oleh Pegawai Kastam.
- Akifkan kad kredit - Untuk digunakan luar negara, sangat membantu jika tiba-tiba dirasuk ketika membeli-belah.
- Yang terakhir, penting juga bawa Alat Penimbang Beg. Sekali lagi jika dirasuk masa membeli-belah tak ingat dunia. Jadi dengan ada penimbang ini dapatlah ingat-mengingati berat beg.
Alat Penimbang Beg. |
Ketika packing barangan. Ada dua beg utama yang perlu diambil perhatian, iaitu bagasi yang hendak di check-in dalam perut kapal dan satu lagi bagasi yang dibawa kedalam kabin atau hand-carry. Satu lagi ialah tas tangan (yang ini selalunya tak ditimbang sebab kecil saja, kecuali kau punya tas tangan serupa guni beras - besar.
Bagasi check-in : Beg ini bolehlah isi apa yang patut tetapi kena tahu berapa kilogram yang boleh dibawa. Walaupun British Airways membenarkan 23 KG tetapi kami akan menaiki Malindo Air dahulu maka kami pack ikut Malindo sebanyak 20 KG sahaja. Segala baju, ubat-ubatan, penjagaan diri dalam satu beg. Ingatan, power bank jangan bawa masuk dalam beg ini. Satu lagi beg besar, kami khususkan untuk makanan. Ini memudahkan jika pihak kastam hendak periksa. Dua beglah sebab kami dua orang.
Makanan yang dibawa. Beras 10KG, milo,biskut, mee segera, tepung cucur seger untuk semua yang ke sana. Jimat. |
Menghadapi soalan maut Imigresen London:
Diberitahu juga di Imigresen Airport Heathrow berkemungkinan akan ada soalan cepu emas. Yang ini menjadikan sedikit fobia. Maklumlah ada yang cerita macam-macam soalan di tanya dan boleh ditahan jika pegawai tak pusa hati. Jadi ketika di sini, jangan buat muka gelabah beruk, tenang. Beri pasport dan jika ditanya jawab dengan elok - biasalah orang Melayu berbudi bahasa tapi jangan buat ramah lebih-lebih pula. Tak paham minta dia ulang, jangan malu. Biasalah Bahasa Inggeris slang British pekat. Soalan yang biasa ditanya ialah:
- Tinggal berapa lama?
- Semasa di sini tinggal di mana?
- Apa tujuan datang ke sini?
- Ada saudara marakah di sini?
- Datang berapa orang?
- Lain-lain soalan hadap sendirilah.
Nasihat lain yang kami dapat ketika di berada sana ialah:
- Jangan mandi air terlalu panas. Biasalah cuaca sejuk, sedap mandi air panas. Mandi air panas menjadikan kulit bertambah kering dan menyebabkan kulit gatal. Cuba kurangkan seminima mungkin suhu air ketika mandi.
- Jangan minum air panas dalam cuaca yang sejuk, kalau boleh air bersuhu bilik untuk mengelak batuk.
- Banyakkan minum air, sebab cuaca sejuk menyebabkan air mudah tersejat melalui kulit.
- Pakai pakaian yang tidak terlalu longgar bagi megelakkan udara sejuk masuk dalam pakaian menyebabkan kita kesejukan. Ketika berada di luar, bahagian atas sebolehnya pakai thermal wear kemudiaa sweater dan winter jacket. Bahagian bawah boleh apakai thermal wear dan seluar jeans.
- Guna penutup telinga atau guna beanie untuk menutup telinga. Sebab telinga salah satu tempat yang menyebabkan kita cepat merasa sejuk.
- Sebelum keluar dari hotel / homestay pastikan keluarkan segala hajat dahiulu - dengan kata mudah, berak. Tandas di sana bukan mewah dengan paip air seperti Malaysia.
- Awasi penyeluk saku terutama di kawasan tarikan pelancong.
Kalau dah lenguh tak tau arah dah, aku saja jalan kebelakang sekejap, kedepan sekejap. Goyang-goyang apa yang patut. Oleh kerana perjalanan yang panjang, kami diberi makan berat dua kali, entahlah tengahari atau malam. Aku pun dah tak ingat masa dah.
Inilah nasi lemak yang diviral oleh seorang penumpang British Airways diberi 0/10. Bagi aku OK saja, tapi tak sesedap nasi lemak tepi jalan la. |
Menu dalam pesawat. Dua kali makan. |
Sambung...
[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ πππ]
1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee
Seronok baca dan banyak maklumat yang boleh digunakan. Ada antara tempat2 tu yang saya dah pernah pergi.
ReplyDeletetq boleh dijadikan bahan rujukan utk ke london wlupn dh pernah pergi sekali
ReplyDelete