Posts

Showing posts from July, 2009

Hari Tanpa Beg Plastik

Isnin lepas 17hb Julai 2009, aku ke Sunshine Square, Bayan Baru, lepas cari semua barang yang hendak dibeli aku ke kaunter untuk bayar. Jurujual tu tanya kat aku "Bawa beg plastik ka?" aku pun hairan..." untuk apa?" aku tanya balik la. Dia bagi tahu "Setiap hari Isnin supermarket tidak sediakan beg plastik, dah dijalan kan sebulan dah", aku tanya balik, dia " Aku kata tak bawa, jadi cam mana nak bawa barang2 nie?" dia kata " Kalau nak beg plastik kena bayar 20sen?" aku pun "ok" jer la, tak kan nak bergaduh pulak.

Lepas keluar baru aku perasan sekarang dijalankan kempen "HARI TANPA BEG PLASTIK". Kempen ini dijalan kan di Penang sahaja. Banyak poster-poster warna hijau disekitar Penang dan dalam supermarket ditampal, cuma aku ja yang tak perasan.

Ini petikan berita dari BERNAMA

P.Pinang Isytihar hari Tanpa Plastik Setiap Isnin

PULAU PINANG, 5 Jun (Bernama) -- Kerjaaan Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan setiap Isnin seb…

PUO Dalam berita

Politeknik bertaraf Apex menjelang 2020

IPOH 21 Julai - Kerajaan merancang untuk melahirkan sekurang-kurangnya sebuah politeknik bertaraf Apex (Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan) menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Politeknik, Mohlis Jaafar berkata, Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini yang bakal memperkenalkan kursus ijazah pertama dua tahun lagi dijangka menjadi politeknik terawal mencapai status Apex.

Katanya, perkara itu masih di peringkat cadangan di Kementerian Pengajian Tinggi dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

''Kita memang mempunyai hasrat ini selepas sistem Apex ini diperkenalkan di kalangan universiti tempatan dan bagi mencapai matlamat itu, usaha berterusan dibuat bagi menambah baik kualiti akademik, kokurikulum, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta tenaga pengajar di politeknik,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan majlis sambutan ulang tahun ke-40 PUO di sini hari ini.


Menurut Mohlis, pihakn…

PUO - dalam berita

Image
15 pelajar cacat ikuti pengajian di PUO





Mohd. Khair Saidin dan Mariani Mustafa bersama anak mereka, Fatin Fazleena pada hari pendaftaran pelajar baru di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, kelmarin.


IPOH 8 Julai - Seramai 15 pelajar cacat pendengaran dan bisu antara 1,300 pelajar baru yang mendaftar mengikuti pengajian peringkat diploma dan sijil di Politeknik Ungku Omar (PUO) bagi sesi Julai 2009 di sini.

Pengarah PUO, Mohd. Jayus Bunasir berkata, empat pelajar perempuan dan 11 pelajar lelaki terbabit akan melanjutkan pelajaran di peringkat program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) dan Sijil Kejuruteraan Awam.

''Kita mempunyai pensyarah yang berkebolehan bagi mengajar pelajar-pelajar istimewa ini mengikuti pengajian program masing-masing,'' katanya di sini semalam.

Menurut Mohd. Jayus, pendaftaran pelajar baru yang diadakan itu berjalan lancar dan PUO juga mendapatkan kerjasama Jabatan Kesihatan Perak mengadakan ujian saringan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

''S…

TOL PBSB & PLUS

Empat atau lima hari lepas TOL untuk Jambatan Pulau Pinang yang diusahakan oleh PBSB ditutup ( sebelah Tol yang baru ), tak guna punya....beratur panjang la untuk ke tol satu lagi. Nak buat kerja pun pikir la waktu bila...ini dilakukan waktu puncak...awal pagi.

Selepas itu hari yang lain pula ditutup pula Touch N Go sahaja di Tol baru...jem lagi.

Hari ini Touch N Go PLUS Tol Bertam pula di tutup. Jem jadinya dihadapan tol. Smart Tag ok pulak. Nie pun satu nak buat kerja tu pikir la waktu apa...ini awal pagi yang ditutup. Sekarang ini tak mau bagi ramai orang guna touch N Go kot, sat gi lebih dari 80 kali kena bagi diskaun.

Apa-apa pun tol PBSB dan PLUS buat kerja tu....lu pikir la sikit.

Kalau aku jadi Menteri Kerja Raya setiap kelambatan yang disebabkan oleh Stesen TOL dan Jalan berTOL mesti di beri rebat kepada pengguna TOL berkenaan. OK ka tuu

Penang Matra Buana

Image
7-8hb Julai 2009 berlangsung Penang Arts & Cultural Festival diberi nama Penang Matra Buana. Matra Buana bermaksud himpunan budaya. Ia diadakan di Dewan Budaya,USM Pulau Pinang. Berbagai persembahan kebudayaan dari negeri-negeri utara dan timur tanah air, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan dihimpunkan dalam dua malam itu.
Program ini dibawa oleh USM, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Pulau Pinang, Kementerian Penerangan Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka dan beberapa agensi lain untuk memartabatkan kebudayaan kita yang semakin tengglam dibawa arus permodenan dan globalisasi.
Berbagai persembahan yang di tunjukkan dari negeri-negeri tersebut yang ada sesetengahnya sudah pupus. Antara persembahannya ialah Tok Selampit, Awang Batil, Dikir Barat, Mak Yong, Wayang Kulit Gedek Seri Asun, Canggung, Hadrah, Joghee, Wayang Kulit Kelantan, Boria dan ada beberapa lagi.
Program ini dirasmikan olehYang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman…

PUO : Pengesan banjir

Image
Empat pelajar PUO cipta alat pengesan banjir
Oleh TAJUL SAFUAN ABU HASSAN

(Dari kiri) Hermila Mohd. Adnan, Noor Hafizah Abd Rahim dan B. Kamish Varan gembira selepas alat pengesan banjir ciptaan mereka memenangi Anugerah Projek Pelajar 2007 pada majlis konvokesyen ke-37, Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, semalam.

IPOH 3 April – Mengambil sikap terbuka, berbincang dan menerima cadangan membolehkan empat pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Ungku Omar (PUO) memenangi Anugerah Projek Pelajar 2007 di sini hari ini.

Kumpulan pelajar itu berjaya mencipta alat pengesan banjir tersebut mengambil masa setahun untuk menghasilkan satu sistem yang berkeupayaan memberikan tindak balas awal sekiranya terjadi kejadian banjir.

Dengan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), keempat pelajar ini berkongsi modal untuk membeli peralatan bagi menghasilkan sistem pengesan itu yang dinamakan Smart Flood Detector.

Ketua Kumpulan, B. Kamish Varan berkata,…

PUO : Perodua Echo-Challenge 2009

Image
PUO tewaskan 11 IPTA

PASUKAN Politeknik Ungku Omar meraikan kemenangan selepas muncul juara Kategori Modifikasi Enjin Myvi 1.3 pada pertandingan Echo-Challenge Perodua 2009 di Ipoh semalam.


JUARA. Politeknik Ungku Omar (PUO) berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengungguli kejohanan Perodua Echo-Challenge 2009 yang berlangsung di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Perusahaan Otomobil Kedua Nasional (Perodua) bersama Petronas itu menyaksikan seramai 20 pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PUO yang diketuai pensyarahnya, Mohd. Azmi Ibrahim muncul juara bagi kategori Modifikasi Enjin Myvi 1.3 (Penjimatan Bahan Api).

Mohd. Azmi berkata, apa yang membanggakan, PUO merupakan satu-satunya politeknik yang layak ke peringkat akhir bersama 11 institusi pengajian tinggi awam seluruh negara.

Berikutan kemenangan dalam kreativiti mengubah suai enjin bagi memastikan penjimatan minyak kereta Perodua Myvi 1.3 itu, PUO membawa pulang hadiah piala dan wang tunai RM20…

PUO : Perodua Echo-Challenge 2009

Perodua Echo-Challenge 2009: PUO tewaskan 11 IPTA

IPOH 26 Jun - Politeknik Ungku Omar (PUO) mengangkat martabat politeknik apabila mengejutkan 11 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan menjuarai Kejohanan Perodua Echo-Challenge 2009 Peringkat Kebangsaan di Subang Jaya, Selangor pada Sabtu lalu.

Kejayaan tersebut membuktikan pengajian kejuruteraan di politeknik tidak kurang hebatnya berbanding IPTA di seluruh negara.

Lebih membanggakan, PUO merupakan wakil tunggal politeknik yang menyertai kejohanan anjuran bersama Perusahaan Otomobil Kedua Nasional (Perodua) dan Petronas itu.

Pada pertandingan tersebut, pasukan PUO yang diwakili 20 pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mengungguli kategori Modifikasi Enjin Myvi 1.3 (penjimatan bahan api).

Pasukan tersebut menjadi pilihan juri selepas berjaya mengubah suai enjin kereta yang mampu mencatatkan jarak perjalanan sejauh 26 kilometer bagi setiap liter.

Dengan kemenangan itu, pasukan PUO membawa pulang piala serta hadiah wang tunai sebanyak…

Transformers: Revenge of the Fallen

Hari ini aku dan famili pi tengok wayang Transformers: Revenge of the Fallen, setelah beli tiket melalui on-line. Panggung TGV di Sunway Carnival, Prai. Anak-anak aku tengok gezet di TV dok ajak pi tengok.

Filem ini merupakan nostalgia zaman 80 - 90an dimana kartun robot ini amat popular.

Cerita Transformer ini aku lihat tak berapa menarik, dimana banyak yang buang masa:

Ibu-bapa Sam Witwicky (Kevin Dunn & Julie White): sekadar memberi hiburan/komidi slapstick dan memberi selingan lawak bodoh. Tidak mempunyai moral, tak sesuai untuk menjadi teladan kepada ibu bapa yang menonton.

Teman wanita Sam Witwicky (Megan Fox) : Sekadar simbol sex sahaja, tak ada pun tak menjejaskan cerita.

Jalan cerita : Menarik, jika dikembangkan tanpa memerlukan nasi tambah dari ibu bapa dan teman wanita si hero.

Pertarungan: Kelangkabut dan amat pantas, sehingga tak nampak cara pertarungan, mungkin untuk melindungi kesan grafik yang lemah.

Pertukaran kereta ke robot: Pantas , grafik tak jelas dan kelangkabut.

Mo…

Konvensyen Astronomi 09 Pulau Pinang

Image
Selama 3 hari iaitu dari 3hb Julai hingga 5hb Julai 2009, USM telah mengadakan Konvensyen Astronomi Pulau Pinang 2009 yang berlangsung di Dewan Utama Pelajar (DUP). Gambar yang aku ambil merupakan sebahagian aktiviti yang diadakan pada hari kedua. Program ini dianjurkan oleh USM, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Berbagai acara yang diadakan seperti ceramah, cerapan matahari, pameran alatan astronomi yang dibina oleh orang Islam dahulu yang dibawa oleh Muzium Dan Galeri USM, jualan alatan cerapan seperti telescope dan kompas, jualan buku-buku, kamera, batu-batu hiasan dan ada permainan yang dibawa oleh Petrosains, Playsmart dan yang menjadi tarikan utama ialah pertandingan antara sekolah roket air ( water rocket).

Booth yang mengambil bahagian ialah, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Jabatan Pemetaan Malaysia, Syarikat-syarikat yag menjual telescope, kamera dan banyak lagi.

Aktiviti yang menjadi ikon kepada konvensyen ini....pertandingan water…