Showing posts with label Nasi Kandar. Show all posts
Showing posts with label Nasi Kandar. Show all posts

Nasi Kandar Melayu Tikam Batu

Selalu kalau jumpa nasi kandar pasti secara automatik di kaitkan dengan mamak. Tetapi kali ini nasi kandar dikaitkan dengan Melayu. OKlah tetap warganegara. Kali ini kita terjah nasi kandar yang terletak di Tikam Batu yang namanya pun kita jadi konpius, Nasi Kandar Melayu. Ini bukan cerita barulah, kan sekarang PKP.
Nasi Kandar Melayu Tikam Batu
Nasi kandar ini terletak sebuah warong di tepi jalan bersebelahan Masjid Al-Ikhsan. Dibuka dari tengahari hingga malam. Jika datang waktu puncak seperti tengahari pasti terlihat kereta sesak parking tepi jalan di hadapan kedai. Tapi jangan risau sebab parking disediakna diruang kosong bersebelahan masjid. Kalau sampai di waktu puncak juga kadang-kadang kena tunggu meja kosonglah. Tak perlu risau sebab warong ini tak sediakan TV atau wifi jadi sesiapa yang habis makan akan segera keluar.
Pengunjung boleh tahan ramai.


Oklah kita lihat apa menu yang ada. Disini nasi sahaja yang di cedokkan, lauk kena ambil sendiri. Nasi yang disediakan warna kuning, nak kata nasi lemak pun bukan. Saiz nasi yang dicedokkan jangan terkejut sebab banyak, macam nasi tambah. Lauk disini kena cedok sendiri, jadi kena pandai-pandailah nak macam mana atau nak campur macam mana, sendiri kena adjust.
Mcam-macam menu ada.



Antara yang menjadi killer, ayam goreng panas.

Lauk disini gabungan antara masakan ala Mamak dan Melayu. Ada berbagai jenis kari, masak kicap, kurma, sup, ikan masin, ulam dan sebagainya. Jadi tepuk dada tanya selera. Ayam goreng pula antara menu yang menjadi killer sebab digoreng panas-panas.
Dah makan baru nak ambil gambar, tuuu yang bersepah.

Kicap Mudim menjadi peneman.

ABC pun ada.
Selain dari itu ada menu sampingan disediakan disini seperti ABC. Jadi kalau panas-panas boleh pekena ABC. 

Keseluruhan makan disini memang berbaloi. Lauk sedap dan harga pun berpatutan. Cuma tempat duduk kurang selesa sedikit, disebabkan pengunjung yang ramai dan ruang yang sempit. Kepada yang hendak datang sini, aku letakkan sedikit maklumat dibawah.

Nasi Kandar Melayu
(Bersebelahan Masjid Al-Ikhsan) 
Tikam Batu
Sungai Petani.

Telefon: 017-4687760

Waktu operasi:
Sabtu hingga Rabu dan cuti Khamis dan Jumaat. Jam 12 tengahari hingga 11 malam.

Lokasi GPS: 
5°35'14.8"N 100°26'34.3"E
5.587431, 100.442873


Google Map:




  



Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

Dah ada dalam perut pesawat. 18 jam ini kami akan terperuk dalam pesawat dilayan oleh crew BA. Servis memang terbaik tapi kalau dibanding fizikal, tentulah crew penerbangan Malaysia lebih comei. Kalau crew BA ini mohon kerja dengan Penerbangan Malaysia rasanya semua kena reject.

Tak tau arah berada lama kat sini. Lenguh tak boleh nak habaq. Duduk sekejap senget ke kiri sekajap ke kanan. Kadang-kadang jalan ke depan dan belakang buat hilang lenguh. Hilang bosan layan movie.

Selama lebih kurang 7 hari di sana ada beberapa yang menarik aku dapat. Yang tak menarik kita simpan sajalah.

Semasa di sana, aku lihat terutama warga tua amat polite. Kalau berselisih boleh bagi Selamat Pagi atau Selamat Hari Kriamas (dalam bahasa Inggeris la, ada ka punca cakap BM pulak). Aku kalau berselisih sesama Islam pun buat dekkk ja.

Kalau pasal makan halal di sini bagi aku tak ada masalah sabab banyak kedai makan muslim yang kebanyakan di usahakan oleh imigran Muslim. Kebanyakan mereka menjual kebab, burger dan pizza. Jadi belasah sajalah apa yang ada. Nak jemu pun tahanlah sikit, bukan tinggal lama di London.



Dari segi penganggkutan awam bagi aku dah tip top, aku tak kiralah berapa saat dia lambat atau cepat, tapi bagi aku memang on time. Lagi pula pengangkutan awam seperti train dan bas dapat dipantau melalui aplikasi handphone. Masa bertolak, jangkaan masa sampai, tambang dan juga pilihan laluan pun ada. 
Train disini jangan harap pintu buka automatik untuk kau. Nak masuk atau keluar tolong tekan tombol.
Train disini memang selesa, walau berdiri sekali pun tak sendat. Mungkin disebabkan bilangan perjalanan yang banyak menyebabkan penumpang tak terlalu ramai. Terbayang Komuter KTM dari Tasik Gelugor ke Alor Setar, berhimpit macam sardin. Dapat duduk tu seperti kata P. Ramlee 'kadang-kadang'.

Satu lagi mengenai lampu isyarat di sini. Aku tak jumpa lagi yang mempunyai counter. Disini lampu oren banyak memain peranan. Warna hijau bermakna berjalan. Selepas itu keluar warna oren bermakna bersedia untuk berhenti dan keluar warna merah bermakna berhenti. Selepas itu lampu merah dan oren pula bernyala serentak bermakna bersedia untuk jalan. Cara ini driver taklah kelang kabut tukar gear dan jalan terus, maklumlah kereta belakang dah bunyi hon. Tak perlu counter bagai, jimat beratus ribu nak pasang benda tu, tak kira lagi pejam kena kilat.

Lampu isyarat warna oren amat bermakna.
Nombor plat kenderaan disini pun jika dilihat semua mempunyai saiz yang sama. Dia orang ni memang tak kreatif langsung la.


Harga minyak disini memang tak isilah kalau tukar duit Malaysia, satu liter ₤1.49 atau lebih kurang RM7.50 . Lagi satu sangat sangat bersyukor tinggal di Malaysia ialah pam angin tayar pun kena bayar. Sekali pam angin kena £1, bersamaan RM5πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯.
Pam angin pun kena bayar!!!

Jika diberi kesempatan olehNya untuk menjejak kaki disini lagi. Mungkin kami tak akan pilih waktu seperti ini, musim sejuk/ winter. Terasa amat kalut sebab waktu siang yang pendek. Cuba bayangkan jam 3 petang gelap seperti jam 7 petang. Walau kami hanya sampai ke Liverpool dan London sahaja tetapi memang banyak tempat menarik. Ada kalanya selfie pun dalam gelap. Kalau memang datang untuk merasai cuaca sejuk, silakan - baik pi negara bersalji terus.
Musim sejuk juga kerap berlaku hujan. Alhamdulillah masa kami berada disana hujan renyai-renyai sahaja.
Masa kami sampai pun dalam minggu Krismas. Oleh itu waktu operasi kebanyakan tempat ada perubahan masa begitu juga pengangkutan awam pun ada kalanya terhad. Tetapi jika sesiapa yang datang untuk merasai suasana Krismas dengan dekorasi ala ala Krismas dan juga untuk berbelanja ketika Boxing Day sila kan, memang terbaik.

Alhamdulillah dalam jam 4 petang kami sampai ke KLIA. Pakat-pakat lapaq nasik. Pekena nasi campur di cafe KLIA. Penerbangan Malindo malam ini jam 11.15 malam. Uihhh apa nak buat kat sini, lambat lagi. Jenuh melilau di KLIA.
Dapatkan pas berlepas Malindo.
Dengan penuh kebosanan kami telah berjaya mengharungi sehingga jam 11.15 malam. Tetapi apa kan daya Malindo telah dua kali delay. Penerbangan kami jam 12.15 malam.

Alhamdulillah dalam jam 1 pagi kami sampai ke Lapangan Terbang Penang. Katika ini kami berpecah. Pakat balik sendiri. Kami ambil Grab ke USM, kereta simpan disitu.

Perut dah lapar, sebelum sampai rumah nak kena bagi kenyang dulu. Dah sampai Penang mesti kena nasi kandar. Nasi kandar mana yang buka malam makam buta ni? Tak nak lah Nasi Kandar 24 jam Subaidah atau Pelita. Nak cari yang original Mamak Penang punyalah. Yaaa... teringat ada satu yang kami pernah sampai dibuka 24 jam. 
Nasi Kandar Mohamed Raffee. Boleh tahan ramai juga malam-malam buta ni.
Kami menghala ke arah pekan. Nasi Kandar Mohamed Raffee menjadi tujuan. Ingat malam malam buta ni orang tak ada, meleset. Ramai lagi yang datang makan malam malam.

Ini aku punya, Ayam goreng, telur dan cabai hijau dan yang mesti ada kuah campur. Legaaaaa.


Nasi kandar Mohamed Raffee ni memang terkenal untuk rakyat Penang, orang luar pun ada juga lah. Yang menjadi killer disini ialah ayam goreng panas. Jika habis, ada yang sanggup tunggu ayam goreng baharu keluar. Harga standard nasi kandar Penang lah.

Disini tempat parking kereta memang terhad, jika datang waktu puncak kena pusing-pusing carilah. Masa kami datang waktu malam tak ada masalah. Dengan kesedapan nasi kandar ini cari parking pun tak ada masaalah. Kepada yang hendak datang ke sini, dibawah aku letakkan sedikit maklumat.

Alamat:
Nasi Kandar Mohamed Raffee
No 295 Jalan Burma
Pulau Tikus
George Town

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 24 jam.

Telefon:
04-2288466

Lokasi dari GPS:

5°25'48.8"N 100°18'45.9"E
5.430224, 100.312745



Oklah inilah perjalanan jalan-jalan kami ke London. Aku ambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada semua abang-abang ipar dan kakak ipar terutama Abang dan kakak ipar di Kuala Lumpur yang menjadikan perjalanan ini suatu keyataan. Jika dalam penulisan ini ada terlebih kurang atau kesilapan fakta aku mohon maaf.

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee


Nasi Kandar Nathrah Teluk Kumbar

Nasi kandar lagi???. Ya, tapi bukan aku balun nasi kandar hari-hari. Ini cerita entah bila-bila, suatu ketika dahulu lah ni. Selalu kalau sebut nasi kandar di Pulau Pinag pasti terbayang di kawasan bandar. Tapi ramai yang tak tahu ada nasi kandar yang terkenal di hujung pulau, di Teluk Kumbar.

Nasi Kandar Nathrah menumpang di kedai kopi Bee Ghah Cafe. Orang dah beratur semasa aku sampai.
Manurut cerita nasi kandar ini sudah bertahan 60 tahun. Yang penjadi pelanggannya pun kebanyakan orang tempatan. Ini penting, menjadi kunjungan orang tempatan. Ini dia Nasi Kandar Nathrah. berada di deretan kedai bersebelahan Lexis Suites Penang.
Berbagai bangsa datang kesini menikmati nasi kandar.
Untuk makluman Nasi kandar Nathrah ini merupakan gerai yang menumpang kedai kopi Cina Bee Ghah Cafe. Seperi Nasi Kandar Sirajudeen yang menumpang kedai kopi Cina yang telah aku post dulu.

Nathrah Nasi Kandar ini dibuka petang sehingga malam atau habis lauk pauk. Masa aku sampai hampir jam 7 petang. Ketika ini dah ramai yang beratur. Semua tak kira bangsa Melayu, Cina dan India semua ada. Disini lauk pauk campuran antara lauk nasi kandar dan juga ala ala Nasi Kampung.Kira hybridlah. Jadi pilihan lauk banyak jugalah seperti kari ikan, daging, daging masak hitam, sambal udang, sotong, cencaru belah belakang, ikan kering, ulam, sayur dan sebagainya. Ok lah ushar dulu lauk yang ada.




Berbagai lauk pauk ada seperti kari iakan, kari ayam, sotong sambal, ayam goreng,  sambal petai, ikan belah belakang, sayuran dan sebgainya.


Memandangkan NAsi Kandar Nathrah ini menumpang kedai kopi Cina, aku ambil keputusan bungkus sahaja. Ini apa yang di bungkus.

Ini dia apa yang aku bungkus, 
Bagi aku, nasi kandar ini taklah seperti mamak sejati tapi seperti campuran antara Mamak dan Melayu. Kuah yang ada pun tak seperti kedai mamak yang pekat melekat. Tapi apa pun rasa memang sedap dan kuah campur pun berbeza dari kedai mamak yang biasa aku sampai. Apa pun bila tengok orang yang datang beratur, dah tahu kesdapannya. Nak rasa macam mana kena datang sinilah, cerita pun mesti tak paham.

Sedikit kekurangan disini bagi yang berkereta ialah tempat pakir, sukar sedikit. Jika datang bolehlah pakir dihadapan Hotel Lexis Suits (bukan masuk dalam kawasan hotel ya). Dibawah ada sedikit maklumat:

Alamat:
Nasi Kandar Nathrah
35, Jalan Teluk Kumbar,
Kampung Teluk Kumbar,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Waktu buka:
Setiap hari dari jam 6 petang hingga 8.30 malam dan tutup hari Sabtu.

Lokasi GPS:
5°17'15.3"N 100°13'56.6"E
5.287584, 100.232397

Lokasi dari Google Map:

Nasi Kandar Yasmeen Alor Setar

Sambung perjalanan balik dari Thailand. Semalam tidur di rumah bapak. Sebelum balik ke Bertam, perut dah minta-minta Nasi Kandar - nak neutralkan asid tom yam.

Petang sebelum balik kami terjah sebuah restoran nasi kandar berhadapan Hospital Sultanah Bahiyah (nama baru Klinik Kesihatan Alor Setar). Restoran Nasi Kandar Yasmeen.
Restoran Nasi Kandar Yasmeen
Walau Negeri Kedah tak banyak restoran nasi kandar seperti Pulau Pinang, tapi nasi kandar disini bagi aku antara terbaik.

Restoran ini dah lama ada, boleh kata legend juga lah. Kalau ada perlawanan bola di Stadium Darulaman, tempat inilah yang menjadi tumpuan. Disini hanya ada nasi kandar, jangan dok minta bukan bukan, mee goreng, roti canai, tosei memang tak ada. Lauk Nasi kandar di sini pun tak banyak pilihan. Walau lauk tak banyak pilihan tapi yang menjadi "killer" orang boleh beratur ialah ayam goreng dan kuah campurnya, memang terbaik.

Nasi kandar ini buka jam 5 petang. Jadi kami sampai dalam jam 5 petang, boleh kata antara orang pertamalah tu. Awal lagi, orang tak ramai lagi. Terus ambil nasi. Haaa boleh lihat dulu lauk yang ada.





Menu yang ada seperti kari kambing, kari ayam, kurma ayam, sambal sotong, sambal udang, ayam goreng dan sebagainya. 

Ini dia yang kami ambil. Lauk boleh kata standard saja, tak ada yang kebabomm. Kepada yang jenis makan menimbun macam aku, di nasihatkan minta nasi tambah. Nasi disini kalau saiz biasa memang sikit, pinggan yang di guna pun serupa piring saja.
Ini aku punya, ayam goreng, telur rebus dan acar timun dan yang utamanya ialah kuah campur.

Ini anak beranak punya pilihan.
Walau apa yang diminta biasa-biasa saja tapi kena dengan kuah campur memang terangkat. Ada rasa-rasa manis sikit, pedas sikit dan entah apa-apa rasa lagi - boleh ketagih oooo. Keseluruhan makan disini memang terbaik. Suasana kedai pun selesa, luas dan yang penting bersih.

Restoran ini dibuka petang sehingga malam sahaja. Nasi Kandar Yasmee ni dah ada banyak cawangan. Cawangan lain menyediakan macam-macam menu seperti roti canai, murtabak, nasi goreng dan sebagainya. Walau di sini cuma ada nasi kandar sahaja, bagi aku disini memang terbaik sedapnya. Kepada yang hendak datang dibawah ada sedikit maklumat.

Nasi Kandar Yasmeen
Kampung Lubok Peringgi,
Lebuh Raya Darul Aman
Alor Setar, Kedah
(Hadapan Klinik Kesihatan Alor Setar, dulunya dikenali Hospital Sultanah Bahiyah)

Waktu buka:
Setiap hari dari jam 5 petang hingga 4 pagi.

GPS:
6°08'21.4"N 100°22'12.8"E
6.139275, 100.370207

Lokasi dari Google Map:





Pulau Pinang - Tanjung Tokong

Selepas turun dari bukit bendera dah jam 12 tengahari. Perut pun dah berbunyi maklumlah boleh tahan juga ronda-ronda kat atas bukit bendera, berpeluh pecah lemak. Kami terus ke Restoran Tajuddin Hussain, Lebuh Queen. Apa lagi balun nasi kandar dengan Rasam lah disini.

Alhamdulillah kenyang. Restoran Tajuddin Hussain, Lebuh  Queen.
Alhamdulillah kenyang. Jam dah 1.30 tengahari. Memang eloklah untuk check-in hotel jam 2 petang. Hotel ini aku booking melalui Agoda . Cari hotel yang ada kolam renang dan pantai untuk bebudak. Kami booking dua bilik di Hotel Sentral Seaview untuk semalam. Kami ambil 2 bilik, maklumlah dua anak aku Sarah dan Ammar dah terlebih umur. Sarapan pagi disediakan untuk dewasa, aku, isteri, Sarah dan Ammar - yang kecil Firas dan Fatini aku terlupa, free atau kami top-up.
Hotel Sentral Seaview. 5°27'49.3"N 100°18'20.0"E

Pemandangan dari bilik, Dapat lihat pantai sipi-sipi.
Bilik yang selesa walau sempit sedikit.

Rehat sekejap. Apa lagi petang sahaja, pakat turun mandi kolam lah. Selepas kena halau dari kolam sebab tak pakai baju mandi kami pakat-pakat ke pantai pula. Bagi puas hati. Pagi esok juga serupa, berkubang di kolam atau di pantai.
Pantai Tanjung Tokong

Puas main pasir.

Bagi pandangan aku, kemudahan dan keselesaan Hotel Sentral Seaview berbanding dengan harga sangat OK. Semua kemudahan standard dalam bilik dan Wifi ada. Ditambah lagi disediakan sarapan untuk dewasa, kemudahan kolam renang dan ada pantai. Pantai bersih tetapi jangan haraplah air jernih macam di Sabah, ini Penang Bro. Penyambut tetamu memang terbaik, layanan yang mesra.

Tangga yang tidak diselenggara dengan baik. Jenuh lompat nak turun kebawah. Awal tahun 2018.

Yang aku tak berapa suka ialah kemudahan untuk turun ke pantai. Tangga yang disediakan rosak. Sampai sekerat sahaja, selebihnya pandai-pandailah pijak batu dibawah untuk turun dan naik. Harap pihak hotel memperbaiki kemudahan ini.

Dalam tengahari kami check out. Sebelum sampai rumah, buah terakhir nasi kandar dulu. Kali ini ke Nasi Kandar Merlin. Sambil makan disitu aku menapak ke Pasembor Kareem tak jauh dari situ. Bungkus dan makan di Nasi Kandar Merlin - dengan muka tak malu minta izin tokey.
Nasi Kandar Merlin

Pasembur Kareem
Oklah cuti-cuti malaysia bawak anak-anak lawat Pulau Pinang dan terima kasih kepada isteri aku sponser trip ini.