Posts

Showing posts from June, 2011

Alhamdulillah Lulussssss PS CS4

Image
Lebih kurang jam 2.00 petang dah terpacak tunggu nak ambik exam PS CS4 yang akan mula jam 2.30 petang di hadapan makmal komputer PP Matematik. Sebelum masuk kena tandatangan  perjanjian dulu sebelum masuk. Ishhh... ketat punya undang-undang. Dalam tu tertulis tidak boleh bawa masuk alatan elektronik seperti mesin kira, PDA, iPAD, jam tangan dan barang-barang lain seperti pen, dompet, beg, kertas dan apa entah lagi la. Mengalahkan exam nak ambil Ijazah.

Kena masuk berdua-dua kedalam makmal, tak boleh serentak semua orang. Bila masuk disuruh bersihkan diri dari barang-barang yang dilarang bawa, letak kat belakang makmal. Habis bersihkan ( ishhh pasai pa asyik perkataan bersih dok keluar nie ) apa yang patut, di suruh tandatangan masa kehadiran dan di ambil gambar. Lepas tu baru di tunjukkan komputer mana yang kena duduk. lalu ditunjukkan cara nak masuk kedalam aplikasi exam secara dalam talian.

Semasa dalam talian sebelum exam bermula kena jawab servey dan lepas itu baru bermula. Diber…

Peperiksaan PS CS4

Tekanan...tekanan...tekanan... hari nie final exam. Selepas bertungkus lumus selama hampir tiga minggu. Macam SPM lah pulak. Walau peperiksaan biasa sahaja tapi aura dia boleh tahan la.

Kalau dulu-dulu ingat lagi bila peperiksaan akhir sekolah ( sekolah rendah lah) mak pak aku mesti pi jumpa tok bomoh atau orang-alim-alim untuk baca sikit buat air penerang hati. Bukan setakat tu, pensil, pemadam, pembaris yang nak dibawa masa peperiksaan akan di jampi supaya masa pepriksaan boleh jawab dengan baik. Ingat lagi mak pak aku selalu pi jumpa Haji Daq ( masih ada ka tak tak pasti lah ) kat Pendang untuk buat air penerang hati, masa tu aku sekolah kat Bukit Jambul ( Pendang bukan Pulau Pinang). Pada masa dulu-dulu macam tu lah. Dah habis berusaha baca buku lalu diminta orang-orang alim untuk berdoa.

Mungkin sekarang orang tak buat macam tu lagi. La nie masuk saja sekolah awal tahun ibu bapa dah sebok cari pusat tuisyen mana yang paling baik dan subjek apa yang perlu di buat tambahan. Sekolah…

Kelas Adobe Photoshop CS4

Image
Rasa aku dah hampir 3 minggu aku telah menghadiri kursus Adobe Photoshop CS4 ACE. Minggu depan dah nak exam. macam bebudak sekolah la pulak. Sepanjang kursus yang diadakan di Pusat Sains Komputer beberapa projek yang telah dibuat untuk memantapkan kemahiran, walau masih tekial-kial mencari menu atau short-cut key. Tapi OKlah banyak yang diperolehi. Belajar dengan cikgu cepat dapat. Program ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran untuk staf dan pelajar IPT. Nie dia sebahagian projek yang telah di buat:
 Ini adalah projek blending. Ia  merupakan gabungan beberapa gambar untuk menaikkan suasana seperti yang kita kehendaki seperti rubut dan kilat.

Ini pula guna kaedah retouching untuk menukarkan wajah yang tua kembali muda dan gebuuuu. Gambar diatas cikgu kata masih tak nampak muda sebab rambut tak tumbuh lagi, jadi kat bawah nie aku blending dengan rambut bang mat mana entah haaa dah jadi muda.


Ini pula projek buat montaj, diberi dua gambar iaitu budak perempuan dan jam jadi kena olah deng…

Cara Mudah Perjumpaan Bos dengan Staf

Image
Dula aku ada tulis mengenai Hari Bersama Pelanggan Vs Hari Bersama Pekerja. Tapi kali ini aku nak tulis bagaimana seorang bos nak jumpa dengan pekerja tetapi bukan sepenuh hati. Buat perjumpaan atau mesyuarat sekadar untuk memuaskan hati staf, bukan nak menyelesaikan masalah. Nanti bolehlah war-warkan aku dah buat perjumpaan dengan staf. Ini yang aku dapat dan boleh dicuba:

1- Buat perjumpaan pada pagi hari Jumaat, sebab hari jumaat merupalkan hari bekerja yang tersingkat. Perjumpaan terpaksa dihabiskan sebelum sembahyang Jumaat. Jadi selamatlah tak ada banyak pertanyaan.

2- Sediakan persembahan multimedia seperti powerpoint. Tak kisahlah yang baru atau yang sedia maklum oleh staf ( diulang-ulang sampai jemu) atau ambil dari mana-mana sumber seperti menjaga alam sekitar atau pemanasan global. Janji buat persembahan multimedia dan ceritalah apa-apa kebenda walau orang dah tak mau dengar. Lagi panjang lagi baik. Kalau tak reti buat persembahan multimedia buatlah apa-apa pun macam tarian…

Kemenangan Kaum Nabi Luth

Rasa aku hari Sabtu malam aku lihat berita TV di mana ada berita mengatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) telah menerima resolusi hak asasi golongan gay dan yang sekutuk dengannya. Nie maklumat yang aku dapat dari internet.

Petikan dari http://www.christianpost.com/news/un-human-rights-council-approves-gay-rights-resolution-51286/ :

UN Body Narrowly Approves Gay Rights Resolution


By Lawrence D. Jones
Christian Post Reporter

The resolution, proposed by South Africa, was adopted by the U.N. Human Rights Council, 23 to 19. The declaration was supported by the U.S. and other Western countries but opposed by African and Arab countries. Three countries, including China, abstained from the vote.


The controversial resolution marked the first time a U.N. body has backed the rights of gay, lesbian and transgendered people.


U.S. Secretary of State Hillary Rodham Clinton called the resolution's passage a "historic moment."


"All over the world, people face human rights abus…

TNB dan ASTRO

Image
TNB telah selesai kontroversi dengan kenaikan harga bil elektrik. Setelah dibuat penjelasan panjang lebar dan dah naik turun kabinet dan parlimen, harga pun dah naik. Sekarang nie satu lagi kontroversi iaitu kenaikan harga langganan ASTRO lebih kurang RM 15.00.
Aku tak mau komen tentang kanaikan harga TNB. Mereka telah memberi perkhidmatan boleh kata kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka pun terpaksa menanggunag kos bahan api yang meningkat untuk pengoperasian. Kita tidak ada pilihan pembekal untuk tenaga elektrik. Jadi jika akan ada peningkatan banyak pihak yang akan terkena kesannya oleh itu benarlah jika bangkangan dibuat untuk mengawal kenaikan. Mahu tidak mahu kita terpaksa membayar juga kepada mereka. Kalau tak mau boleh juga pakai generator atau pasang lampu minyak tanah.

Yang aku mushkil ialah apa yang kita sebok-sebok tentang kenaikan harga langganan ASTRO. Biarlah mereka naikkan harga tu. Tak ada satu undang-undang pun yang menyuruh rakyat Malaysia melanggan ASTRO. Yang a…

Ilyana Cafe

Image
Rasa aku dah lama tak datang makan kat sini. Tapi baru-baru nie makan sambil ambik gambar. Dulu selalu makan buka puasa kat sini sebab boleh talipon untuk booking. Sampai sana semua dah sedia panas-panas. Nie dia Ilyana Cafe. Dia punya keistimewaan ialah kari kepala ikan, dan juga seafood.

Selalu dok oder ikan masam manis atau tiga rasa tapi kali nie tukar cita rasa sikit oder siakap masak tauchu. Sedap tapi kuah sikit.
Nie peberet anak perempuan aku, tom yam. Rasa boleh tahan la.

Lain-lain sampingan di oder kailan ikan masin, sotong celup tepung dan kerang bakar.
 Restoran nie memang selesa, tambahan pula dengan hiasan dan landscape yang di buat diluar kedai. Masa aku datang kat depan gelap sikit.
Seafood boleh dipilih, macam-macam ada kepala ikan, siakap, bawal, sotong dan macam-macam lagi. Harga mengikut timbangan.
Nie dia menu makanan yang ada.
Ini kalau oder satu-satu. Set juga disediakan seperti kat bawah. Kari kepala ikan memang best walau aku tak reti makan kepala ikan. Set kepala i…

Kenduri...kenduri...kenduri

Asal cuti sekolah ja....mesti musim kenduri. Macam-macam kenduri ada, kenduri kawin, akikah, doa selamat dan macam-macam lagi lah. Dok lepak-lepak tengok orang kenduri terfikir aku kenduri ini sebagai :

Status

Status juga boleh dikaitkan dengan pembuat kenduri. Lagi grand majlis lagi hebat. Tambah kalau buat kat hotel, lagi tinggilah status pengendurinya ditambah undangan yang datang dato-dato, tan sri-tan sri atau pun artis pula.

Status juga menunjukkan kepada orang yang dapat undangan kenduri. Lagi banyak lagi hebat sebab ramai orang kenal, tambah lagi kalau yang memanggil tu orang yg hebat-hebat. Boleh la bagi tau kawan-kawan, aku dapat 20 undangan kenduri hari nie saja, kena pi semua lalu di ceritalah siapa yang memanggilnya dan dimana dengan perasaan bangga.

Membuka pekung

Kadang-kadang kita lihat terutama perempuan. Hari-hari biasa nampak sopan bertudung ja. Tapi bila hari perkhawinan dia. Haaaaa semua tersembul. Tudung pakai gak tapi kat tangan dan dada kain jarang-jarang, tu ta…

Tanda-tanda Pilihanraya Dah Dekat

Image
La nie aku dah meluat tengok berita kat plastik TV. Apa tidaknya banyak cerita asyik muka tuuu saja yang keluar.  Asal keluar TV mesti cerita aku yang betul orang lain salah. Yang tak keluar TV pun tak pasti betul lagi. Ini antara tanda pilihanraya dah dekat.



Antara tanda-tanda pilihanraya sudah dekat:

1- Peruntukan boleh lulus sambil sembang tepi jalan saja, janji orang kat situ banyak terutama wartawan.
2- Pemimpin rajin berjumpa dengan orang ramai walau atas perkara kecil saja.
3- Orang ramai mudah berjumpa dengan pemimpin, tak banyak protokol.
4- Banyak acara turun padang dan membuat program bersama rakyat yang menampakkan mereka ini suka berjumpa rakyat.
5- Pemimpin banyak menyelesaikan urusan dalam negara dari ke luar negara.
6- Pemimpin banyak menghadiri acara perasmian yang biasa-biasa saja seperti pembukaan rumah anak yatim, melawat hospital, menunjukkan keperihatinan mereka.
7- Pemimpin banyak memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh menambat hati rakyat seperti…

Kedai Makan Shahul Hamid

Image
Ini merupakan kedai makan yang rasa aku ujud dah lama di tengah Pekan Kepala Batas. Sejak aku tinggal kat sini kedai ni dah ada. Terletak di deretan kedai lama, Kedai Makan Shahul Hamid masih  dapat bertahan dengan pembangunan Pekan Kepala Batas yang pesat membangun. Pekan Kepala Batas tak macam dulu dah, pekan cow boy tetapi dah berubah, jalan dah luas ( parking serupa tu juga ) dan dah ada lampu isyarat. Ishhh... apa yang melalot nie. Haaaa ni kedai dia.

Dah banyak kali pi makan atau bungkus kat situ. Di sini yang spesialnya cucur udang. Bagi aku cucur udang kedai nie macam biasa saja. Udang ada lah seekor di letak atas cucur ( ok lah dari nama saja cucur udang tapi penuh dengan kucai dan toge saja ) dan taklah rapuh pun. Yang sedapnya ialah kuah cicah tuu, rasa kuah mabeles. Ia dihidang seolah kita kembali ke 20 tahun dulu dengan mangkuk cina.

 Set cucur udang ialah dua keping cucur udang, tokua sebiji, timun dan kuah cicah dengan harga RM2.00. Disamping cucur udang kedai ini ada ro…

Kedai Makan Hamid

Image
Makan-makan kat Kepala Batas lagi. Kalau kat sekitar Kepala Batas nie roti canai mamak memang tak berapa sedap. Roti OK tapi kuah tak sedap. Nie tempat yang sedap. Kami selalu pi kena roti canai kat sini. Bukan Mamak tetapi Melayu, walau huruf depan sama "M", tapi roti canai Melayu nie memang terbaik. Nie dia Kedai Makan Hamid.

Kedai makan ni berada di tepi jalan Paya Keladi di bawah dua pokok mempelam besar. Pagi-pagi ramai orang datang pekena roti canai kat sini.
Kuah dia memang best, kuah parpu dan sambal. Tapi kurang sikit dari kedai mamak sebab roti tak banyak pilihan. Roti yang dibuat ialah roti canai kosong, sardin, telur dan bawang. janji sedap. Jadi tak payah nak minta yang bukan-bukan macam roti tisu.  Nie dia roti canai banjir. Kalau datang beli bungkus pastikan selepas oder, anda kenal pasti dua atau tiga orang yang oder selepas anda takut oder anda terlangkau. Kalau terlangkau cepat-cepat pi perbetul. Orang ramai, kena tunggu kadang-kadang lama juga. Aku selalunya…

Tadika atau Rumah Orang

Ramai ibu bapa yang kedua-dua bekerja. Jadi tugas menjaga dan mendidik anak-anak kecil terutama yang belum bersekolah diambil alih oleh pengasuh. Sekarang kita ada dua alternatif sama ada hantar ke tadika / pusat asuhan kanak-kanak atau kepada pengasuh persendirian atau hantar rumah orang. Kedua-dua ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

Tadika
Kebaikan:
1- Anak-anak dapat berkawan dengan ramai orang, mereka jadi berani dan pandai berkawan.
2- Makan disediakan khusus untuk mereka.
3- Ada aktiviti-aktiviti dan juga permainan yang boleh merangsangkan minda kanak-kanak disediakan
4- Alatan untuk aktiviti seperti buku dan permainan disediakan.
5- Tiada ada masalah mencari pengasuh penganti jika pengasuh cuti sebab ramai yang boleh ambilalih.
6- Cikgu yang terlatih.
7- Kemudahan dan keselamatan diberi keutamaan ( ada akta-akta yang menetapkan standard untuk menjadi tadika - banyak tadika yang tak ikut nie)

Keburukan:
1- Kalau ada penyakit berjangkit ( tak serius) seperti selese…

Karnival Sukan Khalifah & Cikal 2011

Image
Baru sekarang boleh upload cerita karnival Sukan Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz Cikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Perdana yang diakdakan pada 21 mei 2011 ( Sabtu ) lepas.

Ini merupakan tahun terakhir anak aku Muhammad Ammar berada di Khalifah Intelek lepas nie ???. Sebulan sebelum itu cikgu Atikah  ( guru besar ) kata dia kena baca doa ketika majlis ini, tapi Ammar takut, jadi dia suruh pujuk. Jadi kat kami rumah minta dia baca doa, tapi dia dok kona macam-macam. Janji lah nak beli kat dia bakugan dan apa entah lagi barang sampai teddy bear Mr. Bean, janji dia nak baca.

Dekat nak hari sukan rasanya seminggu sebelum tu dia jadi sakit mata pula tapi alhamdullialh dekat nak hari sukan dah baik. Kakak Sarah pula tak banyak acara yang ada sebab dalam kategori Pra-Tahfiz Cikal, kategori kanak-kanak tua.

Acara di mulai dengan perbarisan masuk. Sebagai ketua kontingen Rumah Merah. Kali ini Karnival sukan dari Tadika Cikgu Atikah sahaja. Tak macam dulu-dulu gabungan 3 tadika.

Diik…