Showing posts with label Penang 15/3/2015. Show all posts
Showing posts with label Penang 15/3/2015. Show all posts

Penang : D'Paradise Seafood Teluk Tempoyak

Pagi nie sebelum check out sekali lagi ke kolam renang dan pantai. Bagi puas hati budak-budak tu. Bukan selalu dapat main di kolam dan pantai. Hampir tengahari kami check out.

Sebelum sampai rumah Kami ke hujung satu lagi Penang nie, ke Batu Maung untuk cari makan. Dalam pencarian makan sedap di Penang tak jumpa tempat makan yang sedap di Kawasan Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi. Tapi tak kisah sebab Penang nie bukan besar mana pun, jadi kami menghala ke Batu Maung. Lebih tepat ke Teluk Tempoyak.

Sampai ke Batu Maung, mula konpius dimana jalan ke Teluk Tempoyak sebab tak nampak papan tanda. Jumpa seorang Brader kat tepi jalan tanya dia. OKlah jumpa juga simpang. Simpang yang penuh dengan iklan Seafood. Macam-macam restoran ada.
Simpang ke Jalan Teluk Tempoyak, penuh dengan iklan seafood dan chalet.

Kami masuk lorong tersebut. Mula-mula jumpa sebuah restoran seafood disebelah kiri, tapi kami terus lagi hingga ke hujung dan ketemu Medan Selera Teluk Tempoyak. Tapi sayang semua kedai tutup. Tanya kepada Makcik yang ada dekat situ. Dijawab kedai makan tutup hari Isnin, jadi bertepatanlah dengan kedatangan kami hari Isnin. Medan Selera ini dibuka dari petang hingga malam setiap hari kecuali Isnin.
Medan Selera Teluk Tempoyak. Hari ini tutup sebab hari Isnin. Dibuka setiap hari dari petang hingga malam dan tutup hari Isnin. 
Pemandangan Jambatan ke dua.

Tak ada rezeki, jadi kami patah balik ke restoran yang ada sebelum sampai ke sini. Boleh tahan perjalanan turun bukit, jalan sempit dan tak berapa rata ~ terbayang macam mana nak datang waktu malam dan ketika berselisih dengan kenderaan lain.
Jalan sempit dilereng bukit untuk ke D'Paradise Seafood.

Berjumpalah dengan Restoran D'Paradise Seafood. Alhamdulillah buka. Sesampai rasanya kami sahajalah  pengunjung yang ada. Boleh pilih sesuka hati nak makan di meja mana, macam booking satu restoran. Mula-mula sampai terpikir pulak takut tak sedap maklumlah lengang sahaja. Dah datang jauh-jauh malaslah nak cari tempat lain pula. Lagi pun dah dah hampir jam 2 petang.

Restoran D'Paradise Seafood..
Kemas, bersih dan selesa.

OK disini kebanyakannya masakan laut, bolehlah pilih nak makan apa, ikan, sotong, ketam, udang, siput, ketam kulit lembut pun ada dengan berbagai pilihan masakan seperti tiga rasa, masam manis, kensom, masak lemak dan sebagainya. Harga mengikut berat makanan tersebut. Disamping itu ada juga nasi goreng dan sebagainya.
Berbagai hasil laut untuk di pilih.

Harga makanan mengikut gram. Harga termasuk masak.


Sementara menunggu makanan sampai kita lawat sekitar restoran dulu. Persekitaran restoran yang selesa dan bersih ditambah pemandangan laut dengan angin memang syahdu.
Pemandangan yang indah diluar restoran.

Nampak sedikit Chalet Seri Idaman. 

Selesai memilih apa yang patut, tunggu lebih kurang setengah jam hidangan pun sampai. Nie dia apa yang di pancing dan telah dimasak.
Selalu bila pesan siakap mesti tiga rasa atau masam manis. Tapi kali nie nak ubah selera, kami minta siakap masak kensom. Inilah pertama kali kami oder dan merasai kensom. Alhamdulillah memang sedap dan kena dengan selera aku. Rasa seperti asam pedas tapi lebih berlemak dan ada rasa entahlah ~ nak cerita pun susah. Yang pasti memang sedap. 

Udang butter

Sotong goreng kunyit.

Kailan ikan masin.


Nyammmmm tak sabaq.


Keseluruhan makan disini memang sedap dan kena dengan citarasa aku. Tak sia-sia datang jauh-jauh. Harga boleh tahan bergantung apa yang dipilih tapi berbaloi ~ bawa duit secukupnya. Ditambah dengan suasana yang menarik dan bersih. Parking pun ada di hadapan restoran tetapi terhad. Kepada yang nak merasai masakan laut bolehlah datang ke sini.

Restoran D'Paradise Seafood
Jalan Teluk Tempoyak

Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 1.30 malam

Telefon: 04-6266985

Lokasi GPS :
5.278862, 100.289811
5°16'43.9"N 100°17'23.3"E

Lokasi dari Goole Map:


Sesiapa yang hendak menginap di Teluk Tempoyak, ada beberapa chalet yang disediakan seperti Chalet Seri Idaman (04-6265871, 013-4281712) dan Homestay Teluk Tempoyak Indah (013-4895385, 017-4777896).

Tempat menarik sekitar Batu Maung:

1- Muzium Perang
2- Akuarium Pulau Pinang

[ Pautan jalan-jalan kursus ke Ipoh 14/4/2015 hingga 16/4/2015]

1. Kidland Penang
2. Tanjung Bungah, Penang
3. Restoran D Paradise Seafood Teluki Tempoyak

Penang : Tanjung Bungah

Selesai dan puas hati di Kidland kami bergegas ke Tanjung Bungah pula. Masa cuti sekolah inilah boleh melapangkan fikiran di tepi pantai ~ pakai topi besar, seluar pendek, kemeja bunga-bunga dalam kahyalan sahaja.

Melalui Agoda kami booking hotel Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah untuk semalam. Saja nak bagi bebudak mandi kolam dan pantai sambil lepak-lepak.
Rainbow Paradise Beach Resort.

Selesai check-in apa lagi makan nasi dulu yang dibeli di Restoran Nasi Padang Minang, memang sedaplah sebab dah jam berapa baru dapat makan tengahari. OKlah rehat sebentar.

Rehat pun tak lama, pakat-pakat tak sabar nak mandi kolam. Apa lagi bersiap apa yang patut turun kebawah. Kolam boleh kata padat dengan orang. Kolam untuk dewasa di sini kena pakai pakaian renang, jadi aku tak masuklah ~ tak kuasa nak pakai ketat-ketat. Dah mandi kolam, nak mandi pantai pulak.
Ammar dengan berenang gaya bebas (kaki ke lantai) bawa Fatini berenang dengan pelampung. Firas tak berani masuk.

Kolam boleh kata padat dengan orang. Dah mandi kolam, nak mandi pantai pulak.  Jommm saja.
Tak tahan gelak Sarah lihat Ammar pakai pelampung.

Puas mandi kolam, main pasir pula Firas dan Fatini.

Dah dekat nak senja baru boleh balik. Agenda malam nie yang pertama ialah mencari kedai makan yang sedap di Batu Ferringhi. Cari dari internet kedai makan yang sedap dekat kawasan ini. Ramai yang review menarik di Slow Rock Cafe. Jauh juga perjalanan dari Tanjung Bungah ke Batu Ferringhi (sebenarnya tak jauh mana pun tapi terasa jauh sebab jalan bengkang bengkok). Restoran ini terletak berhadapan Hard Rock Hotel dan Bayview Beach Resort.
Slow Rock Cafe Batu Ferringhi

Restoran nie menyediakan berbagai jenis menu dari roti canai, ala melayu, ala thai dan western. Lihat menu dulu. Dari internet, ramai yang mencadangkan tom yam kelapa. Tapi malang tom yam kelapa dah habis. Jadi oder tom yam mangkuk saja lah dan makanan western.

Menu yang ada di Slow Rock

Makanan boleh kata lambat sampai. Pekerja disitu cakap orang ramai sebab tu lambat. Biasalah kawasan pelancongan dan ditambah musiam cuti sekolah. OKlah layan gambar hidangan yang di pesan.
Pasta and Cheese. Cheese malaut tetapip cair.
Tom yam boleh kata sedap juga.


Kalau tak silap Chicken Chop, sos tu buat aku konpius.

Apa yang kami makan, bagi citarasa aku tak berapa kena dan harga pula taraf pelancong ditambah dengan hidangan yang sampai lambat. Walau bagaimana pun kebersihan dijaga dengan baik dan suasana dalam cafe memang tenang. Bolehlah lepak-lepak.

Lokasi Slow Rock Cafe berhadapan Hard Rock Hotel dan Bayview Beach Resort.

GPS : 5.466794, 100.242163
          5°28'00.5"N 100°14'31.8"E

OKlah setakat ini saja untuk malam ini. Esok sambung lagi.

[ Pautan jalan-jalan kursus ke Ipoh 14/4/2015 hingga 16/4/2015]

1. Kidland Penang
2. Tanjung Bungah, Penang
3. Restoran D Paradise Seafood Teluki Tempoyak

Penang : Kidland

Kalau di Selangor ada Kidzania di I-City. Di Penang pun ada juga yang ala-ala kidzania. Kali ini jom terjah ke Kidland yang terletak di Kompleks membeli belah Perangin Mall yang terletak bersebelahan KOMTAR.

Untuk mengelakkan kesesakan dengan pengunjung kami datang awal. Mana tahu kalau-kalau pengunjung ramai maklumlah cuti sekolah. Jadi bertolak awal dari Bertam dan ambil sarapan pagi di Astaka Tun Sardon bersebelahan Market.

Alhamdulillah, perut pun dah kenyang perjalanan di teruskan ke Perangin Mall. Hampir jam9.40 pagi kami sampai. Selepas parking ingat boleh masuk terus tapi rupa-rupanya komplek Perangin mall belum buka lagi.
Dah lama tak jejakkan kaki ke KOMTAR

Dalam jam 10 pagi lebih baru boleh masuk. Kita kami antara yang merasmikan komplek ini lah. Bolehkata semua kedai belum dibuka, peduli apa. Pertama sekali cari Lif ketingkat empat, tapi sayang lif masih ditutup. Apa lagi guna tanggalah ke tingkat empat. Sampai ke Kidland terus beli tiket. Ini cerita lama, mungkin permainan dan juga harga tiket dah berubah.
Kidland

Selepas masuk, tepat pertama ialah ke Bank. Apa lagi ambil duit dulu nak membeli belah. Duit tipu-tipu untuk digunakan dalam Kidland ini.
Kidland bank

Ini dia duit tipu-tipu yang digunakan dalam Kidland.

Di sini terdapat aktiviti untuk mendapatkan duit atau upah dimana kanak-kanak dikehendaki melakukan sesuatu pekerjaan dan dibayar upah mengikut tahap penyertaan mereka. Ada aktiviti yang perabih duit, kanak-kanak perlu bayar sebelum dapat menyertainya. Duit dan upah yang aku maksudkan ialah duit tipu-tipu sajalah.
Dihadapan setiap aktiviti akan diletakkan notis samaada aktiviti tersebut akan mendapat upah atau pun perlu bayaran. Kalau tanda '+' maksudnya dapat upah dan tanda '-' perlu bayaran. 

Pertama sekali, duit yang didapati dari bank tak berapa cukup jadi kena kerja dulu. Aktiviti ini lebih kepada pekerjaan seprti doktor, polis, ahli bomba, ahli muzik. Setiap pekerjaan ini ada bilik-bilik yang dihias seperti hospital, balai polis dan bomba dan sebagainya.
Hospital, balai bomba, balai polis.

Setiap bahagian ini ada instraktor yang yang menunjuk ajar dan memberi peluang kepada kanak-kanak mencuba. Selesai aktiviti instruktor akan menilai tahap libatsama kanak-kanak tersebut dan ganjaran/duit diberikan mengikut tahap penglibatan dalam tugasan yang diberikan.
Jadi doktor, buat CPR


Bersemangat memadam kebakaran.
Tuuu dia Firas jadi drumer pulak.

Ibu bapa boleh tengok sajalah anak-anak membuat setiap aktiviti. OKlah untuk menghilangkan kebosanan orang dewasa, di ruang legar Kidland ini ada disediakan beberapa permainan yang boleh orang dewasa dan kanak-kanak main. Yang ini tak perlu bayaran.

Mainan yang bolehlah ibu bapa main sementara menunggu anak-anak melakukan aktiviti.

Sambung balik, dah dapat duit apa lagi... kita enjoyyyy. Disediakan beberapa tempat untuk dibelanjakan duit itu seperti menyertai kelas kraftangan, memasak, make-up, menonton wayang dan sebagainya. Kalau duit habis bolehlah buat kerja diatas balik atau menjadi penghantar surat.
Seronok Fatini dok make-up

Jadi pilot pun boleh - Ammar


Kalau lapar bolehlah jadi Chef pulak. Yang ini anak-anak aku memang seronok. Maklumlah lepas masak boleh makan pulak.
Sarah jadi ketua chef


Masak sendiri, makan sendiri. Macam sedap.

Yang terakhir sebelum keluar ialah meloncat dalam Babyland. Bolehlah nak panjat, nak lompat dan nak bergayut.

Bersebelahan pintu keluar ada sebuah kedai cendera mata. Jadi duit-duit yang masih berbaki boleh digunakan untuk membeli cendera mata di sini. Kalau tak cukup kena tambah duit sendiri la.
Duit yang masih berbaki bolehlah digunakan untuk beli cendera mata di sini.

Berbanding dengan Kidzania, rasanya Kidland kecil sahaja dan aktiviti pun tak sehebat Kidzania. Tapi Oklah dimana tiket masuk pun murah sahaja. Bagi aku aktiviti yang ada di sini amat sesuai untuk kanak-kanak bawah 10 tahun. OKlah kepada yang nak bawa anak-anak bermain disini dibawah aku bagi sedikit info.

Kindland
Tingkat 4 Perangin Mall, Atrium A,
Jalan Dr Lim Chwee Leong,
Penang (Bersebelahan KOMTAR)

Telefon: 04-2617652

Masa Buka: 10 pagi hingga 9 malam.

Harga tiket (Harga tiket awal tahun lepas) :
Kanak-kanak 3 tahun keatas: Hari biasa RM 30.00, Sabtu, Ahad dan Cuti umum RM45.00
Dewasa: RM5.00 (tak kira hari)
Kanak-kan ak bawah 3 tahun: Percuma


[ Pautan jalan-jalan kursus ke Ipoh 14/4/2015 hingga 16/4/2015]

1. Kidland Penang
2. Tanjung Bungah, Penang
3. Restoran D Paradise Seafood Teluki Tempoyak