Ao Nang - Hari 2: Lompat Pulau

Disini aku cuma letakkan gambar saja. Perjalanan ke empat buah pulau, Chicken Island, Tup Island, Poda Island, Phra Nang Cave di Raily Beach dan snorkeling. Sekeping gambar seribu cerita.


Semua ceria, nanti nak berendam dalam laut.


Ini dia jurupandu kami. Amat ramah. Barracuda Crew.



Ini kerja Firas, jumpa pasir dia nak korek.









Banyak gamat kat sini.





Salah satu pulau kami disediakan makan tengahari. Masakan ringkas sahaja - nasi putih, ayam kicap, ayam sweet sour dan sayur kalau tak silap, ingat-ingat lupa. Tapi yang seronoknya, semua terasa sedap dan bertambah makan. Mungkin penat dan lapar.
Nak terjun juga.
Nie dia, renang kuak bebas. Pegang tali jerrr.



Gambar wajib apabila berada di sini. Pulau kat belakang tu.



Sampai ke pulau terakhir, sempat berendam. Tak berapa lama pokok hujan dah nampak, redup saja. Hujan pun makin kuat. Jadi pakat semua gegas balik. Dalam tengahari kami sampai semula ke tanah besar. Balik rehat, puas berendam sampai kecut.

Lewat petang setelah charge balik tenaga. Biasalah waktu petang, tengok matahari terbenam. Tiba-tiba ada seorang perempuan jalan tepi pantai bawa bunga - boleh menyanyi lagu XPDC Apa nak Dikata. Kebetulan bulan Disember hari jadi Fatini. Jadi hadiah kat dia kalungan bunga pink. Seronok dia jadi princes.


Comel lah tu. Fatini. Princes.
Malam ini kita ke Muslim Street Foot, pasar malam depan masjid. Semalam dah usha jualan di situ, hari ini kita terjah.
Aonang Muslim Street. Berbagai gerai makanan di kaki lima dihadapan Masjid Al Munuawarah. 


Disini jangan lupa Beef BBQ. Yang ni terbaik - memang sedap.




Macam best makan disini. Dihujunag pasar malam disediakan meja bersama kerusi, jadi boleh makan di situ. Sambil duduk bolehlah bersembang dengan orang Malaysia. Disini orang Malaysia memang ramai melancong.

Selepas beli boleh makan disini.

Beli sedikit buah tangan sebelum balik.


Dalam dok jalan-jalan terjumap kawan-kawan sekolah Firas.


Ini malam terakhir berada di Ao Nang. Esok akan ke tempat lain pula.

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]

1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam

No comments:

Post a Comment