Posts

Showing posts from September, 2012

Bajet 2013: Insentif Kepada Pengusaha Taska

Banyak bantuan yang diberikan kepada pengusaha tadika, taska dan yang sekutu dengannya dalam Bajet 2013. Jadi fikir-fikirkanlah kemudahan yang diberi untuk kanak-kanak dan juga yuran yang akan dikenakan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga mencadangkan beberapa insentif untuk memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif.
Beliau berkata insentif itu termasuk geran pelancaran RM10,000 kepada Pusat Pendidikan Awal Pendidikan Kanak-Kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baharu yang berkualiti.

Kira-kira 1,000 pusat ECCE swasta baharu akan mendapat manfaat daripada insentif itu, katanya.

Najib berkata majikan juga akan diberikan potongan cukai dua kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak.

"Ketiga, pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar…

Bajet 2013 : Penjawat Awam Boleh Senyum

Image
Balanjawan 2013 :

Bagi menghargai penjawat awam maka diberi satu setengah bulan gaji. Setengah bulan dah diberi sebelum Hari Raya lepas. Setengah bulan dibayar Disember 2012 dan setengah lagi Januari 2013.
Untuk pesara kerajaan pencen minimum dinaikkan dari RM 720.00 ke RM 820.00.

Harap harga barang tak naik, baru boleh menikmati bonus. Kalau harga barang naik, bonus tu kira lekat celah gigi ja la.

Krisis Teh Tarik Roti Canai

Image
Dalam banyak-banyak makanan, teh tarik dan roti canai menjadi antara makanan yang banyak di bincangkan dalam parlimen. Kalau kedai naikkan harga kedua-dua makanan nie pasti akan dibangkitkan dalam perlimen.
Kedua-duanya semacam menjadi fenomena dalam kehidupan rakyat malaysia. Naik sekupang mulalah orang ramai buat tunjuk perasaan. NGO pun dengan lantangnya menyuarakan ketidakpuasan hati.

Pengusaha makanan berilah alasan tepung naik harga, minyak naik harga, gula naik harga dan macam-macam lagi.

Orang politik pun melompat menjadi hero untuk mengawal harga. Akhbar dan media elektronik pun terlompat menemuramah segala macam makhluk mengenai teh tarik dan roti canai.

Malaysia yang mewah dengan makanan, tetapi kedua benda nie tetap menjadi agenda utama seolah-olah ia menjadi makanan ruji terutama untuk sarapan rakyat malaysia. Ia juga boleh menjadi penunjuk perkembangan ekonomi Malaysia. Pasai pa haaa??

Dalam Belanjawan 2013 nanti boleh tetapkan harga dua benda nie dak?

Sustainable :: Kelestarian

Image
Dalam bahasa inggeris sustainble kalau dalam bahasa malaysia lestari. Perkataan baru. Jangan cari perkataan nie ketika zaman Hang Tuah atau zaman P.Ramlee memang tak jumpa punya. Ia direka untuk digunakan zaman ini ( dicipta dalam era 80-an). Satu perkataan yang menjuruskan kepada mengekalkan kelansungan dan keseimbangan kehidupan didunia ini termasuk manusia, haiwan, tumbuhan, iklim, persekitaran dan sebagainya. Sebab setiap yang ada di muka bumi ini dicipta tuhan bukan untuk saja-saja tetapi ada manfaat kebergantungan satu sama lain. Cukup la tuu...membebel panjang pulak.

Sekarang bila sebut lestari, apa yang terbayang di kepala hotak kita? Dah tentu pokok merimbun macam hutan dan udara yang segar nyaman walau ditengahari remang. Itu yang dibayangkan. Sekarang jika dibina bangunan maka akan dicari kaedah untuk melestarikan bangunan tersebut seperti pencahayaan semula jadi ( tak mahu guna lampu elektrik dan sebolehnya mahu cahaya matahari masuk ), menggunakan alatan jimat tenaga wala…

Dr Die Es

Image
Lama tak kemaskini. Timbul ide nak tulis sebab adalah dalam dua tiga bulan lepas hadir satu seminar. Seminar apa?? bukan aku nak tulis mengenai seminar tu tapi orang yang duduk di belakang aku. Ishhh.... macam mengumpat pulak.

Jadi nama, rupa, baju dia pakai aku rahsiakan ( hahahaaa mana aku tahu ). Kami dok lah dengar seminar kat depan tu. Tapi telinga aku nie mana ada penapis yang boleh tumpu ke satu suara saja. Penapis air boleh la. Jadi tedengarlah perbualan kat belakang. Apa yang aku tulis nie telah di tambah dan tolak mengikut sedap jari aku.

A: Akak datang seminar nie ada buat bisnes ka?
B: Tak ada , dulu adalah buat insuran.
A: Aaaiii... jual insuran bagus apa? Kenapa berhenti ?
B: Tak larat la, asyik kehulu kehilir mencari customer. Kena sampai target. Nak cari bisnes lain la. Awak buat bisnes juga ka?
A: Buatlah sikit-sikit.
B: Tak apa sikit-sikit pun, janji masuk. Bisnis apa?
A: Supliment untuk kesihatan. Akak sekarang ada ambil apa-apa makanan tambahan.
B: Tak, dulu adala…