Wednesday, February 27, 2013

Bebola Daging IKEA Malaysia Selamat


Bebola daging IKEA Malaysia selamat dimakan

TK Letchumy Tamboo ~ Februari 26, 2013

KUALA LUMPUR: Ikea Malaysia telah mengesahkan yang bebola daging syarikat itu selamat untuk dimakan.

Ketika dihubungi, Ikea berkata bebola daging mereka bebas daripada daging kuda dan 100 peratus diperbuat daripada daging lembu tulen.

Kenyataan ini lahir selepas laporan bahawa Ikea telah menarik balik bebola dagingnya dari 16 negara di Eropah selepas pihak berkuasa Czech menjumpai daging kuda dalam produk itu.

Pengurus gedung Ikea Malaysia Roszalena Mashurdin telah mengesahkan bahawa bebola daging yang dijual di Ikea Malaysia hanya mengandungi daging lembu dari Australia yang disahkan halal dan dihasilkan di Malaysia.

"Bahan makanan kami tidak dihasilkan oleh pembekal yang terlibat.

"Kami tidak bertolak ansur dengan bahan-bahan makanan selain yang telah ditentukan di dalam resepi atau spesifikasi kami, dan ini dilakukan menerusi standard pensijilan dan analisis produk yang telah ditetapkan oleh makmal yang bertauliah," kata beliau.

Roszalena turut berkata sebagai langkah berjaga-jaga, Ikea telah menghentikan jualan bebola daging di Kedai Khas Makanan Sweden Ikea dan Restoran Ikea sementara menunggu keputusan ujian DNA.

"Kami menjangka keputusan ujian pada pertengahan minggu hadapan untuk memastikan tiada daging kuda di dalam bebola daging."

Laporan bahawa peket yang mengandungi bebola daging beku itu telah ditarik balik dari Slovakia, Czech Republic, Hungary, Britain, Portugal, Italy, the Netherlands, Belgium, Spain, Cyprus, Greece and Ireland.
Skandal daging kuda ini telah menjejaskan banyak syarikat pemakanan termasuk Nestle.

Skandal ini telah menyebabkan penjualan makanan yang mengandungi daging lembu turun sebanyak 45 peratus di Perancis.

*petikan : http://www.astroawani.com/ 

Selamattt.... kalau tidak lepas makan bebola nie mesti jadi Opa Ganam Style, terlompat-lompat.

p/s: Tak berkesempatan nak makan bebola daging tersedap di dunia nie lagi. Asal nak beli ja mesti orang berbaris panjang sangat. 

Tuesday, February 26, 2013

Bebola Daging IKEA nyummm... Ada Kuda?

Skandal daging kuda : IKEA hentikan jualan menu bebola daging di Eropah

26 Feb 2013 12:56pm 

Gambar hiasan ~ http://www.kakinakl.com/

STOCKHOLM – Peruncit perabot No.1 Dunia, IKEA telah memberhentikan hampir kesemua jualan bebola daging dari rangkaian kafeteria gudangnya di Eropah, selepas ujian di Republik Czech pada Isnin mendapati terdapat kandungan daging kuda dalam produk berkenaan.

IKEA yang  terkenal dengan hidangan makanan Sweden di rangkaian kafeterianya, berkata ia telah menarik kesemua produk bebola daging yang dihasilkan oleh pembekal utamanya di Sweden selepas ujian menunjukkan terdapat kandungan daging kuda dalam produk bebola daging dan babinya.

Skandal daging kuda Eropah meletus bulan lalu apabila ujian di Ireland mendedahkan beberapa produk daging lembu mengandungi DNA daging kuda, sekaligus menyebabkan penarikan semula makanan siap sedia di beberapa negara dan merosakkan keyakinan awam terhadap kompleks industri makanan yang luas di Eropah.

Bebola daging, hidangan terkenal Sweden yang dihidangkan bersama kentang lenyek, kuah dan jem lingonberry sudah menjadi sebahgaian produk terkenal IKEA dan dijual secara panas di kafeteria selain dalam bentuk sejuk beku.

Majoriti bebola daging IKEA dibuat oleh pembekal Sweden, Familjen Dafgard, yang menerusi laman webnya berkata bahawa ia sedang menyiasat situasi berkenaan dan akan menerima keputusan ujian lanjut dalam tempoh beberapa hari lagi.

Penarikan itu bagaimanapun tidak menjejaskan bebola daging di Norway, Rusia serta beberapa lagi Switzerland atau Poland yang telah dibuat oleh pembekal lain, kata jurucakap IKEA, Ylva Magnusson di ibu pejabat syarikat berkenaan di Helsingborg, selatan Sweden.

“Kami kini semakin hampir kepada kes dan membuat beberapa ujian tambahan, tetapi kami telah memutuskan untuk menghentikan jualan bebola daging untuk beberapa hari, supaya tiada siapa yang perlu bimbang sehingga kita memperoleh keputusan,” kata Magnusson.

Gudang IKEA di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Jepun tidak terjejas kerana mereka mempunyai lain-lain pembekal.

Selain Republik Czech, kumpulan produk yang mengandungi daging kuda juga telah dijual di Britain, Portugal, Belanda, Belgium, Slovakia, Hungary, Perancis, Itali, Sepanyol, Greece, Cyprus dan Ireland.

Magnusson berkata keputusan ujian bakal menentukan peratusan daging kuda dalam beberapa kumpulan spesifik bebola daging. Bagaimanapun tiada petunjuk bahawa mana-mana kumpulan lain telah terjejas.

Awal bulan ini, pembuat makanan Findus dikerahkan untuk menarik semula ribuan pakej lasagne daging sejuk bekunya di Sweden selepas ia didapati mengandungi 60 ke 100 peratus daging kuda.

Pentadbiran Veterinar Czech dalam satu kenyataan berkata ia telah melaporkan penemuannya kepada bahagian pemakanan Sistem Penggera Rapid EU.

Pemeriksa mengambil sampel untuk ujian DNA dalam unit IKEA di bandar Brno dari produk yang dilabel sebagai “bebola daging dan babi,” katanya. – Reuters

petikan dari : http://news.abnxcess.com/bm/#
****************************
Bebola daging kat IKEA Malaysia pula bagaimana ??

Friday, February 22, 2013

Denggikah Aku ?

Dari pagi semalam dah rasa seram sejuk. Air cond buka perlahan ja tapi sejuk lebih. Semalam dah kena 2 biji panadol, berpeluh kebah. Mai pagi rasa macam nak demam lagi, kena 2 biji panadol lagi. OK sampai tengahari ja. Lepas tu gelong balik.

Lepas Jumaat ke klinik. Sebelum jumpa doktor periksa dulu tekanan darah, nadi dan suhu. 38.3 C, terus nurse bagi 2 biji panadol. Lepas tu masuk jumpa doktor. Cerita apa patut kat doktor. Rasa sakit-sakit badan, rasa melayang, sakit kepala lebih kurang.  Dia kata tak berapa seronok macam kena virus atau denggi. Ditanya aku pi jalan mana sebelum nie? Aku pun ingat-ingat lupa, rasanya tak kemana sebab hari kerja. Mungkin aku masuk kawasan denggi. Lalu di ambil darah. Tak sampai 15 minit dah dapat keputusan ~ yang terpantas.

Jumpa doktor semula. Di tunjukkanlah bahawa pletlet berkurang sepatutnya 150 keatas tapi darah aku cuma 141 ja.

Doktor kata tak ada ubat cuma di beri panadol untuk demam, multivitamin dan vitamin C dan yang penting minum air banyak-banyak, sekurang-kurang 2 liter. Dia suruh kalau esok semakin teruk terus pi ke hospital bahagian kecemasan. Kalau bila gososk gigi ada darah atau ruam kat badan pun terus ke hospital. Kalau boleh bertahan tunggu hari Ahad atau Isnin jumpa dia semula.

Balik ke pejabat, tak berapa lama kawasan sekitar aku kerja kena fogging.

Kalau denggi, ini merupakan kali kedu aku kena. Tak apalah, kafarah dosa-dosa aku. Ada peluang makan sup ketam esok, nak tambah darah putih. Denggi yang lepas, selepas makan sup ketam alhamdulillah darah putih meningkat ~ petua orang dulu-dulu. Atau minum 100 Plus.

24/3/2013 ~ Update :  Alhamdulillah dah sihat.

Thursday, February 21, 2013

PBS : Saja Nak Tulis

Semalam tertonton TV1 rancangan Dialog kalau tak silap aku mengenai PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Bukan Parti Bersatu Sabah). Banyak diperkatakan mengenai PBS nie oleh guru-guru dan bakal guru dan juga wakil PIBG. 

Hari ini cari dalam internet, maka berbagai pro dan con yang dibaca berkisarkan kepada guru seperti guru terpaksa bangun malam untuk masukkan data murid sebab malam internet laju. Menambah tugas guru sebab perlu menyediakan eviden untuk setiap muridnya. Tugas guru dah banyak, tugas hakiki mengajar ditambah tugas sampingan (kadang  melebihi hakiki), tugas part-time lagi dan kini diminta memasukkan maklumat pelajar ke PBS.

Dari forum internet juga ada yang meminta guru diberi elaun khas ( elaun lagiiii), talian internet untuk guru, menaik taraf server PBS ( semalam dia kata server dah ditingkatkan ), talian internet disekolah di tingkatkan keupayaan dan berbagai lagilah.
Kg tanpa wayar ~ gambar : http://apakehei.blogspot.com/

Lihat pula kepada ibu bapa. Adakah ibu bapa juga berkemampuan untuk melihat prestasi anak-anak di internet? Adakah dibuat bancian kemudahan komputer dirumah yang ada internet? Cuba selami kehidupan ibu bapa yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, ditambah pula dengan anak-anak yang ramai. Mampukah mereka nak mengadakan komputer dengan internet. Atau mereka akan beratur di cyber cafe setiap kali keputusan peperiksaan keluar.

Oleh itu kerajaan perlu kaji semula sistem jaringan maklumat di Malaysia. Negara bergerak kehadapan dengan penambahan sistem dalam talian yang canggih. Memandangkan dah ada rebat talifon pintar sebanyak RM 200.00 (talifon pintar atau orang yang pintar?), apa kata SKMM memperkenalkan talian wi-fi percuma satu negara pula ( sekarang kat Penang sudah ada tetapi ada lokasi-lokasi yang tak dapat lagi ).

Begitu juga komputer dan printer. Sekarang ini komputer bukan sahaja untuk orang dewasa, malah anak-anak sekolah memerlukannya. Bila balik sekolah "Ibu... cikgu suruh buat folio, nak kena cari maklumat dan gambar" kata anak. Nak suruh cari dari akhbar dan majalah dah sukar sebab sekarang nie surat khabar dan majalah dah jarang dibeli (separuh berita mengenai politik, suku mengenai hiburan dan sukan, suku lagi iklan dan maklumat lain cuma picisan~ membazir).

Kalau suruh cari dari akhbar pun kadang-kadang mereka tak mahu sebab bila tampal-tampal atas kertas tak berapa cantik. Siap bagi tahu, kalau buat guna komputer cikgu lagi suka, cantik. Kalau design guna komputer dan cetak baru lawa. Jadi mahu tak mahu cari dari internet, design dan print (bukan setakat tu saja, kalau binding pun kena lawa-lawa macam tugasan kat universiti).

Itulah hakikat anak-anak zaman sekarang. Macam biasalah cadangan lagi supaya diberi rebat untuk pembelian komputer dan printer mungkin setiap empat tahun sekali. Diberi satu keluarga contohnya RM 1000.00 untuk yang berpendapatn bulanan keluarga perkapita RM800.00 sebulan. Ada setuju. Aku bagi cadangan nie bukan apa, sebab kerajaan banyak duit. Merata dia dok bagi.

Aishhhhh... nak duit jaaaa ~ mata duitan. Disamping melalui internet maklumat juga boleh di dapati terus dari guru-guru. Sekarang diperkenalkan satu satu program untuk merapatkan hubungan antara sekolah dan juga ibu bapa. Ibu bapa mengambil bahagian dalam mencorakkan pendidikan anak-anak. Program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah diperkenalkan. Ibu bapa diminta untuk datang ke sekolah tiga kali setahun untuk melihat pencapaian anak-anak. Guru-guru akan menerangkan pencapaian berpandukan portfolio pelajar berdasarkan evidens dan deskriptor. Dari situ ibu bapa dapat melihat pencapaian anak-anak dan boleh berbincang bagaimana untuk meningkatkan yang mana kurang.

Jadi ibu bapa perlulah beri kerjasama dengan mengambil bahagian dengan aktiviti-aktiviti sekolah. Tak boleh lagi menyerahkan tugas mendidik anak kepada pihak sekolah sahaja.

Okey lah apa-apa pun keputusan kerajaan untuk melakukan perubahan pembelajaran janganlah disebabkan sekadar menunjukkan perubahan  pucuk pimpinan sahaja maka sistem pun mesti berubah, tetapi mestilah dilihat impak yang akan diterima dan sistem itu mestilah mempunyai kesinambungan dengan hala tuju dan masa hadapan negara dan juga kemampuan rakyat untuk mengejarnya.

Link menarik untuk dibaca:
1- http://smkpahikk.blogspot.com/
2-http://sps.jpnns.gov.my/

Tuesday, February 19, 2013

Sabah - Hari 5 : Perjalanan Dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2

[ 7hb Disember 2012, Jumaat - Pagi ]

Perjalanan diteruskan lagi dan sampai di Tuaran. Pemandangan di kiri kanan yang cantik. Cuaca yang elok. Van terus menyusur. Sekali lagi van berhenti kali ini disuatu lokasi yang dikiri kanan jalan ada kedai makan pula.
Gerai Sudi Mampir, Jalan Sulaman Tuaran.

Semua macam ayam pulang petang berarak ke sebuah kedai, tertulis Gerai Sudi Mampir. Masa jalan dilihat kebanyakan gerai-gerai lain menghidangkan menu yang hampir sama iaitu kelapa bakar, jeli kelapa dan lokan bakar. Kenapa pilih Gerai Sudi Mampir rasanya femes kot ~ sebab kat internet ramai yang buat review makan kat situ. Ada juga berita dalam akhbar.
Lokan belum bakar.
Kelapa bakar.

Haaa... kali nie makan kelapa dengan siput pulak. Smentara menunggu lokan dibakar layan dulu air kelapa dengan jeli kelapa ~ tetiba saja cakap kelapa yang sebetulnya nyiok. Jeli kelapa dihidangkan samaada dalam cawan atau terus dari ladang dalam buah.

Jeli kelapa.
Menikmati dengan khusyuk

Tak berapa lama datang setalam lokan bakar. Aku nie kalau siput tak berapa nak jalan. Tapi bolehlah cuba.
Lokan bakar setalam.
  Berebut bebudak, katanya sedap. Sekejap saja cerah. Aku sempat juga rasa sebelum dihabiskan oleh bebudak tu. Boleh tahan juga rasanya. Rempah dan sos masam manis pedas dia memang kenalah walau aku tak berapa suka sangat. Nie pertama kali makan lokan bakar.
Serbuuuuuu. Siti Sarah dan Muhd Ammar menikmati. Tak sangka depa suka.

Lagi sekali pembasah tekak datang. Kali nie keapa bakar pula. Kalapa bakar di hidang terus dalam buah kelapa. Rasa kelapa bakar, aku nak sebut pun tak tahu tapi ada rasa seperti kacang goreng sikit. Ramai orang kata berkhasiat. Khasiat apa??? cari sendiri kat internet.
Kelapa bakar
Nur Fatini pun pekena air kelapa. Mak dia jeling jaaa.

Menu kat Garai Sudi Mampir
Aku tak berapa layan sangat makan nie. Jadi jom kita lihat cara di bakar kat belakang kedai. Lokan nie di bersihkan dan di letakkan atas atap zink dan dibakar. Memang klasik.
Lokan diletak atas api.
Nie pula proses buat kelapa bakar. Kelapa dibakar didalam tong drum.
Kelapa dibakar dalam tong drum
Kulit luar di buang supaya bersih. Tokey kedai.
Dah siap sedia untuk dihidang.
Nak tau harga makanan kat gerai nie, haaa klik gambar menu kat bawah.
Menu kat Gerai Sudi Mampir
Posing ramai-ramai kat gerai
Dok search kat internet mengenai gerai nie, ramai yang dah buat review. Jadi memang femeslah. Kat bawah keratan maklumat yang aku dapat dari internet.
Dari http://www.newsabahtimes.com.my/
 Gerai Sudi Mampir terletak di Jalan Sulaman dan dibuka setiap hari dari 9 pagi - 8 malam. Lokasi aku google dan wikimapia maka maklumat tak dikesan.

Cukup rasa-rasa saja, bukan nak makan sampai kenyang. Naik van semula ada lagi tempat nak dilawati sebelum sampai ke KK.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Sunday, February 17, 2013

Tahun Nie Bonus Tinggi

Tempat yang kebanyakan orang kita benyimpan memberi bonus dan dividen yang memberangsangkan untuk tahun 2012.

22 Disembar 2012 : ASB mengumumkan Dividen 7.75% + Bonus 1.15%
7 Februari 2013 : Tabung Haji mengumumkan Bonus 6.5% + Bonus Khas 1.5%
17 Februari 2013 : KWSP mengumumkan Bonus 6.15%

Diharap Bank Rakyat pun mengumumkan dividen yang memberangsangkan juga untuk tahun 2012.

Saturday, February 16, 2013

Armageddon : Meteor Memasuki Bumi

Rasanya ini pertama kali aku lihat sebuah meteor yang besar memasuki ruang udara bumi. Kita dok layan filem Hollywood saja mengenai meteor yang menghempap bumi seperti Meteor, Armageddon, Deep Impact dan The Day After Tomorrow.

gambar : internet
Kali ini kejadian sebenar hampir berlaku. Kejadian berlaku di Chelyabinsk, Rusia pada 15hb Februari 2013 jam 9.20 pagi waktu kat sana.Sebuah meteor dianggar seberat 10 tan  memasuki atmosfera bumi dengan kelajuan 54,000 km/j dan meletup dalam 30-50 batu dari bumi.



Kesan dari kejadian tersebut dianggarkan 1000 penduduk cedera dan merosakkan harta benda. Akibat dari gelombang yang dijanakan oleh meteor dianggarkan cermin tingkap 3000 bangunan telah pecah dan juga bumbung sebuah kilang rosak teruk. Kebanyakan penduduk yang cedera disebabkan terkena serpihan cermin yang pecah.

Friday, February 15, 2013

Sabah - Hari 5 : Perjalanan Dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1

[ 7hb Disember 2012, Jumaat - Pagi ]

Selamat tinggal suasana yang sejuk di Celyn Resort Ranau, kini perjalanan balik ke Kota Kinabalu semula ~ macam KK tu rumah aku.

Kali nie saja tulis mengenai perjalanan sebab ada dua tiga tempat yang disinggah. Bukan nak cerita mengenai kiri kanan jalan. Rasanya kiri kanan jalan kat sini macam biasa sahaja, ada rumah-rumah kayu macam kat kampung, tak banyak beza dari kat semenanjung. Jalan pun kira OK, bertar ( kami tak masuklah yang macam Camel Trophy tu ~ nak cari pasai ).
Pasar Sayur dan Buah Kundasang. Gerai dikiri kanan jalan.

Sebok menulis ayat kat atas kami dah melalui Pekan Kundasang dan sampai pun ke Pasar Sayur Dan Buah Kundasang ~ macam buat siaran lansung. Pasar nie bukan dalam Pekan Kundasang, jauh sedikit. Ia terletak di kiri kanan jalan, macam kat Wang Kelian (tapi jangan dok jalan tengah jalanraya macam kat Wang Kelian macam filem hindustan ~ kereta laju).

Awan biru, cerah tetapi tak terasa panas sangat, dingin tanah tinggi. Berpuluh-puluh kedai berderet di tepi jalan. Berbagai hasil tempatan yang segar dari tanah tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, madu, pokok-pokok bunga disamping itu ada juga makanan seperti kerepek dijual. Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kat Cameron Highland seperti keret, kubis, tomato.


Berbagai hasil tempatan dijual. Buah, sayur, madu, keropok dan lain-lain.
Dalam perjalanan yang lepas ada ternampak buah ini, dijual digerai-gerai tepi jalan. Tapi tak ada jodoh nak makan lagi. Kali ini tertunai hajat aku nak makan buah yang ada kat sini sahaja. Kat semenanjung rasa aku tak pernah jumpa lagi. Jeng...jeng.... jeng.. buah terap atau tarap. Jumpa kat gerai disitu terus beli sebiji. Tak silap aku RM 7.00. Suruh bungkus nak bawa balik. Buah tarap nie bentuk hampir bulat, kulit seperti kulit pulasan ada bulu-bulu kasar dan berwarna hijau pudar.
Buah tarap.
 Selisih dengan abang driver van. Dia kata tak boleh bawa masuk dalam van, sebab bau kuat dan susah keluar. Alamakkkk, dah beli. Jadi apa lagi balik ke gerai tadi refund balik, hahahahaa... boleh ka macam tu. Zalim betul la. Apa lagi suruh mak cik kedai tu buka, kami bukan ada pisau.
Nak buka macam nie.

Mak cik tu kata senang saja buka. Koyak dengan tangan saja sebab kulit dia lembut. Laaaa mudah betul. Nampaklah ulas isinya yang kuning pucat. Ulasnya seperti ulas cempedak ada biji kat dalam tetapi lebih kecil. Apa lagi pakat ramai-ramai serbu. Rasa dan bau seperi cempedak ~ boleh buat cucuq macam cempedak tak pasti. Tapi yang konpiusnya tak bau kuat pun, macam mana driver van tu cakap bau kuat. Mungkin hidung aku tak sensitip kot.
Koyak saja kulitnya.
Ulas buah tarap seperti cempedak.
Boleh tahan sedap, rasa macam cempedak.

Kami tak lama disitu beli serba sedikit dan naik van semula. Puas hatilah dapat makan benda eksotik nie.

Dalam perjalanan dikiri kanan jalan ketika nie ada banyak gerai yang menjual buah. Musim buah kot kat sana. Buah-buah seperti kat semenanjung seperti manggis, durian dan rambutan. Dalam banyak -banyak gerai yang berselisih, lalu van berhenti kat sebuah gerai. Apa lagi pakat-pakat turun serbu.
Gerai buah-buahan.
Walau datang dari Penang yang terkenal dengan durian Balik Pulau tapi bila sampai sini kena rasa durian istimewa dari Sabah. Tak ada kat semenanjung.

Kanan durian dalit / bukit dan kiri durian biasa.
Durian dari Balik Pulau atau Batu Kurau besar-besar tapi durian tempatan kat sini kecil-kecil molek saja macam aku. Aku nak cakap pun tak tau besar mana. Sat aku tengah pikiaq buat perbandingan. Haaaaa... lebih kurang besar DVD (bukan DVD Player). Duri-duri dia pun lebih panjang dan tajam. Inilah dinamakan durian dalit atau durian bukit.
Isi yang comel, dua pangsa sahaja yang ada isi. (gambar menunujukkan satu pangsa, pangsa kedua belum buka lagi)

Nahhh... dibuka pula, cuma dua pangsa saja yang berisi. Pangsa-pangsa lain kosong. Lepas buka apa lagi, ngappp lah. Rasa pula, jeng... jeng.. jeng.... sama ja macam durian kat semenanjung.  Selungguk 6 biji harga RM 10.00.

Cerahhh.....
Durian dalit ini hanya ada kat Sabah. Ada yang isi berwarna merah tapi yang aku makan warna kuning. Kat gerai tu juga jual buah tarap. Yang tak puas hatinya harga sebiji RM 2.00 ja. Mungkin pokok sendiri. Pokok tarap banyak di kampung-kampung sepanjang perjalanan (gerai kat Kundasang tu mungkin penjual saja). Errr.... berlahak bau durian.

Dah panjang nie, cukuplah tu. Kita sambung bahagian kedua perjalanan dari Ranau ke KK.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Wednesday, February 13, 2013

Isu Negara ~ Perlu Baca

Apa nak jadi dengan orang Malaysia nie. Kalau luar negara peduli apa aku. Artis-artis luar negara mereka tahap jutawan (dalam US dolar) dan kata-kata mereka ada kuasa boleh memberi impak kepada ekonomi negaranya.
Masalah nak berbini pun tempek muka depan ~ Sharnaaz & Shila. Utusan Malaysia 13/2/2013
 Yang kita kat sini pun nak buat macam tu juga tapi dengan isu remeh temeh dan di tempek kat muka depan akhbar. Pihak akhbar pun tak dak benda lain ka nak dipaparkan kat depan akhbar. Isu-isu artis bercinta, putus cinta, berkahwin, bercerai menjadi hiburan dan pelaris. Kadang-kadang apa yang di paparkan memalukan agama dan bangsa.

p/s : nak tunggu berita artis remaja dapat 5A dalam PMR/SPM atau dapat ijazah kelas pertama atau artis telah membuka firma pot pet pet pot ( import export ) tapi tak mau la berita artis buka disko pulak.

Kenali Rokok Anda

Hiasan

Kenali rokok (9 Trivia)

1.       Rokok ialah sejenis produk dagangan yang sangat berbahaya di dunia, namun ia sah di sisi undang-undang.

Cigarettes are the most dangerous products in the world yet legally traded.

Buku Jeritan Batinku 2 (pg 5)



2.       Tahukah anda, terdapat lebih daripada 7000 bahan toksik di dalam asap rokok?

Do you know there are more than 7,000 toxic substances in cigarette smokes?

Buku Jeritan Batinku 2 (pg 10)



3.       Tahukah anda, rokok gulung mengandungi purata 5 kali lebih tar berbanding rokok biasa?

Do you know hand-rolled cigarettes contain 5 times more tar than regular cigarettes ?

http://smoking.ygoy.com/is-smoking-bidis-safe/



4.       Mereka yang menghisap rokok gulung lebih berisiko menghidap penyakit jantung koronari dan kanser paru-paru.

Smoking hand-rolled cigarettes increase the risks of coronary diseases and lung cancer.

http://www.gethealthyclarkcounty.org/live-tobacco-free/other-bidis-kreteks.php



5.       Perokok kretek tegar berisiko 13-20 kali mengalami masalah fungsi paru-paru berbanding bukan perokok.

Heavy smokers of kretek are at risk 13-20 times more to lung function problems compared to non-smokers.

http://www.gethealthyclarkcounty.org/live-tobacco-free/other-bidis-kreteks.php



6.       Tahukah anda, sejam menghisap shisha menghasilkan 100 – 200 lebih asap toksik berbanding rokok biasa?

Do you know smoking shisha (water-pipe) produces 100-200 more toxic smoke compared to the   regular cigarettes?

http://en.wikipedia.org/wiki/Hookah



7.       Penghisap shisha berisiko mengidap penyakit berjangkit seperti tibi dan hepatitis melalui perkongsian paip

Shisha (water pipe) smokers are at risk of suffering from infectious diseases such as tuberculosis and hepatitis through sharing of pipes.

http://www.cancer.org/cancer/news/expertvoices/post/2012/05/29/hookahs-are-trendy-but-are-they-safe.aspx

8.       Tar daripada asap rokok boleh melekat pada paru-paru hingga menyebabkan paru-paru perokok menjadi hitam dan keras setelah suatu tempoh yang lama.

Tar from cigarette smokes can stick to the lungs, causing a smoker’s lungs to become black and hardened  over time.

http://www.squidoo.com/getting-cigarette-tar-out-of-the-lungs



9.       Tahukah anda, 60 mg nikotin boleh membunuh seorang perokok dewasa?

Do you know 60 mg nicotine is enough to kill an adult smoker?

http://en.wikipedia.org/wiki/Nicotine



Tipu Daya Syarikat Tembakau (6 Trivia)

1.       Tahukah anda, penapis memudahkan perokok menghisap dengan lebih dalam dan kuat pelbagai bahan beracun.

Do you know cigarette filters actually make a smoker inhale more deeply resulting in  more   poisonous substances being absorbed.

http://tobaccocontrol.bmj.com/content/11/suppl_1/i40.full



2.       Gentian penapis boleh terkeluar dan menyebabkan perokok menyedut partikel gentian ke dalam paru-paru.

Fibers from filters can come off and cause smokers to inhale particles of fibers into the lungs.

http://cancerres.aacrjournals.org/content/55/2/253.full.pdf



3.       Eksekutif R.J. Reynolds pernah memberitahu seorang model Winston: “Kami tidak menghisapnya, kami hanya menjual kepada orang yang MUDA, HITAM, MISKIN dan BODOH”.

R.J. Reynolds executives once told one of their Winston models: “We don't smoke it, we sell it.  We reserve that right for the YOUNG, the BLACK, the POOR and the STUPID."

http://www.tobaccofreeschools.ca/tobacco_industry_quotes.shtml



4.       “Jika syarikat kami ingin terus hidup dan berjaya, dalam jangka masa panjang, kami mesti memasarkan produk kami kepada golongan remaja”. (Saintis R.J. Reynolds, Claud Teague 1973)

“Realistically, if our company is to survive and prosper, over the long term, we must get our share of the youth market”. (Scientist of R.J. Reynolds, Claud Teague 1973)

http://www.tobaccofreeschools.ca/tobacco_industry_quotes.shtml



5.       Tahukah anda, setelah kerajaan mengharamkan pelbagai bentuk promosi rokok, syarikat tembakau kini beralih kepada promosi pada kotak rokok dan kaunter jualan.

Do you know after the government banned various forms of cigarette promotion, tobacco companies turned to promoting their products on cigarette packs and point-of-sales.

Buku Jeritan Batinku 2 (pg 39)



6.       Kajian telah menunjukkan bahawa rokok rendah tar mempunyai tahap nitrosamine khusus tembakau (TSNA) lebih tinggi, sejenis karsinogen berbahaya yang terdapat dalam asap rokok.

Studies have shown that “low-tar” cigarettes have higher levels of tobacco specific nitrosamines (TSNAs), the deadliest of carcinogens found in cigarette smoke.

http://www.in.gov/isdh/tpc/files/Industry_Manipulation_of_Cig_and_OTP_Feb09.pdf

p/s: TQ kepada yang email mengenai rokok nie.

Monday, February 11, 2013

Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park

[ 6hb Disember 2012, Khamis - Petang ]

Semakin petang cuaca di Kundasang semakin dingin. Selepas melihat lembu, turun balik ke jalan besar dan perjalanan diteruskan ke tempat yang mesti dilawati jika sampai ke Sabah. Kalau sampai Sabah tak sampai ke sini maka lawatan anda tak sah. Apa tu?? Tak lain dan tak bukan Gunung Kinabalu. Jom panjat. Ada akai ka dengan berengkei bebudak kecik nak daki Gunung Kinabalu. Kaki gunung ja, Kinabalu Park dimana tempat bermulanya pendakian.

Sampai pintu masuk ke Kinabalu Park seperti biasa tol dulu, bayar tiket masuk. Selepas bayar tak sampai lagi, kena masuk dalam beberapa kilometer. Jalan ke sana bengkang bengkok dan sempit melalui lereng bukit untuk sampai ke tempat permulaan pendakian. Nak jalan kaki pun boleh tetapi kami naik van memandangkan hari semakin petang ( cover sikit). Cuaca pula semakin redup dan berkabus dan basah sebab hujan. Sujukkk.

Dalam perjalanan berselisish denagn beberapa kenderaan. Ada yang laju, tak sayang nyawa kot. Tak kisahlah nyawa dia tapi sayang nyawa kami. Sebelum sampai ke destinasi ada satu tempat yang dibuat pelantar untuk melihat keindahan lereng bukit. Boleh layan pemandangan lembah dan bukit bukau. Boleh bersajak kat sini.

Perjalanan diteruskan ke lagi dan berhenti di deatinasi terakhir van boleh naik dah. Pintu gerbang tempat permulaan pendakian.
Tempat permulaan pendakian.

Kat sebelah jalan ada papan tanda maklumat pemenang Pendakian Antarabangsa Gunung Kinabalu ke 25 ( tiap-tiap tahun depa tukar kot). Veteran dapat daki dalam 3 jam 9 minit ja. Kalau aku mungkin 3 bulan 9 hari kot.
25th Mt. Kinabalu International Climbathon 2011.
 Kita boleh masuk jalan kaki kedalam dan ada sekali lagi pelantar untuk melihat keindahan gunung dan trek permulaan pendakian. Kami tengok dari pelantar ja. Ramai juga yang mendaki. Pendakian ini ada berbagai pekej. Pekej nie kena buat tempahan dulu dan ada bayaran.

Lepak-lepak kejap saja, cuaca pun semakin sejuk dan redup. Kami turun semula ke tempat tol tadi. Malang sekali kedai cenderamata dah tutup. Diberitahu juga disitu kita boleh dapat sijil kepada yang telah menjejak kaki ke pintu gerbang permulaan pendakian. Tak dapatlah sijil. Kalau dapat bolehlah masuk resume buat minta kerja atau naik pangkat.

Dahhh cukup untuk hari nie. Balik semula ke Celyn Resort. Sebelum sampai resort beli dulu makan malam. Kalau dah sampai ke resort rasa tak keluar dah. Jalan naik ke resort menakutkan.
KFC Kundasang

Beli bawa balik  KFC Kundasang, satu-satunya KFC yang ada kat sini.

Tiket untuk sampai ke tempat permulaan pendakian:
Dewasa : RM 3.00; Kanak-kanak : percuma.

Lokasi dari google map.

View Larger Map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...