Showing posts with label seberang jaya. Show all posts
Showing posts with label seberang jaya. Show all posts

Al Araby TESCO Seberang Jaya

Kali nie Arab lagi. Nak rasa keAraban nie kami buat edisi terjah ke sebuah restoran arab. Kali nie ke TESCO Seberang Jaya. Kat dalam bangunan TESCO nie ada sebuah restoran makanan arab Al Araby Restoran.
Al Araby Restoran TESCO Seberang Jaya

Masa yang cukup baik untuk makan nasi Arab semestinya tengahari. Baru boleh pulun, lagi pun dia punya saiz hidangan ikut perut arab.

Masuk kedalam bolehlah rasa suasan kearabannya dengan hiasan-hiasan dinding dan serba sedikit deko yang ada. Kat sini ada disediakan tempat duduk bersila dengan coffee table dan meja biasa. Kami pilih meja biasalah. Nak cari pasai dengan si kecil, Fatini. Mau dia lompat atas talam.

Tengok menu dulu, macam menarik ja. Macam-macam ada. Nak pilih satu-satu boleh atau nak pilih set pun ada. Kat menu juga diletakkan gambar-gambar makanan, jadi tak pening kepala dok tanya kat pelayan bentuk ka? warna ka? Cuma bau saja yang tak keluar. Jadi dapatlah membantu sedikit sebanyak. Kami pilih set, senang sikit tak payah susah-susah pikiaq apa yang matching.

Menu Al Araby.

Air biasa ada, kalau nak pekena teh arab pun ada.

Dok tak berapa lama sampai. Nie dia  apa yang di pesan. Mula-mula sampai air sejug. Lepas tu sampai shawarma sepiring ada 4 ketul dibalut dengan aluminium foil. Perak juga nak makan benda nie. Selalu kalau makanan arab kami dok oder nasi ja.
Shawarma.

Mula-mula cium, macam ada bau tak berapa best. Panggil pelayan kat situ bagi tau dia shawarma tu ada bau. Lalu diambil bagi kat tukang masak kot. Tak lama dia keluar balik dan dia kata bau shawarma memang cam tu. Ooooo kami mana tau. Apa lagi belasah ja la. Boleh kata sedap juga, kena sebijik boleh kenyang. Dalam shawarma tu ada isi ayam dan macam-macam sayur. Tak boleh makan banyak-banyak, menu utama tak sampai lagi.
Shawarma setelah di buka aluminium foil.

 Tak berapa lama nahhh tuu dia setalam nasi untuk 4 orang. Nasi mendy datang dengan empat ketul kambing, empat mangkuk kuah macam kuah kari, salatah / salad dan sambal dan diletakkan cabai hijau. Saiz boleh tahan besar.

Set nasi mendy. Beras panjang bersama empat ketul kambing dan juga salatah, kuah kari dan sambal. Cabai hijau boleh kepak-kepak masa makan. Memang terbaik.

Nasi kena bedak-bedak dulu baru senang makan. Kalau makan atas lantai bolehlah keliling talam.
Sat ja dah nak bersih kat talam tu.
Walau saiz untuk 4 orang dewasa tapi tetap licin. Sambil dok bersihkan apa yang tertinggal atas meja tetiba datang empat mangkuk aiskrim. Aikkkk tak oder pun macam mana boleh ada. Check balik menu rupanya ada pencuci mulut, kami dok tengok menu utama ja.
Aiskrim perisa mint.

Diberi perisa mint. Jadi berasa berangin sikit. Aku tak berapa berkenan, tapi dah sampai belasah ja lah. Alhamdullillah dah selesai, jadi naik ke TESCO shoping sikit barang dapur.

Keseluruhan nasi memang sedap. Saiz hidangan macam biasa besar dan berbaloi dengan harganya. Kambing pun lembut ditambah dengan kuah dan sambal memang terbaik. Alamat restoran seperti dibawah.

Al-Araby Mathaam
Tingkat Bawah
Tesco Seberang Jaya, Penang

Telefon: 013-5000-900

Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam.

GPS:
   5.405598, 100.404931
   5°24'20.1"N 100°24'17.8"E

Lokasi tengok Google Map Kat bawah.



EXPO Usahawan Bumiputra 2009

Petang tadi aku dan famili ke expo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang, acara mula dari 29hb Mei 2009 hingga 7hb Jun 2009 di tapak Ekspo Seberang Jaya. Aku kira pi hujung2 la. seperti biasa banyak produk yang di pamerkan dan yag boleh di test. Tahun ini yang lain aku lihat produk dari AL-ARQAM ada. Mereka menyewa beberapa boot dengan nama Rufaqa dan nama satu lagi aku tak ingat...baner siap dengan gambar Asaari Muhammad.

Yang tak bestnya bilik air udahla kena bayar.. tak la mahal RM 0.20 ja tapi kena beratur....bilik air yang aku pi itu dalamnya ada 4 bilik tapi yang boleh guna 2 saja ( itu pun yang satu lagi tunggu bukan main lama tak ada orang keluar pun....rasa rosak gak kot) jadi kena beratur laaa. kalau nak buat program untuk bumiputra jangan la pandang sebelah mata tentang kemudahan awam yang disediakan. Memalu dan menyusahkan.

Satu lagi aku mushkil ialah dalam banyak-banyak produk bumiputra yang dijual oleh bumiputra tu ada gak produk bumiputra bangladesh, bumiputra pakistan dan sebagainya...mereka menjual karpet, tikar buluh/kayu, tudung dan ada la beberapa produk lagi. Bumiputra ka mereka nie ????

Gerai-gerai yang dibuat pameran/jualan tahun ini agak berkurangan berbanding dengan tahun2 lepas, mungkin gawat kot. Syarikat VPRO yang membuat walldrop kat rumah aku pun ada ambil booth pameran. Tahun nie aku tak dapat la beli rendang tok...mereka tak meniaga kot tahun ini atau time aku pi rendang dah abis jadi booth tutup. Apa2 pun banyak produk bumiputra yang menarik untuk diketengahkan.