Wednesday, April 29, 2009

Cemerlang

Hari ni aku telah diiktiraf staf cemerlang, berbangganya (betul ka cemerlang tak tau la....depa bagi, aku ambik)....bersama 700 yang lain. Kami di raie kan di Grand Ballroom Hotel Gurney. Disamping staf cemerlang di raiekan juga staf lama berkhidmat berjumlah lebih dari 100 orang .

Bukan senang nak diraiekan, selalu aku kerja meraiekan orang ja. Selepas majlis di raiekan pula dengan makanan...hi-tea ja...kira ok laaa, disediakan mee mamak (mee kesihatan, mee dengan ubi ja), pizza, bubur kacang, pisang goreng cicah krim vanila, satey, ayam, kuih-kuih dan buah-buahan. Yang tak bestnya camca tak cukup, staf Hotel Gurney ada kat situ buat tak tahu jaa-macam tokkong, bila minta kat depa...baru buat muka terkejut beruk.
Aku pi sana kira 2 in 1 la, buat keja pasang sistem besama member ngan terima anugerah. Waktu sampai kami nak angkat barang kat lobi hotel, seorang jaga pintu Singh yang pakai baju kelindan kapal datang suruh kami punggah barang di bastment, ok la kami bawa van turun bastment, sampai kat sana minta troli kat guard (aci) disitu, ditaliponnya merata nak dapat orang hantar troli kat kami, sampai kesudah tak dapat, abis kami angkat sendiri la barang-barang ( bukannya ringan...maklum nak buat show, LCD projektors, laptops, skrins, kabels), itu masa baru sampai, masa nak balik packing barang nak ambil troli hotel, Singh yang jaga pintu pakai baju macam kelindan kapal tadi tak bagi troli ( walau ada disebelahnya 1)...dikatanya tak cukup, nak buat spare la kat pintu masuk, bukannya troli baru....welding sana-sini dah. Apa punya hotel menyusahkan ja.

Acara berjalan lancar, program ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, USM

Saturday, April 25, 2009

Taman Betam Perdana - anai-anai

Waktu dulu kawasan Bertam ini yang aku dapat tahu merupakan kawasan kelapa sawit, jadi tanah nya jenis gambut. Sekarang ini dijadikan kawasan perumahan....itulah tempat aku tinggal sekarang, Taman Bertam Perdana. Kawasan aman damai tapi adalah sekali sekala digemparkan dengan kecurian, pembunuhan, simbah asid dan lain-lain. Tapi musuh yang paling utama bukan itu atau pun dadah atau tanah jerlus ( maklumlah kawasan tanah gambut) tetapi anai-anai.

Yang jadi mangsa ialah kayu kayan dalam rumah yang boleh membuatkan poket kempis. Ada yang kabinet dapur runtuh, kumai kayu berongga dan lain-lain yang melibatkan kayu. Nasib baik kayu alang pihak Bertam Properties buat dengan kayu berubat, kalau tidak ada yang rumah banjir akibat tangki air runtuh atau bumbung roboh.

Untuk mengelakkan masalah ini pemaju sepatutnya membuat rawatan tanah yang baik sebelum membina rumah. Ada juga khabar yang mengatakan rawatan tanah yang dibuat tak berapa baik, apabila di buat aduan mereka menyalahkan kontraktor yang buat tak betul. Aku nie beli rumah dengan Bertam Properties ka atau dengan sub kontraktor ( sub kon akan salahkan mat indon, ish.. aku kena buat aduan ke konsolat indonesia la pulak), kena tengok balik S&P. Apa boleh buat waranti dah abis. Sepatutnya kerajaan tetapkan minimum waranti selama 5 tahun kepada setiap pemaju.

Alhamdullillah sebelum habis waranti pihak Persatuan Penduduk Shahbandar , Taman Bertam Perdana membuat rayuan kepada Bertam Properties untuk membuat rawatan anai-anai kepada setiap rumah. Pihak Bertam Properties bersetuju untuk membuat rawatan tetapi 2 rumah satu radius ( sepatutnya 1 rumah dibuat satu radius), nak jimat kot. Proses ini mencacatkan lantai rumah dimana lantai ditebuk dengan drill, selang 2 kaki ditepi dinding. Walau rawtan ini dibuat jaminan untuk menghapus anai-anai sepenuhnya tiada jaminan, sebab anai-anai bileh berada dimana-mana di dalam tanah.

Rumah aku pun kena anai-anai juga, boleh la dengar anai-anai berjalan dalam kabinet dan juga kumai kayu dalam bilik air dan ruang atas pintu masuk. setelah Pest controll datang buat hilang la, tetapi anai-anai tu tetap ada, tak tahu di mana. kira macam time bom la.

Sampai bila nak jadi cam nie tak tahu la. Harap kawasan perumahan baru yang Bertam Properties sedang bangunkan seperti fasa Daffodil dan Primeros tidak menerima nasib yang sama dengan kami.

Tuesday, April 14, 2009

Taman Bertam Perdana - Bocor

Kawasan Bertam, Kepala Batas semakin maju, kami telah tinggal di Taman Bertam Perdana hampir 3 tahun di rumah teres yang dibeli dari pemajunya Bertam Properties.

Mula-mula tinggal disitu adalah masalah bilik air atas bocor . Bilik air yang bocor dah buat 2 kali sebab kali pertama buat masih bocor lagi, kali kedua buat baru ok. Setelah duduk lebih dari 1 tahun, waranti pun dah habis, masalah bocor kembali semula. Siling bawah bilik air master badroom ditingkat atas mula menunjukkan kesan lembap dan lama kelamaan air telah menitik.




Berbagai cara digunakan untuk mengesan kebocoran, aku telah tutup air tangki dan telah tutup air dari punca utama dan bilik air tu dikuarantinkan masih lagi bocor. Setelah minta jiran aku untuk tutup air dari punca utama dan kuarantinkan bilik air master bedroomnya (rumah teres, bilik air bersebelahan), baru siling bawah bilik air kering. Pening aku macam mana jadi macam ni. Air juga menitik dalam ruang paip utama ke tingkat atas (depan pintu). Hari-hari isteri aku kena letak kain untuk mengelak air dari mengalir keserata rumah.

Bilik air atas (bilik air antara 2 bilik tidur) juga bocor, habis siling ngan dinding bilik air bawah dan dinding dapur, berkulat. Bilik air ni Bertam Properties dah perbaiki 2 kali dilokasi yang sama ketika waranti masih ada.

Ketika masih ada waranti pihak Bertam Properties membuat pembaikan hanya dikorek sahaja kawasan yang bocor dan ditampal semula, sekarang ini ketika aku bersembang dengan orang yang arif tentang lantai bilik air mereka nasihatkan jika bocor pihak pemaju kena korek lantai bilik air tu sepenuhnya/semua pastu dibubuh pelapik baru. baru dapat perlindungan sepenuhnya.
Sepatut kerajaan kena buat undang-undang, waranti rumah mesti diberi selama 5 tahun keatas, baru kualiti rumah dijaga. Kereta MPV Proton pun dah bagi 5 tahun waranti.

Wednesday, April 8, 2009

Herba - part 2

NENAS BATU

Nama lain: Bunga Kembang Setahun

KEGUNAAN :
ANTARA KHASIAT DAN RAHSIA NANAS/NENAS BATU MENURUT PENGALAMAN MEREKA YANG TELAH MENGAMALKANNYA (TERUTAMA WANITA)
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih dara.

CARANYA
1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Keluarkan selepas tenggelam. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari.
5. Nanas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
7. Nanas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.
DAUN KARI
Nama lain: Karipulei, curry leaves
Nama Saintifik: Murraya Koenigii

KETERANGAN:
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

Pokok ini memang susah hidup kalau dah bertukar tanah, sebab aku dah cuba tanam melalui anak ( tunas dari akar), aku ambil sekali dengan tanah asal masuk dalam plastik, selapas bawa balik ia tumbuh dengan baik tetapi setelah aku tukar ke pasu lebih besar dia terbantut. Akhir sekali aku beli anak dalam poli beg, itu pun makan masa yang lama untuk hidup setelah tukar ke pasu lebih besar.
KEGUNAAN:
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.
1. Dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.
2. Digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.
3. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.
CARANYA:
1. Mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
2. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.
3. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Daun kari juga dapat mencegah uban.
5. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.
6. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.
- Segala maklumat ini aku cedok dari internet, jadi kesahihannya dalam perubatan tidak dapat dipastikan.

Saturday, April 4, 2009

USM - part 1

Hanya gambar sepagi di USM semasa bertugas di hari cuti.

Friday, April 3, 2009

Love Begin With Me

Hari ini Dr. Balakrishan Muniandy telah memberi ceramah 'Love Begin With Me'. Ceramah motivasi ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial PTPM. Beliau merupakan pensyarah di PTPM-USM, tempat aku keja laa. Kadang-kadang kita memandang yang luar itu lebih menarik tanpa mempedulikan kekuatan dalaman yang ada. Bukan apa aku pun tak tahu staf dalam PTPM juga mempunyai kehebatan dalam memberi motivasi/ceramah. Ceramah yang disampaikan sungguh menarik, berkisar tentang kasih-sayang.

Ia menyedarkan kita tentang cinta yang lebih tepat kasih sayang. Kita selalu mendengar kisah pemimpin-pemimpin dunia yang handak merubah dunia menjadi lebih harmoni, berjayakah mereka?. Dengan kasih-sayang kita ubah dulu diri kita, kemudian dunia akan berubah menjadi lebih sempurna.

Dalam ceramah juga diberi contoh tentang peperangan, adakah dunia lebih aman dengan berperang?, setelah Perang Dunia Pertama adakah dunia telah berubah, tidak...tetapi telah disusuli oleh Perang Dunia Kedua, adakah dunia telah berubah?, mungkin kita masih menanti Perang Dunia Ke tiga untuk berubah. Perang tidak memberi perubahan tetapi hanya mendatangkan kemusnahan. Apa yang akan memberi perubahan ialah kita kita kena merubah pemikiran kita, kasih-sayang merupakan ubat yang dapat menyatukan manusia.

Kasih sayang ada berbagai jenis, tetapi tidak dapat memberi kesan yang hebat. Kasih Sayang Tanpa Syarat ( Uncondition Love) merupakan kasih sayang yang terhebat. Kasih sayang ini menuntut kita memberi kasih sayang yang tidak menuntut apa-apa balasan. http://www.thelovefoundation.com/unconditional_love.htm

Aku nak tulis lebih lanjut pun aku bukan pakar, untuk maklumat lebih lanjut sebuah organisasi telah menaja perubahan untuk manusia sejagat untuk berubah, sila klik link ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut http://www.thelovefoundation.com/. Banyak info menarik untuk dibaca dan dikongsi. Dr. Balakrishan Muniandy merupakan Malaysia Coordinator untuk The Love Foundation.

Wednesday, April 1, 2009

Upin & Ipin



Dah lama dah aku dengan famili pi tengok filem upin & ipin. Cerita menarik, anak-anak aku sangat suka, tapi aku yang tua nie tak berapa suka sebab aku dok harap cerita macam siri kat TV, suasana kampung tapi kira ok la. Sesuai untuk kanak-kanak yang berimiginasi tinggi. Animasi dia cantik macam cerita orang putih, tak rugi pi tengok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...