Dari Bertam Ke Wang Kelian

Di pagi Isnin yang indah, selepas subuh kami mengorak langkah keluar dari rumah menuju di utara tanah air - cerita macam jauh saja utara tu, sekarang ni pun dok belah utara. Ke Thailand kali ini kita. Dah lama nak pergi tempat ini, tapi macam tak yakin pandu kereta sendiri kesana. Ini cerita hujung tahun lepas bulan Disember 2018.

Dah cari kat Google, berbagai maklumat dari warga natizen yang menulis dalam blog cara-cara perjalanan ke sana. Dari persiapan keperluan di tanahair hingga ke sempadan dan tip-tip pemanduan di Thailand. Alhamdulillah kali ini dah tekat untuk kesana. Sebelum bertolak tempat penginapan telah di tempah dari Agoda dan telah check tarikh mati pasport dan servis kereta. Borang-borang dan insuran boleh didapati di kedai insuran, ramai kata di Changlun banyak. Jadi kami akan singgah di Changlun dulu. 

Perjalanan di mulakan seawal pagi supaya sampai kesana awal. Kalau dah gelap boleh meggelabah aku. Kami dalam jam 8 pagi dah sampai ke Changlon. Apa-apa pun cari tempat makan dulu. Perut kena isi, perjalanan masih jauh. Sampai ke pekan nampak sebuah gerai makan macam OK saja. Kami sarapan dahulu.
Sarapan dulu, ambil tenaga.

Kebetulan sebelah gerai makan ini ada ajen buat insuran. Jadi kami buat insuran kenderaan, isi whitecard dan isi orang TM2 dan TM3 semua sekali disitu. Di Changlun ini terdapat banyak juga ajen insuran, jadi pilih yang mana berkenan di hati. Insuran ini buka full cover cuma sebagai syarat untuk masuk. Untuk insuran yang full cover katanya kena basuk ke seberang dan buat disana - full cover lebih baik.
Segala Insuran dan borang-borang boleh ini disini. Tak kalut masa di imegresyen.

Harga insuran dan upah isi borang-borang. 
Kami tak masuk melalui Bukit Kayu Hitam sebab Krabi lebih dekat melalui pintu Wang Kelian. Jadi perjalanan ke sempadan masih jauh. Baru tahu jalan di ke Wang Kelian mencabar, berbukit-bukit dan perlu berhati-hati tapi pemandangan memang cantik. Sebelum memasuki sempadan, isi penuh minyak di stesyen minyak terakhir. Minyak di seberang lebih mahal. 
Stesyen Minyak Caltex, stesyen minyak terakhir sebelum masuk sempadan.

Alhamdulillah sampai disempadan. Imigresen sebelah Malaysia,  pandu lalu dan serah pasport sahaja. Sampai sebelah Thailand, kereta kena parking tepi dan semua kena ke kaunter. Selesai semua urusan baru boleh teruskan perjalanan. 
Imegresyen Malaysia, pandu lalu cuma bagi pasport.

Masuk sahaja pintu Thailand, parking kereta dan keluar ke kaunter.


Keluar saja dari komplek imigresen lalu di pos pengawal, tiba-tiba polis Thailand suruh berhenti. Pasai apa pulak ni. Disuruh buka bonet. Kami buka sajalah. Diperiksa lebih kurang, Alhamdulillah boleh teruskan perjalanan. Mungkin diperiksa jika terdapat benda yang mencuriga saja kot, biar lah mereka buat kerja mereka.

Jalan selepas imigresen dikiri kanan banyak gerai tapi kebanyakan masih bertutup. Mungkin awal pagi (balik ke tanahair baru tahu kebanyakan gerai dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad sebab sempadan ini tak ramai orang masuk).

Perkara pertama yang perlu dicari disini ialah SIM Card, nyawa tu, internet untuk WAZE. Kali ini tugas mencabar sebab tak banyak gerai buka. Jauh juga perjalanan kami dan beberapa lokasi kami berhenti dan jawapannya samaada sim card tak di jual atau dah habis. Alhamdulillah sampai di suatu kedai runcit dapat kami beli satu. Ingat itulah satu saja yang terakhir. Tak apa lah janji dapat guna Waze.

Perjalanan disini amat selesa. walau bukan lebuh raya tapi jalan boleh kata cantik. Pemanduan di Thailand ini boleh ikuti tip-tip yang ramai natizen tulis dalam blog, rajin cari sahaja. Macam-macam petua ada, apa-apa pun mesti berhati-hati, ini bukan negara kita. Ingat patuhi hadlaju disini. Hadlaju kereta disini ialah dalam 90KM/J tapi jika melalui kawasan bandar/ pekan kederaan diminta pandu perlahankan. Hati-hati juga dengan kenderaan yang keluar masuk secara mengejut, bukan di Thailand saja di Malaysia pun ada sikap yang sama.

Walau tak jauh perjalanan, tapi perut dah berbunyi lagi. Mungkin terhentak dalam kereta. Aku tak pasti dimana tetapi banyak restoran muslim disini. Kami pilih sahaja dan tawakal harap sedap.  
Disini bahasa sukar sedikit. Bahasa Inggeris dan BM tak boleh guna. Jadi Siti Sarah dengan penuh inovasi suruh guna Google Translate. Ok boleh la pekedai tu paham sambil gelak.

Tom Yam untuk Sarah. Mula-mula tak berapa sedap tapi setelah campur bahan di bawah baru menjadi.

Ini bahan sampingan untuk tambah kesedapan Tom Yam.

Khao Mok Gai aka nasi beriyani Thailand. Pertama kali makan. Nasi terasa berempah.

Nasi Ayam


OKlah berhenti disini dulu. 

No comments:

Post a Comment