Showing posts with label TALESKA. Show all posts
Showing posts with label TALESKA. Show all posts

TALESKA : Hari Terakhir

Hari ini Jumaat, 28hb Jun 2013 merupakan hari terakhir TALESKA ini dibuka. Selepas ini ia akan ditutup selamanya. TALESKA ini telah dibuka pada 1hb Jun 2010 dan dikendalikan oleh Koperasi IPPT USM ~ selama 3 tahun sebulan.

Kelang-kabut juga dengan penutupan ini, dimana notis yang diberi sangat pendek dan dipertengahan tahun. Kasihan juga kepada guru-guru yang terpaksa diberhentikan.

Sedih
Anak aku Ahmad Firas merupakan pelajar pertama berada kat sini ~ klik sini. Adiknya Nur Fatini baru masuk tahun lepas. Hari ini dia merupakan antara pelajar terakhir yang meninggalkan TALESKA ini.
DSC_3739
Hari terakhir Taman Asuhan Lestari Kanak-Kanak (TALESKA)
Untuk  kali terakhirnya kami mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik anak-anak kami. Mengajar membaca doa, berus gigi, siang ikan, bersukan dan sebagainya. Komitmen yang diberikan oleh guru-guru amat besar ertinya dalam mendidik anak-anak kami menjadi lebih baik (maklumlah mak bapa pun bukan ada masa nak mendidik mereka). Semoga guru-guru ini diberkati usaha mereka dan mendapat rezeki yang lebih diluar sana.

Untuk tidak menghampakan ibu bapa yang terpaksa mencari pengasuh baru (tak tentu lagi anak-anak akan serasi) maka pengetua TALESKA telah mengambil inisiatif membuka sendiri pusat jagaan kanak-kanak dikawasan yang sama (behampiran kedai hardware dan Restoran Sofena) dengan mengekalkan beberapa guru-guru lama. Semoga beliau dapat memberi perkhidmatan yang terbaik seperti mana beliau berkhidmat di TALESKA dulu.

Tadika / Transit Mithali - Selamat Hari Raya

Pernah jadi tak kat ibu bapa suatu hari di bulan Ramadhan anak anda memberi satu surat? Datang dari tempat dia transit / tadika. Surat apa tuuu... apa lagi surat cuti raya. Esok hari raya.. esok hari raya.... Lihat surat kat bawah.

Nama tadika dipadam untuk menutup kebaikan majikan.
Jumaat bertemu Jumaat tadika / transit akan tutup ditambah dengan Sabtu dan Ahad menjadikan tertutup 10 hari. Horeeeee..... balik main mercun. Anak-anak seronok lah, ibu bapa cam mana??? Mungkin ada yang OK dan mungkin juga ada yang mempunyai masalah. Majikan tak luluskan cuti atau baki cuti yang sudah dirancang untuk program lain atau cuti tak cukup. Ramai senyap seribu bahasa. Kalau dolu-dolu diam tu tanda setuju. Setuju lah kot.

Kepada ibu bapa yang dapat cuti seperti tempat jagaan tu OK lah tapi yang tak boleh macam mana?? dah ada barisan alternatif untuk jagaan anak-anak ??

Baca surat yang aku tempek kat sini. Jumaat pertama cuti peristiwa sebab tadika  bersukan nuuuunnnn Mei yang lalu ( tak mahu bayar OT lalu diberi cuti gantian, rasanya). Tadika nie merupakan salah satu cawangan dari rangkaian tadika dan transit yang dimiliki oleh seorang tokey. Jadinya tadika dan transit yang berangkai dibawah tokey ini akan bercuti peristiwa yang sama. Adakah patut ?

Aku dok risau nie, kalau rangkaian tadika nie mempunyai 4 buah cawangan dan setiap satunya mengadakan aktiviti ( lawatan atau hari sukan atau apa-apa hari ) pada tarikh yang berlainan dan ada cuti peristiwa maka akan ada 4 hari cuti peristiwa. Maka setiap cawangan terpaksa ambil 4 hari cuti peristiwa walau tak ada kena mengena. Haruu nie.

3 hari lain iaitu Rabu hingga Jumaat pula ( 22-24 Ogos ) cuti apa?? mestilah tambahan cuti raya, yang tu pun nak kena bagi tau ka. Dengar cerita tadika nie ikut cuti sekolah, tapi tak semua sekolah membuat tambahan cuti. Jadi apa yang di ikut?

Kenapa jadi begini ?? nak kena bagi tau juga ka?? Sebab ini tadika /transit swasta. Peduli apa nak buat cam mana pun. Sendiri buat undang-undang sendiri patuh, rasa tak sesuai boleh diubah, janji dicapati.

Kami nak tau sikit bagaimana dengan bayaran. Kalau ibu bapa hantar anak lebih masa kena bayar obertime, kalau hantar anak-anak ketika sekolah cuti ( untuk transit ) pun ada tambahan bayaran, bagaimana jika tadika sendiri ambil cuti tambahan?? Nak guna mesin kira yang mana satu? Tapi kembali ke perenggan diatas, itu undang-undang mereka yang buat.

Inilah salah satu masalah tadika / transit swasta yang kerajaan perlu ambil perhatian, dimana tadika-tadika dan transit swasta perlu ada peraturan untuk penubuhan dan perjalanan perniagaan. Perlu diadakan satu mekanisma yang memantau dan menyeragamkan kaedah perjalanannya. Supaya perjalanannya tidak menjejaskan perkhidmatan ibu bapa yang bekerja bertepatan dengan fungsinya.  Tadika / transit  inilah kami sebagai ibu bapa memberi kepercayaan untuk menjaga anak-anak sementara kami bekarja, sementara kami berkhidmat untuk negara.

Dolu-dolu mungkin tak berapa kisah sangat. Salah seorang ja bekarja atau pun saudara mara duduk berhimpun satu kampung. Boleh ja letak anak-anak tumpang rumah mereka. Ketika ini kebanyakan ibu bapa berhijrah untuk mencari pekerjaan, kaedah hantar kepada saudara mara dah tak relevan lagi. Lagi pun tempat-tempat jagaan ini bukan sahaja tempat jagaan tetapi juga tempat menuntut ilmu. Nak masuk darjah satu ada ujian menentukan kedudukan kelas ( cikgu dah tak ajar A,B,C keladi hutan, tikus mati, kucing makan ). Itulah pentingnya pusat-pusat jagaan ini ( klik  sini ).

Jika di sekolah diadakan PIBG ( Persatuan Ibu Bapa dan Guru ). Dimana PIBG memainkan peranan yang besar dalam menggerakkan dan memantau aktiviti sekolah. Bolehlah dicadangkan tadika-tadika dan transit juga diwajibkan mempunyai PIBG. Ini supaya perjalanan aktiviti tempat ini dapat dipantau dengan baik. Tadika dan transit swasta bukan sekadar sebuah badan mengaut keuntungan semata-mata tetapi juga perkhidmatannya ada nilai tanggungjawab kepada kemasyarakatan, orang putih kata corporate social responsibility ( CSR ).

Kementerian-kementerian seperti Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran dan kementerian-kementerian lain yang rasa-rasa bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan sewajarnya.

Walau ada kelemahan dan kekurangan ibu bapa kadang-kadang tetap menghantar ketadika tersebut disebabkan ada nilai tambah yang melebihi kekurangan seperti anak-anak dijaga dengan baik dan juga menitik beratkan pelajaran agama.

Disebalik tu pun ada juga tadika / transit yang menjalankan operasi secara profesional. Walau mengaut keuntungan, kebajikan ibu bapa yang menghantar anak-anak diutamakan.

Apa komen anda???

p/s: Bila majikan aku nak buat cam nie. Tutup kedai buang sebulan.

Firas dan Ikan

Hari Isnin yang baru nie TALESKA IPPT minta bawa ikan kembong dan pisau plastik (pisau kek) untuk aktiviti Ahmad Firas. Jadi sebelum hantar ke TALESKA pi beli ikan kat kedai Bertam Putra dulu. Selepas hantar tak tau apa jadi.

Jadi petang nie cikgu upload gambar kat FB. Haaaa nie dia apa depa buat.  Membunuh ikan yang telah mati.  Siap pakai apron lagiii.
Ishhh nak masak apa nie?

Ehhh... kau dah makan ka ?
Setiap kanak-kanak bawa tak sama ada ikan kayu, gelama, sotong, ketam. Lepas nie senang la boleh bagi firas besiang ikan.

** Gambar ihsan cikgu TALESKA

p/s: bila cikgu nak ajar masak pulak ??

Tangan, Kaki, Mulut dan Pungkoq

Alhamdulillah.... Nur Fatini hari ni dia dapat pi TALESKA semula. Sebelum nie isteri aku ambil cuti dua hari sebab pada hari Jumaat lepas guru TALESKA bagi tau Fatini kena penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Ada beberapa kawan-kawan dia kena juga. Jadi mereka nasihat jangan hantar ke TALESKA buat sementara waktu.
Gambar dari Google
Hari Sabtu kami ke klinik kanak-kanak kat Sungai Petani. Doktor mengesahkan kena jangkitan penyakit tu tetapi dia tambah satu lagi menjadi Tangan, Kaki, Mulut dan Pungkoq  sebab kat pungkoq pun ada juga.

Simptomnya ada merah-merah berair di tangan, kaki dan mulut dan juga pungkoq, air liur meleleh. Nak minum susu pun susah sebab mulut sakit. Doktor beri nasihat supaya jaga kebersihan, basuh tangan dan elak anak-anak kecil bermain dengannya sebab boleh berjangkit. Doktor beri satu ubat yang titik dalam mulut supaya kebas baru boleh minum susu. Nur Fatini baru umur lebih kurang 4 bulan, mana boleh makan benda lain lagi, susu saja.

Tahun lepas abangnya Ahmad Firas pun pernah kena. TALESKA tutup seminggu.

Hari ni dah sihat. Minum susu pun tak sakit dah. Selamatttt.

 Maklumat menggenai HFMD :
1- http://drazwan.blogspot.com
2- http://pmr.penerangan.gov.my
3- http://www.myhealth.gov.my

p/s: Masa nie kat Sarawak penyakit HFMD sedang mengganas.

Tadika atau Rumah Orang

Ramai ibu bapa yang kedua-dua bekerja. Jadi tugas menjaga dan mendidik anak-anak kecil terutama yang belum bersekolah diambil alih oleh pengasuh. Sekarang kita ada dua alternatif sama ada hantar ke tadika / pusat asuhan kanak-kanak atau kepada pengasuh persendirian atau hantar rumah orang. Kedua-dua ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

Tadika
Kebaikan:
1- Anak-anak dapat berkawan dengan ramai orang, mereka jadi berani dan pandai berkawan.
2- Makan disediakan khusus untuk mereka.
3- Ada aktiviti-aktiviti dan juga permainan yang boleh merangsangkan minda kanak-kanak disediakan
4- Alatan untuk aktiviti seperti buku dan permainan disediakan.
5- Tiada ada masalah mencari pengasuh penganti jika pengasuh cuti sebab ramai yang boleh ambilalih.
6- Cikgu yang terlatih.
7- Kemudahan dan keselamatan diberi keutamaan ( ada akta-akta yang menetapkan standard untuk menjadi tadika - banyak tadika yang tak ikut nie)

Keburukan:
1- Kalau ada penyakit berjangkit ( tak serius) seperti selesema memang payah diubati sebab kanak-kanak lain akan berjangkit dan ia akan berulang-ulang.
2- Tiada tumpuan diberikan secara individu.
3- Penjagaan ikut masa yang ditetapkan.
4- Kesesakan juga akan berlaku jika terlampau ramai kanak-kanak diambil dan ruang yang ada terhad.

Rumah Orang
Kebaikan:
1- Anak-anak mendapat layanan individu.
2- Penyakit senang sembuh sebab tak merebak dari kawan-kawan.
3- Makan mengikut keadaan pengasuh.
4- Masa jagaan boleh bertolak-ansur.

Keburukan:
1- Tidak terlatih.
2-Tidak ada aktiviti / permainan yang boleh merangsang kanak-kanak. kalau nak kena bawa sendiri.
3- Kanak-kanak kurang berani kepada orang, sebab tidak biasa dengan orang ramai.
4- Terpaksa bercuti sama jika pengasuh bercuti, jika tiada penganti.
5- Kurang latihan (khusunya latihan aktiviti untuk kanak-kanak).
6- Keselamatan tempat kanak-kanak tiada/kurang sebab berada dirumah pengasuh.
7- Kesesakan juga berlaku jika penagsuh mengambil terlampau ramai kanak-kanak.

Jadi kita terpaksa memilih yang mana terbaik untuk anak-anak. Kerja tetap kena lakukan. Dalam  hal ini kita tak akan dapat segala kebaikan serentak. Sebagai ibu bapa terpaksa memilih yang mana terbaik untuk anak-anak.

Selamat Hari Guru 2011

Selamat hari guru kepada sesiapa yang sentiasa mendidik anak-anak dan juga dewasa,
Kepada guru-guru tadika mengajar anak-anak berdikari sebelum ke sekolah rendah.
Kepada guru-guru sekolah rendah, menengah dan IPT mengajar tanpa mengenal erti lelah.
Kepada guru-guru tiusyen yang menampung mana yang terlopong.
Kepada ustaz yang mengajar agama di pondok-pondok, surau atau rumah sendiri mengajar alif, ba, ta supaya mengenal pencipta.
Kepada dokor yang mengajar pesakit makan ubat jaga kesihatan.
Kepada polis mengajar manusia berperaturan.
dan
Kepada ibubapa yang sentiasa mengajar anak-anak erti kehidupan.
dan juga
Kepada alam yang mengajar dengan peristiwa, membelai dengan hembusan angin, marah dengan ribut, maki dengan lintar, pukul dengan gempa, peristiwa dibalik dunia mengajar kepada yang melihatnya.
Setiap apa yang dipelajari pemberinya ialah guru.

:: SELAMAT HARI GURU::

Selamat hari guru kepada:
Guru-guru aku di Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul, Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Halim, Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, Sekolah Teknik Alor Setar dan kepada ustaz dan ustazah yang mengajar aku dan juga bapa aku pesara guru.

15 Jenis Makanan Dilarang Jual Di Kantin Sekolah

Petikan dari Berita Harian Online

15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah
Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bharian.com.my
2011/04/26

Kuala Lumpur: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan ‘tidak sihat’ yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.
Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti. Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar. Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,” katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

******************************************************************
Antara makanan yang dibenarkan:

1- Nasi lemak , nasi goreng - 2 kali seminggu
2- Lontong, nasi pulut mi kari - 1 kali seminggu
3- Mi, bihun , kuetiau sup - boleh setiap hari
4- Susu berperisa boleh.

Selepas garis panduan ini di laksanakan , jangan pula ada kantin-kantin jual makanan tak berkhasiat secara sorok-sorok pula. Pemantauan ke atas penjaja di hadapan sekolah juga perlu diambil kira. Jika boleh hadkan jarak penjaja dengan laluan pintu masuk / keluar sekolah seperti jadikan zon 100m dari kawasan pintu sekolah sebagai kawasan larangan menjaja.

Tadika pun diharap mengambil inisiatif untuk memperbaiki mutu makanan yang disediakan. Biar sistem pemakanan kanak-kanak bermula dari bawah. Ibu bapa pun kena memberi kerjasama untuk memastikan anak-anak kurang menagambil makanan tak berkhasiat.

Terkejut sat...

Hari kedua berada Ahmad Firas di TALESKA, isteri aku terima talipon beritahu TALESKA talipon dia mengenai anak aku penat. Isteri aku balik dulu la. Sementara aku nak balik, TALESKA tu talipon aku pula beritahu isteri aku dah ada kat sana dia nak no staf aku untuk bawa anak aku ke kelinik USM-IPPT. Klinik ini bersebelahan sahaja dengan TALESKA.

Sampai di sana semua dah ok. Dah ambil ubat. Diberitahu anak aku nangis tak berhenti dan dengar bunyi macam penat. Dari kata doktor anak aku tak penat cuma dia selesema dan batuk jadi diberi ubat batuk dan demam sahaja, ubat selesema tak boleh bagi lagi sebab masih bayi dan berat tak cukup lagi (adalah kira-kira yang mereka buat). Apa-apa pun Alhamdulliulah selamat. Menurut Pn Norzihan mereka boleh hantar ke klinik tetapi kena bagi tahu ibu-bapa dulu.

TALESKA ni memang prihatin dengan hal-hal kesihatan seperti diberi nasihat tentang jenis-jensi botol susu yang sesuai untuk bayi dan pentingnya penyusuan oleh ibu. Kalau tak boleh menyusu di beri pilihan supaya ibu-ibu pam susu dan di bekukan dan mereka akan mengambil susu itu untuk diberikan kepada bayi.

Yang menariknya mereka ada fail rekod yang menunjukkan apakah aktiviti yang dilakukan oleh bayi, masa tidur mereka, bila mereka makan dan kedaan keseluruhan bayi itu seperti banyak menangis, gembira dan sebagainya. Fail ini akan diberi kepada ibu bapa setiap hari.

TALESKA - IPPT

Dah hampir isteri aku nak mula kerja dari cuti 2 bulan. Jenuh la juga mencari tempat mengasuh anak ke tiga aku, Ahmad Firas. Lalu talipon la kawan aku yang duduk kat Lorong Bentara ( Taman Bertam Perdana) kot-kot kat sana ada orang yang ambil mengasuh bayi. Dia bagi tahu USM Bertam ( IPPT ) ada buat nursery untuk kanak-kanak. Diberitahu juga nursery tu buka awal bulan Jun 2010 di Bertam Putra.

Macam biasa hari Isnin ada Pasar Malam di Bertam Putra, selepas membeli belah di pasar malam ternampak la aku lot perniagaan yang disewa oleh IPPT USM. Belek-belek bangunan tu ada satu atau dua lot di tulis Day Care.

Jadi pada hari Selasa 1hb Jun, apa lagi pagi-pagi kami pun pi la tempat tadi. Aku ambil Book Off. Tengok blok tu macam tak ada orang saja, lalu aku pi ke lot sebelah tanya staf kat situ. Lalu dia bagi tahu Day Care tu bukan nursery tapi tempat rawatan. Ditunjuknya aku ke hujung blok bangunan tersebut. Bukan setakat tunjuk tapi bawa aku ke tempat nursery tu. Aku pun tak tau nama dia, tapi cara layanan tu mamang baik, terima kasih.
Sampai kat sana, nampak luar macam biasa ja, mungkin baru lagi, tak nampak pun macam nursery. Apabila masuk dalam fulamakkk memang terpegun la. Lengkap. Staf kat situ memang ramah. Aku melawat la kat dalam tu. Nursery ni dinamakan TALESKA ( Taman Asuhan Lestari Kanak-kanak ).


TALESKA ini hanya menerima kanak-kanak dari bayi ke umur empat tahun sahaja. Kat dalam TALESKA nie dibahagikan kepada 2 bahagian. Satu untuk yang dah boleh bermain dan satu lagi untuk bayi. Untuk kanak-kanak yang dah besar disediakan banyak juga alat mainan.
Nie dia anak lelaki aku apa lagi pulun main la, kesian masa dia dulu tak tadika tak ada benda macam nie.
Kemudahan lain yang disediakan ialah bilik menyusu, ini untuk ibu-ibu yang waktu rehat dapat datang ke TALESKA untuk menyusu. Sesuai la untuk ibu-ibu yang bekerja di sekitar terutama staf IPPT. Tandas yang mesra kanak-kanak. Alat permainan tak payah cerita memang banyak. TALESKA ini bukan sahaja untuk staf IPPT atau USM sahaja tetapi dibuka kepada orang luar.


Buat masa sekarang TALESKA ini beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Kalau macam aku nie yang bekerja jauh tak dapat la nak sampai waktu tu. Jadi kami minta staf disitu pertimbangkan untuk menerima bayi lebih awal dan ambil lewat sediki. Mereka tak dapat beri keputusan sebab ini merupakan hari pertama mereka. Jadi mereka beritahu aku perkara tersebut akan dibincangkan pada waktu petang nanti bersama Guru Besar iaitu Pn Norzihan (staf nurse).

Sebelum aku pi kerja semula, nak jadi apa-apa pun aku booking tempat untuk anak aku dulu ( kena cepat sebab mereka hanya terima 11 orang bayi sahaja ). Lebih kurang jam 4 petang staf kat TALESKA talipon aku beritahu mereka boleh terima anak aku jam 7 pagi dan ambil balik jam 6 petang. Alhamdulillah. Selepas balik kerja, malam tu kami ke kedai barangan bayi Miki Babyland untuk membeli keperluan. Pagi tadi mereka dah bagi senarai keperluan yang perlu dibawa ke sana.

Esoknya aku ambil book off lagi untuk hantar anak aku ke situ dan selesaikan apa-apa yang patut seperti yuran dan pendaftaran. Berjumpalah dengan staf yang bertanggungjawab menjaga anak aku Pn Saodah. Cerita la serba sedikit tentang perangai anak aku tu. Selesai ja aku pi kerja semula.

Tak berapa lama Pn Norzihan talipon aku beritahu tentang bayaran untuk kerja lebih masa ( bayaran ini untuk pengasuh tersebut) dan diceritanya tentang botol-botol yang boleh digunakan untuk penyusuan sebab ada juga botol yang mempunyai bahan yang boleh menyebabkan kanak-kanak jadi gemuk dan di cerita juga tentang ibu-ibu boleh sejuk beku susu yang di pam dan boleh dibawa ke TALESKA, mereka akan beri susu itu kepada bayi. Mereka sangat menggalakkan penyusuan oleh ibu. Tapi kami nak buat cam mana bekerja tempat jauh.

Dari pandangan aku buat masa sekarang berbaloi la hantar anak kat sini. Kepada yang berminat cepat-cepat tempat terhad.