Manchester United FC :: Royal Albert Dock

HARI KETIGA

22hb Disember 2019, Ahad

Jarak antara Stadium Anfield dan Stadium Old Trafford tak jauh, dalam 30 KM lebih sahaja. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam.

Old Trafford Stadium.
Stadium Old Trafford ini lain sedikit. Dihadapan pintu masuk ke kaunter tiket stadium ada kawalan keselamatan. Segala dompet, beg, handphone kena keluarkan untuk di periksa, amcam nak naik kapal terbang. Kali ini pengunjung diberi pas berupa landyard. Cantik juga landyard ni, harap dapat bawa balik.

Pemeriksaan keselamatan. Pengunjung dikehendaki mengeluarkan segala apa yang ada dalam poket dan beg akan diperiksa.



Bayaran untuk memasuki lawatan.

Lawatan bermula jam 2.30 petang, ada lebih kurang satu jam sebelum lawatan. Untuk menjimatkan masa, kami ke kedai cendera mata dahulu. Nak masuk kedai cendera mata, sekali lagi kena pemeriksaan keselamatan. Seperti biasalah di dalam tu, dari sekecil pen sampai ke pakaian yang mempunyai tandatangan pemain dijual. Aku lihat saja sebab bukan peminat bolasepak, seperti tikus tengok besi.





Nak lagi ciwi, boleh cop nama atas baju di sini.

Dalam 2 petang lebih kami ke stadium semula - kena melalui pemeriksaan keselamatan sekali lagi. Lawatan dalam stadium oleh kaum lelaki sahaja. Kaum perempuan, kak ipar bawa jalan-jalan entah kemana. Sementara menunggu jam 2.30 petang boleh lepak di cafe dahulu sambil layan skrin TV.

Sebelum masuk lawatan boleh lepak-lepak dalam cafe sambil layan bola.
Jam 2.30 semua pengunjung yang dah ada pas berkumpul  dan diberi multimedia audio headset. Seorang tour guide mengiringi dan memberi penerangan mengenai stadium ini. Lebih sedap dengar penerangan secara langsung dari tour guide dari dengar penerangan melalui multimedia audio headset.



Laluan dalam Stadium Old Trafford ini lebih berliku-liku dibandingkan dengan Stadium Andfield, boleh sesat ooo. Layan saja gambar di bawah.
Pemandangan Stadium  Old Trafford dari tempat duduk penonton.

Press Room.

Stadium Old Trafford dibina pada tahun 1910, dan telah dilakukan beberapa pembesaran sehingga kini. Kini ia merupakan stadium bolasepak yang ke 2 terbesar di UK dengan kapasiti penonton sebanyak 74,879.
Kerusi warna coklat mempunyai nama-nama orang. Aku lupa pula apa tujuannya.


Bilik Persalinan pemain Manchester United.


Terowong keluar masuk pemain. Dikiri ada seperti poster berbagai penaja, dimana disini boleh dibuat temuramah pemain.



Padang Stadium Old Trafford seperti juga padang Stadium Anfield akan diberi cahaya lampu. Musim sejuk mempunyai siang yang pendek menyebabkan kekurangan cahaya matahari. Oleh itu lampu digunakan untuk memberi kesan cahaya buatan kepada rumput untuk subur.

Tempat duduk pemain tuan rumah dan pelawat. Ditengah-tengah ialah terowong keluar masuk pemain yang lama.

Terowong keluar masuk pemain yang lama. Kerusi merah atas itu tempat duduk pemain.


Lawatan tamat jam 3.40 petang. Semua head set kena pulangkan tapi landyard boleh bawa balik. Bolehlah pakai pergi kerja, ciwi sikit.

Masih di Manchester, perjalanan diteruskan. Kami gerak ke tengah Bandar Manchester untuk mencari Hard Rock Cafe Mancester. Peminat barangan Hard Rock Cafe Manchester mesti dapatkan tanda kenangan- bukan akulah. Susah juga nak cari tempat parking. Pusing-pusing kami singgah di Arndale Shopping Complex dan parking di situ. Dapatlah lihat suasana warga tempatan disini membeli belah untuk krismas. Boleh tahan sebok, kami pun tumpang sebok menjamu mata.

Kemeriahan membeli belah menyambut Krismas.


HRC Manchester berada di bangunan bersebelahan shopping complex. Hujan renyai-renyai diluar tapi demi HRC kita redah juga. Akhirnya sampai juga.
Hard Rock Cafe Manchaster.
Keluar dari HRC tiba-tiba terjumpa kedai makanan segera, baru perut terasa lapar. Seharian berjalan sehingga terlupa tak makan tengahari lagi. Tapi yang hairannya tak rasa lapar, mungkin seronok jalan kot. Sekarang hampir jam 5 petang, sudah gelap seperti jam 8 malam di Malaysia. Kami masuk ke kedai tersebut yang pasti Halal.
3FS Manchester. Kedai makanan segera Halal menjual berbagai makanan seperti burger, kebab, fries dan minuman.

Antara yang kami pesan.


Yang ini sedap. Tak silap aku yang ini Donner Kebab On Nan.

Alhamdulillah lega dapat makan.
Dalam jam 6 petang kami masuk semula ke Shopping Complex Arndale semula untuk ke parking kereta. Wawww...  kedai yang meriah tadi hampir semua dah tutup. Awalnya tutup. Ingat nak pusing-pusing dalam tu. Apa pun sebelum keluar terjumpa sebuah kedai yang masih dibuka menjual berbagai barangan koleksi dari filem Harry Porter, Game Of Thrones dan Stranger Things. Kedai Hoot, gambar lupa nak ambil.
Jam 6 petang dah tutup. Susah nak jumpa di Malaysia masa dekat raya kedai tutup awal.

Walau dah gelap, perjalanan diteruskan juga. Kami kembali ke Liverpool. Kali ini ke Royal Albert Dock. Apa itu Royal Albert Dock? Dulu dikenali sebagai Albert Dock. Ia merupakan dermaga kapal dan juga gudang dibuka pada tahun 1846. Ia merupakan binaan pertama di Britain yang menggunakan besi, batu dan bata sahaja yang menjadikan ia sebuah struktur tak mudah terbakar. Oklah nak lebih lagi boleh Google sahaja.
Royal Albert Dock


Pameran The Beatles. Dah tutup, tengok pintu sajalah. Kumpulan Beatles telah ditubuhkan di Liverpool dan menjadi kebanggan di sini.
Ketika ini bangunan ini Royal Albert Dock dijadikan tempat tarikan pelancong dimana bangunan ini menempatkan hotel, bar, restoran, Muzium Maritime, Muzium Perhambaan, Galeri Beatles dan beberapa kedai lain. Muzium-muzium dan galeri disini kebanyakannya tutup dalam jam 5 ke 6 petang. Masa kami sampai boleh tengok pintu sajalah πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. Malam-malam kebanyakan bar dan restoran sahaja yang buka, jadi bolehlah bergambar disini.
Pertunjukan cahaya. Kebanyakan mengenaik Kumpulan Beatles.


Kedai cenderamata menjual berbagai cendera mata Beatles dan Harry Potter..

Barangan cendera mata Kumpulan Beatles.

Satu set Tongkat Sakti Harry Potter. Beli satu boleh buat macam-macam.








Merseyside Maritime Museum, ini pun dah tutup. 
Sampai sini dulu malam ini. Balik ke hotel balum meggi. Ini merupakan malam terakhir di Liverpool. Malam ini kemas semua barang, esok tak kalut. Esok akan ke tempat lain pula. Kemana???


Bersambung...

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

No comments:

Post a Comment