Posts

Showing posts from November, 2009

Sekolah Baru

Image
Dua minggu lepas Siti Sarah dapat surat dari Sekolah Kebangssan Paya Keladi, sekolah yang dia belajar sekrang ini. Untuk tahun hadapan, 2010 dia kena bertukar ke Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana. Alhamdullillah jadi kami tak perlu lah nak pikir macam mana nak tukar dia ke Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana lagi. Sekolah ini kira berada dihadapan rumah ja, sangat dekat.
Sebelum dapat kesekolah baru ini beliau dan rakan-rakan yang tinggal di Bertam Perdana akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah sementara sekolah baru ini siap sepenuhnya. Kelas yang akan didudukinya pun dah diketahui. Ketika dia dapat surat ini cikgu dia kata mereka akan berada di SK Bertam Indah cuma 6 minggu sahaja tetapi lepas dua ke tiga hari dia dapat maklumat lagi kata 6 bulan pula. Tak kisahlah janji belajar.
Pelajar yang akan berpindah ke SK Bertam Perdana dikumpul dari sekolah yang berada disekitar Kepala Batas dari tahun 1 hingga tahun 3 dan mereka akan ditempatkan di kelas khas sementara tunggu SK B…

Hari Ikhtifal 2009

Image
Setelah semalaman hampir 4 kali anak aku muntah dari pukul 2 pagi hingga ke pagi tapi dia kuat kan semangat juga untuk menyertai Hari Ikhtifal 2009 tadikanya, Tadika Khalifah Intelek. Rasanya hampir 2 bulan tadikanya buat persiapan untuk acara tersebut. Walau tak bermaya tapi dari raut mukanya tetap gembira ketika bangun pagi. Tak sabar untuk membuat persembahan. Aku dan isteriku dok tanya dia kalau-kalau dia tak mahu pergi. Tapi dia tetap hendak kemajlis Ikhtifal tersebut.


Majlis ini diadakan di dewan Sekolah Sains Kepala Batas, sekolah sains yang rasanya setahun telah dibuka. Sampai di muka pintu dewan ia disambut oleh gurunya dan dibawa kebelakang pentas untuk buat persiapan. Aku dan isteri tunggu dihadapan pentas. Setelah acara bermula, ini adalah beberapa aktiviti yang disertainya.


Membaca Surah Yasin bersama beberapa rakan-rakannya.
Acara diselang-seli dengan ucapan guru besar, Cikgu Atikah, bapa cikgu Atikah dan ceramah motivasi olehUstaz Muhd Rozee Abd Razak.

Setelah itu dia sert…

1 Malaysia

The Top Countries for 2010
Here’s our list of the 10 hottest countries for next year — and why

LonelyPlanet.com

Malaysia

Malaysia often gets criticised as being mild in comparison with its grittier neighbours, Thailand and Indonesia. It’s true, natural disasters and coups only seem to happen across its borders, the roads don’t have too many potholes, buses and trains have air-con and plush seats, and hotels are of international standard. While troubles are few, visiting Malaysia lets you leap into the jaws of one of the most interesting parts of Southeast Asia’s roaring cultural smorgasbord — and not be too worried about it. Cheap connections to Europe and great exchange rates mean that you won’t get eaten up by your wallet either.

p/s: baca artikel laman web Yahoo dalam kolum TODAY hari ini

Lambaian Ka'abah

Image
Lambaian Haji, hari ni bapa dan mama aku berangkat ke Mekah. Setelah sekian lama buat rayuan untuk ketanah suci Makkah maka pada 11hb November 2009 permohonan dia mendapat kelulusan dari Tabung Haji. Tapi tarikh tak tahu lagi. Setelah menghubungi semula pihak Tabung Haji maka penerbangan ke tanah suci telah ditetapkan pada 18hb November malam. Maka tiket kapalterbang MAS dari Alor Setar ditempah ke KLIA.
Lebih kurang jam 2 petang setelah solat Zohor bapa dan mama aku keluar dari rumah setelah bacaan doa oleh Pak Su Halim dan berkumandang azan yang dilaongkan oleh jiran untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
Setelah menunggu lebih kurang 40 minit, bapa dan mama masuk ke balai berlepas lebih kurang jam 3 petang untuk ke KLIA. Kira nie first time aku masuk lapangan terbang nie setelah dibuat baru. Dulu bangunan buruk ja. Yang aku tak best pengumuman dari corong speaker tak berapa jelas, macam bercakap dalam kelambu dan satu lagi dia punya jadual penerbangan yang dipaparkan dari si…

Aku dalam lukisan Ammar

Image
Ini adalah nukilan Muhammad Ammar merakamkan aku dalam lukisannya menggunakan Pain (program melukis free dalam Windows). Mungkin empat ke lima puluh tahun lagi lukisan ini akan menjadi masterpiece.

3 dah jadi 2 juga

Image
Setelah melihat adiknya Muhammad Ammar boleh naik basikal dengan 2 tayar. Jadi setiap petang menunggang basikal menjadi agenda utama Siti Sarah. Sebelum ini dia tak berapa minat menunggang basikal. Jika orang naik basikal dia akan berjalan atau berlari sahaja.
Setelah melihat dia macam boleh naik basikal 2 tayar, aku pun buka tayar ketiga. Mula-mula memang susah sikit Sarah nak naik. Aku kena pegang supaya dia dapat imbang badan sebelum kayuh. Banyak kali juga ajar dia supaya sebelah kaki kayuh sedikit dahulu ambil lajak sebelum menggangkat kaki kedua, tapi tak menjadi. Dia pun dah mula tention disamping adiknya yang kadang-kadang mengganggunya, maklum lah adiknya dah terer dah.
Lama-lama lihat dia tak boleh juga buat sendiri, mungkin dia terpaksa angkat kaki kedua tinggi untuk pijak pengayuh sebab tempat duduk dia rendah. Lalu dinaikkan tempat duduk dia supaya dia dapat mengangkat kaki kedua dan diletakkan atas pengayuh dengan pantas. Selepas dinaikkan baru boleh dia naikkan kaki kedu…

Oh....Power Window Myvi

Masa dulu kita selalu sebut kereta Proton ada banyak masalah terutama dengan power window. Tapi kereta PROTON Wira yang aku pakai dulu tak ada pun masaalah power window. Ada satu ketika ada forum atau seminar ( rasanya mengenai halatuju syarikat besar negara) di USM yang disertai oleh pihak PROTON sebagai salah seorang ahli penel . Semasa sesi soal jawab ada yang bertanya mengenai masalah power window kat situ ( entah siapa yang bertanya aku tak pasti...yang pasti dia telah betanya ditempat yang salah). Begitulah kelemahan PROTON sehingga jika ada ruang pasti ada yang akan melepaskan geram, tak kira didalam forum atau di akhbar.

Lain pula ceritanya dengan PERODUA Myvi aku. Semenjak aku pakai banyak kali aku suruh mereka perbaiki power window Myvi aku. Cermin kadang-kadang naik dan kadang-kadang sangkut masa aku tekan butang power window. Setiap kali perbaiki tak berapa lama masalah yang sama akan berulang. Dari sebelum habis waranty sehingga habis waranty.

Hari ini aku ke pusat servis P…