Posts

Showing posts from December, 2016

Selamat Datang Castrol dan selamat Tinggal P******s

Image
Hari ini selamat tinggal Pxxxxxxs dan selamat datang Castrol.  Cisss berani berpaling tadah. Macam dah berpatah arang berkerat rotan pula. Ini bukan berpaling tadah tapi himpitan ekonomi semasa.

Dah berbelas tahun pakai kereta.  Asal servis tukar minyak pelincir atau minyak hitam mesti pilih Petronas.  Tapi kali ini Castrol ada tawaran menarik. Tawaran ini aku baru tahu dari mekanik tempat servis.

Tawaran memang menarik dan sukar untuk tak berpaling tadah.  Sini aku ceritakan tawarannya. Untuk minyak semi sintetik, jika dibuat 4 kali servis serta tukar minyak pelincir Castrol dalam 2 tahun kita boleh tebus sebotol minyak pelincir semi sintetik percuma.

Untuk yang menggunakan minyak pelincir Castrol fully syntetic,  selepas dibuat 3 kali servis serta tukar minyak pelincir dalam 2 tahun kita boleh tebus sebotol minyak pelincir fully syntetic percuma.

Kalau kita guna minyak pelincir campur-campur macam dalca, sekejap gred tinggi sekejap tukar gred rendah, bila nak tebus dia akan bagi yan…

Nasi Bamboo Sungai Klah

Image
Cerita makan-makan yang tak dirancang. Dah terlanjur balik dari KL dan berkebetulan dah tengahari maka singgah dulu ke sebuah tempat makanayang agak femes. Isteri aku yang cari. Dari lebuhraya keluar melalui tol Sungkai.

Keluar lebuhraya belok ke kiri mengikut arahan WAZE sehingga masuk ke satu simpang kecil. Uihhh macam pelik saja. Nampak disitu signboard Felda Hotspring. Ikut jugalah selalunya tempat makan sedap boleh jadi tersorok sikit. Jauh juga masuk rasa macam tak yakin saja, jalan tu pun jarang-jarang sekali berselisih dengan kereta lain. Maka kami patah balik dan cari sekali lagi tetapi kali ini guna Google Map pula. Kali ini terus ka arah kanan lebuhraya.
Dalam suku kilometer dari simpang tol Sungkai dan selepas melintasi anak sungai baru ternampak sebuah kedai makan di kiri jalan, Nasi Bamboo Sungai Klah. Kelihatan kereta dan motor memang banyak di hadapan kedai, macam ada kenduri saja. Waze telah bagi ajaran silap tadi. Kami pun belok masuk mencuba nasib kalau-kalau ada ko…

Kuliah Ilmu Disember 2016

Image
Jom dengar kuliah sekitar Bertam Kepala Batas bulan Disember 2016 ini.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:

Surau Al Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.