Posts

Showing posts from 2009

Nasi Lemak Haji Ali

Image
Petang ini kami balik ke Alor Setar sebab esok bapa aku akan sampai ke rumah dari mengerjakan haji. Jadi Malam tak ada apa nak buat kami pi pekena Nasi Lemak Haji Ali. Nasi lemak nie aku cari sebab ada sorang tu dah commen kat blog ini kata Nasi Lemak Royal tak berapa best berbanding nasi Lemak Haji Ali. Jadi aku dah Google lokasi nasi lemak nie. Aku pi rasanya lebih kurang jam 9 malam. Masa aku pi lauk dah nak habis. Tinggal beberapa jenis saja. Yang cedok lauk tu cakap kedai ni buka dari jam 4 petang sampai malam. Walau dah lauk kurang orang yang datang ramai juga. Aku pilih beberapa lauk ayam goreng, dalca, acar rampai, nasi lemak, daging, kuah. Nasi lemak rasanya bukan macam orang melayu buat rasa dia lain sikit macam Nasi Lemak Royal.
Sekarang dah macam ada trend mesti ada ayam goreng panas untuk menarik orang datang walau minyak goreng dah pekat macam minyak enjin.

Bagi pendapat aku la, Nasi Lemak Haji Ali rasa dia kurang sikit dari Nasi lemak Royal. Kuah campur dia pun kurang m…

ND Nasi Kandar

Image
ND Nasi Kandar ni kira selalu la juga kami semua pi. Makanan dia macam nasi kandar biasa la, kari, sotong, ikan, telor sotong dan macam-macam lagi la.

Rasa dulu nama gerai ini lain sikit, aku pun dah lupa dah apa kenamanya. Tapi yang meniaga orang yang sama gak. Orang memang ramai. Menu yang kau suka iaitu sup cicah roti banggali dia. Macam-macam jenis sup ada, sup kambing, daging, urat, lidah, ayam, perut dan macam-macam lagi la.

Waktu dulu-dulu masa isteri aku bawa waktu baru-baru kawin ada la empat ke lima tahun dulu, sup dia lebih pekat dan sedap. Tapi kali ni aku pi sup dia ceroi (cair) sikit dan isi pun kurang, mungkin harga bahan mentah la nie semua naik kot. Garai dia buka waktu petang sampai malam. Terletak dikaki lima bersebelahan United Overseas Bank dan bertentangan dengan Menara Telekom Bagan.

Ex PUO 91-93 Gathering - Hari Kedua

Image
Sambungan dari -->Ex PUO 91-93 Gathering - Hari Pertama

26hb Disember 2009 hari Ahad, merupakan hari kedua kami di Teluk Rubiah Resort. Pagi ini bermula dengan kami menyusuri ombak ditepi pantai. Menghirup udara segar Teluk Rubiah. Walau Teluk Rubiah tidak mempunyai sejarah dalam hidup aku tapi untuk hari ini dan kelmarin ia telah mengukir suatu sejarah. Sejarah yang mengetemukan semula kawan-kawan lama yang telah meninggalkan zaman menjadi pelajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh pada tahun 1991 hingga 1993. Sudah 16 tahun berlalu.
Sambil menyusuri gigi air, kisah-kisah silam sentiasa berputar bersama deruan ombak menghempas pantai. Pasti hari ini apa yang akan dibualkan sama seperti semalam juga, tentang kisah-kisah lama. Tapi kisah-kisah ini merupakan sejarah yang tak akan luntur dan sentiasa segar dalam minda. Hari ini kisah-kisah itu pasti akan digilap lagi menjadi kenangan abadi.

Hampir setengah jam menyusuri pantai, kami ke khemah sama tempat seperti kelmarin. Sarapan dah disedi…

Ex PUO 91-93 Gathering - Hari Pertama

Image
Setelah hampir atau lebih dari setahun merancang dengan berbagai ide-ide untuk mengetemukan semula kawan-kawan yang telah lama tak berjumpa. Setelah sekian banyak email yang telah mengisi perut peti surat maya dan berbagai tarikh dan destinasi untuk menghimpun semula kawan-kawan lama. Pada mulanya seperti setiap perkara mudah diusahakan semakin panjang masa berlalu semakin sukar perjalanannya semakin benyak yang menyisihkan. Ada yang hatinya yang hampir berputus asa dan ada yang masih mengharap suatu masa dan ketika pasti masih boleh berjumpa.

Tanggal 25hb Disember 2009 dipilih sebagai tarikh keramat untuk menyatukan semula kawan-kawan lama yang telah belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh tahun 1991 hingga 1993. Teluk Rubiah dipilih sebagai destinasi untuk berjumpa. Lalu dikeluarkan soal selidik untuk mengetahui siapa yang sudi hadir. Lalu terbitlah nama-nama yang akan menyertainya. Setelah sekian lama nama-nama yang panjang berjela sudah tinggal beberapa kerat sahaja. Kepada Firdaus…

Lumut : Ikan Bakar Villa Lumut

Image
Petang setelah sampai ke Lumut, talipon Firdaus tanya tempat makan yang best kat area Lumut terutama sea foo la. Ada la dia bagi beberapa seperti D'Muara. Dia bagi la petua-petua kat aku jalan kesana.

Selepas lepak kat Jeti Lumut dan Waterfront Lumut, malam tu kami pi la cari kedai makan seperti yang diceritakan oleh Firdaus. Sampai ke simpang empat, jumpa la sedet kedai dan ditengah-tengah ada sebuah kedai makan besar berhawa dingin tak silap aku D'Muara. Tapi aku tengok dari cermin kedai ada 2 meja sahaja ada orang. Kami ambil keputusan tak mau pi la kedai tu, orang tak dak mesti tak sedap.

Aku pandu lagi dihadapan deretan kedai itu, sampai dihujung beberapa blok deretan kedai lalu ternampak sebuah kedai yag penuh dengan manusia. Apa lagi terus berhenti kat depan kedai itu.

Tertulis nama Ikan Bakar Villa Lumut. Setelah mencari tempat duduk aku dan isteri pi pilih ikan dan sotong untuk dimasak. Kami order kailan ikan masin, Tomyam, Siakap 3 rasa (tak silap aku la), sotong goren…