BBQ di Croydon

HARI KEENAM

25hb Disember 2019, Rabu. Hari Krismas.

Hari ini kita dok rumah sahaja. Nak jalan-jalan pun tak berbaloi sebab aramai kata Hari Krismas kebanyakan tempat tutup nak bagi kaum keluarga berehat bersama-sama. Jadi boleh bermalas-malas, tidur boleh lama sikit.

OKlah kami tinggal di Godson Road, Croydon. Kawasan ini macam satu taman perumahan biasa sahaja. Rumah ini dari luar nampak kecil saja tapi dia ada tiga tingkat. Tingkat bawah ada dapur, ruang tamu dan sebuah bilik tidur. Manakala tingkat satu dan dua ada 5 bilik lagi dengan 3 bilik air. Heater pula bolehkata setiap ruang ada. Selalu kalau pasang heater ni bilik ataslah yang merana, segala haba naik keatas - bertabahlah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
Ruang tamu

Nak panas boleh bakar kayu api - rasanya guna masa terdesak saja kot.
Dapur lusa juga. Serba lengkap. Ada Microwave, mesin basuh (dalam salah satu pintu kabinet), dapur, peti ais, meja makan.
Dapur elektrik, pinggan mangkuk dah ada. Cuma kena samak saja.



Antara bilik tidur yang ada. Ada yang dihias sederhana dan ada yang menarik.







Bilik air antara yang tercantik.

Ini yang menjadi masaalah kepada rakyat Malaysia. Bilik air yang perlu sentiasa kering. Aduhhh pening kalau nak mandi. 

Yang paling best laman belakang rumah. Kalau di Malaysia, laman hadapan rumah luas dan belakang sempit sahaja. Berlainan disini, kebanyakan rumah mempunyai laman yang sempit di hadapan muat untuk dua buah kereta tetapi kena parking sebelah sebelah.

Laman depan rumah sempit sahaja. Bolehlah perking kereta dua biji ssebelah sebelak.
Laman belakang luas, jadi lebih priversi. Bolehlah buat taman. Laman belakang ini di buat kosong sahaja dengan kiri kanan pokok, ada pokok epal tetapi buah dah habis luruh. Jadi dibelakang boleh lah dibuat bakar-bakar BBQ. Tempat grill ada disediakan.
Ruang belakang rumah yang luas memanjang. Ada pokok epal tapi semua dah luruh, nampak tak buah yang kat tanah tu?



Pagi ini tak ada apa-apa, jadi selepas sarapan buat sedikit permainan bagi soronok sikit. Selain dari kami dari Malaysia ada 3 orang sedara sebelah kakak ipar yang menetap di London. Mereka inilah selalu bersama kami disini.
Sarapan dulu. Hari ini bihun goreng.


Tuuu dia hadiah. Saja seronok-seronok bagi hadiah. 

Seronok ramai-ramai berhimpun.
Lewat sedikit pakat-pakat gotong royong cuci halaman rumah. Daun-daun penuh di laman dan licin. Masa basuh terkena air paip boleh tahan menggigil, sejuk ooo. Tempat grill dan segala perkakas menggrill seperti penyepit disamak sekali. Jenoh menonyoh saki baki apa-apa yang melekat atas grill 😏😏😏.

Macam kat malaysia, lepas gotong royong adalah tuan rumah jamu makanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Bihun pagi tadi. Gambar masa gotong royong tuan rumah tak ambik. 

Sementara laman dan alatan grill kering, kami keluar "Jalan-jalan Croydon", cisss... macam menarik saja kata-kata anak penakan. Pakat keluar jalan-jalan Croydon. Kawasan perumahan dan jalan disini lengang, Krismas kot. Tak terasa kemeriahan langsung. Kalau di Malaysia masa Hari Raya, Qong Xi Fa Chai atau Deepavali, boleh tahan meriah dengan orang kunjung mengunjung. Disini sunyi sepi.

Walau Hari Krismas, pintu tertutup. Sunyi sepi.


Kawasan perumahan sunyi dan jalan pun lengang. Tak terasa kemeriahan Krismas.

Kami keluar kejalan besar sahaja dan berjumpa dengan kedai kebab. Jadi oder piza untuk makan tengahari.
Pizza buat makan tenghari. Kedai kebab halal.
Bagi buat BBQ malam ini macam tak cukup saja arang yang ada, jadi cari kedai runcit yang buka. Bukan senang nak jumpa kedai yang buka masa Krismas. Boleh tahan jauh perjalanan tapi tak peluh sebab cuaca sejuk.

Antara kedai-kedai besar yang tutup.



Disini jalan-jalan tepi kawasan perumahan pun ada speed trap. Jangan buat main.

Alhamdulillah jumpa juga kedai runcit yang buka. Dapat beli satu bag arang. Kebanyakan kedai yang dibuka diusahakan oleh imigran, kalau lihat muka ada ala-ala India dan Pakistan. Balik kena cari Uber lah, tak larat menapak lagi.

Balik balun nasi dengan pizza dulu. Tak perlu tunggu malam nak BBQ, petang pun dah redup semacam. Lagi pun kalau tunggu malam pakat-pakat beku kat luarlah. Hampir jam 4 petang dah mula menggrill.

Antara yang istiqamah membakar.


Gambar dok bakar ada tapi gambar ayam dan daging dalam pinggan tak sempat ambil. Masing-masing macam pirana. Letak saja terus hilang.

OKlah setakat ini cerita Hari Krismas di Croydon. Satu lagi sebelum terlupa, kawasan perumahan disini bukan macam di Malaysia. Kalau di luar rumah jangan bersembang kuat-kuat terutama waktu malam nanti kena tegur sebab menganggu jiran-jiran. Satu lagi jangan sidai atau sangkut baju di pagar hadapan rumah. Walau sangkut didalam laman sendiri pun mereka tidak suka. Kalau nak sidai boleh sidai di belakang.

OKlah jumpa di lain entry...

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

No comments:

Post a Comment