Juara Adik-Adikku Musim ke-4

Dah lepas jam 12 malam aku cuba cari dari internet siapa yang jadi juara program program Adik-Adikku musim ke 4 tapi tak dapat. Kalau yang bercorak hiburan yang lompat-lompat dan dapat seronok saja rasanya dah ramai yang update. Tak dalam blog pastinya twiter dan FB menjadi ruang berdiskusi.



Keputusan pentas akhir Adik-Adikku musim ke-4:

Juara : Adik Muhammad Hanif Zakaria, 12 tahun
Naib Juara : Adik Hanan Athirah Nazli, 12 tahun
Ketiga : Adik Shauqi Afifi Shamsudin, 12 tahun
Saguhati : Adik Uswatun Hasanah Yusri, 13 tahun dan Adik Muhammad Amir Dusuki, 11 tahun.

Aku tak ingat siapa yang dapat tempat ketiga dan saguhati antara dua adik-adik ini; Adik Shauqi Afifi Shamsudin, 12 tahun atau Adik Muhammad Amir Ahmad Dusuki, 11 tahun ~ update 6/6/2013 - 8.30pg : terima kasih kepada pengomen yang memberi maklumat dan telah dibetulkan.

Tahniah kepada adik-adik diharap bakat dan ilmu terus digilap dan digunakan untuk kebaikan. Tahniah kepada ibu bapa kerana dapat mendidik anak-anak menjadi manusia hebat. Tahiah kepada tenaga pengajar dan tak lupa kepada penaja-penaja korporat seperti Gardenia, Pearl Haya, PTS, hotel-hotel dan sebagainya kerana memberi sokongan kepada program sebegini. Akhir sekali tahniah kepada JAKIM dan RTM yang manjadi tulang belakang kepada program ini.

Adik-Adikku merupakan pertandingan realiti TV bercorak Islam yang dianjurkan JAKIM dan RTM. Tahun ini merupakan musim ke-4 ia diadakan. Program ini berjalan selama 27 episod bermula pada 24 April 2013 dengan peserta seramai 12 orang yang dipilih seluruh Malaysia. Hanya 5 orang sahaja yang akan sampai ke episod akhir. Pertandingan peringkat akhir diadakan pada hari nie 5 Jun 2013 di PICC yang disiarkan secara langsung di TV1 dan IKIM.FM.

Update  11/6/2013 - 2.15ptg: kepada yang nak lihat semula Pentas Akhir Adik-Adikku musim ke 4 sila klik sini http://myklik.rtm.gov.my/ ~ terima kasih kepada pengomen Fatiha memberi link tersebut.

10 comments:

  1. tempat kedua : Adik Afifi... manakala adik amir saguhati tempat ke-5

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dan saya dah update.

      Delete
    2. Pemenang tempat kedua adalah anak jati Kepala Batas....

      Delete
    3. Pertama Kelantan, Kedua Penang dan ketiga Kedah...walau dimana moga mereka menjadi insan cemerlang

      Delete
  2. Mohon share video peserta final. Kat mane boleh ditonton kembali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun cari tapi tak jumpa...dalam laman JAKIM TV pun tak ada. tak tau di mana salahnya.

      Delete
  3. cuba ke link dbawah utk tonton online finalnya =)
    http://myklik.rtm.gov.my/component/content/article/13-roksprocket-mosaic/273-pentas-akhir-adik-adikku-musim-ke-4

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Fatiha...saya dah masukkan link tersebut dalam blog.

      Delete
  4. Replies
    1. maaflah saya pun tak tau nak download dari myklic cam mana. Mungkin ada hakcipta.

      Delete