Posts

Showing posts from June, 2015

Langkawi - Hari 3 dan 4 : Teratak Sireh Lagenda Dan Malibest Resort

Image
Selepas melawat Kilim Geoforest Park pakat ramai ramai ke padang Matsirat untuk makan tengahari. Kali nie pun pekena kerabu beronok. Selesai makan kami berpecah geng Pak Nyang menghala ke lain dan kami ke destinasi lain.

Sebelum aku lupa sebelum nie kami tinggal kat Teratak Sireh Lagenda di Padang Matsirat. Nie dia serba sedikit gambar chalet tu.

Chalet nie di bina sebuah-sebuah berbentuk rumah tradisional Melayu di pinggir sawah padi. Tak silap aku ada lebih kurang 15 buah. Bilik yang aku sewa lengkap dengan aircond, TV dan dah tentulah bilik air. Kalau nak rasa suasana seperti di kampung boleh lah datang sini. Walau nampak ke kampungan tetapi wifi lajuuu.

Sesiapa nak merasa tinggal ala-ala kampung boleh hubungi Teratak Sireh Lagenda di 04-9556111, 012-4082440 atau 012-4745829 di alamat di Lot 1779 Jalan Bohor Cempedak, Padang Matsirat, Langkawi.

GPS : 6.347378, 99.744502
          6°20'50.6"N 99°44'40.2"E





Oklah petang nie acara yang mesti dilakukan di Langkawi se…

Langkawi - Hari 3: Kilim Geoforest Park

Image
Semlam semasa masih di rumah tok, dalam dok sembang-sembang terkeluar program apa nak buat esok. Dalam perancangan nak naik bot melawat Geopark. Lagi pun memang tak tau jalan bolehlah tanya-tanya sedara mara yang memang dok langkawi. Kebetulan Pak Nyang tahu jalan ke sana dan berminat nak pi juga, maklumlah sama-sama tak pernah sampai lagi. Jadi esok pagi akan berkumpul kat rumah tok dulu sebelum ke sana.
Dok sebut Geopark tapi sebenarnya Geopark merujuk kepada lokasi-lokasi yang diiktiraf oleh UNIESCO yang mempunyai keunikan geologi tertentu termasuk gunung, batu-batan, sungai, paya bakau, gua, tasik, haiwan liar dan sebagainya. Di Langkawi terdapat 3 lokasi Geopark yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu:
Kilim Geoforest Park Gunung Machinchang Geoforest Park Tasik Dayang Bunting Geoforest Park  Apa yang kami sembang tadi merujuk kepada Kilim Geoforest Park. Nak pi semua boleh tahan la ongkosnya. Pilih satu cukuplah.

Awal pagi kami berkemas, check out dan mengucapkan selamat tinggal kat che…