Posts

Showing posts from February, 2014

Farid's Grill ~ HpBdy Siti Sarah

Image
Cerita lama dan tak diberi pun nafas baru. Nuunnn hujung tahun lepas, macam lama sangat. Tapi kena tulis gak. Perjalanan makan-makan sambut birthday Siti Sarah. Tak jauh pun, kat Sungai Petani. Restoran Farid's Grill.

Dok dengaq review macam sedap ja kat sini. Apa lagi malan nie kami terjah. Bila sampai ja, layanan  memang terbaik la, dicari meja yang sesuai dengan kami enam beranak. Menu pun datang. Bila sebut Grill ja mestilah western sebab kalau masak melayu di tulis Bakar. Layan menu dulu.

Hari ini punya spesial Lamb Shank, tertulis kat papan hijau depan restoran.
Sementara hidangan nak sampai, buah pembuka kata diletak air kosong dengan sireh kacang salut tepung. Buat menghilangkan bosan menunggu.Tak berapa lama hidangan pun datang. Mula-mula yang datang buat gempak ialah minuman yang aku oder, jeng...jeng...jengggg..kopi ja. Nie dia apa yang datang.
Perghhhh... setalam bahan campuran, penuh meja. Di letak seteko kecil kopi O, susu dan gula. Jadi campur ikut sedap sendiri. T…

Sarbat Chowrasta

Image
Hari Jumaat lepas yang entah berapa kali lepas dan entah apa kebenda terpergi ke bandar. Dalam dok tunggu lampu trafik hijau, lintas kereta sorong nie.
Setelah habis urusan dan solat Jumaat kat sebuah masjid kat situ, lalu ke Pasar Chowrasta. Bukan pasar tuu pun, tapi lorong sebelah pasar tu, Lebuh Tamil.

Lorong nie macam-macam nak makan ada. Samosa, masalodeh, yong tau fu, mee mamak, cucur udang dan ada sebuah gerai yang juai air yang mungkin tak dapat dimana-mana lagi. Nie dia gerainya, Ais Tingkap atau Window Sherbet.
Yang spesial kat gerai nie ialah air sarbat atau sherbet. Rasa lain dari yang lain. Campuran berbagai benda seperti biji selasih, air herba wangi, kelapa muda, getah anggur dan entah apa-apa lagi lah.
 Warna sama macam air sirap tapi rasa lain, nak cerita pun tak tau. Kena rasa sendiri. Orang tak putus-putus datang dan kebanyakan oder air sarbat. Selain sarbat ABC pun ada juga.
 Gerai ini beroperasi lebih 80 tahun dahulu dan diwarisi beberapa generasi. Mulanya air sa…

Majlis Fatwa UAE Haramkan Umat Islam Sertai Misi Ke Marikh

Image
ABU DHABI: Majlis fatwa Emiriah Arab Bersatu mengeluarkan larangan kepada umat Islam daripada mempromosi atau terlibat dalam pengembaraan sehala ke planet Marikh, lapor akhbar Khaleej Times.

Majlis fatwa itu berpendapat pengembaraan sehala itu itu mendatang bahaya dan tidak dibenarkan dalam Islam.

"Ada kemungkinan mereka yang pergi ke Marikh mungkin tidak dapat hidup di sana dan mungkin akan mati," kata majlis fatwa itu seperti dipetik oleh akhbar berkenaan.

Majlis fatwa itu berpendapat mereka yang memilih untuk menyertai "pengembaraan berbahaya" itu mungkin akan mati "sia-sia" dan tindakan mereka itu sama seperti membunuh diri.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Profesor Dr. Farooq Hamada dilaporkan merujuk kepada sepotong ayat dalam Surah An-Nisa yang berbunyi " dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu". Majlis itu juga berpendapat melindungi hidup daripada sebarang muda…

Nombor Telefon Ustaz

Image
Berikut adalah senarai Nombor Telefon Para Ustaz dan Ilmuan yang tinggi ilmunya untuk sebarang rujukan jika perlu :

P/A Ustaz Azhar Idrus 019988 6160
Ustaz Dr Abd Basit Abd Rahman 0199441881
Ustaz Hanafi Abdul Malik 013668 2940
Ustaz Ghazali Ibrahim 019336 9949
Ustaz Dr Zahazan Mohamed 0193538554
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 0192602700
Ustaz Mohamad Abdullah 0193641643
Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 0192202355
Ustaz DrDanial Zainal 019456 6580
Ustaz Rohidzir Rais 019545 2750
Ustaz Roslan Mohammad 012383 1963
Ustaz Mohd Amri Abdullah 0133735293
Ustaz Abdul Hadi Bakri 0124819378
Ustaz Halim Din 0122701066
Ustaz Fauzi Mustafa 0192661484
Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri 0126822797
Ustaz Sabri Omar 0177060489
Ustaz Shukri Ali 0139222670
Ustaz Mohd Nazri Mat Zin 0139207121
Ustaz Mohd Salahuddin Dato Mohamed DBP 0149693959
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman 0132570400
Ustaz Zamri Zainuldin 0192707303
Ustaz Dato Zawawi Jusoh 0193292757
Ustaz Zul Ramli 0132260018
Ustaz Syed Abd Kadir …

Melaka - Hari 3: Selamat Tinggal Malaka

Image
Pepagi lagi dah bangun, hari terakhir kat Melaka. Berkemas semuanya dan check out dari Hotel Syaz Meridien.

Sebelum sampai Melaka kami tanya member-member kat Melaka hotel yang dekat Jonker Street. Dok kat Melaka rumah sendiri, mana depa nak tau hotel-hotel nie. Jadi cari kat internet pula. Mula-mula cari kat kawasan Jonker Street. Saja nak mudah ke pasar malam Jonker Street, lagi pun nak rasa dok rumah Nyonya Melaka. Tapi kebanyakan jenis macam boutique hotel atau guess house. Tempat parking guna parking awam ja (tak dak parking persendirian).

Ada satu masalah lagi iaitu kebanyakan tak bagi bawa kanak-kanak bawah 12 tahun. Mungkin deko kat dalam hotel nie dibuat ala-ala zaman dulu-dulu. Bawa bebudak boleh cari pasai la. Lagi pun isteri aku cakap ada member dia pernah menginap kat hotel kawasan Jonker Street. Dia kata tak berapa best sebab ada macam-macam bau masa pasar malam (paham-paham la nooo) dan juga susah dapat tempat parking dekat hotel.

Lepas tu cari kat kawasan Bandar Hilir…

Melaka - Hari 2: Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Image
Tak habis lagi dengan acara jalan-jalan cari makan. Untuk makan malam pula kali nie perjalanan ke arah Muar juga, dekat sikit dari Umbai. Mengikut jalan yang sama, Jalan Padang Temu.

Jauh juga perjalanan tapi tak nampak papan tanda medan selera ikan bakar kat sini. Dalam Google Map rasa macam dekat ja. Mungkin dah malam lagi pun hujan. Nie mesti terlajak. Baru terperasan masa pandu tadi melintasi sebuah jambatan dan ada papan tanda tertulis Sungai Duyung. Kalau tu Sg Duyung mesti kat hujung dia kuala sungai tu. Apa lagi kona balik la.
Kona masuk ke simpang bersebelahan jambatan tadi. Menyusur bersebelahan tebing sungai. Jalan tak berapa lebar, kena hati-hati. Agak jauh juga dari jalan utama. Dihujung jalan baru bertemu dengan Medan Ikan Bakar Sg Duyung, betul-betul di kuala. Parking lah kat mana boleh, masa kami sampai boleh kata penuh kereta kat situ.

Malam nie cuaca tak berapa menarik, hujan. Lari kedalam kedai cepat-cepat. Pengunjung boleh kata ramai juga, terutama kat bahagian de…