Nasi Kandar Nathrah menumpang di kedai kopi Bee Ghah Cafe. Orang dah beratur semasa aku sampai. |
Berbagai bangsa datang kesini menikmati nasi kandar. |
Nathrah Nasi Kandar ini dibuka petang sehingga malam atau habis lauk pauk. Masa aku sampai hampir jam 7 petang. Ketika ini dah ramai yang beratur. Semua tak kira bangsa Melayu, Cina dan India semua ada. Disini lauk pauk campuran antara lauk nasi kandar dan juga ala ala Nasi Kampung.Kira hybridlah. Jadi pilihan lauk banyak jugalah seperti kari ikan, daging, daging masak hitam, sambal udang, sotong, cencaru belah belakang, ikan kering, ulam, sayur dan sebagainya. Ok lah ushar dulu lauk yang ada.
Berbagai lauk pauk ada seperti kari iakan, kari ayam, sotong sambal, ayam goreng, sambal petai, ikan belah belakang, sayuran dan sebgainya. |
Memandangkan NAsi Kandar Nathrah ini menumpang kedai kopi Cina, aku ambil keputusan bungkus sahaja. Ini apa yang di bungkus.
Ini dia apa yang aku bungkus, |
Sedikit kekurangan disini bagi yang berkereta ialah tempat pakir, sukar sedikit. Jika datang bolehlah pakir dihadapan Hotel Lexis Suits (bukan masuk dalam kawasan hotel ya). Dibawah ada sedikit maklumat:
Alamat:
Nasi Kandar Nathrah
35, Jalan Teluk Kumbar,
Kampung Teluk Kumbar,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang
Waktu buka:
Setiap hari dari jam 6 petang hingga 8.30 malam dan tutup hari Sabtu.
Lokasi GPS:
5°17'15.3"N 100°13'56.6"E
5.287584, 100.232397
Lokasi dari Google Map:
No comments:
Post a Comment