Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Selamat Hari Raya 1440H

Walau tiada persiapan yang meriah. Walau tiada gudang yang menyambutnya. Bulan yang membawa beribu rahmat akan menemui penghujungnya. Terasa pantas Ramadhan akan berlalu. Akan hilanglah bulan yang penuh rahmat. Sempatkah untuk Ramadhan yang seterusnya?

Hari Raya yang akan datang tentu ramai yang kunjung mengunjugi ziarah menziarahi adik beradik saudara mara kawan kawan dan sebagainya. Jadi, kalau bersalam salaman pastikan orang yang disalam itu mahram kita. Sayang puasa sebulan jaga segala pantang, hari raya kita buat kesilapan. Dibawah infografik siapa mahram dan bukan mahram. Gambar dari DAMAI - UNIMAS.
Mahram untuk perempuan.

Mahram untuk lelaki

Dalam Ramadhan ini juga aku mengambil kesempatan memohon maaf jika dalam tulisan aku ada yang tersilap.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin

Selamat Datang Castrol dan selamat Tinggal P******s

Hari ini selamat tinggal Pxxxxxxs dan selamat datang Castrol.  Cisss berani berpaling tadah. Macam dah berpatah arang berkerat rotan pula. Ini bukan berpaling tadah tapi himpitan ekonomi semasa.

Dah berbelas tahun pakai kereta.  Asal servis tukar minyak pelincir atau minyak hitam mesti pilih Petronas.  Tapi kali ini Castrol ada tawaran menarik. Tawaran ini aku baru tahu dari mekanik tempat servis.
Tawaran untuk servis yang menggunakan minyak pelincir Castrol.

Tawaran memang menarik dan sukar untuk tak berpaling tadah.  Sini aku ceritakan tawarannya. Untuk minyak semi sintetik, jika dibuat 4 kali servis serta tukar minyak pelincir Castrol dalam 2 tahun kita boleh tebus sebotol minyak pelincir semi sintetik percuma.

Untuk yang menggunakan minyak pelincir Castrol fully syntetic,  selepas dibuat 3 kali servis serta tukar minyak pelincir dalam 2 tahun kita boleh tebus sebotol minyak pelincir fully syntetic percuma.

Kalau kita guna minyak pelincir campur-campur macam dalca, sekejap gred tinggi sekejap tukar gred rendah, bila nak tebus dia akan bagi yang gred rendah. Takkan nak campur-campur kan.

Memandangkan kegunaan kereta boleh kata dua ke tiga kali setahun atau melebihi 5 kali dalam dua tahun maka tawaran ini amat berbaloi. Uihhh boleh tahan jimat, harga sebotol minyak yang semi sentetik pun dah cecah RM 120.00.

Kad Proof Of Purchase - POP.

Kalau nak dapat tawaran ini bukan setakat beli minyak pelincir Castrol di mana-mana.  Tawaran ini untuk servis yang dilakukan di pusat-pusat servis atau bengkel yang berdaftar dengan Castrol sahaja. Selepas servis minta kepada mereka kad bukti pembelian (proof of purcas- POP) dan juga ID pusat servis. Kemudian SMS ikut arahan seperti gambar di atas. Boleh sahaja minta pusat servis yang SMS. Cukup limit bolehlah tebus sebotol minyak pelincir.
Tawaran minyak pelincir Castrol percuma.

Ok lah harap tawaran in berterusan dan kalau boleh Petronas pun buat tawaran yang lebih menarik lagi. Boleh aku buat U turn.

Ramadhan Tahun Ini

Dah kita tinggalkan madrasah Ramadhan. Ramadhan tahun depan tak tentu jumpa lagi. Ramadhan tahun ini mungkin yang ter"best" sebab isteri aku cuti, jadi balik kerumah tak kalut nak beli makanan dan aku pun dapat pilih masa anjal ketempat kerja. Dapat masuk jam 7.30 pagi dan balik 4.00 petang. Waktu pagi, isteri akau hantar anak-anak ke tadika.

Yang menarik Ramadhan tahun ini ialah kami sekeluarga kerap berbuka di Surau Al-Husna. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, mungkin sekali atau dua kali sahaja berbuka di sana. Seronok makan ramai-ramai nie. Kadang-kadang sebelum berbuka dibuat doa selamat dan tahlil.

Makan nasi talam.
Selepas berbuka dapat solat Maghrib berjemaah di surau. Selepas solat Maghrib balik rumah dulu sebelum datang semula ke surau untuk Isyak dan Terawikh. Bersiap terutama Nur Fatini dan Ahmad Firas ~ buang apa yang patut, tak mau dok tengah solat nak ke tandas pulak.

Firas pula tahun ini dapat berpuasa penuh, cuma tinggal 2 hari sahaja sebab tak sihat. Moga anak-anak aku dapat menjalankan kewajipan berpuasa berterusan dengan sempurna.

Tahun ini juga pertama kali kami solat Sunat Aidilfitri di Surau Al Husna. Sebelum ini kami solat samaada di Masjid Badawi atau Surau kat kampung aku.

Ramadhan tahun ini memang lain sikitlah perancanganNya dan menarik. Harap-harap tahun depan dapat bertemu lagi.

Selamat Hari Raya untuk semua

Asslamualaikum....

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat Hari Raya 1 Syawal 1437 (siap ada tarikh lagi) kepada ter"klik" blog ini. Aku menyusun sepuluh jari mohon maaf kalau ada apa-apa yang aku tertulis tak kena dengan selera dan maklumat yang tersalah.
Sepatutnya kita sesama manusia mohon maaf sebelum Ramadhan. Maklumlah akan masuk kebulan yang mulia dan bayak barakah. Jadi biar mohon ampun sesama manusia dulu bagi clear. Taklah dalam bulan Ramadhan masih ada yang tersemat di hati.  Dalam bulan Ramadhan dapat buat amal dengan lebih tenang untuk mendapat keredaan Pencipta. OKlah tahun depan kita pakat mula minta maaf sebelum masuk bulan Ramadhan ~ setakat tulis saja tahun depan nak kena praktis.

Dah nak sampai bulan Syawal nie. Apa yang kita buat bila menjelang Hari Raya selain asal masuk rumah makan keluar rumah ke rumah orang lain pula dan makan? Suatu yang kita lakukan melebihi bulan-bulan lain? Dah tentulah salam menyalam. Tak naklah cerita fesyen salam. Ada salam tampar, ada salam kuit, ada salam kaut, ada salam tumbuk dan macam-macam lagilah. Tapi peristiwa salam memang berlaku dengan banyaknya walau dengan teman sepejabat yang hari-hari kita tengok muka dia.

Biarlah jenis-jenis salam tu. Yang penting siapa yang boleh di salam dan siapa yang tak boleh disalam. Maklumlah hari raya, sanak saudara dari mana lubang tanah keluar. Ada yang jauh tak jumpa bertahun pun datang.  Ada yang kita tak tahu pun dia ujud datang dari mana tiba-tiba menjadi saudara. Jangan dok pakat salam asal ada talian darah dari nenek moyang kira sama rata ~ kalau nak ikut ada pertalian darah semua manusia bersaudara datang dari Nabi Adam, pakat boleh salam semua.

Bersalam juga tak kiralah tingkatan usia, kedudukan dalam keluarga, jawatan, along kawasan,  atau penghormatan untuk orang-orang tertentu. Dalam Islam ada batas-batasnya. Dibawah akau letakkan poster mahram untuk lelaki dan wanita buat panduan ~ terutama untuk aku sendiri.

Mahram Lelaki

Mahram Perempuan.
Terima kasih kepada yang buat poster nie, amat membantu. Harap Hari Raya ini kita dapat buat perubahan. Perubahan datang dari diri sendiri dahulu.

Sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin.

Selamat Hari Raya 2014

Selamat tinggal Ramadhan yang ada lebih kurang 2 hari lagi. Selamat tinggal bulan yang pahala berganda dan bulan penuh keberkatan. Sudah bertemukah Lailatul Qadar? Sudah berjayakah menawan nafsu?

Tak lama lagi tiba hari kemenangan, 1 Syawal 1435H. Harap-harap kemenangan yang sebenar. Bukan kemenangan yang sementara.

Dengan ini aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada tersilap tulis yang mengguris hati dan sebagainya.


Disamping meraikan hari kemenangan ini janganlah pula dilupa saudara-saudara seagama kita di Palestin yang sedang berjuang menuntut hak.

Duit-duit yang akan berikan kepada anak-anak kecil sempena hari raya ambillah sebahagian dan berilah kepada rakyat Palestin meringankan beban mereka. Duit-duit yang akan dibakar menjadi mercun bagi menerangi langit Syawal ambillah dan berilah kepada rakyat Palestin yang ketika ini langit mereka dihujani percikan api senjata Zionis. Duit-duit yang selama sebulan tidak merokok berikanlah kepada rakyat Palestin. 

Bantulah mereka untuk meneruskan perjuangan. Mereka bukan berjuang untuk diri sendiri atau negara sendiri tetapi mempertahankan tanah yang mencengkam maruah seluruh umat Islam.



 

Mee Udang Pulau Sayak : Tolak Setahun Untuk Aku

Rancangan ini telah ditaja oleh isteri aku (sebut dengan penuh semangat macam pengacara konsert). Bersempena aku telah cukup setahun umur ditolak. Cerita nei terjadi awal bulan Mac yang lalu, semua dah jadi organik.

Hari istimewa, belanja mestilah tempat yang spesial. Kalau boleh jauh sikit dari rumah. Jadi jalan-jalan cari makan cinta kolestrol kat Pulau Sayak, pekena mee udang yang terfemes didunia tuuu. Kami tak biasa pi, jalan pun tak tau dan kedai yang mana sedap pun tak tau. Jadi kita tanya sama itu En Google.

Dalam dok search tu jumpalah jalan ke Pulau Sayak walau google map tu pun fenin-fenin juga. Jalan dari Tikam Batu ke Kota Kuala Muda dan sebelum sampai Pantai Merdeka ada simpang ke kiri ~ ada papan tanda. Dah jumpa jalan, tiba pula gerai yang mana sedap??. Kat internet aku jumpa hanya 2 gerai mee udang yang banyak ditulis. Dua-dua mendapat markah yang sama, boleh kata seimbang. Siapa makan kat kedai A dia kata yang tu sedap, kalau dia ke gerai B dia kata gerai B sedap. Entahlah. Lagi pun mee udang nie bukan hari-hari kita pi makan. Mungkin seumur hidup sekali ja pi pekena kat situ. Jadi itulah yang sedap. Siapa nak pi banyak-banyak kali? Bukan dekat ooiiiii.... nunnnnn kat hujung dunia.

Makan yang sedap waktu bila?? Jawapan yang senang ialah waktu lapar. Jadi kami bertolak kat sana untuk makan tengahari. Untuk sampai kesana melalui jalan kampung yang sempit sedikit, jadi berhati-hati.

Sampai dah ke situ, tak tau nak pilih yang mana satu ~ sebab ada dua kedai. Jadi pilih yang di hadapan sikit entah sebab apa tak tau. Kona masuk depan kedai. Pengunjung masih tak ada, kalau oder mesti cepat. Tanya tukang masak, dia kata tak siap lagi. Patutlah orang tak dak. Kat depan kedai tu ada sebuah Makam Diraja, ambil gambar sekeping dua.
Makam Tunku Haidar Ali Shah

Lepas tu kona ke kedai sebelum nie. Usof Mee Udang Laut Pulau Sayak tertulis kat papan tanda depan lorong masuk ke kedai. Ada kawasan lapang depan kedai, parking kat situ.

 Berhenti depan kedai, keluar kereta cari port yang menarik.Tiga ke empat meja dah diisi pengunjung. Kedai makan tepi laut kenalah dok kerusi tepi laut juga. Pilih wakaf  kat situ mudah fatini dan firas berjalan.
Duduk kat wakaf ~ baru terasa macam dok kat kampung.

 Dok tak lama pelayan datang. Kami minta menu kat dia. Dia kata tak dak menu sabab menu dia simple saja... mee udang, nasi goreng udang, udang goreng kunyit, udang masak sos. Jangan dok minta benda pelik-pelik, nie bukan kedai tom yam atau western.
Menu udang sahaja

 Apa lagi oder mee udang, nasi goreng udang dan udang goreng kunyit. Kami oder saiz biasa ja, sebab pelayan tu kata jika spesial cuma udang sahaja lebih. Cukuplah kolestrol yang ada nie.

Sementara hidangan sampai layan dulu pemandangan yang menarik kat sini. Gerai ini betul-betul ditepi laut. Pantai kat sini tak nampak orang mandi. Sampan banyak berlabuh di sini.




Tak lama dah dah sampai. Jeng...jeng... . Aku oder nasi goreng udang. Nasi goreng datang dengan udang besar 3 ekor dengan sebiji telur goreng mata. Nasi goreng memang sedap, udang pula seperti direbus dan digoreng asing dan di tuang sos atasnya. Terasa kesegaran isi udang terebut.
Nasi goreng udang

Nie mee udang pula, Mee kuah yang diletakkan 3 ekor udang besar dan di tuang sos atasnya. Kuah mee terasa biasa sahaja, rasa manis-manis pedas dan ceroi. Diletakkan juga telur separuh dan sedikit sayur. Udang serupa nasi goreng juga dimasak asing dan diletakkan atas mee.

Mee udang

Nie pula udang goreng kunyit, ada 5 ekor udang kalau tak silap.
Udang goreng kunyit

 Harga untuk mee udang dan nasi goreng udang RM 8.00 sahaja, kalau special RM 11.00. Dari segi saiz hidangan berbanding harga memang berbaloi. Rasa pula kira OK sahaja. Tak berapa menarik sikit sebab udang dimasak asing dari kuah mee atau nasi goreng. Udang yang disediakan ada yang telah dibuang urat hitam kat belakang dan ada juga yang masih ada.  Yang menarik ialah kita dapat menikmati pemandangan laut yang cantik dan suasana perkampungan yang tenang sambil mengopek udang ~ boleh bersajak kat sini.
Fatini dan Firas makan udang goreng kunyit.

Dok tengok pemandangan luar lupa pulak suasana kedai. Kedai masa aku pi bersih. Tempat makan di buat bumbung tanpa dinding jadi pengunjung boleh menikmati angin laut sambil bersajak.

Luas dan selesa. Kena angin laut.

Menurut yang jaga kedai, udang dapat segar dari nelayan. Ketam pula tak tentu, ikut kepada tangkapan nelayan. Masa aku datang ketam tak ada ~ melepas. Ikan pula seperti siakap kena tempah baru dia cari.
Terima kasih kat isteri aku, belanja makan mee udang.
Usof Mee Udang Laut Pulau Sayak.

Kedai Usof Mee Udang Pulau Sayak dibuka setiap hari kalau tak silap dari jam 8 pagi sampai 11 malam. Lokasi kedai disebelah kiri selepas jumpa Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak (IAMPS), Jabatan Perikanan Malaysia. Nak senang lihat google map kat bawah. Google map tak boleh guna option map sebab jalan tak sampai, serupa dok dalam hutan. Kena guna satelit, baru jelas.

View Usuf Mee Udang Laut Pulau Sayak in a larger map

p/s : Susah jumpa kedai makan yang dibuang urat hitam kat belakang udang.

Denggikah Aku ?

Dari pagi semalam dah rasa seram sejuk. Air cond buka perlahan ja tapi sejuk lebih. Semalam dah kena 2 biji panadol, berpeluh kebah. Mai pagi rasa macam nak demam lagi, kena 2 biji panadol lagi. OK sampai tengahari ja. Lepas tu gelong balik.

Lepas Jumaat ke klinik. Sebelum jumpa doktor periksa dulu tekanan darah, nadi dan suhu. 38.3 C, terus nurse bagi 2 biji panadol. Lepas tu masuk jumpa doktor. Cerita apa patut kat doktor. Rasa sakit-sakit badan, rasa melayang, sakit kepala lebih kurang.  Dia kata tak berapa seronok macam kena virus atau denggi. Ditanya aku pi jalan mana sebelum nie? Aku pun ingat-ingat lupa, rasanya tak kemana sebab hari kerja. Mungkin aku masuk kawasan denggi. Lalu di ambil darah. Tak sampai 15 minit dah dapat keputusan ~ yang terpantas.

Jumpa doktor semula. Di tunjukkanlah bahawa pletlet berkurang sepatutnya 150 keatas tapi darah aku cuma 141 ja.

Doktor kata tak ada ubat cuma di beri panadol untuk demam, multivitamin dan vitamin C dan yang penting minum air banyak-banyak, sekurang-kurang 2 liter. Dia suruh kalau esok semakin teruk terus pi ke hospital bahagian kecemasan. Kalau bila gososk gigi ada darah atau ruam kat badan pun terus ke hospital. Kalau boleh bertahan tunggu hari Ahad atau Isnin jumpa dia semula.

Balik ke pejabat, tak berapa lama kawasan sekitar aku kerja kena fogging.

Kalau denggi, ini merupakan kali kedu aku kena. Tak apalah, kafarah dosa-dosa aku. Ada peluang makan sup ketam esok, nak tambah darah putih. Denggi yang lepas, selepas makan sup ketam alhamdulillah darah putih meningkat ~ petua orang dulu-dulu. Atau minum 100 Plus.

24/3/2013 ~ Update :  Alhamdulillah dah sihat.

Bajet 2013 : Penjawat Awam Boleh Senyum

Balanjawan 2013 :

Bagi menghargai penjawat awam maka diberi satu setengah bulan gaji. Setengah bulan dah diberi sebelum Hari Raya lepas. Setengah bulan dibayar Disember 2012 dan setengah lagi Januari 2013.
imej : mynewshub.my
Untuk pesara kerajaan pencen minimum dinaikkan dari RM 720.00 ke RM 820.00.

Harap harga barang tak naik, baru boleh menikmati bonus. Kalau harga barang naik, bonus tu kira lekat celah gigi ja la.

Servis Kereta Hampehhhh

Penatttt... Pagi Jumaat lepas aku talipon confirm balik dengan Perodua Service Centre Pulau Pinang, Jalan Patani tentang temujanji untuk servis petang hari tu. Bagilah nombor kereta dan di periksa dalam sistem, tak ada. Aikkk.. dah booking minggu lepas macam mana tak ada pula? Tanya lagi, macam mana boleh terima lagi ka booking? Di jawab tak boleh dah, kereta banyak sampai kepetang.

Hairan aku sebab dah buat booking pada Khamis 16hb Ogos lebih kurang jam 10.37 pagi ( ikut rekod dalam call log HP). Yang jawab lelaki ( silap tak ambil nama bang mat tu ). Bila aku kata nak buat booking lepas Raya dijawab tak payah buat booking sebab orang tak ramai, datang terus saja. Aku cakap balik aku nak booking juga. Lalu aku bagi tau aku nak datang jam 3 petang. Dia cakap OK lalu aku bagi tahu nombor kereta.

Ingat semudah itu. Rupanya Bang Mat ( aku nama kan manusia tu Bang Mat sebab ia lelaki ) tu tahu hangguk ja. Dia tak masukkan maklumat dalam sistem. Letih puasa kot.

Yang jawab talifon kali ini ( perempuan) kata kalau buat booking, mereka akan ambil nombor kereta dan maklumat pemilik. Tanya dia, Bang Mat mana yang ambil booking hari tu, dijawab tak tau ( cover line kot ).

Nasib baik aku talipon dulu. Kalau buat edisi terjah, buang masa ja.

Pengajaran: Walau dah booking, tolong confirm balik untuk memastikan maklumat betul.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Selamat Hari raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir batin jika ada terklebih kurang, terkasar bahasa dan segala-gala terrrr.

Bertemu Indera Joned

Selamat berpuasa. Minggu lepas aku berpeluang bertemu dengan Indiana Jones Indera Joned kat Bukit Bunuh, Lenggong Perak. Tak ada apa kami sembang. Kat dalam TV Indera Joned duduk kat dalam semak cari harta karun tapi kali nie aku jumpa dia kat dalam kebun kelapa sawit duk tengok batu.

Aku jumpa bukan seorang tapi berpuluh Indera Joned. Semua ahli dalam mengakaji batu. Lawak jaa... mereka merupakan pengkaji bahan sejarah, arkeologi. Mereka buat kajian penemuan batu meteor yang menunjukkan ada manusia tinggal kat situ beribu-ribu tahun dahulu.

Lembah Lenggong di Perak yang menjadi lokasi penemuan Perak Man pada 2001 kini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Nak tahu lebih lanjut Google mengenai Bukit Bunuh di Lembah Lenggong.


Ada apa pada batu??
Sambil melihat mereka teruja dengan batu, aku layan kawasan kelapa sawit.
Pokok paku atas dahan kelapa sawit.
Batu meteor yang menyimpan berbagai kenangan.

Paku pakis


Paku pakis lagi

Ala-ala Indera Joned tapi tak dak topi. Dibelakang tu batu meteor.

Boleh buat filem hindusan.
p/s: Menarik jika tahu sejarah asal usul kita.

D'King Seafood : Selamat Hari Bapa

Baru nak sambut hari bapa ?? saja entry baru tulis, kejadian dah berlaku 16 Jun lepas. Untuk memeriahkan suasana hari bapa apa lagi, program makanlah.

Hari ibu yang lepas ke Restoran ZnA. Kali ini untuk hari bapa ke D'King Seafood sungai Petani. Yerr la bapa kannn, mestilah King. Terletak sebelum simpang Giant Sungai Petani kalau dari Tikam Batu. Dulu rasanya tempat nie restoran cina sebab ada gambar harimau.

Parking tak menjadi masalah, sebab pintu restoran menghadap jalan yang orang tak pakai dah ( rasa aku la ), Jalan Kampung Baru. Ada pekerja restoran yang jaga parking. Ketika sampai orang boleh kata ramai. Serupa dengan kami kot, meraikan bapa.

Masuk kedalam, kami tercangak-cangak nak duduk kat mana. Lalu pelayan yang adakat situ tunjuk ke satu lokasi. Meja untuk 8 orang. Tak makan lagi tengok kerusi dan meja dah rasa berselera.
Macam dok kat hotel
Lepas meja di bersihkan, datang pelayan nak ambil oder. Lalu di cadangkanlah beberapa menu. Kena pilih, tak dak jenis set. Dalam menu semua makanan laut. Jangan cari ayam, itik, kambing dan yang seangkatan dengannya.
Seafood

Semua masakan datang boleh kata cepat. Nie apa yang kami ambil.
Siakap 3 rasa : Besar sesuai untuk 4 orang tetapi rasa kureng dan ikan tak berapa rangup.
Kailan ikan masin : Rasa dah OK tapi kailan tak berapa masak.
Sotong kong Pow : Yang nie aku tak tau nak komen apa, tak kena dengan selera. Sotong dimasak dengan sos tiram rasanya tetapi lembik macam tak masak.
Tom yam seafood campur : Betul ka tom yam??? rasa serupa asam pedas. Bahan seperti udang dengan sotong banyak. Udang macam tak berapa masak.
Yang tak ada dalam gambar nasi sebekas dengan air oren sejug. Keseluruhan makanan yang dihidangkan tak berapa memenuhi cita rasa kami walau atas meja licin ( membazir amalan syaitan).

Ada muka merajuk ??
Bila dilihat tetamu yang lain. Kebanyakan oder mee udang. Nampak macam menarik, mee bersalut kuah yang pekat dengan udang. Mungkin mee udang merupakan tarikan utama restoran. Lagi pun perkataan mee udang banjir dan ikan bakar tertulis di bawah nama restoran. Lain kali datang nak pekena mee udang pulak ( nak tunggu hari apa pulak ??)

Seperti konsep Restoran ZnA yang kami pi dulu, restoran ini pun menyediakan berbagai kaedah duduk untuk makan.
Makan bersila
Makan bawah pondok.
Lepas makan, pusing-pusing restoran nie. Restoran nie berkonsep terbuka dan santai. Mempunyai kawasan yang luas dan selesa.
Bersama motor tokey kedai
Dah habis bersantai, apa lagi pi bayar la. Harga berbanding dengan apa yang kami makan rasanya tak berapa serasi, boleh kata mahal.

Untuk yang nak ke restoran nie. Alamat kat bawah :
Lot 20072,Jln Padang Temusu, Mukim Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel : 019-511 1152
Dibuka dari 4 petang - 1 pagi. Isnin Cuti
Web: http://dkingseafood.com/
Email : info@dkingseafood.com

Nak senang tengok ja Google Map kat bawah.


View Restoran D'King Seafood in a larger map

p/s: Terima kasih kat isteri aku yang belanja.