Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat tahun baru 2012. Untuk individu seperti biasa akan di buat azam. Kepada bos-bos akan ditetapkan target untuk di capai memenuhi KPI.Buatlah apa yang patut.

Pasti hujung tahun nie ramai dah dapat kalendar baru dari pembekal-pembekal atau yang ada hubungan perniagaan. Berbagai bentuk kalendar yang diberi. Besar, kecil, jenis gantung, letak atas meja dan entah apa-apa lagi.

Pastinya yang menjadi permintaan tertinggi ialah kalendar cina atau kalendar kuda. Kenapa ?? Sebab kalendar nie merupakan antara yang terlengkap sebab dalam kalendar tu dimasukkan cuti sekolah, cuti-cuti umum, tarikh tahun hijrah, tahun cina ( harimau, naga, tikus dan lain-lain ) dan yang utama tarikh lumba kuda. Ibu bapa mudah buat perancangan sebab mengetahui bila anak-anak cuti sekolah, bila cuti-cuti umum. Tak macam kalendar lain, harap cantik ja tapi tak ada maklumat.


Kalendar Cina original ada tarikh lumba kuda
Sekarang nie kalendar cina nie telah di hijrahkan. Semenjak banyak syarikat orang Islam dah maju dan berupaya memberi cenderahati kalendar kepada pelanggan maka tarikh lumba kuda dan tahun cina dah di padam. Di ganti dengan waktu solat. Sekarang syarikat bukan bumiputra pun dah ikut membuat kalendar seperti ini. Maklumlah kebanyakan pelanggan mereka orang Islam. Lagi pun dah ada kesedaran judi tak bawa kemana.

p/s: kalau tak dapat kalendar cina, rasa ada kekurangan bila masuk tahun baru.

Friday, December 30, 2011

Kulitkraf aka Kulit Keras

Mai lagiii. Macam tahun-tahun sebelumnya. Aku dah menyampah dah nie. Depa tak pikiaq ka apa yang depa bagi tu tak berkualiti. Keraih, berat dan hudoh. Tiap-tiap tahun benda yang sama. Rasa aku sekali saja aku boleh guna. Yang selebihnya jadi pelapik lantai. Tapi tak apa, sebab ada yang sudi nak beli. Aku apa lagi juai lah. Jangan membazir, amalan syaitan.

Depa tak buat soal selidik ka tahap penggunaannya ? Depa tahu beli ja, bukan depa nak pakai. Cuba barang yang depa nak guna, rasa aku survey macam nak gila. Buat kerja serupa nak lepas batuk ditangga atau memang tak boleh nak buat apa-apa dah. Budget ciput, dapat pun tak ada kualiti la.

bukan logo kereta Ferrari
Kalau nak bagi staf guna, tolong cari yang selesa. Jangan kedekut. Fikirlah bahawa setiap saraf yang ada kat badan kita akan melalui kawasan tu dan lebih dari lapan jam nak pakai. Nak staf bertaraf peringkat dunia, labur lah sikit.
Nie dia kasut pi noreh getah
Kasut Kulitkraf , nie la bendanya. Kasut keselamatan yang tempat kerja aku bagi setiap tahun. Tak ada jenama lain dah melaikan Kulitkeras nie ja. Kalau ikutkan model yang diberikan sesuai untuk kerja dalam bengkel mesin ok lah, nie di beri untuk kerja biasa-biasa saja. Jenuh senaman kaki, berat. Tinggi pula tu, bawak masuk kebun getah boleh la. Susah nak tanggalkan.

Kasut keselamatan ada kategorinya dan bentuk yang sesuai bukan tangkap muat ja. Guna kaedah lump sum, semua orang sama. Kasut keselamatan nie ada berbagai model dan jenis untuk disesuaikan untuk penggunaan yang berbeza seperti kerja di tapak binaan, bengkel mesin, kimia, makmal komputer, pejabat. Untuk setiap tempat itu ada ciri-ciri tertentu yang diberikan.

Bentuk kaki manusia nie pun mesti diambil kira sebab ada yang tirus, kembang dan sebagainya. Ishhh... tak payah cerita panjanglah sebab bahagian keselamatan pekerjaan mesti tahu punya. Banyak pakar dengan berbagai sijil tergantung.

Kalau Kulitkeras tak ada pilihan, banyak lagi jenama lain ada kat Malaysia nie. Kenapa mesti guna jenama Kulitkraf ??? tolong jawab.

Thursday, December 29, 2011

SBPA : 55,56,58 atau 60 ?? update

Update dari lepas.

Aku capture email yang JPA hantar kat kawan aku mengenai persaraan 60 tahun.
Klik untuk paparan lebih jelas

SBPA : 55,56,58 atau 60 ???

30hb Disember 2011 tarikh keramat. Hari terakhir memilih umur persaraan melalui Skim Baru Penjawat Awam ( SPBA). Bukan apa maklumat yang sampai entah macam-macam. Dah la borang yang diberi tu mengonfiuskan. Dalam borang opsyen di letakkan sama ada memilih umur dari skim lama atau pilih 60 tahun. Kena pilih. Dengar cerita yang tak kenal hujung pangkalnya ada dua versi. Versi ini untuk yang masuk kerja selepas tahun 12/4/1991 macam aku nie.

Versi 1:
Jika pilih umur 60, maka bayaran pencen akan mula pada umur 60. Kalau kita buat opsyen pencen 56 sebab cemuih dah kerja tapi bayaran pencen tetap akan mula pada umur 60 tahun juga.

Versi 2:
Jika pilih umur 60 tahun maka kita diberi kemudahan boleh bersara awal dengan bayaran pencen mula ketika bersara contoh jika pilih persaraan umur 60, jika dah tak larat kerja, meluat dah tengok muka bos boleh opsyen bersara contohnya umur 56 dan bayaran pencen bermula ketika kita bersara iaitu pada umur 56.

Oleh kerana tak mahu tanggung resiko maka pagi nie aku call talian panas JPA 03-8885 3293 ( kategori pencen dan persaraan). Tanyalah mengenai permasaalahan ini, maka di jawab secara ringkasnya versi 2 yang betul.
Borang opsyen SBPA ada ruang pemilihan untuk umur persaraan.

Yang hairan aku lihat kat sini ialah kenapa diberi pilihan 55,56,58 tahun sedangkan jika pilih umur 60 tahun, kita diberi kelonggaran untuk pilih sendiri persaraan mana yang kita mahu selepas ini ?? buat apa membazir kertas dan buat pening kepala nak pikir.

Pilih la apa yang patut. Kepada yang dua ke tiga tahun lagi nak bersara tu kena fikir panjang sikit. Kepada yang lama lagi nak kerja tu, rasanya tak ada masalah sangat sebab ramai lagi menteri naik turun. Tentu ada lagi penambahbaikan yang nak mempopularkan mereka.

Esok aku nak cuti jadi kena buat pilihan hari nie.

Monday, December 26, 2011

Masakan Dalam Pantang : Kepala Ikan Masak 2 Rasa

Masakan dalam pantang kali ini Kepala Ikan Masak Dua Rasa.

Bahan-Bahan :
Kepala ikan tenggiri. Kenapa kepala? sebab yang tu yang ada.
3 ulas bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang besar di hiris bulat-bulat
1 biji cabai merah di potong kecil
2 sudu besar cabai kering kisar ( kalau malas, guna ja cili boh )
1/2 in halia muda dipotong kecil
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Gula
Air
Minyak

Cara-cara:
- Kepala ikan digoreng garam kunyit dan letak tepi
- Tumis bawang besar kisar, halia dan bawang putih
- Masukkan cabai kisar dan gula
- Masukkan sos cili, sos tomato dan garam dan masukkan air untuk mendapatkan kuah
- Selepas mendidih masukkan ikan tenggir, bawang besar yang dipotong bulat dan cabai besar, gaul hingga sekata.

Dah boleh makan.

Saturday, December 24, 2011

Masakan Dalam Pantang : Nasi Lemak Sambal Bilis

Oleh kerana dapat lampu hijau dari mak cik tukang urut jadi kali ini kita lebihkan santan dalam badan. Nama pun dah berlemak, nasi lemak dengan sambal bilis.

Nasi lemak dulu.

Bahan-bahannya:
1 ulas bawang besar dikisar
Lebih kurang 10 butir lada hitam
Halia di hiris
Santan seringgit ( kadar nilai semasa )
3 helai daun pandan di simpul
Garam
Minyak
2 kole beras ( kole kat rumah aku )
Air

Cara-cara :
- Tumis bawang dengan lada, jangan terlalu lama.
- Masukkan bahan tumisan kedalam beras ( beras tu basuh lah dulu dan diletakkan dalam periuk )
- Masukkan santan, daun pandan ( daun pandan nie tanam sikit dalam nasi ), hirisan halia dan sedikit garam kedalam beras
- Masukkan air secukupnya dan masak.

Sambal Bilis.

Bahan-bahan :
3 ulas bawang besar dikisar
3 sudu besar cabai kering dikisar
Ikan bilis
Gula
Air
2 keping asam keping
Garam

Cara-cara:
- Tumis cabai kering. Tumis sampai garing.
- Masukkan sedikit gula
- Masukkan bawang besar, tambah sedikit air dan masak sehingga naik bau.
- Masukkan asam keping dan garam
- Masukkan ikan bilis
- Tambah air jika perlu dan masak sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.

Dah siap. Boleh hidang. Sambal bilis yang aku buat nie tak berapa jadi sebab cabai kering tumis tak cukup lama. Sepatutnya tumis sampai macam nak hangit tuuu.

Friday, December 23, 2011

Kedai Buku Sekolah - Buku habis

Lepas Jumaat hari nie aku balik nak ke SK Bertam Perdana, sama macam tujuan sebelum nie. Nak beli buku sekolah Sarah dengan Ammar.

Adalah dalam jam 3.15 petang aku berttolak dari tempat kerja. Selepas masuk tol Sg. Dua call isteri aku suruh siap Ammar sebab nak bawa dia sekali untuk beli baju sukan. Tapi isteri aku jawab kawan dia dah pi hari nie tapi buku dah habis, baju pun dah habis. Yang ada seluar tapi tak ada pilihan saiz. Buku akan ada 29/12/2011. Laaaa habis pulak. Dah terlanjur on the way ke sekolah. Tak pa lah aku pi juga kesekolah. Mana tahu kalau boleh buat tempahan.

Sampai depan pondok keselamatn dah terpampang notis buku dah habis dan akan ada semula 29/12/2011. Tanya kak keselamatan yang ada kat situ kedai buku masih buka lagi ka ? kot-kot boleh buat tempahan. Dijawabnya kedai buku dah tutup, 29/12 nie baru buka balik.  Lagi pun kak keselamatan tu kata kedai buka dari pagi sampai buku habis ja lebih kurang jam 2 petang dan sabtu dan ahad tutup.Aduhhh kena mai lagi la.

Kalau boleh beli buku kat kedai luar, masalah nie tak timbul. Tapi buku-buku yang nak dibeli nie akan ada logo sekolah, ini yang jadi masalah.

Macam mana buku boleh habis? Sedangkan dah tahu bilangan murid dan dah di edarkan notis mereka akan buka kedai mulai 15hb Disembar nie. Kalau tak mau berniaga, bagi kat orang lain.

Wahaiiii kedai sekolah, hari sabtu 31hb Disember nie dan hari pertama sekolah buka dak? rasa nak pi hantar anak kesekolah terus beli buku ja.

Taklimat SBPA

Hari dibuat taklimat Skim Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA ). Taklimat diberikan oleh orang dalam saja. Jadi di taklimatkanlah apa yang di ketahui bersama dengan slide show yang JPA beri.
Nie bukan slide taklimat SBPA - gambar hiasan

Banyak persoalan yang timbul selepas taklimat:

Penyoal 1: #%$#$%&*(^& %*& ))  *) #$@^&)&* ?
Penjawab : Nanti akan di panjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Penyoal 2 : *%^*$$&#(()%$)  *##)((&^&  &&%$))&**(W#&**&* ?
Penjawab : Nanti kita semak semula dengan pihak bertanggungjawab.

Penyoal 3 : %^$*  *#%^& *(^*   %#**(^  *#!*^$* * ?
Penjawab : Detail yang mengenai perkara itu belum ada lagi. Nanti akan diberitahu.

Penyoal 4 : *&$#^&&*(^!)!!!  *^&*^!!)0-0 **%(  &%$##$! *^&?  
Penjawab : Nanti kami akan hubungi pihak yang berkenaan.

Tak banyak yang dapat diselesaikan. Sebab orang yang memberi taklimat pun masih baru lagi ( bukan baru kerja tapi baru dapat maklumat ) dan maklumat masih tak lengkap.

Antara persoalan menarik ialah ada sesetengah tangga gaji untuk pekerja lama akan sama dengan staf baru masuk dan pencapaian kurang dari 75 % boleh dibuang kerja. Satu lagi gaji JUSA rahsia, tak boleh di paparkan.

Yang aku mushkil ialah banyak kali disebut maklumat detail tidak ada lagi. Macam mana nak lakukan perlaksanaan sedangkan intipatinya masih kabur. Serupa rumah dah siap tapi pahat berbunyi. Yang nie harus berwaspada dan perlu dijelaskan sebelum apa-apa tindakan menandatangani. Kalau boleh orang JPA sendiri yang beri taklimat baru kena buku dengan ruas.

Nie sebuah pantun yang ada dalam slide:

    Sesuai sukat dengan timbangnya
    Sesuai belah dengan ukurnya
    Sesuai peluh dengan upahnya
    Sesuai penat dengan dapatnya
    Sesuai hukum dengan salahnya
    Sesuai alur dengan parutnya


Dalam maknanya. Bolehlah di simpulkan kalau belajar tak pandai jangan harap dapat imbuhan lebih-lebih.

Thursday, December 22, 2011

SBPA ???

Dah dapat borang opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Buka sampul surat, yang ada sekeping surat dengan beberapa lampiran. Lampiran-lampiran nie semua nak kena tick dan tandatangan saja. Lagi satu diberi jadual gaji baru.

Dalam lampiran yang nak kena tandatangan dan tick nie semua merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011. Kat mana nak rujuk ??. Kena buka laman web lah. Apa salahnya kepilkan sekali pekeliling tu. Atau tak sempat nak photostat, dok kejar masa. Sebab masa yang diberi suntuk sangat.

Hairan aku benda yang disuruh buat pilihan tu bukan benda kecil, sebab sekali tandatangan akan memberi kesan sepanjang perkhidmatan. Kalut serupa nak terberak. Akai letak kat mana??.

Kalau boleh biarlah dibuat penjelasan dan diberi masa berfikir. Kenaikan gaji dan persaraan tuu lah sekarang yang diperkatakan. Apa-apa yang disebalik tuu perlu penjelasan yang boleh difahami. Mana tau ada benda-benda yang terselindung.

Pekeliling yang kena lihat kat web ( bukan diberi nooo ) bukan mudah nak difahami, bahasa tinggi, kelas atasan sahaja yang paham. Ayat pendek, ringkas, dan boleh menjerut leher sendiri. Orang macam aku nie kena buat tafsiran dulu. Memang ada taklimat tapi dengan ramai-ramai manusia dan masa yang terhad mesti ada yang tercicir.

Dalam opsyen tu adalah sedikit kenaikan, tapi yang tak puas hatinya kenaikan yang diberi tak sama rata persennya. Yang dok nampak jawatan tinggi-tinggi ada kenaikan yang hampir seratus peratus. Masa Pak Lah dulu ada kenaikan juga, tapi persen dia sama. Jadi kenaikan ikut kepada persen gaji. Betul ka kenyataan nie? sebab aku dengar dari mulut-mulut orang ja.

Harap CEUPEC dapat memperjuangkan golongan-golongan yang bawah nie.

Saturday, December 17, 2011

Masakan Dalam Pantang : Ikan Masak Kicap

Semasa berurut, mak cik yang urut tu cakap dalam pantang boleh makan kicap dan santan. Santan jangan banyak sangat sebab berlemak boleh menembamkan diri. Sebelum nie isteri aku tak makan benda tu masa pantang. Lepas dapat lampu hijau, apa lagi cuba buat masak kicap ikan pula la.  

Ikan masak kicap. Walau macam mudah ja masakan nie tapi aku tulis gak supaya nanti bila nak masak lagi aku boleh rujuk. Maklumlah masuk dapur bila ada sebab ja.

Bahan-bahan :
5 ekor ikan gelama digoreng garam kunyit.
3 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dipotong nipis
1 inci halia muda dihiris halus
2 biji kentang dipotong
1 biji bawang besar dimayang untuk hiasan
1 biji cabai besar dipotong serong untuk hiasan.
Sebotol kicap manis
Minyak masak

Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bawang kisar bersama bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan kentang dan goreng sehingga kentang empuk. Tambah air sikit jika perlu.
- Masukkan kicap manis secukup rasa, masak.
- Masukkan ikan yang telah digoreng dan masukkan bawang besar yang dimayang bersama cabai besar. Gaul sehingga sebati dan tutup api.

Siap untuk dimakan. Kalau nak kuah masukkan sedikit air semasa masukkan kicap. Kentang orang pantang boleh makan tetapi jangan banyak.

Friday, December 16, 2011

Kedai Buku Sekolah - Kenapa Tutup Awal ??

Lepas balik sembahyang Jumaat hari nie, minta sarah dengan ammar ambil senarai buku yang hendak dibeli untuk pengajian tahun hadapan. Tengok mana yang perlu dan tak perlu beli. Sarah cuma beli buku-buku sahaja, baju sukan guna tahun lepas punya. Ammar kena beli semua sebab akan masuk tahun satu.

Lebih kurang jam 3.15 petang aku dengan Ammar sampai ke SK Bertam Perdana. Muhammad Ammar tahun hadapan masuk darjah satu kat sekolah nie. Sama sekolah dengan kakanya. Sarah yang akan masuk tahun empat. Tetapi masa berlainan sebab darjah satu dan dua sesi petang, darjah lain waktu pagi.

Sampai di hadapan sekolah dengan semangat keluar dari kereta nak ke kedai buku sekolah. Tiba-tiba ada seorang Pak Cik Keselamatan yang berada kat situ kata kedai dah tutup. Yang jaga kedai dah balik. Kalau nak, Isnin depan pula. Pak Cik tu pun tak tau pasai apa tutup awal. Ok lah kami pun balik, tak kan nak bertengkar dengan Pak Cik Keselamatan tu pula. Dia tak bersalah.

Kenapa tutup? nie yang aku  mushkil kan sebab dalam surat kata Kedai Buku Sekolah mula dibuka pada 15 Disember 2011. Tak dinyatakan masa mula buka dan tutup dan cuti. Dalam kepala aku kata, mesti dibuka setiap hari sampai pelajar masuk kelas.

Kalau dapat beli tadi, selamatlah sebab aku masih bercuti. Dah jadi macam nie nampaknya kena ambil cuti la pula minggu depan. Kedai Buku Sekolah ada bagi "Time Slip" macam klinik dak?

Thursday, December 15, 2011

Bag to School

Petang nie buat sedikit persiapan untuk Muhammad Ammar yang akan masuk darjah  satu tahun depan. Aku ke TESCO Sungai Petani sebab selesa dan juga ada bag plastik.

Bantuan RM 100.00 yang kerajaan beri tu, Alhamdulillah mengurang sedikit beban. Tahun depan harap ada lagi dan ditambah lagi dan lagiiii.

Wednesday, December 14, 2011

Masakan Dalam Pantang : Ikan Masak Jintan Berlada

Kalau pantang ja mesti makan lada banyak-banyak, bagi panas badan. Nie satu lagi resepi yang isteri aku ajar. Ikan Masak Jintan Berlada.

Bahan-bahan:
2 ketul ikan tenggiri digoreng kunyit
2 ulas bawang besar di kisar
1 ulas bawang di mayang
1 in halia dipotong nipis
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
    (Lada hitam, jintan manis, jintan putih di tumbuk )
1 cawan air asam jawa
Garam
Minyak

Cara-cara:
- Panaskan minyak
- Tumis bawang yang dikisar bersama halia
- Masukkan bahan yang ditumbuk ( Jintan manis, jintan putih dan lada).
- Masukkan air asam jawa dan masak sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki.
- Masukkan ikan yang telah digoreng bersama hirisan bawang besar ( bawang kalau tak nak pun tak apa, sebagai hiasan sahaja ).

Siap untuk dihidangkan...

Tuesday, December 13, 2011

Letak MyKid Sama-sama

La nie kalau nak anak-anak baik sama-sama adik beradik, tak gaduh-gaduh atau berkelai kena simpan atau ikat semua MyKid depa ditempat yang sama. Baru depa jadi mesra. Dulu-dulu orang tua-tua kata kena ikat atau letak tali pusat depa ditempat yang sama. OK ka cam tu?

Saja ja intro cam tu. Petang tadi aku pi Jabatan Pendaftaran Negara di Komplek Kerajaan Persekutuan cawangan Bertam untuk daftar kelahiran Nur Fatini. Pertama kali pi ke komplek tu. Sebelum nie anak-anak yang lain aku daftar kat Sungai Petani.

Kena parking kat luar, dalam dah penuh. Jabatan Pendaftaran ada kat Anjung C. Masuk kat dalam tak ramai orang macam kat Sungai Petani, selesa. Kat dinding dan siling penuh di lekat dan di gantung macam-macam, gambar, moto, visi, peringatan, motivasi, jimat tenaga, senyum selalu dan macam-macam lagi. Rasa macam dok dalam tadika, jangan marahhhh.

Monday, December 12, 2011

Masakan Dalam Pantang : Daging Goreng Lada Hitam

Hari ni orang pantang makan daging goreng lada hitam atau daging goreng black papper. Tak tau sebab apa asal guna lada hitam ja mesti ditulis orang putih.

Hari sebelum tu dok search internet resepi daging black papper yang boleh untuk orang pantang. Kebanyakan resepi tak berapa sesuai sebab guna sos tiram dan kicap. Pusing-pusing jumpa blog nie http://hanieliza.blogspot.com/ resepi ok gak tapi tetap guna kicap. Jadi dah taka ada yang lain guna saja resepi dari blog tu tapi tak guna kicap.

Setelah masak, OK ja tak ada kicap. Balun jangan komen.

Bahan-bahan :

300 gm daging dipotong kecil
2 sudu tepung jagung di cair dengan sedikit air
2 susu lada hitam ditumbuk kasar
1 cawan air
minyak masak

Bahan menumis:
3 biji bawang besar di mayang
2 ulas bawang putih di potong nipis
1 inci halis dipotong halus

Cara-cara:
- Panaskan minya dan masukkan bahan menumis, masak sehingga naik bau.
- Masukkan daging.
- Jika daging susah untuk di lembutkan / empuk masukkan sedikit air dan biarkan mendidih bersama daging sehingga air kering. Kalau nak ada banyak kuah tak perlulah kering sangat.
-Masukkan lada hitam yang ditumbuk, gaul sehingg sekata.
- Masukkan tepung jagung yang telah dicairkan. Masak sehingga kepekatan sekata.
Siap untuk dihidangkan. Kalau lada banyak badan memang panassss.

Cukur Rambut Nur Fatini

Nur Fatini, nie nama baby baru kami. Diberi pada hari ketiga. Nama nie isteri aku pilih bermaksud bijaksana. Aku OK ja asal nama bermaksud baik-baik.

Sebaik sahaja luruh tali pusat pada hari Jumaat lepas, kami terus panggil Mak Cik bidan untuk cukur rambut pada hari Isnin nie.

Jadi pada hari ini, Nur Fatini dah berumur 11 hari dicukur rambutnya. Hanya majlis biasa saja. Nie antara gambar-gambar semasa bercukur.

Nur Fatini bersama Kakak dan Abang

Dah lapar kena bagi susu. Cukur mesti diteruskan.
Lepas selesai bercukur, mandi pula. Mandi dengan air limau purut dan sintok.

Dah selesai. Kena bedung dan tempek bedak sejuk.


Petang, menandakan kesyukuran dan selesai sudah bercukur, pulut kunyit yang dibungkus akan diberikan kat jiran-jiran sebelah rumah. Alhamdulillah selesai sudah majlis.

Cedokan dari buku " Indahnya Hidup Bersyariat "
Amalan Mencukur Rambut : Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria bau.

Sunday, December 11, 2011

Masakan Dalam Pantang : Bebola Daging Masak Sos

Kali ni masakan dalam pantang yang mudah di buat. Bebola Daging Masak Sos.

Bahan-bahan:
- 10 ketul bebola daging yang ada kat pasaraya, di hiris bulat-bulat tak perlu nipis sangat
- 2 ulas bawang besar dikisar
- 1 ulas bawang besar dimayang
- 3 ulas bawang putih dimayang
- 1 inci halia muda di potong halus
- 2 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili
- minyak
- garam

Cara-cara:
- Panaskan minyak
- Tumis bawang yang dikisar bersama halia dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan Bebola daging yang sudah dipotong. goreng hingga masak / perang
- Masukkan sos tomato dan sos cili, kalau tak cukup tambah lagi
- Tambah garam secukup rasa.
- Sebelum tutup api masukkan bawang yang dimayang sebagai hiasan,

Dah siap untuk orang pantang makan. Kalau dalam kuah sos nak ada banyak seredak, tambah bawang besar yang dikisar semasa tumis.

Buletin Mutiara

Jumaat lepas masa keluar dari rumah terliaht ada pemplet yang tersepit kat pintu pagar. Biasalah macam-macam iklan yang di masukkan dalam peti pos atau diselitkan kat pintu pagar. Tapi kali nampak lain sikit sebab tebal. Aku ambil. Ada beberapa keping iklan dan sebuah tabloit. Surat khabar kecil, Buletin Mutiara.

Surat khabar ini keluaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Buletin Mutiara yang diberi percuma ini sudah lewat sebab tarikh buletin tu 16 -  November 2011. Berita muka depan " Kerajaan Pakatan Rakyat P. Pinang Bajet Berjiwa Rakyat 3M 2011 ".

Akhbar ini mengisahkan keprihatinan dan kemajuan yang di telah dibuat dan dicapai oleh kerajaan negeri. Akhbar ini juga menjadi medium untuk menyangkal dan menepis tohmahan yang dilemparkan oleh akhbar-akhbar dan media massa lain. Maklumlah kerajaan negeri tidak ada ruang dalam akhbar dan media massa nasionala atau pro kerajaan pusat. Jika ada berita, pasti hanya yang buruk-buruk mengenai pemerintahan Pulau Pinang. Oleh itu akhbar ini cuba memperbetulkannya walau edarannya hanya sekitar pulau pinang.

Seperti juga akhbar pro kerajaan pusat, akhbar ini juga menjadi ruang untuk memburukkan dan menunjukkan kelamahan kerajaan pusat. Biasalah semua pihak ingin menunjukkan merekalah yang terbaik.

Wednesday, December 7, 2011

Masakan Dalam Pantang : Masak Cabai Ikan

Hari ni pun masakan dalam pantang yang mudah saja, ikan masak cabai. Ada orang panggil sambal ikan. Mula-mula nak bagi nama yang sedap sikit tapi tak ada ide.

Bahan-bahan:
3 ketul ikan tenggiri
4 camca cili boh cili kering yang dikisar
2 keping asam gelugor
3 ulas bawang besar dikisar
Gula secukup rasa
Garam pun secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara:
- Ikan digoreng kunyit dahulu dan diletak tepi ( macam majalah masakan pula lepas masak letak tepi ).
- Sekarang buat kuah, guna minyak goreng ikan tadi ( jangan membazir amalan syaitan ) masukkan cili boh, goreng sampai garing dan masukkan gula secukup rasa.
- Masukkan bawang besar di kisar kedalam cili boh dan tambah air sikit supaya ada kuah dan masukkan asam keping.
- Masak adunan tadi sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki. Setelah semua adunan tadi masak, masukkan ikan dan gaul sedikit dan dah siap.

Ikan masak cabai yang aku buat tu kuah pekat, sebab dok tengok chef kat TV buat masak lemak pun pekat sebab bila letak kat pinggan kuah tak meleleh. Sebenarnya aku tersilap, sepatutnya semasa masukkan bawang tu masukkan air lebih sikit dan jangan bagi kering sangat semasa masak.

Monday, December 5, 2011

Masakan Dalam Pantang : Ikan Stim Berlada

Kali ini untuk hari pertama masak untuk isteri aku dalam pantang ( hari sebelum tu ada sedara isteri aku masak ) ikan stim berlada. Nama biar ada kelas walau simpel saja.

Ramuan:

2 ketul ikan tenggiri
2 batang serai di potong nipis-nipis
2-3 cm halia muda di potong kecil-kecil
3 ulas bawang putih dipotong
2 biji bawang merah dipotong bulat-bulat
Lada hitam di kisar kasar
Garam secukup rasa

Cara masak:

Ambil bekas kukus, letak dahulu sebahagian bahan ( bukan ikan ) dan selepas itu letakkan ikan atas bahan tadi. Taburkan sedikit garam secukup rasa dan tabur bahan-bahan selebihnya atas ikan dan apa lagi kukus la. Bahan-bahan tu ikut sedap rasa saja. Kalau 2 ketul ikan tak cukup, haaa masuk ja berapa ketul pun, tapi bahan-bahan lain kena tambah juga lah. Kukus dalam setengah jam dah boleh makan.

Aku buat dua ketul sebab untuk makan siang satu dan malam satu, orang yang tak pantang jangan menempek. Sebab tu masakan dalam pantang sikit-sikit saja.

Sunday, December 4, 2011

Nak Bagi Nama Apa ?

Ishhhhh.....  nak bagi nama apa tak tau untuk baby baru lahir nie. Dah cari dalam buku, tapi buku lama jadi nama pun ala-ala lama gak la. Search internet, pun tak berapa menarik. Potong sana sambung sini nama mak bapa reka sendiri nama takut pula makna entah apa-apa.

Nak ikut trend sekarang rasa tak sesuai pula. Maklumlah nama bebudak zaman sekarang macam nama kosmetik atau tudung. Elisha, Amelia, ariani. shadira, felisa, fareeda dan entah apa lagi la. Tak mau aku dok promosi barang depa, tak dapat royalti.

Bagi nama dalam masa tujuh hari, jadi ada msa lagi.

Saturday, December 3, 2011

Tahnik

Dah berumur dua hari. Kelmarin bapa aku datang dah. Hari nie bapa aku ada kenduri kat Sungai Petani, jadi akan lawat kami sekali lagi. Oleh kerana depa nak mai lagi hari nie, jadi minta bapa aku buat tahnik untuk si kecil. Oder sekali air zam-zam dengan kurma dari Mekah.

Mula-mula tutup rapat mulut tak mau. Sapu-sapu mulut dia dengan air kurma baru terbuka.

Hikmah tahnik atau memecah mulut bayi dengan kurma adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna ( maklumat dari buku " Indahnya Hidup Bersyariat " )

Bersama Wan dan Mak Tok

Selamat Datang Orang Baru

2hb Disember 2011, pagi Jumaat. Dalam dok bersiap nak pi kerja. Isteri aku kata ada keluar tanda, sikit ja. Jadi tak nak tanggung resiko kami akan ke klinik. Oleh kerana tanda sikit ja, tak perlu kalut-kalut. Lepas hantar Firas ke Penaga, rumah Mak Long. Kami pi makan dulu. Hampir jam 9 pagi baru sampai ke klinik Wisma Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan ( Klinik Pakar Zainol Dan Ram ), Sungai Petani.

Mengikut perkiraan 12/12/2011 nie ( tarikh lawa  nie ) baru cukup tempoh. Jadi dok anggap lepas periksa, doktor akan kata balik dulu. Tapi sampai saja terus depa periksa dan terus masuk dock. Aku dok kat luar, pusing-pusing tengok baby-baby yang masih ada kat dalam bilik jagaan. Rupa-rupanya ramai yang lahir 1/12/2011 ( atau boleh tulis 112211 ). Rasa aku lebih kurang 6 baby. Pandai mak depa pilih tarikh, macam mana depa buat ??? , macam pilih tarikh kawin.

Lama juga dok dalam dock, kat 3 jam dan pada jam 11.40 pagi cuihhhhh keluar ( macam mudah kannn ). Alhamdulillah semua selamat. Dapat baby perempuan.
Kali nie baby berat 2 kg saja. Jadi kat bilik baby dialah yang teringan. Tak pa nanti besar kat luar. Apa-apa pun janji sihat, alhamdulillah.

Nie bersama kakak dan abang besar dan abang kecik.


Nama tak pilih lagi nie.......tu yang dok sebut baby ja.

p/s : nak tau lokasi klinik bersalin nie klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...