Posts

Showing posts from February, 2009

Cupcake

Image
7hb Februari 2009 yang lepas isteri aku pi belajar cupcake. Tu la kek kecik molek dengan lukisan isin kat atas yang berwarna-warni tu.

Cupkek ni menarik dia punya presentation jika kena dengan tujuan dan tema yang dipilih dan yang penting kekretifan pembuatnya itu. Kek ini mempunyai 2 lapisan dimana lapisan bawah merupakan kek (tak kisah kek apa seperti kek vanila, cokelat, buah dan sebagainya) dan dibahagian atas dilapisi isin yang di hias diatasnya dengan cantik ( hiasan atas isin boleh terdiri dari isin yang berwarna-warni ,manik, bunga, fondan dan sebagainya).



Sebut mengenai kreatif, cupecake ini memang memerlukan tahap kekretifan yang tinggi dan ditambah dengan kesabaran, jika tak sabar kek ni boleh jadi lempeng kena baling kat dinding. Dan yang penting untuk dekorate tu, pelukis tak boleh ada penyakit parkinson.

Cupcake dalam bahasa Malaysia Kek Cawan kot? tapi kita guna bahasa oghang putih ja la, senang sikit. Cup cake ini amat sesuai untuk majlis-majlis pertunangan, perkahwinan,…

Herba - Part 1

Image
HERBA SEKITAR RUMAH

Alhamdullillah, malaysia ini sebuah negara yang makmur dan mempunyai tanah yang subur dan juga mempunyai kepelbagaian tumbuhan yang boleh dijadikan hiasan, makanan kesihatan dan juga boleh mengubati penyakit.

Waktu dahulu mungkin herba-herba banyak dicari di hutan-hutan dan bukit-bukit tetapi sekarang ini ramai telah mengambil initiatif untuk menanam pokok herba di laman masing-masing. Tumbuhan ini mungkin dianggap eksotik pada ketika dahulu tetapi telah menjadi tumbuhan hiasan dirumah terutama jika tumbuhan itu mempunyai nilai estatika yang tinggi dan cantik. Tumbuhan yang ditanam itu selalunya yang terkenal dan yang mendapat liputan media yang luas seperti misai kucing, mas cotek, tongkat ali, nenas batu dan sebagainya.
Itu adalah pokok yang kita tanam sendiri, tetapi adakah kita sedari kadang-kadang tumbuhan yang tumbuh dilaman rumah kita tanpa disengajakan atau boleh dianggap menyemak dan merosakkan pandangan laman rumah juga mempunyai nilai perubatan dan kesihata…

Taman Tasik Kulim

Image
Hari ni aku dan famili ke Kulim mencari bahan untuk buat cup cake. Sebelum balik kami singgah ke Taman Tasik Kulim. Banyak alat mainan disitu, puas hati lah, ada trek sekitar tasik dan padang permainan. tempat makan pun banyak juga.















Lokasi: Berhampiran Stesen Bus Kulim.