Showing posts with label Penang 26/3/2014. Show all posts
Showing posts with label Penang 26/3/2014. Show all posts

Penang : Restoran Bumbledees

Dah penat melawat muzium, perut mesti diisi. Hajat nak ke Akuarium Pulau Pinang. Nak kesana menghala ke bawah ke Batu Maung. Waktu pun dah tangahari. untuk menjimat masa kena cari tempat makan yang sehala. Pikiaq punya pikiaq kita ke USM. Ada sebuah restoran western yang ramai kata sedap. Aku pun tak pernah sampai lagi walau dok dekatttt ja.

Kami ke Restoran Bumbledees. Hari nie kira dok masuk bangunan kolonial lama saja. Restoran nie pun dok kat bangunan lama juga. Sesampai kami rasanya hanya ada sebuah meja saja berpenghuni. Kami pilih meja yang boleh nampak keluar. Baru boleh filingg

OKlah menu pun sampai. semua boleh kata jenis western ja. Kalau nak oder boleh guna bahasa Malaysia.Kat dalam menua ada menu starters. Tak payahlah starter, kita terus masuk gear laju, perut dah berbunyi.


Sementara hidangan sampai bolehlah lihat keindahan senibina zaman kolonial dulu, dibina 1938. Restoran ni berkonsep terbuka, tak dak aircond cuma kipas saja dan tingkap-tingkap dan pintu dibuka luas. Walau kipas saja tapi terasa selesa sebab dikelilingi oleh pokok-pokok.

Tenang
Firas dengan aksi Ju On
Restoran BumbleDee's di sebuh bangunan binaan tahun 1938

Dok tak lama hidangan pun sampai. Konsep restoran dan cara hidangan pun terasa kelainan.
Fied chicken finger, tak macam yang dibeli kat supermarket. Goreng rangup dihiasi entah apa daun entah. Ini untuk Fatini.

Grill chicken chop dengan cheese. Ayam di grill lembut bersama cheese dan juga kentang putar di letakkan sos black papper. Yang nie untuk dua bebudak sedang besar Ammar dan Sarah.
Chicken chop bersama sos black paper. Ayam besar dan sos black paper boleh kata sedap juga.
Nasi goreng untuk Firas. Nampak macam nasi goreng cina biasa saja tapi rasa sedap. Nasi goreng bersama ayam goreng.
Air apa entah? lupa la pulak mama dia.
Fish and Chip. Rangup di luar, lembut didalam. Ikan digoreng rangup dihidang dengan mayonis dan french fries. Isi ikan tebal dan rasanya memang sedap. Saiz besar berpadanan dengan harganya.
Alhamdulillah semua dah sampai, jemput makan.
Akhir sekali, cuci mulut dengan ais krim.
Kebanyakan makanan di sini dihiasi dengan potongan lobak merah dan juga kubis ungu, untuk menaikkan seri. Kek pun ada juga, tapi kami tak oder. Keseluruhan makan kat sini memang sedap berbaloi dengan saiz. Harga pula sedikit mahal. Servis pun mesra dan hidangan pun cepat sampai. Persekitaran restoran bersih dan kemas dan amat selesa.

Restoran Bumbledees nie dibuka setiap hari kerja ( Isnin hingga Jumaat ) dari 9 pagi hingga 9.30 malam. Lokasi B07 Rumah Tamu USM Pulau Pinang. Telefon  019-4733777. Google Map lihat bawah.

GPS : 5°21'43.7"N 100°18'25.1"E
           5.362133, 100.306960



Dah semua selesai, destinasi selanjutnya iaitu ke Akuarium Pulau Pinang. Tapi apakan daya hajat tak sampai. Bukan saja buka sikit-sikit tapi kali nie tutup terus untuk pengubahsuaian. Tak dak rezeki. Lain kali kita pi lah nooo.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 26hb Mac 2014 ]

1- Penang - Muzium 3D
2- Penang - Muzium Kamera
3- Penang - Restoran Bumbledees


Penang : Muzium Kamera

Selepas lawat Muzium 3D perjalanan diteruskan ke Muzium Kamera. Macam-macam juga muzium yang ada kat Penang nie. Kebanyakan diusahakan oleh swasta atau individu tertentu.

Muzium kamera nie tersorok sikit di sederet bangunan lama di Jalan Muntri yang sempit. Parking dihadapan muzium sangat terhad. Jadi setelah lalu depan muzium tak dapat parking kami keluar dari Jalan Muntri kona masuk ke Lebuh Chulia untuk pusing sekali lagi, tetiba nampak satu papan tanda kecil tulis ke muzium. Kami cuba jalan nie pula, Alhamdullillah kami sampai dibelakang muzium, bersebelahan tokong cina dan banyak parking kat situ.

Jadi tetamu masuk ikut pintu belakang saja lah. Tuan rumah jangan marah.
Tumpang lalu tuan rumah... lalu kot pintu dapoq
Muzium nie pun merupakan bangunan lama yang diubahsuai menjadi muzium. Dekorasi dalam pun macam antik ja. Sampai k ekaunter tiket kami diasambut oleh tokey muzium, sungguh ramah. Tingkat atas yang menempatkan koleksi kamera.
Selepas bayar tiket, diberi stiker untuk dilekatkan kat baju. Sesiapa yang suka kumpul stem kenangan boleh jadi koleksi nie.



Nie dia berbagai koleksi kamera, ada yang berusia beratus tahun dah. Setiap kamera diletakkan maklumat dan tarikh dikeluarkan. Jadi apa lagi qul lah setiap maklumat kamera tu. Layanzzz gambar kat bawah.

Nie Firas punya
Nie Fatini punya

Kamera-kamera kat sini disusun dalam rak-rak kaca. Ada juga yang diletak di luar untuk pengunjung merasai pegang kamera lama.
Camera yang diletakkan secara terbuka. Boleh tahan berat. Macam mana jurufoto zaman tu

Yang nie jenis Field Camera.

Yang nie jenis Twin Lens Reflex (TLR)

Timelina sejarah kemera


Disamping kamera bolehlah layan senibina bangunan antik kat Penang nie.

Filem slaid di jadikan hiasan pada tingkap.

Disamping kamera, muzium ini juga membuat satu ruang untuk Bilik Gelap. Zaman sekarang kebanyakan kedai gambar dah tak ada benda nie dah. Semua dah digital. Suatu masa dahulu setiap kedai kamera mempunyai sebuah bilik gelap yang digunakan untuk memproses mencuci filem nagatif manjadi gambar atas kertas.
Bilik gelap

 Kadang-kadang entah apa-apa bentuk kamera yang dipamerkan yang tak pernah kita bayangkan. Kamera handphone tak dak la kat sini. Dipamerkan juga alat untuk memancarkan imej atau projektor zaman dulu-dulu.

Kamera mesin gun.


Habis saja lawat turun ikut tangga belakang terus ke cafe yang disediakan kat bawah dan melalui kedai cenderamata. Kat bawah nie pun ada ruang-ruang yang disediakan untuk bergambar terutama dengan hiasan dan deco yang dibuat.
cendera mata

macam kena paksa jaaaa



Kerja kat kedai gambar sat.

Masa berada kat bawah baru dapat keluar dan lihat bagaimana rupa muka depan Muzium Kamera nie sebab kami masuk ikut pintu dapur. Sederet bagunan heritage yang masih mengekalkan keasliannya.
Muzium Kamera Pulau Pinang
 Sebelum keluar lalu depan toilet. Kat pintu toilet di lekatkan gambar kamera mengikut jantina. Lelaki diletakkan gambar Field Camera manakala perempuan diletakkan Twin Lens Reflex (TLR). Kalau tengok gambar kamera sebenar kat atas tahulah maksudnya.
Pintu bilik air. Lelaki Field Camera manakala perempuan Twin Lens Reflex (TLR).
Keseluruhan memang terbaik untuk penggemar kamera. Cuma maklumat mengenai kamera amat terhad dan juga jika boleh di buat pencerahan teknologi yang digunakan dari zaman awal kamera dan juga cara pemprosesan filem.

Camera Museum nie terletak di 49 Jalan Muntri, Pulau Pinang. Dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Nie no telefon 04-2613649. Harga  tiket untuk dewasa RM20.00, pelajar dan warga emas RM10.00 dan kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Lokasi lihat google map kat bawah.

GPS:  5°25'12.6"N 100°20'06.5"E
          5.420171, 100.335153




[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 26hb Mac 2014 ]

1- Penang - Muzium 3D
2- Penang - Muzium Kamera
3- Penang - Restoran Bumbledees



Penang : Muzium 3D

Update:

13hb Jun 2015 - kepada yang sedang mencari maklumat muzium dan galeri 3D di Pulau Pinang, Langkawi, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah boleh klik SINI.

~~~~~***~~~~~

[ 26hb Mac 2014 ]

Cuti-cuti Malaysia ke Penang. Bunyi macam jauh jaaa. Kali nie nak ke beberapa tempat di Penang. Lokasi pertama nak di tuju ialah ke Muzium 3D. Jadi pi sana naik Feri sebab muzium nie terletak berhampiran terminal Feri Pulau Pinang.


Turun saja feri belok ke kanan akan jumpa muzium nie sebelah kiri. Cuma parking saja susah sikit, pandai-pandailah pusing kat sini cari.

Dapat lah parking swasta di tapak bangunan runtuh kat situ, tak berapa jauh. Tak silap aku RM3.00, bolehlah dari dok pusing-pusing perabih minyak.

Perjalanan melalui bangunan lama.


Muzium 3D terletak dibangunan lama. Kat depan di tulis Made In Penang Interactive Museum. Kat depan muzium dah ada daya penarik, di letakkan mural. Bolehlah bergambar. Tiket dijual kat belakang sikit. Masa kami sampai dah ada ramai orang termasuklah rombongan bebudak tadika kot.
Lorong untuk masuk ke Muzium 3D

Jadi penarik beca kejap

 Semasa nak beli tiket, laaa nampak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dok minum kopi sorang-sorang. Tak dak keja ka dia? Dok lepak-lepak. Dia ajak kami minum sama. Oklah perut pun ada spare lagi. Pekenalah dulu kopi sambil berborak dengan Lim Guang Eng.
Kopi saja ka? Biskut kering tak dak?

Habis saja minum pi beli tiket dan terus masuk ke dalam. Kami disambut dengan niniature kehidupan rakyat Malaysia dengan pembakar lemang, tukang gunting rambut, kopitiam dan sebgainya.
Bakar lemang

Dok diam-diam, ane kapla potong.

Makan besar

Selpas itu bolehlah tengok suasana Penang ketika zaman kegemilangan dulu-dulu dengan pelabuhan yang sebok. Memang detaillah miniature yang dibuat, nampak real.

Zaman kegemilangan Pulau Pinang.


Tingkat bawah cuma menempatkan model-model kehidupan warga Penang suatu masa dahulu. Habis saja kami ketingkat atas.  Kat tingkat atas baru ada gambar-gambar 3D. Bangunan nie masih mengekalkan lantai kayu seperti dulu-dulu. Bolehlah bergambar. Layanzzzz gambar kat bawah.





Gambar-gambar kat sini tak boleh guna kaedah selfie sebab sudut kamera memainkan peranan untuk nenjadikan gambar tu 3D. Setiap gambar di tunjukkan lokasi kamera yang bersesuaian. Jadi kena ada sesiapa tolong ambikkan. Jadi buatlah aksi-aksi sesuka hati.




Masa kami sampai orang tak berapa ramai, jadi mudahlah nak memosingkan diri bergambar. Kalau ramai rasanya kena beraturlah kot.

Selain dari gambar-gambar 3D, ada juga teknologi moden digunakan. Takkan bayaq mahai-mahai nak tengok gambar kaku ja. Ada beberapa tempat disediakan monitor interaktif yang memaparkan objek tertentu bila sensor mengesan kod pada tiket. Pengguna hanya hulurkan tiket berdekatan monitor dan sensor akan kesan kod tersebut dan suatu objek akan terbina atas tangan. Berbelit-belit aku nak terang aihh panjang macam soalan Math UPSR.

hulur tiket, gambar objek terbina atas tangan.

Ada juga face detactor yang akan merubah muka kita menjadi entah apa-apa lah.

Kami berada kat muzium nie lebih kurang sejam. Pusing-pusing kat tingkat tu saja. Turun balik ada di buat ruang tayangan. Tapi masa kami sampai ada masalah teknikal, tak taulah apa yang nak di tayangkan. Sebelum keluar posing dulu dengan mural.

Sama lah

Keseluruhan muzium nie bebudak memang suka la. Tempat nie bukannya muzium tapi lebih kepada galeri saja. Orang yang dah berumur takkan nak posing pelik-pelik kat situ.
Made in Penang Interactive Museum atau Muzium 3D Penang.

Harga tiket boleh kata mahal juga berbanding dengan apa yang dipamerkan. Pemegang Mykad untuk dewasa RM15.00 dan kanak-kanak dan warga emas RM10.00. Lokasi Made in Penang Interactive Museum di alamat No 3 Pengkalan Weld, Penang. Telefon 04-2626119. Turun feri belok ke kanan, lebih kurang  300 meter akan nampak bangunan nie sebelah kiri. Google map tengok kat bawah.

GPS : 5°25'00.7"N 100°20'38.1"E
           5.416866, 100.343913




[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 26hb Mac 2014 ]

1- Penang - Muzium 3D
2- Penang - Muzium Kamera
3- Penang - Restoran Bumbledees