Showing posts with label Ekspo. Show all posts
Showing posts with label Ekspo. Show all posts

Expo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang 2016

Kepada yang mencari produk-produk bumiputra pastinya Expo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang ditunggu-tunggu. Tahun ini, PenBEX 2016 akan berlangsung pada 28hb Mei hingga 4hb Jun 2016 di lokasi yang sama seperti tahun lepas iaitu di Midtown PERDA Kubang Menerong, Tasik Gelugor.
Print
Poster PenBEX 2016 ~ gambar dari PERDA.
Program ini dianjurkan oleh PERDA untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan bumiputra terutama dari Pulau Pinang. Kepada yang berminat untuk berniaga atau memperkenalkan produk bolehlah menempah ruang niaga atau pameran. Tempahan dibuka sehingga 6hb Mei 2016. Maklumat lanjut sila klik sini.
Midtown PERDA
Dataran Transformasi Usahawan, Midtown PERDA Kubang Menerong, Tasik Gelugor.
GPS : 5.502393, 100.501371
Kunjungan aku tahun lepas, PenBEX 2015. Berbagai produk bumiputra yang di pamerkan seperti perabot, pakaian, makanan, buah-buahan, tanaman, ternakan dan sebagainya.  Disamping jualan, ada juga penggerai yang menawarkan menjadi pengedar. Diadakan juga pameran dari agensi-agensi kerajaan.
P_20150601_144551_HDR
Biskut.
P_20150601_155626_HDR
Kopi. Aku beli kopi nie, memang sedap.
P_20150601_145955_HDR
Seluar sukan.
P_20150601_155820_HDR
P_20150601_155707_HDR
P_20150601_143227_HDR
P_20150601_143449_HDR
Perabot bumiputra.
P_20150601_145411_HDR
Kayu pain atau pelet dibuat perabut.


Apa yang menarik atau yang terbaru akan di pamerkan pada tahun ini? Kena tunggulah.


PenBEX 2014 mai lagi

Ekspo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang, PenBEX 2014 kali ke 13 datang lagi. Ekspo diadakan kat tempat lama juga, Kubang Menerong, Tasek Gelugor pada 31 Mei hingga 8 Jun 2014.

Macam-macam ada dari makanan, kain baju, tanaman hingga haiwan peliharaan.  Bukan setakat tengok saja, ada juga boleh try test tengok mana tau berkenan. Kalau rasa nak cari rakan niaga tau peluang pernigaan atau nak cari produk-produk untuk diketengahkan pun memang terbaik.

Jom lihat produk-produk bumiputra sambil membantu meningkatkan golongan usahawan bumiputra terutama kat Pulau Pinang nie. Kepada yang tak pasti lokasi kat mana, lihat kat Google Map kat bawah.




p/s: Satu ja aku tak berkenan PenBEX tahun lepas... ada kosert artis bertudung tapi seluar ketat bulat. Aku jalan pun malu kat anak-anak. Tahun nie tak payah lah buat cam tu walau nak tarik golongan muda.


Ekspo Halal Antarabangsa ke 5

Jom ramai-ramai ke Ekspo Halal Antarabangsa kali ke 5 yang diadakan di Setia SPICE, dulu orang panggil komplek sukan PISA.
 “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

Mencari yang halal itu dituntut, jadi cuti hujung minggu depan jom ke sana. Berbagai maklumat produk halal terkini ada dan berbagai acara disediakan. Ekspo ini akan berlangsung seperti maklumat dibawah:

Tarikh: 17 hingga 19 Januari 2014
Masa: 10 pagi - 8 malam
Lokasi : SPICE Arena atau PISA, Pulau Pinang. Lokasi lihat Google map kat bawah.


View Larger Map

Ambang 2014 Bersama UAI 'n' The Geng

Tahun nie cam mana nak sambut tahun baru 2014??? cuba fikirkan. Apa kata dari pi melompat tak tentu pasal, kita ke Padang Majlis Perbandaran Butterworth. Haaa.. lihat poster kat bawah nie.

Pasti meriah dengan kedatangan Ustaz Azhar Idrus serta Ustaz Norhisyam Tuan Padang bersama orang mude geng kite Pierre Andre, Syamsul Yusof, Kumpulan Shiro, Hafizh Shahrin dan Kumpulan Saujana.

Acara pada hari Selasa 31 Disember 2013 bermula jam 7.30 malam di Padang Majlis Perbandaran Butterworth. Kepada yang Muslim jangan lupa bawa apa kebenda yang patut untuk solat berjemaah.

PenBEX 2013 - Dah Start

Petang Sabtu lepas dengan tak semena-mena terbit ide nak pi Ekspo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang, PenBEX. Jadi lepas maghrib pakat-pakat semua ke Dataran Usahawan kat Paya Menderong. Nie merupakan hari pertama ekspo.

Macam tahun lepas juga melalui jalan yang gelap dan dikiri kanan jalan kelapa sawit. Cuma tak segelap tahun dulu. Kali nie dah ada projek perumahan dan juga persimpangan jalan baru menjadikan Jalan Paya Menderong lebih meriah.

Dah sampai, dataran ekspo nie dah berubah wajah. Dah ada bangunan kekal yang lebih sempurna. Kona masuk ke dalam dan bayar RM2.00 untuk parking. Masuk kawasan parking serupa masuk jalan balak, berlopak dan tanah merah. Masa tengah cari tempat parking anak aku Ahmad Firas ternampak kandang lembu. Dia punya seronok tak tengok. Sampai habis pusing, tak dapat tempat kosong. Kami keluar semula dan parking tepi jalan, lagi selesa.

Espo nie masuk percuma. Sampai sahaja masuk kedalam dewan dihadapan sekali. Berderet ruang niaga yang mempamerkan berbagai produk hasil Bumiputra. Berbagai jenis makanan dan minuman cam kuih raya, kek, kerepak, kacang, rempah-rempah, ais krim, dadih, coklat, kopi. Makanan kesihatan seperti air akar kayu, madu, beri dan lain-lain. Pakaian, cenderamata, alatan elektronik, alatan memasak dan macam-macam lagi lah. Nak tau kena datang sendiri. Yang pasti kebayakan gerai makanan, pengunjung boleh rasa. Kalau datang perut kosong, rasa sikit sana sikit sini, keluar balik nanti boleh kenyang.
DSCF2852
Rasa kek choc moist
DSCF2855
DSCF2857
Talian talifon bumiputra, clixster
DSCF2858
Disamping memberi sampel percuma kepada pengunjung, peniaga-peniaga disini juga menjual secara langsung produk mereka dan ada juga yang mencari pengedar dan pasaran baru. Jadi sesiapa yang sedang mencari perniagaan apa yang hendak dibuat, ekspo nie mungkin boleh membantu.

DSCF2859
CCTV pun ada...
DSCF2860
Macam-macam alat memasak.
DSCF2864
DSCF2863
DSCF2871
Kalau Hang Tuah kehilangan keris, bolehlah tuan hamba membeli di sini.
DSCF2880
Nah... aiskrim sorang satu, janji diam.
DSCF2881
Walau di sebut Bumiputra Pulau Pinang terdapat juga peniaga-peniaga bumiputra dari negeri lain yang membuka gerai. Disamping menjual barangan mungkin juga untuk mencari peluang luar dari negeri mereka atau pun untuk mencari rakan niaga.

DSCF2888
DSCF2890
Songkok.

Keluar dari dewan tu masuk pula ke dewan sebelah. Kat dalam nie kebanyakan pameran agensi kerajaan. Ruang pameran tak penuh dan tak berapa meriah, lagi pun pengunjung rasanya tak berminat nak lawat agensi kerajaan.
DSCF2894
FAMA Pulau Pinang
DSCF2897
Keluar sahaja kebelakang dewan ada banyak lagi gerai jualan, kali nie khemah sahaja. Barangan seperti tadi juga cuma ada dijual buah-buahan segar. Kalau dah letih ronda, mulut pun dah kering, perut pun dah berbunyi, haaa... kat belakang nie banyak gerai makanan disediakan. Pilih yang mana berkenan, char koey teow, nasi goreng, nasi ayam, bakar-bakar, tokoyayaki dan macm-macam ada.
DSCF2903
Abang! keropok lekor nie jual tak? ~ Ahmad Firas
DSCF2907
Rehat sekejap sambil menikmati keropok.
DSCF2912
Gerai makanan.
Sambil makan boleh dengar konsert. Ada sebuah pentas disediakan. Speka punyalah kuat, boleh terkeluar taik telinga. Masa kami sampai ada band yang penyanyi bumiputra perempuan yang bertudung dengan seluar ketat mendendangkan lagu rock ~ harap bukan bumiputra cam nie yang nak dilahirkan.
DSCF2911
Kat belakang sekali pameran barangan hidup. Tuuu... dia kandang lembu, kerbau, kambing, itik. Ada juga pertunjukan ular. Nie la pameran yang Firas nak tengok sangat dari mula-mula masuk ekspo. Puas hati sampai tak mau pi tempat lain.

DSCF2921

Yang berminat dengan pokok-pokok buah atau bunga, kat belakang nie juga terdapat khemah jual pokok-pokok ~ kami tak lawat pun.
DSCF2927
Puas hati dapat lihat lembu. Dok kat taman perumahan mana nak tengok benda-benda cam nie.

Haaaa puas dan letih. Berhenti kejap di gerai makanan. Dah pukul 10 lebih. Ada gerai makan yang dah basuh periuk. Tengok keliling, makanan tak menyelerakan. Beli sepeket kambing bakar berempah, bau sedap tapi harga mak aihhh.. RM20.00 ~ set lamb chop pun dalam RM 16.00 ja. Tak pa nak tolong bumiputra. Pakat makan ramai-ramai, tapi sayang jenuh tarik sebab liat.

Dalam perjalanan nak balik bertemu dengan tempat main bebudak,  kolam besar. Disediakan bot untuk kanak-kanak bermain. Mula-mula tengok saja, lepas tu Firas dengan tak semena-mena dia nak naik bot ~ konpius, macam mana dia boleh jadi berani. Naik dua orang, abangnya Ammar ngan Firas. Biasalah abangnya kena jadi tukang kayuh.
DSCF2942
Dengan beraninya.
DSCF2955
Nak turunnnnn!!!!... Firas takut brader yang main bubble ball kat belakang tu.

Lepas nie kakak nya pula nak rasa mendayung sampan. Kali nie Sarah ngan Ammar sekali lagi menjadi nelayan. Di pilih perahu dayung pula. Hahahaha seronok tengok depa dayung, memusing tapi tak jalan kemana. Kena belajar dari Wonder Pets "Kerjaaasamaaaa" baru berhasil.
DSCF2963
Banyak dapat ikan?
DSCF2968
Fatini, si kecil tu pun nak naik juga. Tapi kami tak berani bagi ~ buat dia terjun dalam kolam baru tau.
Disamping kolam ada juga belon betuk istana boleh bebudak melompat. Jam dah jam 11 malam lebih, banyak garai dah tutup lampu. Mendayung menjadi acara terakhir. Lepas naik kedarat, Ammar mengadu sakit pinggang, muka pun dah commm ~ maklumlah dua kali dayung. Baru depa tau bukan senang nak jadi nelayan.Yang paling best entah dapat ayat dari drama TV mana entah dengan lemah lembutnya Firas berkata " Seronok lah main hari nie, ibu". Hilang penat.

Keseluruhan ekspo ni memang best, walau ada banyak juga ruang niaga yang belum diisi. Pengunjug untuk hari pertama nie nampak kurang sikit, mungkin hujung-hujung makin ramai. Kepada yang nak datang Ekspo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang, PenBEX nie, ia dibuka dari jam 10 pagi hingga  11 malam setiap hari dari 21 - 29 Disember 2013. Lokasi klik kat SINI. Lepas keluar ekspo terus ke kedai mamak, dah lapaq.
 

PenBEX 2013 - nak mai dah...

Ekspo yang akan mengetengahkan produk-produk dan perkhidmatan yang diusahakan oleh usahawan bumiputra Pulau Pinang akan datang lagi. Ekspo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang atau dalam bahasa mat orang putih Penang Bumiputra Entrepreneur Ekspo atau mudah sebut PenBex 2013.
 
Lokasi ekspo seperti tahun lepas juga di Dataran Transformasi Usahawan, Kubang Menderong, Tasek Gelugor, SPU pada 21-29 Disember 2013. Maklumat lanjut https://www.facebook.com/PenBEX

Datang beramai-ramai, macam-macam ada. Nak lihat boleh, nak rasa boleh, nak beli lagilah boleh. Beri sokongan kepada produk Bumiputra. Kalau nak tau lokasi lihat peta kat Google map bawah.


View Dataran Transformasi Usahawan in a larger map

Karnival Halal Kedah 2013

Karnival Halal  Kedah 2013 ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Isalm Negeri Kedah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islaam Malaysia ( YPEIM).

Karnival ini mempunyai dua matlamat iaitu memberi pengetahuan kepada pengguna bahawa halal bukan sekadar logo sahaja tetapi meliputi aspek kesucian, kebersihan, keselamatan dan kualiti dari sudut makanan dan juga premis. Matlamat kedua ialah untuk memberi maklumat kepada industri bahawa halal yang diberikan bukan sekadar logo sahaja tetapi tanggungjawab mematuhi syarak dan sistem kawalan atau pematuhan halal.

Berbagai aktiviti dijalankan seperti pameran, jualan barangan halal, derma darah, klinik e-halal, kuiz halal dan berbagai lagi.

Jadi tak dak apa nak buat hari sabtu nie (khamis dan jumaat susah sikit belah penang kerja), apa lagi jommmm bagi meriah.

Tarikh : 14 - 16 March 2013 ( khamis - sabtu)
Masa : 9 pagi - 10 malam
Tempat : Padang letak kereta Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah

Dimana Amanjaya Mall?? maklumlah komplek beli belah baru. Lokasi mudah sahaja, kalau keluar tol Sungai Petani Utara dah nampak komplek nie belah kiri. Lihat kat google map kat bawah.


View Amanjaya Mall Sungai Petani in a larger map

p/s: tak sampai lagi kami ke Amanjaya Mall.

PenBEX 2012 - Dah Sampai Dah

Hari tu aku tulis mengenaii PenBEX 2012 di Tasek Gelugor, promosi ja aku tak pi lagi. Kali ini aku dah sampai dah. Peta lokasi yang aku tampal hari tu salah. Lokasi sebenar di Taman Industri Asas Tani PERDA, Jalan Kubang Menerong. Tak tau pulak nama tempat tu depa tukar ke Dataran Transformasi Usahawan.


View Dataran Transformasi Usahawan in a larger map

Kami sampai dah malam. Malam-malam lalu ke kawasan nie menakutkan, dikelilingi ladang kelapa sawit. Tapi kat tapak expo nie terang benderang. Parking banyak tapi dengan manusia yang ramai datang, ramai yang parking di jalan utama. Cuaca pun elok. Kalau hujan boleh tahan lecah juga sebab dataran nie tanah merah.
PenBEX 2012 Dataran Transformasi Usahawan Tasek Gelugor.
Penat juga jalan kalau nak lawat semua gerai. Berbagai produk yang diusahakan oleh bumiputra di ketengahkan. Macam-macam ada dari makanan, minuman, pakaian, tudung, alat memasak, penternakan, makanan kesihatan dan macam-macam lagilah. Nie antara gambar yang aku sempat rakam.
Kerepak kaduk dan bayam
Alatan memasak
Susah nak dapat kerepek nangka cam nie
Jeruk Madu Pak Ali
Bahagian yang ada haiwan kami tak pi, dah tak larat jalan. Kat dalam ekspo nie ada juga produk konsert bumiputra. Entah kumpulan mana dok balun.

Sebelum balik nak rasa makanan jepun, beli benda kat bawah nie. Nama dia takoyaki. Tengok ramai yang beli, cara dia hias pun menyelerakan. Mula-mula oder sepeket, tapi rasa macam sedap ja oder satu lagi.
Takoyaki
Sampai rumah makan, baru tau rasa cam mana. Ada masam ada lemak dengan tekak hari-hari kari memang tak boleh pi. Lain kali beli sepeket rasa dulu baru oder lagi, jangan tamak.

Keseluruhan PenBEX nie memang best. Bukan setakat tengok dan beli sahaja tapi ada berbagai booth yang beri sempel untuk rasa.