Rentetan Tingkatan 1 Siti Sarah

Setelah keputusan UPSR diumumkan, tak berapa lama keputusan penempatan sekolah menengah pun keluar. Siti Sarah ditempatkan ke SMK Dato Kailan dalam aliran agama ( KAA ~ Kelas Aliran Agama). Tapi dalam hati nak hantar dia ke sekolah yang baik sikit, kalau boleh yang berasrama. Siti Sarah pun berminat nak ke asrama.

Ketika ini kalau UPSR tak dapat 5A memang susah sikit nak dapat sekolah asrama penuh, persaingan sengit tambahan pula kalau perempuan. Lelaki masih boleh dipertimbang, maklumlah la nie perempuan ramai yang lebih pandai dalam peperiksaan dari lelaki. Kalau tak asrama penuh pun, dapat sekolah separa asrama yang OK pun dah cukup baik. Dimaklumkan bahawa tarikh rayuan pertukaran dibuat pada hari Isnin 15/12/2014.

Tapi malang sikit ketika itu  kami berada di Langkawi. Nak tukar tarikh pun tak boleh sebab tiket dan hotel dah beli. Buat bodoh sajalah pada hari Khamis, 11/12/2014 kami ke  SMK Dato Kailan, mana tau boleh isi borang pertukaran sekolah awal sikit. Tapi masa sampai kesana Guru Besar tak ada, kerani kat situ cakap kena datang pada 15/12/2014 juga. Dia kata boleh minta tolong sesiapa jadi wakil.
SMK Dato Kailan
 Isnin, 15/12/2014 - Kami masih di Langkawi, Pak Long menjadi mangsa untuk pi isi borang pertukaran. Mula-mula nak pilih SMK Dato Onn. Tapi alasan tak berapa kukuh sebab antara SMK Dato Onn dan SMK Dato Kailan tak ada bezanya. Ada sahabat yang juga minta pertukaran mencadangkan pertukaran ke SMKA Al Mashoor Perempuan dengan alasan pertukaran dari KAA ke sekolah yang sepenuhnya aliran agama. Rasanya lebih kuat alasan tu.

Khamis, 23/12/14 - Keputusan rayuan masih belum diketahui. Tapi ketika ini kami dalam proses untuk jalan-jalan. Serupa sebelum nie juga, tarikh dan semua keperluan perjalanan dah beli ~ tak boleh tukar tarikh dah.  Jadi sebelum tarikh betolak kami cuba talifon Kementerian Pendidikan Daerah, kot-kot dah ada keputusan pertukaran. Tapi dijawab keputusan masih belum diketahui dan hanya akan dikeluarkan pada 29/12/2015. Kalut juga sebab ketika balik bercuti nanti dah dekat dengan tarikh buka sekolah. Takut tak sempat buat persediaan.
 
Isnin, 29/12/14 - Ketika dalam percutian, terima berita dari sahabat, Siti Sarah diterima ke SMKA (P) Al Mashoor Pulau Pinang. Alhamdulillah legaaa. Dan satu lagi kelegaan sebab diumumkan sesi persekolahan ditangguhkan seminggu akibat bencana banjir. Jadi pelajar akan mula persekolahan pada 12/1/2015. Adalah masa sikit untuk kami buat persediaan.

Rabu, 31/12/2014 - Setelah habis bercuti dan sampai ke Penang semula. Ambil cuti tambahan untuk ke SMKA (P) Al Mashoor. Berpusing-pusing juga nak sampai sebab tersorok sikit lokasinya. Nak tanya prosedur-prosedur dan keperluan untuk ke sekolah nie. Adalah diberi maklumat dan keperluan sekolah dan tarikh perjumpaan ibu bapa tahun satu.

P_20141231_130750_HDR
Beli serba sedikit barangan di Koperasi Sekolah
Tanya juga penempatan di asrama. Maklumlah nak hantar dari Kepala Batas ke pulau, nak sampai sebelum jam 7.30 pagi. Uuiihh.. kena keluar rumah sebelum subuhlah gamaknya. Tapi diberitahu sekolah ini akan dapat sekolah dan asrama baru, sekarang dah hampir siap. Jika sekolah baru siap dengan asrama baru insyallah semua yang memohon asrama dapat masuk. Anggaran siap dalam sebulan selepas sekolah dibuka. Aishhh... nampak gaya dalam sebulan nie kena ikhtiarlah hantar dia kat sini, atau pacak khemah sekejap kat sekolah tuuu.

Alang-alang dah sampai ke sini, kami belilah sedikit sebanyak keperluan sekolah.

Jumaat, 2/1/2015 - Lepas sarapan kami gegas ke sana, sesi taklimat akan diadakan jam 8.30 pagi. Ibubapa dan pelajar akan diberi taklimat. Pelajar di minta beratur mengikut kelas sementara mengikut senarai yang dipaparkan dan dibawa ke kelas masing-masing, manakala ibu bapa di minta masuk kedewan.
P_20150102_083501_HDR
Beratur untuk memasuki kelas sementara.
Ibu bapa diberi taklimat kemasukan ke sekolah nie. Disini YDP PIBG dan guru besar memberi maklumat mengenai sekolah ini dari segi pelajaran dan matlamat sekolah. Untuk sesi akan datang semua pelajar diminta lapor diri di sekolah yang baru. Dapat masuk sekolah barulah tahun nie tak perlu tunggu sebulan lagi. Dikhabarkan bahawa blok sekolah dan asrama yang baru setinggi 8 tingkat berlif. Tuuu dia tingginya, maklumlah sekolah tengah bandaraya.
P_20150102_092903_HDR
Taklimat oleh Guru Besar.
Sekolah akan mula pada 12/1/2015, lewat seminggu sebab cuti banjir. Pendaftaran pelajar dan juga asrama dibuat sehari awal iaitu pada 11/1/2015.

Taklimat lebih kurang satu jam. Selesai taklimat, ibubapa berpusu-pusu membuat pemeriksaan penempatan asrama. Kami yang tak dapat asrama nie terkebil-kebil juga. Tanya cikgu kat situ macam mana dengan anak kami nie. Diberitahu kalau pelajar luar dari pulau insyallah depa akan beri asrama dan diminta datang saja pada hari pendaftaran sekolah antara jam 3.00 hingga 4.00 petang. Insyallah depa cuba bantu selit kat mana patut. Diberi juga beberapa borang termasuk borang medical checkup.

Siti sarah sudah selesai taklimat awal dari kami dan dah bawak setindan buku untuk dibawa balik. S Sarah kata masa taklimat diadakan juga ujian Bahasa Inggeris mungkin untuk menentukan kelas. 

Hari nie Jumaat, jadi kena gegas cepat nak kejar solat Jumaat. Sampai Seberang Jaya, macam ada masa lagi, jadi mencuba nasib ke Klinik Kesihatan Seberang Jaya dulu kot-kot boleh buat medical checkup. Walau tak pasti lagi dapat asrama baik buat siap-siap, tumpang ada masa dan kalau dah dapat asrama nanti tak kalot.

Malang sikit pendaftaran dah ditutup. Kalau nak buat juga kena datang petang lepas Jumaat pulak.

Jadi kami terus ke Klinik Kesihatan Kepala Batas pulak tapi sayang mesin x-ray rosak pulak. Nurse talipon klinik kat Penaga. Mesin kat situ OK, jadi kami kesana lepas Jumaat. Alhamdulillah selesai.

 Ada seminggu lebih lagi sebelum pendaftaran sekolah, kami belilah apa yang patut seperti dalam senarai keperluan yang diberikan dan juga tambahan barangan yang rasa-rasa bersesuaian seperti timba, penyangkut baju, sabun-sabun, berus dan macam-macam lagilah walau tak confirm lagi masuk asrama. Tak apalah kalau ada rezeki insyaallah dapat.
P_20150111_133240_HDR
Harap semuanya cukup dan dapat disimpan dalam asrama. Teddy Bear tu bawak juga??
Ahad, 11/1/2015 - Semua persiapan telah dibuat. Semua barang dibawa masuk ke kereta, harap tiada apa yang tertinggal.
P_20150111_134414_HDR
Penyerahan fail maja tugas kakak kepada Muhammad Ammar. Kena ambil alih tugas kakaklah lepas nie.
Dalam tengahari kami bertolak ke sekolah. Sebelum tu ada sekali aku kesekolah nie nak tau selok belok jalan. Maklumlah pendaftaran masuk cuma diberi sejam sahaja dari jam 3 petang hingga 4 petang. Kali nie Ahmad Firas ngan Nur fatini kami tak bawa, tinggal kat pengasuh. Nak bawa rasa macam akan kelang kelibut.
P_20150111_145750_HDR
Pendaftaran sekolah
Masuk saja ke dewan, ibu bapa dengan pelajar boleh kata dah banyak. Ada beberapa meja untuk pendaftaran. Alhambdulillah semua berjalan lancar dan Siti sarah dapat masuk asrama. Belilah keperluan utama asrama seperti cadar dan sarung batal dulu. Siti Sarah dapat tingkat 4 bilik nombor 4. Setiap bilik dihuni 8 orang pelajar campur antara senior dan baru.
P_20150111_151912_HDR
Antara borang yang diberi ada senarai tarikh lawatan dan juga balik kampung dan juga cuti perayaan penghuni asrama. Kira setiap selang dua minggu boleh balik kampung.

Usunglah apa yang patut ke atas. Nasib baik ada lif. Asrama baru, semua alatan baru. Masuk kedalam bilik diletakan 8 buah kabinet besi dan juga 8 buah katil dengan tilam. Pilih yang mana tak berpenghuni dan adjustlah ketempat yang bersesuaian.
P_20150111_153358_HDR
Bilik no 4, booking dulu katil dan kabinet.
 Bangunan masih baru, ada juga yang masih tak lengkap seperti tempat membasuh dan talifon awam. Tapi OKlah kemudahan lain seperti bilik air boleh digunakan. Kat sini pelajar tak dibenarkan bawa handphon, jadi kemudahan talifon awam amat diperlukan untuk berhubung. Harap sangat talifon awam dapat dipercepatkan pemasangan.
P_20150111_153717_HDR
Sebelum "0"

P_20150111_162525_HDR
Selepas ~ Dah penuh

Dok kat tingkat 4 nie macam best ja. angin laut dan pemandangan memang cantik. Tenang jiwa. Hari nie boleh la naik ke asrama, lepas nie kaum Adam tak boleh naik dah la.

Kesemua pengghuni bilik merupakan pelajar-pelajar dari  sekitar Pulau Pinang, tapi tak ada dari SKBP. Jadi bertambahlah kawan-kawan baru Siti Sarah.
P_20150111_153526_HDR
Pemandangan dari tinggkat 4 ~ nampak laut.
 Kebanyakan datang dengan ibu bapa masing-masing. Ada yang seronok, sedih, nangis dan macam-macam lagilah. Siti Sarah tak nangis cuma macam muka risau saja. Maklumlah nak kena tinggai sorang-sorang.
P_20150111_165424_HDR
Sebelum balik makan dulu kat kantin.

Hampir jam 6 petang kami turun kebawah dengan berat hati kami pulang dan tinggalkan Sarah di asrama.
P_20150111_172132_HDR
Hadapan asrama 8 tingkat.
Harap Siti Sarah dapat sesuaikan diri dengan dunia baru yang bakal ditempuh dan dapat guru-guru dan juga kawan-kawan yang baik dan dapat membimbing kearah kebaikan dan dipermudahkan dalam pelajaran dan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.
P_20150111_175903_HDR
Dewan SMKA (P) Al-Mashoor




Buku Foto Pertama

Dah lebih setahun baru siap photo book perjalanan aku dan isteri mengerjakan Haji dan Umrah dan juga ziarah ke Madinah. Buku nie merupakan himpunan gambar-gambar yang aku rasa memberi seribu makna kepada kami yang pertama kali menjejakkan kaki kesana.





Tak terfikir pun nak buat buku foto nie. Tapi bila ada ofer menarik yang singgah kat email aku dari Groupon apa lagi beli sebijik. Lagi pun harga berpatutan. Lepas buat pembayaran, akan diberi no kupon yang sah laku selama 6 bulan sahaja untuk digunakan di laman Photobook. Melalui laman Photobook adalah beberapa langkah untuk dilengkapkan dan yang paling utama ialah aplikasi untuk menyusun atur gambar. Nak susun nie, boleh ikut template yang depa bagi atau boleh susun sendiri saja. Lepas siap susun hantar secara online.

Dari pengalaman aku, lebih kurang 7 hari sampailah buku foto tu. Bungkusan yang sampai kemas dan kualiti buku pun cantik ditambah dengan gambar yang aku ambik dah memang cantik ~ puji la sikit. Tak payah pening-pening kepala cari kedai dan parking.


Akhbar Pun Nak Kena Rotan

Penjelasan yang mengenai isu rotan yang. Orang cakap lain di cerita lain pulak. Lain kali nak baca akhbar kena selidik betul-betul.

Petikan dari POST METRO
 
Ekoran dari kenyatan YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim untuk menggubal akta baru menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 telah mencetuskan reaksi yang pelbagai pihak. Kebanyakan dari mereka melahirkan rasa tidak setuju sekiranya akta yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jun depan itu yang di fahamkan akan membentangkan satu akta baru ia itu hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka.

Berlaku sedikit kesilapan dengan apa yang di maksudkan oleh Datuk Seri Rohani, Beliau bukan bermaksud bahawa ibu bapa atau penjaga tidak boleh merotan anak untuk mendidik, Malah di dalam Islam sendiri mengalakkan agar anak anak di rotan jika tidak mahu menerima ilmu yang di ajar.

Mungkin ramai diantara pembuat kenyataan tersebut terkesima dengan kes yang baru sahaja melanda satu keluarga rakyat Malaysia, pasangan suami isteri yang di penjara gara gara memarahi dan merotan anak mereka kerana enggan megikuti kelas alquran dan bersolat.

Malah mereka mengatakan bahawa Malaysia sedang cuba cuba mengkuti negara Sweden, sedangkan Konvensyen Mengenai Hak Kanak Kanak (CRC) itu sendiri ditentang hebat oleh pengamal undang undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibubapa di negara itu. Malah, ia turut dikecam oleh pihak pihak yang rasional dari Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) serta The Stockholm Institute of Public and International Law.

Sebenarnya apa yang di maksudkan oleh Menteri berkenaan ialah berkaitan dengan undang undang akta kanak kanak yang pada masa kini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membolehkan seseorang kanak kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, ia membawa maksud hukuman sebatan (merotan) di Mahkamah dan bukannya ‘merotan’ yang di buat oleh ibu bapa.

Berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC, Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut. Ini bermakna Kementerian mahu seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 di hapuskan dengan jelas “menghapuskan hukuman tersebut (rotan) terhadap penjenayah kanak kanak”.

Keduanya pihak Kementerian bukanlah bermaksud kesemua kes merotan adalah satu kesalahan jenayah, Pada ketika ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang Undang Kanak Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.

Pada ketika ini juga perlakuan merotan yang keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental tetap di ketegorikan sebagai telah melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, Perbuatan saperti itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua duanya.

Di sini kita perlu faham dan dapat membezakan diantara mendera dengan mendidik, jika merotan sahinga membawa kepada kecederaan parah dan kematian adakah itu yang di tuntut oleh Islam? Lihat sahaja kes kes penderaan hari ini adakah kita perlu memberi simpati kepada perlaku kemudaratan terhadap kanak kanak ini.

Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang undang yang lebih terperinci supaya apa apa perbuatan kepada kanak kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi.

Seharusnya cadangan Datuk Seri Rohani Abdul Karim dapat di beri sokongan sepenuhnya demi menjaga kebajikan kanak kanak agar kita tidak lagi di hidangkan dengan berita berita kanak kanak yang di ‘abaikan’ selain di dera secara fizikal, mental dan emosi.

Apa Saja Dari Barat Nampak Terbaik

Hari nie kecoh dengan isu merotan anak. Ibu bapa yang merotan anak boleh menjadi kesalahan Jenayah. Takkan semudah tu?


Oleh kerana telah tandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak ( CRC - Convention on the Rights of the Child) maka negara akan melaksanakan undang-undang rotan nie. Adakah semua yang ada dalam CRC itu terbaik dan perlu diikut? Tak bolehlah ikut membuta tuli saja disebabkan ingin pengiktirafan dari Negara Barat.

Apa-apa undang-undang  yang akan di digubal rasanya baik lihat situasi dan pengangan yang ada dalam masyarakat. Dari segi hukum-hukum agama dan juga adat-adat yang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Untuk orang Islam dah jelas dan nyata cara mendidik anak-anak, tak perlu ada konvensyen apa-apa pun.

Harap undang-undang yang akan digubal dapat diperhalusi dan dikategorikan maksud rotan ini. Kalau merotan sebagai mendera atau sehingga mengelami kecatatan memang patut diambil tindakan undang-undang. Hasil dari undang-undang yang nak diaplikasikan dilihat bukan ketika ini tapi mesti lihat jauh ke masa hadapan. Jangan pula cucu cicit memaki hamun anda dalam kubur disebabkan tangan-tangan masa kini.


Jangan lihat apa saja datang dari barat semuanya indah dan terbaik dan perlu di ikut. Kalau dalam CRC ada hak kebebasan kanak-kanak untuk memilih agama sendiri, adakah negara akan sertai juga?



SMKA (P) Al-Mashoor Yang Baru

Minggu depan akan bermula sesi persekolah setelah seminggu diberi cuti tambahan bencana banjir. SMKA Al-Mashoor Perempuan Pulau Pinang telah dapat bangunan baru di Jalan Sultan Ahmad Shah. Jadi untuk sesi pesekolahan akan datang anak-anak akan daftar sekolah dan asrama kena ke bangunan baharu nie. Jadi kepada sesiapa yang nak hantar anak ke sana sila lihat lokasi baru sekolah.


GPS : 5.423009, 100.330048

Ini jalan untuk ke pintu hadapan  SMKA (P) Al-Mashoor dari Jambatan Pulau Pinang. Sekolah nie betul-betul dihadapan bangunan KWSP.



Ini jalan untuk ke pintu hadapan SMKA Perempuan Al-Mashoor dari Jambatan Pulau Pinang. Akan  melalui KOMTAR ke Jalan Penang ke Jalan Transfer (boleh pekena roti canai tepi longkang kat sini). Terus lagi sampai jumpa simpang tiga, ambil kiri ke Jalan Sultan Ahmad Shah. Nanti akan nampak sekolah nie kat seblah kiri.

Kalau tak mau ikut arah KOMTAR, dari Jambatan Pulau Pinang boleh ikut terus Jalan Pengkalan Weld ke arah Padang Kota hingga jumpa bulatan ambil pukul 12 melalui jalan St Light ke Lebuh Farquhar sehingga sampai ke Jalan Sultan Ahmad Shah (aku cuba ubah kat Googel Map tapi bila paste kat blog dia kembali seperti kat atas).

Ini pula jalan untuk ke pintu belakang SMKA Perempuan Al-Mashoor dari Jambatan Pulau Pinang melalui KOMTAR. Perjalanan melalui Jalan Transfer sehingga berjumpa simpang empat yang ada  stesen minyak Caltex sebelah kanan, simpang nie kona kiri  melalui Jalan Argyll. Nak cam pintu belakang senang saja sebab bersebelahan bangunan insuran MCIS Zurich warna biru/kelabu.



Nak pi sekolah nie boleh macam-macam arah, tapi jalan kat atas nie yang rasa aku mudah nak pi sana.

Selamat bersekolah dan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat....

Hotmas Sungai Petani

Dulu-duluuuu pernah sekali datang ke restoran nie, tapi tutuplah pulak. Mungkin silap hari. Maka adalah seorang budak tu keciwa nak sambut birthday dia kat situ.
DSCF5599
Restoran Hotmas Sungai Petani
Kali nie sekali lagi untuk budak tu juga nak qada balik tempat nie atas alasan dapat no 4 kat kelas. Kali nie periksa betul-betul masa operasi retoran nie. Siap talipon lagi. Alhamdulillah tercapailah hajat M Ammar nak pekena kat Restoran Hotmas kat Lagenda Height Sungai Petani.

Nie cerita hujung tahun lepas. Masa kami sampai lihat kat luar orang boleh kata ramai. Tapi dapatlah juga meja kat dalam tu. Memang pakat-pakat nak trai western saja kat sini. Sebab ramai yang review masakan western kat sini terbaik. Nie dia menu.
DSCF5573
Menu: Barat ada, Thai ada, Melayu ada.
DSCF5574
Semua oder western kecuali Fatini, macam biasa nak meeee saja. Oderlah kat Fatini mee goreng tak pedas. Umat-umat yang lain semua western. Harap-harap saiz besar. Kalau tidak balik nanti kena singgah beli nasi lemak bungkus. Dok tak lama hidangan sampai, boleh kata cepat servis kat sini. Nie dia dah maiii, layanzzzz.
DSCF5576
Mee goreng Tini yang punya...
DSCF5580
Ayam grill dengan black papper
Hotdog jumbo untuk Ahmad Firas. Mayonis kena kikis dulu baru Firas makan.

DSCF5586
Chicken Chop atau Deepfried Chicken, lupalah nama dia. Yang nie untuk isteri aku. Salad memang best, ada macam-macam sayur.
DSCF5589
Lamb chop, aku punya. Sos black paper memang sedap. Saiz pun berbaloi.
DSCF5591
Fish & chips untuk S Sarah. Isi ikan tebal dan lembut dengan tepung luar yang rangup. Sedaplah.

DSCF5583
M Ammar, orang yang di rai sedang mengecop ayam penuh semangat.
DSCF5594
Tercapailah hajat bukan Ammar sorang saja tapi semualah nak makan kat sini. Keseluruhan makan kat sini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Cuma side dish seperti coleslaw, kentang putar dan french fries yang diletakkan tak berapa meriah, macam sedikit ja. Apa-apa pun layanan pantas dan oder pun cepat sampai. Dengan bebudak kecik oder cepat sampai amat dialu-alukan. Kalau lambat mulalah macam-macam perangai dok keluar.
DSCF5596
Suasana dan susun atur  dalam restoran tenang dan selesa.
Nak datang sini tengok Googel Map kat bawah. Selepas tol Sungai Petani Utara belok kiri. Terus sahaja lalui beberapa lampu isyarat sehingga ternampak TESCO sebelah kanan dan terus lagi sehingga jumpa lampu isyarat dan belok kanan. Masuk ke Jalan Pahlawan, selepas sekolah akan jumpa sederet kedai disebelah kiri. Restoran Hotmas nie berada dihujung sekali bersebelahan Hotel Sastria, bangunan di cat hijau. Kalau datang malam warna hijau nie nampak macam hitam ja.

Masa operasi Hotmas setiap hari dari jam 5 petang hingg11 malam dan tutup hari Rabu. Kalau rasa macam nak kena tunggu lama haaa.. boleh telepon booking.

Alamat:
Hotmas Restaurant
26&27
Jalan Pahlawan
Taman Lagenda Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 010-5666414 / 016-5578414 / 04-4249292

GPS: 5.660658, 100.495585




Kuliah Ilmu Januari 2015

Terlambat sikit update kuliah masjid dan surau. Jom pakat ramai-ramai menambah ilmu di masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas sempena awal tahun baru nie.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:



Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Surau Al Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:



Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.