Posts

Showing posts from April, 2015

Yang mana Raja Buah?

Image
Antara durian dan mempelam harumanis yang mana Raja Buah?
Sekarang mempelam harum manis sedang bermaharaja lela kat internet. Sukar nak dapat kat pasaran terbuka. Kalau nak, kena oder atau kena ke Perlis baru jumpa. Harga pun boleh tahan juga, sekilo boleh cecah RM40.00.


Restoran Mohamed Long Chinese Food

Image
Dulu kat Kepala Batas banyak restoran nasi kandar, nasi kampung nie sikit-sikit saja tuuu pun waktu tengahari. Lepas tu muncul pula restoran makanan arab dan kini kat Bertam ada sebuah restoran Cina Muslim.

Kali nie kami terjah ke restoran cina muslim, Restoran Mohamed Long Chinese Muslim Food. Biasalah nak ubah selera sikit. Masa sampai boleh kata hampir semua meja dah penuh. Kami dapat meja kat luar. OKlah sambil ambil udara luar, lagipun malam bukannya panas.
Menu pun sampai, tokey cakap oder mungkin lambat sikit sebab orang terlampau ramai. OKlah tengok menu dulu. Menu yang di tawarkan bukan 100% cina, ada juga unsur-unsur ala thai. Kami pilih set-set hidangan yang disediakan, nak cepat tak payah a la carte. Nampaknya set yang di sediakan bukannya 100% masakan cina, ada juga unsur-unsur ala-thai. Kami pilih set untuk 4 orang makan.


Boleh tahan juga lama menunggu. Bagi menghilangkan kejemuan pelanggan, tokey datang bawa keropok bantal dengan cekelat. Ramah juga tokey kedai nie.…

Tebus Mata Kad Kredit

Image
Dah lama guna Credit Card? Berapa banyak point terkumpul? Dah guna point-point tu?  Kebanyakan point kad kredit akan lupus setelah 3 tahun. Jadi dah berbelanja sakan dan mata terkumpul pun dah bertimbun-timbun, rugilah kalau tak ditebus.

Nak tebus boleh saja layari laman syarikat pengeluar kad tersebut dan dapatkan senarai barangan yang ditawarkan atau kadang-kadang dihantar pemplet senarai barangan kerumah bersama bil. Tapi tak berapa best sebab kadang-kadang apa yang di tawarkan tak sama dengan apa yang kita nak atau tak berapa syok sebab tak boleh pegang-pegang dan test dulu terutama barangan elektrik. Tebus mata pun hanya untuk habiskan point-point tersebut saja.

Mula-mula aku tak tau kita boleh tebus mata kat kedai elektrik. Suatu hari pi kedai Senheng terlihat papan tanda dekat kaunter tertulis "INSTANT CREDIT CARD REDEMTION". Macam menarik jaa. Kat situ disenaraikan 5 pengeluar kad krdit yang mengambil bahagian iaitu CIMB Bank, Maybank, RHB, AMBank dan Citibank.

Aku n…

Fadhilat Capal Rasulullah

Image
Dua tiga hari lepas aku terbaca satu post yang di kongsikan oleh seorang kawan dalam fb mengenai fadhilat capal atau sandal Rasulullah SAW. Tak tau la kalau perkara nie dah lama beredar, aku baru pertama kali baca.
Panjang lebar juga penerangan mengenai fadhilat sandal Rasulullah SAW nie disulami dengan hadis-hadis dan perawi sheikh-sheikh yang didakwa alim ulama.
Yang menjadi fokus utama ialah kelebihan dan keberkatan menyimpan gambar lakaran sandal tersebut yang boleh memberi banyak manfaat seperti dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai keberhasilan pekerjaannya dan berjaya di dalam segala cita-cita kepada diri sendiri mau pun keluarga. Tapi kenyataan ini dilapisi dengan beriktikat kecintaan kepada pemilik sandal sebenar iaitu Rasulullah SAW.


Apa yang nak disampaikan seperti surat berantai. Kalau surat berantai, pembaca diminta membuat salinan dan diedarkan kepada orang lain (zaman la nie edar melalui email atau share saja). Kalau tak edarkan, penerima surat akan di…

Nasi Campur Permai Tepian

Image
Kali nie ke Permatang Pauh pula. Pekena nasi campur ala kampung kat Jalan Permatang Nibong. Dah dua tiga kali sampai ke sini. Lauk ala kampung memang sedap dan harga pun memang murah.

Masuk saja kedai, tengok lauk memang tak tau nak pilih yang mana sebab banyak, dari ikan sampai sotong dengan berbagai masakan, sayur, ulam-ulaman dan sambal. Boleh melengung dok pikiaq nak makan apa.

Kalau sampai waktu rehat memang manusia penuh. Tapi tak apa sebab ruang makan luas. Kat sini pun nak makan filing-filing romantik pun boleh, boleh makan kat tepi sungai kat belakag kedai. Sungai Derhaka namanya bukan main-main. Makan pun tak perlu kalut-kalut nak balik sembahyang, surau disediakan. 


Dah cemuih dengan ala mamak , mai sini makan masakan kampung dan makan pun dalam kawasan kampung. Kedai pun bersih dan pelayan pun mesra alam, layanan yang baik.

Kedai makan Nasi Campur Permai Tepian nie di buka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 3.30 petang dan tutup hari Jumaat. Aku biasa datang untuk ma…

Pac Man Google Map

Image
Nie dia satu lagi senaman jari untuk yang dok depan PC. Google Map dah sediakan permainan yang legend pada masa dulu-dulu. Permainan Pac man tetapi telah di naik taraf menggunakan jalan raya dalam google map.

Budak-budak sekarang mungkin tak kenai permainan nie. Permainan yang mudah cuma menggerakkan Pacman menggunakn arrow key untuk makan makanan kat lorong tuu tapi jangan kena cekup dengan hantu jembalang.

Buat yang dok tengah lepak-lepak tak dak keja tu boleh la main benda nie. Kalau ada kerja jangan buat sebok main benda nie pulak. Kalau stres boleh bawak kereta kat jalan macam pac man, suka hati ja pi depan belakang.


Sukan PASTI 2015

Image
Hari Ahad, 8hb Mac 2015 kali pertama anak Ahmad Firas sertai hari sukan tadika. Awal pagi kami ke Kompleks Sukan Kepala Batas. Orang bukan main ramai. Aku pertama kali hadiri hari sukan PASTI nie. Lihat tadika anak aku tak seramai nie. Pusing-pusing tengok baru tahu Sukan PASTI nie merupakan gabungan beberapa Tadika PASTI Kepala Batas, patut pun ramai.
Anak aku ada cerita sebelum hari sukan nie. Cikgu ada buat latihan bola. Tapi anak aku cerita dia tak pi berebut bola tu, jadi tak terpilih la. Hari nie kami datang ke Hari Sukan sebab dia masuk acara melukis.

Acara yang dipertandingkan tak banyak, jadi ada pelajar yang tak masuk apa-apa acara. Acara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan. Acara lain ialah melukis, yang Firas masuk. Ramai ibu bapa yang mengharapkan lebih banyak acara dan aktiviti yang dibuat supaya lebih ramai anak-anak dapat sertai. Apa-apa pun layan saja gambar-gambar kat bawah.




Tamat acara melukis, lepak tengok bola j…

Kuliah Ilmu April 2015

Penat, baca surat khabar cerita pasal GST, buka TV cerita GST, sembang kat opis pun GST. Jom kita pi cerita lain pulak. Jom pakat ramai-ramai menambah ilmu di masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas. Moga apa yang berlaku menjadikan kita lebih tabah dan dipermudahkan.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:


Posted by Masjid Abdullah Fahim SPU on Wednesday, April 1, 2015

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


JADUAL TEKINI UPDATED 2.4.15 7.09 PAGI
Posted by Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah,SPU on Wednesday, April 1, 2015

Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam, Kepala Batas:


Posted by Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam on Monday, March 30, 2015


Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.