Posts

Showing posts from June, 2012

Ang Hea & Hor Loh

Image
Tak ada apa nak tulis jadi saja tempek gambar durian Balik Pulau, Ang Hae/Heh ( udang merah) dan Hor Loh ( labu ).

Ada berbagai lagi jenis durian yang terkenal seperti Mau Shan Wang ( Musang King), Lipan, Cheh Puay dan Tiam Teng. Yang dua gambar kat atas tu harga dalam RM18.00 sekilo. Harga boleh kata tak berapa nak jatuh walau kat sekeliling penuh dengan durian. Boleh maintainnn. Seeloknya beli pada waktu pagi sebab buah yang luruh semalam. Ada juga penghantaran petang untuk buah yang jatuh pagi nie. Kalau lewat pasti menyesal, habissss.

Boleh kata semua durian ini mengeluarkan bau yang kuat. Tuuu yang best, satu kampung tau. Tak macam durian dari Thailand yang kurang bau.

Sampai sekarang masih lagi menjadi misteri ialah macam mana tokey durian tau buah tu elok atau tak. Jika disuruh toreh sikit nak tengok isi. Tokey tu dengan selamber toreh dan isi mesti elok punya. Bila bawa balik adalah pangsa yang buruk atau berulat ( nasib laaa).

Kebanyakan gerai durian akan beri jaminan kualit…

MQA dan Kolej TAR

Image
Lama betul masalah teknikal sejak dari 90-an menyebabkan 70 kursus yang ditawarkan oleh Kolej TAR tidak diiktiraf oleh MQA. DS Najib mai sekali saja selesai masalah. Apa orang akan kata kepada MQA? Kenapa begitu mudah pula diluluskan? Kenapa Kolej TAR? Ishhhh... tak paham

****************************** Petikan Utusan Online pada 27hb Jun 2012
Kerajaan iktiraf lebih 70 kursus Kolej TAR Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA KUALA LUMPUR 27 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan pengiktirafan kepada lebih 70 kursus diploma dan diploma lanjutan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) berkuat kuasa serta-merta.
Kursus-kursus itu yang mula ditawarkan sejak pertengahan tahun 90-an sebelum ini tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kerana masalah teknikal sedangkan ia diterima baik di peringkat antarabangsa.

Menurut Perdana Menteri, pengiktirafan itu akan membawa implikasi positif kepada semua yang terlibat khususnya KTAR sendiri dalam melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti yan…

D'King Seafood : Selamat Hari Bapa

Image
Baru nak sambut hari bapa ?? saja entry baru tulis, kejadian dah berlaku 16 Jun lepas. Untuk memeriahkan suasana hari bapa apa lagi, program makanlah.

Hari ibu yang lepas ke Restoran ZnA. Kali ini untuk hari bapa ke D'King Seafood sungai Petani. Yerr la bapa kannn, mestilah King. Terletak sebelum simpang Giant Sungai Petani kalau dari Tikam Batu. Dulu rasanya tempat nie restoran cina sebab ada gambar harimau.

Parking tak menjadi masalah, sebab pintu restoran menghadap jalan yang orang tak pakai dah ( rasa aku la ), Jalan Kampung Baru. Ada pekerja restoran yang jaga parking. Ketika sampai orang boleh kata ramai. Serupa dengan kami kot, meraikan bapa.

Masuk kedalam, kami tercangak-cangak nak duduk kat mana. Lalu pelayan yang adakat situ tunjuk ke satu lokasi. Meja untuk 8 orang. Tak makan lagi tengok kerusi dan meja dah rasa berselera.
Lepas meja di bersihkan, datang pelayan nak ambil oder. Lalu di cadangkanlah beberapa menu. Kena pilih, tak dak jenis set. Dalam menu semua makanan …

November Bulan Keluarga Kebangsaan

Image
November diisytihar sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia

25 Jun 2012 

KUALA LUMPUR - Bulan November diisytiharkan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia bermula tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ra.zak memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata langkah itu dibuat untuk memberi keutamaan kepada perspektif keluarga dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Katanya ia selaras dengan Gerakan 1Malaysia Family First di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dilancarkan pada 17 Jun lepas menerusi pelaksanaan Dasar Keluarga Negara.

"Kementerian amat menitikberatkan pengukuhan isntitusi keluarga kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah negara" katanya semasa menjawab soalan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang).

Najib berkata bagi syarikat swasta yang menganjurkan hari keluarga untuk pekerja-pekerja mereka, rebat atau potongan 100 peratus akan diberikan untuk semua perbela…

Fesyen Apa Nak Pakai Hari Nie?

Image
Kita kalau pi supermarket / hypermarket / kedai runcit / restoran jika nak beli barang terutama makanan bagi yang beragama Islam pasti akan melihat samaada barangan yang dibeli halal.

Bagai mana pula dengan pakaian yang kita hari-hari pakai ( baju, seluar, tudung dan sebagainya )?? Boleh kata 24 jam kita pakai. Adakah ia halal?

Berbagai fesyen yang ada ketika ini dengan berbagai jenis kain digunakan seperti lembut, kasar, tebal, nipis, licin, jarang dan macam-macam lagi.

Dengan permintaan fesyen pakaian yang tinggi terutama untuk wanita maka industri fesyen meningkat. Begitu juga peningkatan permintaan pakaian yang menutup aurat. Sekarang kita menjurus kepada pakaian menutup aurat khususnya kepada wanita.

Berbagai fesyen yang direka. Zaman dulu-dulu sekitar tahun 80an dan 90an, pakaian menutup aurat tak mempunyai perkembangan fesyen yang pantas seperti ketika ini. Ketika ini berbagai butik tumbuh bagai cendawan untuk memasarkan pakaian menutup aurat. Untuk meyakinkan bahawa mereka ad…

Tali Leher Pink

Image
Minggu lepas, lebih kurang jam 2.30 tengahari dalam perjalanan balik kerumah, sama masa bebudak sekolah menengah keluar. Nampak yang lelakinya bertali leher kuning jalan tengah panas. Ada yang masih kemas, ada yang dah terlorot kebawah dan ada yang dah masuk beg. Ishhh... tak panaskah mereka?

Bagaimana mereka belajar dalam kelas dalam cuaca begini? Ada penghawa dingin dalam bilik darjah? Berbagai persoalan timbul. Kalau sekolah swasta berkemungkinan ada penghawa dingin, kalau sekolah kerajaan??

Sampai di rumah, cari dalam internet mengenai tali leher. Sejarah bermula di Crotia iaitu ketika..... nak tau lanjut taip saja kat GOOGLE. Dari dulu sampai sekarang tali leher hanya berfungsi sebagai penyegak saja ( bagi hensem la tuuu).

Dalam mencari mengenai tali leher terjumpa satu berita di Bangladesh. Dengan tajuknya "Bangladesh mengharamkan sut dan tali leher untuk menjimat tenaga" pada 2hb September 2009 dari BBC News. Aku copy kat bawah.

Bangladesh suit ban to save power The pr…

Nur Fatini : Duniaku Terkalih

Image
Baru sekarang ada masa  nak tulis. Bukan apa, masa kejadian ambil gambar guna HP isteri. Jadi terlupa nak upload. Hari nie baru teringat.

Setelah berapa lama berusaha bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu dan bebai. Setelah berusaha selama 6 bula maka hari ini pada 1hb Jun 2012, Nur Fatini anak aku yang ke empat telah berjaya meniarap. Maka dapatlah dia melihat dunia dari sudut yang berlainan kali ini.

Tahiah tiga kali.

Logo HALAL Swasta Yang HARAM

Image
Banyak betul syarikat swasta yang mengeluarkan logo halal. Kat bawah nie logo halal syarikat swasta yang tidak diiktiraf JAKIM yang aku ambil dari FB Sahabat JAKIM:


BERMULA 1 JULAI 2012... PENGUATKUASAAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 (APD2011)... PENGUATKUASAAN KEPADA PREMIS MAKANAN YANG MASIH MENGGUNAKAN LOGO2 INI...
- Islamic Food and Research Centre Asia ( IFRC)
- SAS-H Consulting
- Persatuan Pegawai Agama Perak
- IRANCA International
- Halal Food Council S.E.A
- Bahtera Lagenda Sdn Bhd

Banyak logo-logo halal tersebut digunakan di restoran, kedai kek, aiskerim dan lain-lain.

Harap semua dapat manfaat.

M Ammar Berkelah di Pantai...........Hospital

Image
27/5 hari sabtu lepas kami ke Hospital Pantai, Sungai Petani dengan matlamat yang satu untuk menyelesaikan masalah Muhammad Ammar yang kerap demam. Boleh kata setiap kali demam mesti doktor kata disebabkan tonsil. Tonsil bengkak. Diberilah ubat demam dengan antibiotik. Mana boleh tahan kerap sangat. Ganggu pelajaran, kena cuti sekolah.

Kali pertama periksa dulu. Jumpa doktor Irhaam Amran, doktor ENT kat Hospital Pantai tu. Dia pun kata tonsil memang besar. Jadi dibuat temujanji untuk pembedahan pada 4hb Jun 2012. OKlah masa cuti sekolah. Muhammad Ammar seronok saja, tak rasa takut. Tambahan pula doktor kata lepas operate akan diberi aiskrim. Sebelum ini pun Ammar memang nak buang tonsil tu.

Tibalah 4hb Jun, hari Isnin. Nur Fatini dan Ahmad Firas kami hantar ke TALESKA seperti biasa. Kami tiba seawal 7.45 pagi ( temujanji 8 pagi) kat bahagian kecemasan. Adalah sain sana, sain sini. Ikut kelayakan insuran dapat bilik 2 orang. Oleh sebab mak dan kakaknya Siti Sarah nak jaga kat situ, mud…

Raja Buah Dah Mai

Image
Untuk penggila durian Balik Pulau, musim raja buah dah mai. Tanya doktor dulu berapa ulas boleh belasah.


Transit Planet Zuhrah 2012

Image
Hari ini sejarah fenomena alam yang jarang-jarang berlaku. Dianggarkan kejadian ini akan berulang 105 tahun akan datang.

Ia merupakan pergerakan planet zuhrah ( venus ) melintasi matahari dan bumi. Kejadian sebelum ini pada 8 Jun 2004 dan hari ini 6 Jun 2012 lebih kurang jam 6.30 pagi hingga 12 tengahari peristiwa tersebut berulang sekali lagi.

Macam biasa aku nie kira dua dalam satu. Bertugas dan menikmati fenomena alam.

Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM membuat cerapan dan ditayangkan ke dalam muzium. Cerapan dibuat diatas bumbung muzium.


Bukan senang nak naik atas bumbung muzium. Jadi apa lagi interprem berkeping-keping.
Kat hadapan muzium diadakan berbagai acara seperti mencanting batik dan main buih.
 Dalam muzium ditayangkan gambar zuhrah secara langsung dari atas bumbung muzium.

Disamping nak lihat transit venus melintas matahari. Berbagai acara diadakan untuk memerihkan suasana.
Interprem sekali lagi. Kalau tak kerana kerja, tak datang muzium nie.

 Kalau tak tau nak kema…