Selamat Hari Guru 2011
Kepada guru-guru tadika mengajar anak-anak berdikari sebelum ke sekolah rendah.
Kepada guru-guru sekolah rendah, menengah dan IPT mengajar tanpa mengenal erti lelah.
Kepada guru-guru tiusyen yang menampung mana yang terlopong.
Kepada ustaz yang mengajar agama di pondok-pondok, surau atau rumah sendiri mengajar alif, ba, ta supaya mengenal pencipta.
Kepada dokor yang mengajar pesakit makan ubat jaga kesihatan.
Kepada polis mengajar manusia berperaturan.
dan
Kepada ibubapa yang sentiasa mengajar anak-anak erti kehidupan.
dan juga
Kepada alam yang mengajar dengan peristiwa, membelai dengan hembusan angin, marah dengan ribut, maki dengan lintar, pukul dengan gempa, peristiwa dibalik dunia mengajar kepada yang melihatnya.
Setiap apa yang dipelajari pemberinya ialah guru.
:: SELAMAT HARI GURU::
Selamat hari guru kepada:
Guru-guru aku di Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul, Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Halim, Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, Sekolah Teknik Alor Setar dan kepada ustaz dan ustazah yang mengajar aku dan juga bapa aku pesara guru.
SKPK dalam Berita Harian
KEPALA BATAS: Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas termasuk kemungkinan menyenarai hitam kontraktor yang gagal menyiapkan dua projek bangunan di dua sekolah di sini.
Projek itu ialah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan Paya Keladi (SKPK) dan pembinaan semula kelas kabin Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam (SKPB).
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkahsi, berkata kementerian perlu tegas berikutan kegagalan kontraktor menjejaskan pelajaran murid dan menyusahkan pihak lain.
Pembinaan kelas kabin di SKPB yang membabitkan dua blok dengan kos RM500,000, terpaksa dibuka semula kerana strukturnya tidak selamat.
“Projek pembinaan semula sedang dijalankan dan kontraktor memberi jaminan projek itu dijangka siap Rabu ini. Jika gagal, kementerian akan menyenarai hitamkan kontraktor itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas meninjau dua projek itu, kelmarin. Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Mohd Puad berkata, pembinaan kelas kabin itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan tempat belajar berikutan satu daripada bangunan sekolah sedia ada didapati tidak selamat.
“Pembinaan kelas kabin perlu mengambil kira aspek keselamatan pelajar termasuk menggunakan bahan kalis api dan tahan lama," katanya.
Beliau juga berkata, pendekatan jangka panjang dalam membina sesebuah sekolah baru terutama dari segi keperluan tanah, khususnya di bandar akan dikaji dengan teliti.
Mengenai blok bangunan tambahan SKPK yang terbengkalai pula, Mohd Puad berkata, ia antara projek sakit yang dilaksanakan kontraktor baru.
"Kementerian tidak boleh lagi mendengar pelbagai alasan kontraktor tetapi mereka perlu menyiapkan sesuatu projek walau dalam keadaan apa sekalipun," katanya.
Beliau berkata, banyak lagi projek kementerian yang terbengkalai dan sakit di seluruh negara termasuk pembinaan blok tambahan dan pembinaan makmal sains, akan diberi perhatian.
***Berita diambil dar Berita Harian pada 21hb Jun 2009***
p/s: patut la pagar zink dibuka orang besar2 datang.
SKPK dalam Utusan Online
KEPALA BATAS 20 Jun – Kementerian Pelajaran sedang mengenal pasti kontraktor yang gagal menyiapkan pembinaan sekolah dan makmal di seluruh negara untuk disenarai hitam daripada menerima sebarang projek kementerian itu pada masa depan.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengumpul nama-nama kontraktor terbabit berdasarkan laporan projek pembinaan sekolah terbengkalai.
Menurutnya, ia termasuk pemantauan ke atas kontraktor yang terlibat dalam 148 projek pembinaan sekolah dan makmal terbengkalai di seluruh negara setakat ini.
“Saya sudah mencatatkan maklumat mengenai kontraktor berkenaan dan mereka ini tidak layak diberi kontrak lagi pada masa akan datang.
“Kami tidak mahu lagi berkompromi dengan kontraktor begini kerana ia hanya menyusahkan banyak pihak selain menjejaskan pelajaran anak-anak,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Bertam di sini hari ini.
Beliau mengulas kes projek pembinaan bangunan baru di SK Paya Keladi di sini yang terbengkalai sejak dua tahun lalu sehingga memaksa sekolah itu dibahagi kepada dua sesi selain khemah digunakan sebagai kantin sementara.
Mohd. Puad berkata, pihaknya akan bertindak tegas dalam menyenaraihitamkan nama kontraktor terbabit bagi memastikan isu projek sekolah terbengkalai dapat ditangani secara bersungguh-sungguh.
“Kami tidak berkompromi dalam hal ini kerana berdasarkan pengalaman kontraktor terbabit hanya berdalih tanpa memberi alasan yang munasabah. Cukuplah, kami tidak mahu dengar terlalu banyak dalih,” tegasnya.
***Berita dari Utusan Online pada 21hb Jun 2009***
p/s: dok search pasai SKPK jumpa berita nie.
Pintu Sekolah Dibuka Semula
Hari ini aku hantar anak aku ke sekolah, hanya parking dibahu jalan dan membawa anak aku melintas jalan untuk kesekolah. Sampai di pintu pagar sekolah aku disapa oleh Pak Long (seorang staf sekolah), diberitahunya pintu kedua-dua belah telah dibuka. Alhamdullillah, esok senanglah sedikit tugas menghantar anak-anak kesekolah tanpa membahayakan nyawa mereka melintas jalanraya.
Hairan juga kenapa dibuka setelah mereka menutupnya adakah kerana pada hari Sabtu lepas 20hb Jun 2009 sekolah telah membuat Kem Bistari Solat untuk pelajar, ketika aku datang untuk mengambil anak aku waktu tengahari dilihat banyak lah datuk (bukan datuk tua..datuk politik ) yang ada di sekolah, jadi mungkin lah masaalah ini dibangkitkan.
Sekarang ini kalau nak projek jalan dengan lancar mestilah melibatkan pihak akhbar dan pihak politik. Betulkah ayat ini ???
SKPK dalam Utusan Online
KEPALA BATAS 27 Mei - Kerja-kerja pembinaan projek blok Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di sini yang bernilai RM3.8 juta yang terbengkalai sejak setahun lalu akan disambung semula tidak lama lagi.
Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad berkata, pihaknya difahamkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa tender bagi penyambungan semula projek itu sudah dianugerahkan kepada kontraktor baru.
Beliau menjelaskan, kontraktor baru sebelum ini telah menarik diri daripada meneruskan projek itu pada Disember tahun lalu.
"Kita sudah minta penjelasan daripada JKR dan mereka memaklumkan bahawa tender projek tersebut sudah pun dianugerahkan kepada kontraktor baru.
"Tetapi kita belum diberi sebarang pengesahan apabila projek itu akan disambung semula," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan tinjauan di sekitar sekolah tersebut hari ini.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan keperitan lebih 800 murid sekolah itu yang terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa apabila projek pembinaan blok baru di situ terbengkalai sejak tahun lalu.
Ekoran masalah itu, sekolah tersebut terpaksa dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang kerana bilangan bilik darjah yang tidak mencukupi selain kekurangan kemudahan.
Sepanjang tempoh itu, murid serta guru sekolah juga terpaksa menggunakan khemah sementara pada waktu rehat memandangkan bangunan kantin sudah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.
Sementara itu, Ibrahim menafikan bahawa projek terbengkalai di sekolah itu mengakibatkan murid lelaki dan perempuan terpaksa berkongsi tandas.
"Sekarang ada tiga tandas murid lelaki dan dua untuk murid perempuan, jadi isu murid berkongsi tandas tidak sepatutnya timbul," katanya.
Beliau menjelaskan, setiap blok bilik darjah di sekolah itu ada mempunyai tandas untuk kegunaan murid-murid.
**Diambil dari Utusan Online pada 28hb Mei 2009**
SKPK dalam Berita KOSMO Online
KEPALA BATAS - Lebih 800 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di sini terpaksa belajar dalam keadaan bahaya dan tidak selesa selepas projek bangunan tambahan sekolah itu terbengkalai sejak tahun lalu.
Masalah itu semakin merunsingkan ibu bapa apabila mengetahui anak-anak mereka terpaksa makan di bawah khemah atau di tepi longkang selain berkongsi tandas sesama lelaki dan perempuan.
Tidak cukup dengan itu, kawasan tapak projek yang cuma 30 meter dari bangunan sekolah sedia ada, menyebabkan kelas dicemari habuk manakala lubang-lubang yang terbiar menimbulkan ancaman keselamatan.
Disebabkan projek itu tidak disiapkan, pihak sekolah terpaksa mengatur pembelajaran dalam dua sesi.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Mansor Abdul Samat ketika mendedahkannya berkata, masalah itu menyebabkan ada ibu bapa kecut perut memikirkan keadaan anak-anak di sekolah sehingga mereka mengadu hampir setiap hari kepada pihaknya.
"Memanglah belum ada berlaku kemalangan tetapi siapa tahu esok lusa ia (kemalangan) terjadi, Ini menyebabkan kami ibu bapa berasa tertekan,'' katanya di sini semalam.
Menurut beliau, projek blok bangunan sekolah empat tingkat, tandas dan kantin itu sepatutnya siap awal tahun ini selepas tertangguh sejak Oktober lalu.
Namun katanya, kemajuan projek terhenti pada tahap 50 peratus apabila kontraktor menghadapi masalah kewangan ekoran kenaikan harga barang binaan.
Beliau berkata, kos bangunan tambahan, tandas serta kantin itu dianggarkan bernilai lebih RM3 juta dan kontraktor berkenaan telah menerima lebih RM1 juta sebagai bayaran kemajuan projek.
Tambahnya, pembinaan projek itu bermula dengan baik pada September 2007 tetapi ia mula perlahan sekitar Mac tahun lepas dan berhenti sepenuhnya pada Disember.
**Berita dan gambar diambil dari KOSMO 27hb Mei 2009**
catitan: glamour gak sekolah anak aku nie...tapi glamour cam nie tak best laa...siapa yang salah; kontraktor, sekolah atau kemeterian??? lu pikir la sendiri.
SKPK dalam Utusan online
MURID-MURID makan di merata-rata tempat pada waktu rehat kerana masalah kantin dan blok tambahan Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang yang terbengkalai semalam. - uTUSAN/Shamsudin Saleh
KEPALA BATAS 26 Mei - Kira-kira 800 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di sini terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa apabila projek pembinaan blok baru di sekolah itu terbengkalai sejak setahun lalu.
Ekoran masalah itu, sekolah tersebut terpaksa dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang kerana bilangan bilik darjah yang tidak mencukupi selain kekurangan kemudahan.
Sepanjang tempoh itu, murid serta guru sekolah juga terpaksa menggunakan khemah sementara pada waktu rehat memandangkan bangunan kantin sudah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Mansor Abdul Samad berkata, bilik tandas sekolah juga didapati banyak yang rosak sekali gus mengakibatkan rasa tidak selesa para guru dan murid.
''Justeru, kami merayu pihak berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membolehkan projek terbabit boleh diteruskan dan disiapkan segera.
''Ia sudah terbengkalai begitu lama dan ia mendatangkan kesan buruk kepada proses pembelajaran murid-murid,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mansor berkata, projek itu dimulakan sekitar September 2007 tetapi dihentikan pada sekitar Disember lalu atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan oleh kontraktor.
Katanya, projek berkenaan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah selain pembinaan sebuah dewan bagi memudahkan aktiviti di sekolah tersebut.
''Selepas projek berhenti, tapak pembinaan ditinggalkan begitu sahaja dan ia dikhuatiri akan mengakibatkan kesan negatif termasuk menjadi tempat pembiakan nyamuk,'' jelasnya.
Selain itu, katanya, jarak tapak projek dengan blok sedia ada hanya dipisahkan kira-kira 20 meter dan ia mengancam keselamatan murid-murid.
***Berita dan Gambar di ambil dari Utusan online pada 27hb Mei 2009***
Berniaga Di Sekolah - part 2
Berniaga Di Sekolah - part 1
Kejayaan itu datang bukan hanya bergantung kepada berapa banyak buku tambahan yang diberi tetapi pengemblingan sumber-sumber yang ada di sekolah seperti guru-guru yang dedikasi, bahan-bahan bantuan mengajar seperti buku-buku tek, buku latihan, perpustakaan dan juga komitmen ibu bapa yang tak berbelah bahagi dan daya usaha anak-anak itu sendiri. Buku-buku tambahan bukannya tak bagus tetapi biarlah buku tambahan itu memberi impak yang maksima kepada sistem pembelajaran anak-anak bukan sekadar ikutan.
Membeli buku tambahan yang bukan keperluan hanya akan menguntungkan pihak peniaga sahaja. Ini akan memberi bebanan kepada ibu-bapa, kasihan kepada mereka yang tak berkemampuan dari segi keewangan dan yang mempunyai anak yang ramai bersekolah.
Aku tak berapa setuju dibuat jualan disekolah, bagi aku jika nak buat jualan, syarikat-syarikat mengedarkan iklan/brochure kepada pihak sekolah. pihak sekolah yang edarkan kepada anak-anak tetapi dengan penerangan yang jelas tentang edaran iklan tersebut. Pihak syarikat tidak boleh mengadakan jualan didalam kawasan sekolah tetapi dibuat ditempat lain yang mana ibu-bapa boleh pergi melihat sendiri jualan tersebut.
Yang aku lihat jualan yang dilakukan oleh syarikat ini seperti mengambil kesempatan terhadap anak-anak ini, mereka akan buat jualan dalam masa 2 jam sahaja contoh dari jam 12tgh - 2 ptg. Apa yang berlaku anak-anak akan membeli tanpa usul periksa sebab mengejar waktu dan ibu-bapa pun tak sempat nak lihat.
Aku harap setiap syarikat yang hendak membuat jualan disekolah dikaji semula keberkesanan atau impak yang akan diterima oleh setiap anak-anak.
Gelagat Kanak-kanak di Kantin SKPK
Hari Pertama ke SKPK
Muhammad Ammar kami hantar dia ke tadika dahulu, biasa la kalau bawa nanti dia pula yang lebih. Kelas mula jam 7.30pg. jadual tak ada lagi jadi aku masukkan saja la buku tulis mereka serba satu ( buku panjang, kotak-kotak, garis penuh dan separuh), beg masih ringan lagi.
Hari ini kerusi dah ditukar kedudukan, bukan satu-satu tetapi telah disusun berkumpulan. setiap kumpulan terdiri dari 6 pelajar (6 meja). Anak aku dapat kerusi depan tetapi tak dapat mengadap guru, jadi jika ada pengajaran dia kena toleh kebelakang, rasa aku tak selesa kat dia. ashik kena toleh belakang, boleh sakit tengkok, apa nak buat yang tu ja ada kat depan. Cikgu pula kalau yang malas jalan, hanya dok dihadapan ditengah-tengah kelas saja, rasanya kena 1 hari mau sakit leher anak aku nie. Mungkin masa ni cara pengajaran.
Anak aku bukan pernah beli barang sendiri, kira ini pertama kali dia kena beli makanan sendiri. ramai yang serbu kantin, berbaris panjang la juga. Kena tunggu lama, kalau macam ini alamat ada yang tak dapat makan la.
Darjah 1 ada yang dah ada kawan terutama yang telah masuk pra-sekolah di sini. Anak aku masih berkawan dengan Anis dan anak Mak Cik Esah ( dia yang hantar Sarah dan Anis dari sekolah ke tadika - ini bukan makcik van tapi mak cik AVANZA tuuu). Waktu balik tak ada masalah sebab anak Mak Cik Esah sama kelas dengan Sarah. Jadi dapat balik sama-sama. Tak risau jika tertinggal.
Orientasi Sekolah Kebangsaan Paya Keladi
Hari ini anak aku dan aku sendiri kena hadir taklimat Sekolah Kebangsaan Paya Keladi (SKPK). Awal pagi lebih kurang jam 5.45pg keda bangun dan bersiap, tapi ok la semua xsited, bangun pun tak bunyi. Siti sarah kena pakai pakaian sekolah, semua baru ( yang lama tak dak la, nie yang pertama ke sekolah). Anak aku yg kedua pun ok tapi kena ke tadika je la. nak bawak takut dia pula kena orientasi.
Selapas hantar adik ke tadika, baru ambil kakak ke sekolah, takut dia nak ikut sekali. Tu pun takut gak dia teriak (menangis) kat tadika sebab selalunya dia ke tadika bersama kakak. Dia paham dah kot....
Jumpa kawan kat sesama tadika, jadi kira ok la dia ada kawan, boleh ke kantin sesama.
Ibu-bapa melihat senarai nama anak mereka, nak tahu anak mereka masuk darjah 1 kelas mana. Alhamdullillah anak aku dapat masuk kelas 1 ARIF dari 4 kelas yang ada iaitu, ARIF,AZAM,ALIF. Kira kelas budak pandai la, InsyaAllah. Sebelum masuk kelas tu dalam 2 minggu sebelum ini telah diadakan ujian untuk menentukan kelas.
Berada dalam kelas 1 ARIF, anak aku dok diam lagi, tak dapat kawan. Anis masuk kelas lain.
Ibu bapa membayar kelengakapan buku-buku tulis, buku latihan, lencana, baju sukan dan lain-lain lebih kurang RM 61.00
Dari muka pintu kelas 1 ARIF, harap nak aku kekal dalam kelas ini sampai darjah enam.
Time kami nak meninggalkan kelas untuk dengar taklimat di surau SKPK, anak aku nak teriak, mak dia kena pujuk la sikit.
Ini guru sekolah SKPK, Cikgu Rashidah, kenai dia waktu makan kenduri kat kampung lama aku kat Bukit Jambul Pendang ( bukan Penang), Husband dia kira sekampung dengan aku la, masa kecik-kecik. Isteri aku minta la dia tengok-tengok anak aku. Dia guru bahasa inggeris kat SKPK
Kat luar pun terjumpa jiran kau kat Bukit Jambul gak, nama aku lupa la, dia pun hantar anak kesekolah tu gak, kira ada 2 orang la orang kampoung lama aku.
Kami pi surau SKPK untuk mendengar taklimat oleh orang kuat SKPK. Ibu-bapa tak berapa ramai mungkin ada yang dah ada anak yang sekolah kat situ, jadi mereka dah tau selok-belok hukum sekolah ni. Aku dan iseri kira first time, jadi kena dengar, sambil catit apa yang perlu, isteri kau yang catit akau kira klebet kemera ja.
Ini dia barisan orang kuat SKPK. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Kaunseling. Setiap cikgu mewakili bahagian masing-masing. Maka berbagai perkara diperkatakan seperti disiplin, waktu kelas (waktu pulang tak sama setiap hari, ada biasa ada yang lewat sedikit disebabkan ada aktiviti agama), Kelas J-QAF dan lain-lain.
Hari orentasi hanya sampai lebih kurang jam 12 tgh sahaja. Sebelum balik isteri aku pi sembang dengan guru kelas dulu. Tamatlah satu hari orentasi dengan tidak ada drama air mata. Harap ketika hari persekolahan nanti anak aku ok macam nie gak.