Tak tahu apa nama kedai makan ini, tulis siam. Tapi ada logo halal. Insyaallah halal sebab kebanyakan orang tempatan disini Islam. GPS: 8°02'22.3"N 98°50'06.9"E / 8.039519, 98.835242 |
Tuuu dia ada jual kulit ayam goreng. |
Makanan macam di Tanah Melayu juga. Pulut udang, kuih kuaci, mungkin lah kot. |
Ambil pulut ayam dan kulit ayam goreng. Nak rasa kulit ayam tu. OKlah tapi keras sikit. |
Air kena tuang sendiri. Teh nampak menarik tapi bila minum rasa seperti air akar kayu. Balun sahajalah labu. |
Alhamdulillah kenyang. Perjalanan diteruskan berpandukan kepada waze ke Pekan Krabi. Sampai Krabi kalau tak ada gambar dengan sang Ketam maka tak sempurna lagi. Kami cari tugu Ketam dulu.
Yahhhh dah jumpa ketam batu. |
Buat kenangan. |
Perjalanan macam masuk zon Jurassic Park. |
Alhamdulillah sampai juga. Seperti sebuah ladang kelapa sawit, tapi tak nampak gajah pun disini. Ada beberapa orang yang ada disitu. Lalu ada seorang lelaki yang mungkin staf disitu datang dan salam - Muslim dia ini. Diberitahu untuk melihat gajah kena masuk dalam lagi, mereka yang akan bawa. Dicerita pakej yang ada. Pakej yang ada kesemuanya ada mandi bersama gajah. Kami nak yang ringkas sahaja, beri makan gajah. Nak mandi bersama gajah minta maaf lah, tak ada perancangan kearah itu. Dia kata boleh tetapi pekej kena bayar penuh juga. Jadi terima kasih saja lah, perjalanan diteruskan ke Hatyai.
Gambar kenangan sampai ke Elephan House Sanctuary walau tak tengok gajah. |
Dalam perjalanan lalu di suatu kawasan yang di pinggir jalan ada banyak gerai yang menjual nanas. Masa itu teringat tour guide yang bawa kami Island Hopping menjamu nanas yang katanya ditanam sendiri. Memang manis, mungkin nanas dari Thai ini manis-manis belaka. Kami berhenti di salah satu gerai. Cari yang sudah dipotong, sambar dua peket. Memang sedap, sekejap sahaja habis.
8 biji 100 Baht. Betul ka aku terjemahkan papan tanda tu ? |
Nanas, meleleh air liur. Kat Tanah Melayu aku tak teringin pun. |
Check In Asian Hotel Hat Yai. |
Bersambung...
[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]
1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam
No comments:
Post a Comment