Heathrow - Landing Time

HARI KEDUA

21 Disember 2019 jam 6.00 pagi (waktu UK).

Alhamdulillah mendarat di Lapangan Terbang Heathrow London Terminal 5. Lega rasanya dah sampai, letih 14 jam dalam pesawat. Sebelum keluar pesawat lihat ramai Mat Saleh dah keluarkan dan pakai jeket atau sweater. Aku pun pakai juga sweater yang dibawa. Mana tahu kejutan suhu diluar.

Beza masa Malaysia dengan London ialah 8 jam dimana London lewat dari Malaysia. Jika 6.00 pagi di London, waktu Malaysia ialah 2.00 petang. Kalau nak whatapp call  anak-anak atau sedara mara kat Malaysia pastikan masa dulu.

Turun dari lapangan terbang, keretapi ke tempat ambil bagasi tidak berfungsi. Semua diminta jalan kaki. OK lah jalan-jalan sikit lepas tu naik walking escalator. Hilang lengoh-lengoh duduk tadi.

Sampai sahaja, jumpa imigresen dahulu, beratur tunggu giliran. Ada dua barisan, satu untuk yang ada pasport UK dan satu lagi untuk lain-lain pasport. Haaa beratur lah ikut yang lain-lain pasport - kena sedar diri rakyat Malaysia. Sampai sahaja giliran, diberi masuk kekaunter secara berkumpulan. Senang.


Bagi pasport kepada pegawai bertugas. Masa ini yang buat ketaq. Ramai yang cakap, macam-macam soalan di tanya. Jangan gelabah, jawab sahaja apa yang ditanya. Kalau tanya lebih-lebih beri sahaja salinan dokumen yang diperlukan, fail yang kita siapkan di Malaysia tu.

Alhamdulillah Pegawai Imigresen yang kami jumpa amat baik dan peramah. Antara yang ditanya "Hang pa mai tang ni nak buat apa?", " Tang ni hang pa dok mana?", "Mai berapa orang?", "Ada orang tunggu hang pa ka kat sini ka?" Perghhh.. boleh cakap utara lagi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚~ tolong jangan percaya. Soalan lebih kurang apa yang telah diberitahu sebelum ini. Jawab sajalah.

Habis di Imigresen, terus pergi ambil bagasi. Selepas itu untuk keluar kena melalui Kastam. Ada beberapa pintu. Jangan main redah sahaja, pilihlah pintu yang menuju kebenaran. Pintu ini ditandakan dengan warna, senang dari jauh boleh nampak.
  • Pintu Biru : Jika datang dari lapangan terbang dalam EEA - European Economic Area (Kesatuan Ekonomi Eropah ada beberapa negara, nak tau google). 
  • Pintu Hijau : Jika datang dari luar EEA dan tiada apa nak di istiharkan. 
  • Pintu Merah : Jika datang dari luar EEA dan ada barangan yang hendak di istiharkan.
Jadi pilihlah pintu Kastam yang membawa ke jalan yang benar. Kami pilih Pintu Merah sebab ada bawa makanan. Sampai ke kaunter, bersoal jawab dengan Pegawai Kastam.

Pegawai Kastam  (PK): "Hang ada bawa mai daging?
Kami jawab "tak bawa", memang pun kami tak bawa. Kami cepat-cepat beri senarai makanan yang dibawa. Tapi dia tak tengok pun. Lepas tu dia tanya.

PK : "Hang pa bawak mai rokok?
Yang ini kami serah kepada yang merokok - abang ipar, sebab takut tersilap sebut.
Abang Ipar (AI) : "Bawa"
PK : "Wak mai banyak mana"
AI :  "Dua" Sambil tunjuk dua jari.
PK : "Dua kotak besaq?" sambil beri isyarat tangan menunjukkan kotak besar mungkin karton.
AI : "Kotak kecik ja" Sambil tunjuk isyarat tangan kotak kecil. PK senyum.

Alhamdulillah, dia suruh jalan. Apa yang di tanya itu mungkin disebabkan daging mentah boleh bawa kuman atau penyakit dan juga rokok jika dibawa banyak disyaki berniaga di sini, harga rokok disini mahal.

Keluar dari Kastam, abang ipar nombor dua dah tunggu. Alhamdulillah sampai kami ke Heathrow. Rehat sekejap di Costa, kena kopi sejerit buat segarkan badan. Tak lama, waktu subuh masuk. Di Lapangan Terbang Heathrow ini tak ada surau khusus untuk Muslim. Tapi ada sebuah ruang yang diberi nama "Multi-faith Prayer Room" atau "Tempat Beribadat Berbagai Kepercayaan" di tingkat 3 atau aras perlepasan / depature. Jadi apa-apa agama boleh beribadat di sini. Alhamdulillah ada tempat ambil air sembahyang, selipar, sejadah - bersih. Semasa masuk pun ada beberapa orang sedang bersolat.
Multi-faith Prayer Room. Bilik beribadat untuk semua kepercayaan.

Paip air pun disediakan. Mudah nak ambil air sembahyang.

Seusai solat, rehat sekejap. Kami ambil peluang keluar dari terminal. Hendak merasai kesejukan sebenar di Heathrow, dapatlah keluarkan asap dari mulut. Boleh tahan sejuknya, tak boleh duduk lama, kejutan cuaca.
Sedang menikmati kesejuka di luar terminal.

Selepas itu kami semua gegas ke Terminal 4 menggunkan train (percuma) untuk ambil kereta sewa (Treminal 5 pun boleh dapatkan kereta sewa, tetapi ke Terminal 4 sebab ada urusan yang perlu di selesaikan disana).
Kiosk automatik tiket untuk train antara terminal Heathrow Central Station.

Nie dia tiket train, Nampak kosong ja.

Perjalanan antara Terminal 5 ke Terminal 4 menggunakan train.

Dalam jam 8 pagi, semua masuk dalam dua buah shuttle van untuk ke lokasi kereta sewa. Kedua-dua van akan menuju ke lokasi kereta sewa berlainan syarikat.  Melihat bilangan kami yang ramai, pemandu siap bagi tahu berapa orang yang boleh naik. Bukan boleh main sumbat suka hati dan penumpang diminta memakai tali pinggang keledar. Undang-undang yang perlu dipatuhi bila naik kenderaan di sini. Pertama kali penumpang belakang dengan ikhlas memakai tali pinggang keledar tanpa cakap banyak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
Walau duduk barisan belakang tetapi dengan penuh redho memakai seat belt πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Perjalanan jauh juga. Tetapi pusing-pusing van berhenti besebelahan landasan lapangan terbang sahaja, menunjukkan bertapa besarnya Lapangan Terbang Heathrow. Kami kini berada di Alamo Ren A Car, pusat sewaan kenderaan.

Alamo Rent A Car Heathrow.
Semasa turun dari shuttle van, tiba-tiba kami disambut meriah. Wowww lain macam punya sambutan. Mungkin dua tiga hari lagi nak Krismas atau memang budaya disini menyambut pelanggan. Aku pun tergamam nak ambil gambar.

Segala urusan sewaan diuruskan oleh abang ipar. Kereta disini menyediakan tali pinggang keledar untuk semua tempat duduk dan bilangan penumpang tidak lebih dari bilangan seat. Sekali lagi bukan boleh perosok sesuka hati.

Urusan mengambil kereta. Ambil MPV, sebab jemaah yang ramai dan beg besar.

Landasan kapal terbang bersebelahan kedai. Sementara tunggu kereta siap, boleh swafoto dengan kapal terbang yang tak henti-henti berlepas.
Selepas selesai di Alamo Ren A Car, kami gegas dengan kereta sewa ke syarikat sewaan ke dua. Tidak jauh perjalanan sampai ke Europcar. Disini sistem lebih tegas, diperlukan pemandu berumur 26 tahun keatas. Jadi abang ipar nombor tiga menjadi pemandu berdaftar (had umur memandu di UK ialah 17 tahun) - merasalah drive di UK. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk memandu di UK. Lagi pun cara pemanduan disini sama dengan di Malaysia, di sebelah kanan.
Europcar Heathrow.
Urusan kereta sewa dah selesai. Jadi tak kan nak tidor. Walau masih jet lag akibat perjalanan yang jauh dan waktu tidur yang terganggu tetapi bila sampai sini terasa segar. Lokasi pertama perjalanan kami ialah ke...

Bersambung...


[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

No comments:

Post a Comment