Thursday, March 31, 2011

Adik-adikku VS Idola Kecil

Tak ada apa yang nak ditulis, cuma fikir-fikirkan dimana sokongan kita dan ke mana arah yang kita hendak halakan pemikiran anak-anak. Banyak benda sekali sahaja berlaku dalam hidup. Muda sekali, tua sekali dan mati pun sekali. Arah yang hendak dibawa mungkin boleh berkali-kali, silap kehadapan boleh undur kebelakang, silap kekiri boleh ke kanan tapi sempatkah belok jika dah terbabas?? Pentas manakah yang hendak kita nak menangis ?? Renung-renungkan.

Saturday, March 26, 2011

Jaminan Antarabangsa, Jaminan Malaysia, Jaminan P.Pinang

Pergilah ke Carefour Seberang Jaya. Disitu ada banyak booth handphone. Pusing-pusing booth sambil tanya harga, model dan sebagainya dan dipilih satu booth yang rasa OK dari yang lain.

Semasa nak beli tu tanya pasal waranty / jaminan handphone. Diberitahulah yang AP tu barang original tapi waranti di sediakan oleh syarikat yang bawa masuk saja. Yang original ialah jaminan di sediakan oleh pengeluar handphone itu sendiri. Kalau beli jenama Nokia boleh di servis di pusat servis Nokia sendiri begitulah kiranya. Harga handphone original lebih mahal dari model AP.

bla...blaaa....bla..... semua rasanya telah ditanya. Belilah.......

Selepas dua tiga hari baru dapat tahu handphone yang dibeli itu bukan original dari pengeluar. Itu pun setelah seorang kawan telah membeli model yang sama dan dia telah ke kedai servis pengeluar handphone tu dan mendapat tahu set yang dibelinya bukan original. Diberitahulah yang set original ada beberapa stiker yang dilekatkan.

Selepas itu kami pula ke kedai servis handphone di Megamall Perai untuk confirm set yang dibeli. Sahhhh... bukan set original tapi AP sebab tidak ada stiker tertentu. Pusat servis tu cakap kebanyakakn set yang di jual di booth dan kedai banyak yang bukan original.

Kami sekali lagi ke Carrefour Seberang Perai. Jumpa balik penjual tu. Tanya dia set yang dijual tu original ka AP?. Dia kata itu set orignal. Selepas beritahu kami telah pi check di pusat servis. Lalu dia kata, itu set original, ada dua jenis original. Satu waranti Malaysia dan satu lagi waranti Antarabangsa. Waranti antarabangsa mahal sikit. Yang di jual kat kami adalah set waranty Malaysia.

Tanya dia lagi, set tu boleh hantar ke pusat servis pengeluarkah?. Dia kata boleh tapi kena bayar, nak percuma set tu kena melaluinya atau kedai yang bawa waranti yang sama. Kofiussss. Semua kedai adakah? dia jawab kita kena carilah. Katanya kat Carrefour dia pun tak tahu kadai mana bawa waranty tu (dalam banyak-banyak booth yang ada kat situ). Tanya balik kalau kami kat luar Penang seperti kat Kuala Lumpur bagaimana nak servis jika berlaku kerosakan?. Diberitahu kami kena hantar balik kat booth dia atau kena carilah kat KL kedai yang menawarkan waranty tersebut. Dia pun tak tahu siapa lagi beri waranti tersebut selain dari booth dia. Tapi dia tetap menekankan set yang dijual tu original.

Dikeluarkan waranti card. Dalam waranti tu ada satu alamat dan nombor handphon sahaja. Adakah pusat servis syarikat pengeluar handphone hanya ada satu alamat sahaja di Malaysia nie dan talian talifon mudah alih tanpa ada talian tetap....kofiusss lagi. Dia beri tahu semua handphone waranti seperti tu. Kat atas waranti card tu ditulis Waranti SE untuk Sony Ericssson, Waranty NK untuk Nokia dan begitu juga untuk pengeluar lain. Apa-apa ja lahhh. Aku pun talifon pusat servis tu. Lalu ada yang menjawabnya ( ok lah ingat no palsu). Lalu tanya dia mengenai servis handphone yang dibeli. Dengan tanpa segan silu dan selindung di beritahu handpone yang kami beli itu set AP. Aku beritahu pekedai tu bahawa set yang diberikan itu AP, baru dia buat muka konfius, cover line la tu.

Jadi dari percakapan dengan pekedai tadi bolehlah dikatakan waranti yang diberi ialah waranti Pulau Pinang. Atau lebih jelas lagi waranti Carrefour Seberang Perai saja.

Apa lagi minta tukarlah, sebab tak seperti yang dijanjikan. Pekedai tu tak mahu sebab "goods sold are not returnable". Masa ni tahu pula term and condition. Kalau nak set original dia kata kena bayar, banyak juga sebab set lama dia ambil sebagai set terpakai. Uihhh.. mana boleh sebab masa beli telah dijanji set original. Pusing sana pusing sini dan adalah dia buat panggilan kepada bos dia. Dia tawarkan tambahan wang tak silap aku RM 400.00 untuk dapatkan set original. Tak jadi nie..... dua tiga kali tekan dapatlah dikurangkan ke harga yang berpatutan. Jadi kami setuju. Dapatlah set original.

Walau dia dah sahkan original tapi main dengan peniaga jangan percaya. Kami ke pusat servis dan mereka sahkan set itu original.

Moral dari cerita ini adalah jangan percaya kepada penjual handphone atau barang-barang lain sebab anda mungkin terpedaya dengan cakap-cakap mereka. Pergi periksa set yang dibeli samaada waranti Antarabangsa, Malaysia, Pulau Pinang atau kedai dia saja. Pastikan setiap benda yang diberi seperti alatan tambahan ( free gift), resit disimpan sebagai bukti. Kalau peniaga tak mahu tukar ambil tindakan seperti ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Keputusan ditangan anda.

Wednesday, March 23, 2011

Restoran Hussain Nasi Kandar

Dalam jam 9 pagi sampai ke hospital Metro Sungai Petani. Anak aku Ahmad Firas, batuk tak habis-habis sebulan lebih. Dah ke klinik biasa ambil ubat lepas makan ubat hilang kejap batu tu lepas tu datang balik. Jadi hari ni ke Metro cuba hospital mahal pulak. Tunggu doktor lama juga, pembantu kat situ bagi tahu doktor lawat pesakit. Tunggu saja lah. Lebih kurang jam 11 baru ada doktor. Setelah di periksa, dia kata kena makan ubat dan juga kena bubuh asap ( entah apa nama dia aku pun dah lupa ) sebab banyak kahak dan ada infection.

Kami ke bahagian kecemasan, lalu anak aku diberi sedut macam wap, lebih kurang 10 minit. Mula-mula sampai nak biru anak aku guna topeng penyedut. Lepas tu di tanggal topeng dari paipnya dan guna paip saja letak dekat hidung supaya tak lemas. Wap tu untuk mencairkan kahak.

Habis saja beri wap dibawa ke bahagian fisioterapi. Ditepuk-tepuk belakang anak aku lebih kurang 10 minit ( kalau orang tua-tua mesti marah nanti budak-budak jadi benak). Ditepuk supaya kahak yang terlekat longgar. Selepas itu hidung anak aku disedut, banyak gak kahak yang keluar.

Habis proses hampir jam 2 tengahari, anak kecil aku bagi saja susu terus tidor, letih dan mengantuk.

Perut dah lapar. Kalau ke kedai nasi kampung masa ni kira pi cuci pinggan ja lah. Kedai mamak sajalah kalau nak makan nasi. Teringat aku masa kerja di IKM Sungai Petani pernah makan kat Hussain Nasi Kandar. Teringat ayam negronya. Kami pun bertolak ke situ.

Masa aku sampai hampir jam 2 lebih orang beratur panjang. Macam-macam lauk ada.

Restoran ini menyediakan 3 jenis ayam goreng, ayam goreng biasa, ayam goreng nepal ( aku punya feberet) dan ayam goreng tandori. Harga pun 'A" punya seketul RM 4.90 kecuali ayam goreng biasa.

Ini aku punya, ayam goreng nepal, acar rampai ngan bendi.
Ini isteri aku, ayam goreng tandori, sayur bayam.
Nasi kandar ni yang aku rasa makan selesa sebab pinggan besar, senang nak guea ( macam mana nak eja adun nasi dengan kuah atas pinggan guna tangan - 'ramas' macam rakus sangat). Kedai nasi kandar lain kebanyakan guna pinggan kecik macam piring ja. Mungkin nak bagi nampak banyak kot.

Ini saja ja nak tunjuk, cawan untuk air suam digunakan cawan besi.
Ada gak kuih / cucuq india seperti idli dan vadai.
Hussain Nasi Kandar nie bagi aku memang bersih dan pekerja dia cepat membersihkan meja. Bilik air pun bersih kata isteri aku.
Dapat makan dengan khusyuk, si kecil dah tidor. Makanan di sini sedap, kuah campur atas nasi pun sedap. WI-fi disediakan tetapi kena ambil password dari kaunter. Lokasi lihat bawah.


View Hussain Nasi Kandar in a larger map

Restoran Norliya

Dalam perjalanan ke Sungai Petani, dah hampir tengahari, singgah sebentar di sebuah restoran masakan kampung, Restoran Norliya. Restoran ini dah selalu makan kat situ.

Berhadapan kilang Sharp Bakar Arang, Sungai Petani. Orang memang ramai kalau masa makan tengahari, jadi kalau nak pi kena awal sikit. Kalau tengahari ramai la warga pekerja Sharp yang makan kat situ.

Masakan kampung memang sedap. Macam-macam ada dari goreng-goreng, sup, masak lemak , kari, ikan , daging, sotong bakar , ulam-ulam dan sambal. Puas hatilah lauk yang ada kat situ banyak pilihan. Siput sedut pun ada.
Bukan Melayu saja makan kat situ, bangsa-bangsa lain pun ramai makan.

Tapi satu aku tak suka restoran nie kurang kipas. Ruang kiri restoran tak ada kipas. Lokasi dihadapan kilang Sharp betul-betul bersebelahan simpang lampu isyarat. Ini dari Google map.


View Restoran Norliya in a larger map

Kebajikan Penjawat Awam Dijaga

Berikut adalah petikan dari UTUSAN Online:

Kebajikan Penjawat Awam Dijaga
Oleh ZULKIFLI JALIL, THOMAS CHONG dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 22 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lagi beberapa khabar gembira untuk meningkatkan motivasi dan melahirkan penjawat awam yang berdaya saing.

Ia dimaklumkan Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan bertajuk “Kerajaan Bertanggungjawab: Menunai Janji, Melangkau Jangkaan” di hadapan 5,747 penjawat awam yang menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) di sini.

Turut mendengar pengumuman tersebut ialah masing-masing 300 dan 270 penjawat awam yang menghadiri sidang video dengan Perdana Menteri di Wisma Bapa Malaysia di Sarawak dan Auditorium Intan di Sabah.

Berikut perkara yang diumumkan Perdana Menteri:

Berkuat kuasa mulai tarikh semasa, pesara skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau di bawah Seksyen 6A(6) Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan percuma.

Pelaksanaan pemanjangan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP ini hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang telah di bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Bagaimanapun, ia tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

1) Berkuat kuasa mulai tarikh semasa, ganjaran akan dibayar 100 peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah pilihan skim pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.

2) Kajian semula sistem saraan sedang dijalankan bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi.

3) Kerajaan akan memperkenalkan anugerah khas kepada penjawat awam yang aktif dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan selain menunjukkan mutu kerja yang tinggi. Untuk itu, tahap prestasi kerja dan penglibatan aktif dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan tersebut.

4) Pegawai-pegawai awam di peringkat pertengahan yang berpotensi tinggi akan dihantar untuk mengikuti kursus-kursus terpilih bagi menyediakan mereka dengan kemahiran kepimpinan. Pada masa sama, kemajuan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana akan diperluaskan kepada pegawai yang telah berjaya memiliki kelayakan yang tinggi.

5) Kajian terperinci akan dilaksanakan untuk merasionalisasikan perkhidmatan awam bertujuan mengurangkan lebihan anggota melalui penjajaran semula fungsi agensi yang bertindih, pengawalan pengisian jawatan kosong dan pengagihan semula perjawatan.

6) Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

7) Jawatankuasa penilai pemantauan prestasi akan ditubuhkan bagi memastikan pegawai kerajaan terlibat dalam sistem pool tidak teraniaya di mana elemen keadilan dan penilaian bebas akan diamalkan.

8) Bagi pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi, satu kaedah exit policy akan diwujudkan di bawah Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan tersebut.

***************************************************************

Bersemangat aku nak kerja nie... Aku nampak dalam pengumuman no. 3 tu, nanti ramailah penjawat awam yang akan buat kerja luar atau beri perkhidmatan kepada contohnya NGO dan juga gila pangkat dalam komuniti luar sebab ada ganjaran yang akan kerajaan berikan. Jadi kepada yang ada niat tu bacalah pengumuman no. 8, kalau dah luar terlebih dan dalam berkurang anda boleh dikeluarkan.

Thursday, March 10, 2011

Restoran Hameediyah Tandoori House

Sekali lagi dapat ronda-ronda Penang. Sekali lagi ke Hameediyah. Sampai ke Campbell Street kena pusing dua kali baru dapat parking. Terus ke restoran. Jam ketika tu lewat sedikit jam 11 pagi. Masih awal.

Sampai di hadapan restoran, mamak kat situ masih dok susun kerusi dan lauk pun tak banyak lagi. Lalu mamak di situ suruh ke kedai sebelah, tunggu kat situ lebih selesa. Kami pun hairan sebab sebelum ini kedai ini sahaja yang ada. OK lah jalan juga ke sebelah, baru nampak restoran baru Hameediyah. Berpintu kaca, masuk kedalam berhawa dingin. Restoran mamak nasi kandar dah jadi macam kopitiam atau bistro dengan kerusi, maja, dinding, kaunter semua serba baru dan moden.
Pekerja yang ada si situ pun bukan muka mamak, lebih kepada Melayu. Kami diberitahu mereka lauk tak siap lagi. Sebab lauk ambil dari restoran lama juga. Jadi kami tunggu ja lah.

Tunggu lama gak, bosan, aku keluar sekejap tengok apa yang ditulis papan tanda kedai ni. Tertulis Restoran Hameediyah Tandoori House. Nama pun dah lain sikit tapi warna hijau kuning dikekalkan. Ketika ini kaum cina sebok untuk menyambut Tahun Baru mereka. Meriah dengan jualan kelengkapan dan makanan sempena Tahun baru.


Puas ronda masuk balik ke restoran. Minta mereka ambil order dulu walau tak siap masak lagi. Yang mengambil oder tu Melayu jadi tak ada geleng-geleng lah. Ada uniform.
Kali ini tak macam di restoran lama, lauk main tunjuk-tunjuk kat rak makanan. Disini dihidangkan dengan menuuu. Jadi pilih saja apa yang ada kat situ.

Tak berapa lama hidangan sampai. Air capuchino smoothies. Kari ikan.
Kurma kambing ( ciputtt ).
Acar timun.
Nasi Briyani.
Cabai jeruk, ingat seperti acar rampai, rupanya sebiji cabai jeruk. Balun ja lah.
Kari ayam.
Papedom.
Ayam goreng.
Akhir sekali kuah campur. Semua makanan di hidang dalam bekas seramik putih tak macam restoran lama hidang dalam pinggan plastik warna campur-campur. Habis ja makan rasa macam tak best ja. Ada rasa macam tak kena. Kuah campur yang menjadi penaik selera macam kari ikan ja. Harga seperti dalam dalam menu tu, boleh tahan. Tapi rasa tak berbaloi makan kat sini.

Keluar dari restoran kami ke restoran lama. Oder murtabak. Sambil tu tanya mamak yang tengah buat murtabak tu, sebab apa sebalah lauk tak berapa sedap. Dia cakap restoran sebelah lebih berkonsep kopitiam untuk menarik orang luar. Kalau orang yang suka nasi kandar mereka akan datang ke restoran lama.
Jadi untuk yang selera macam aku ni, dinasihatkan makan kat restoran lama. Baru ada feelllllll. Walau tak berapa selesa dan tak adalah capuchino tapi lebih sedap.

Post aku yang lepas Restoran Hameediyah.

Wednesday, March 9, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Bertam Perdana Ke-2

Mesyuarat Agung PIBG SK Bertam Perdana ke-2 2011. Aku hadir pun lewat sikit, hampir jam 9.00 pagi. Tapi belum mula lagi, tunggu YB datang. Rasanya jam 9.15 pagi YB Dato' Seri Reezal Merican hadir untuk merasmikan mesyuarat.
Acara dimulakan dengan doa oleh Ustaz Shahrudin dan diikuti oleh ucapan Guru Besar En Abd Halim. Antara petikan ucapan ialah beliau menyeru kepada ibu bapa memberi sumbangan buku untuk perpustakaan, pokok dan pasu bunga untuk meceriakan sekolah, Al-Quran untuk kelas J-Qaf dan bantuan dari PIBG untuk mengadakan kelas tambahan.
Disusuli pula oleh ucapan YDP PIBG En Abd Latif. Selaku YDP PIBG beliau meminta supaya ibu bapa berbincang dengan guru-guru secara baik jika ada tidak puasan di hati dan juga beliau meminta ibu bapa yang belum membayar yuran supaya menjelaskannya. Beliau juga menyarankan supaya kutipan itu tidak dianggap yuran tetapi sebagai sumbangan kepada PIBG untuk menjalankan aktiviti.

Beliau juga mengimbau sejarah pendidikan sekolah didalam ucapan supaya ibu bapa yang hadir faham perubahan-perubahan yang berlaku dalam sektor pendidikan untuk memantapkan pembelajaran anak-anak.

Diceritan sebelum era 80-an diperkenalakan KLSR ( Kokurikulum Lama Sekolah Rendah) dan dalam era 80-an diperkenalkan KBSR ( Kokurikulum Baru Sekolah Rendah) dalam era ini di perkenalkan dengan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Tetapi dengan perkembangan sektor pendidikan sekarang untuk bersaing dengan negara-negara lain KSSR ( Kokurikulum Standard Sekolah Rendah ) diperkenalakan pada awal tahun ini. Kokurikulim ini menekankan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (Haaa... menaakul tu apa kebendanya?? bunyi macam tukul pun ada). Menaakul itu ialah kemahiran pelajar berfikir dan membuat keputusan yang baik.

Kanak-kanak 4 setengah tahun dan 5 setengah tahun juga boleh masuk pra-sekolah pada masa akan datang. Untuk mendapatkan hasil yang baik diminta menyeru ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak bertanyakan apa yang dipelajari disekolah. Itulah serba sedikit ucapan YDP PIBG.
Begitu khusyuk ibu bapa mendengar ucapan. Kedatangan hampir 200 orang. Majlis ini di acarakan oleh Cikgu Salina ( kalau tak salah). Macam pesta pantun. Kalau nak pi sunting bunga di taman kena belajar pantun dengan cikgu dulu, baru confiden.
Acara kemuncak ucapan dan perasmian oleh YB. Beliau telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan meyuarat ini sebelum berangkat ke Kerdau ( pilihan raya kecil DUN Kerdau akan diadakan pada 6hb Mac 2011 ). Antara ucapannya ialah menekankan bayaran sumbangan PIBG seperti yang telah di ucapkan oleh YDP PIBG. Beliau juga menekankan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak sebagai anugerah Allah. Jadikan mereka sebagai tinggalan kita yang baik di dunia ini. Di tekankan juga supaya umat Islam menjadi umat yang maju dan dengan pendidikan untuk bersaing.
Sungguh bersemangat beliau memberi ucapan. Diakhir ucapannya beliau menyatakan akan memberi sumbangan RM 3,000.00 kepada PIBG dan juga sumbangan RM 200.00 kepada setiap pelajar yang mendapat UPSR 5A ( zaman aku dulu tak dak sapa nak bagi pun ).

Selepas upacara perasmian oleh YB, semua yang hadir dijamu kuih dan diteruskan diteruskan dengan perbahasan usul ( perghhhhh macam parlimen pulak). Semua AJK PIBG 2010/2011 mengambil tempat dihadapan untuk membahaskan usul.
Antara usul yang dibangkitkan:

1- Ujudkan kelas KAFA.

2- waktu Kokurikulum ditukar ke waktu persekolahan, jadi pelajar tak perlu balik dan datang waktu petang ke sekiolah.

3- Adakan perjumpaan ibu bapa dan guru tiga bulan sekali.
4- Adakan kelas tambahan.

5- Saluar dan tai yang tidak ada kualiti dan saiz yang salah.

6- Bumbung pejalan kaki dari pintu utama ke bangunan sekolah.

7- Adakan orang yang kawal pelajar lintas jalan.

8- Ubah penjaja yang berhampiran pintu masuk sekolah kerana menyebabkan kesesakan.

9- Meminta supaya koperasi tak menjual barang-baran yang tak berfaedah.

Itu antara usul-usul yang dibangkitkan dari tak silap aku ada 15 usul. Selepas usul-usul ini di bangkitakan dan dibahaskan. Pembubaran AJK PIBG 2010/2011 dilakukan oleh YDP dan seterusnya dilantik Guru Besar sebagai pengerusi sementara dan diteruskan dengan perlantikan AJK PIBJ baru 2011/2012. Dibawah ini sebahagian dari AJK yang terpilih.
Barisan AJK:

Yang Dipertua : En Abd Latif Saidin ( Kekal kerusi lama)

Naib YDP : En Aswandi

Setiausaha : Pn Wan Suzana (cikgu)

Bendahari : Pn Ruziah ( cikgu)


AJK ibu bapa :

1- En Izad

2- En Abd nasir

3- En Hisham

4-

5- Pn Azizah

6- En Asmadi


AJK cikgu:

1- En Mohd fadzly

2- En Adnan

3- Pn Norazian

4- Pn Nur Husnanie


Juruaudit :

1- En Arif

2- En Sanusi (cikgu)


AJK cikgu dilantik oleh Guru Besar.

Acara tamat hampir jam 1 tengahari.

Thursday, March 3, 2011

Taman Jubli Perak Sungai Petani

Hari nie jalan bawa anak-anak dan mak anak ke Taman Jubli Perak Sungai Petani. Banyak mainan, anak-anak aku akan pilih ndoi (buaian) ja. Yang lain depa tak suka. Taman ni dijaga dengan baik, bersih dan alat-alat mainan pun elok dan boleh di gunakan.

Yang menarik taman ini ialah terdapat haiwan walau tak banyak macam zoo tapi OK la percuma. Antaranya burung kakak tua, burung hantu, helang dan haiwan seperti rusa.


Boleh main, boleh tengok haiwan, boleh joging, boleh rehat, macam-macam boleh, maksiat jangan buat.

Taman ini di uruskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah ( MPSPK). Lokasi berhampiran Masjid Sultan Muzaffar Syah dan juga Perpustakaan Awam Sungai Petani. Nie dia lokasi dalam Google map.

View Larger Map

Wednesday, March 2, 2011

Bihun Sup Lahar Kepar

Bosan dok kat rumah, jadi petang nie pi pekena Bihun Sup Lahar Kepar. Ini pertama kali makan kat gerai ini setelah dok di lot gerai baru. Sebelum ini gerai Bihun Sup Lahar Kepar di buka betul-betul di tepi jalan simpang tiga Lahar Kepar. Setelah Gerai JKKK Lahar Kepar Medan Selera Lahar ikan Mati di buka depa pindah kesini. Tak jauh dari lokasi lama, lebih kurang 70 meter saja. Lagi selesa dan luas dan perking senang. Gerai lama dah tutup dan dah clear.

Ini dia bihun supnya, besar dan kecil dibezakan dengan warna mangkuk.

Sup sekawah. Di kepala Batas bihun sup nie kira terkenal la.
Dulu masa di gerai lama, bihun / mee/ koey teow sup saja yang di jual, kalau tak salah aku la. Di kedai baru dah ada macam-macam seperti nasi goreng.
Gerai ini terletak lot paling tepi di Komplek Gerai JKKK Lahar Kepar Medan Selera Lahar Ikan Mati. Nama kedai aku tengok tak ada pun. Dah sedap orang cari gak. Lokasi dari Google map:


View Bihun Sup Lahar Kepar in a larger map
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...