Posts

Showing posts from February, 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Bertam Perdana Ke-3

Image
Dalam jam 8.30 pagi aku ke sekolah. Untuk hadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Betam Perdana kali ke-3 pada 25hb Februari 2012.

Sampai awal lagi, pi bayar duit fail dan abacus (sempoa) untuk Muhammad Ammar dulu. Ibu bapa belum ramai lagi sebab acara akan bermula jam 9 pagi.

Dalam aturcara, program terbahagi kepada dua fasa sebab untuk menyesuaikan dengan kehadiran YB. Sementara menunggu YB datang, dalam jam 9.15 pagi mesyuarat dimulai. Semua AJK PIBG mengambil tempat dihadapan. Acara pertama ucapan aluan oleh YDP PIBG, Tn Hj Abd Latif.

Beliau berharap kepada ibu bapa yang mempunyai kemushkilan atau masalah berhubung dengan pihak sekolah diminta mereka menggunakan saluran yang betul, samaada kepada guru besar atau pihak PIBG.

Beliau juga menerangkan mengenai kenapa pintu pagar sekolah di tutup selepas pelajar masuk ke sekolah. Ini disebabkan menjaga keselamatan pelajar-pelajar. Ini berikutan kes tahun 2003 dimana sebuah kereta telah memasuki kawasan sekolah dan telah melanggar pelajar me…

Integriti dan Kedai Buku Sekolah

Image
Apa itu integriti ? dari kamus Dewan Dewan bermaksud:

1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan.

Ini ceritanya. Suatu hari isteri aku ke Kedai Buku Sekolah untuk membeli barang keperluan anak aku darjah satu. Ketika berada di situ dilihat penjaga kedai dengan senang hati menjual 10 biji pemadam kepada pelajar tanpa menyoal apa-apa.

Satu kisah lagi, suatu hari  lain pula aku dapat tahu mengenai Kedai Buku Sekolah. Ketika berada di situ, dilihat oleh beliau kakak yang jaga kedai menjual keropok. Tiba-tiba kakak yang menjual keropok telah menyorok keropok-keropok itu setelah mendengan ada cikgu yang dalam perjalanan ke kedai. Apabila dilihat tiada cikgu yang masuk, mereka keluarkan kembali keropok-keropok itu.
Itu dua kisah yang saja aku tulis. Dimana kisah pertama, pihak sekolah telah …

Apa Ada Pada Nama ?

Image
Beberapa hari yang lalu aku keluar rumah seprti biasa. Berhenti di lampu isyarat. Dalam dok tunggu lampu hijau terlihat satu papan tanda baru di persimpangan jalan tertulis Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir. Sebelum ini jalan tu tak ada papan tanda tetapi semua orang dah maklum sebagai Jalan Kubang Menderung. Serupa kisah turun temurun.
Sebab apa di namakan Jalan Kubang Menderung ? Mari kita kaji salah-silah dia. Cari sendirilah, aku google tak jumpa. Gambar ada, sejenis rumpai liar yang manusia tak mau ( tapi ada juga orang bandaraya yang buat hiasan ). Mungkin dulu-dulu kawasan nie penuh dengan tumbuhan nie kot.
Semua benda ada nama. Kalau tak ada kita reka bagi juga nama. Manusia, jalan, bangunan, jambatan, kenderaan, pokok, alatan dan macam-macam lagi ada nama. Setiap nama yang diberi ada asal-usul dan sebabnya.

Dulu-dulu setiap nama ada sejarahnya, seperti nama orang yang meneroka, struktur geografi seperti kawasan tu berpaya atau banyak pokok keladi atau peristiwa-peristiwa yang be…

Minyak Masak

Image
Adalah tiga minggu lepas kami ke TESCO Sungai Petani. Dipendekkan cerita kami ke bahagaian minyak masak. Di dapati minyak masak murah hampir licin yang tinggal minyak masak kelauaran TESCO yang berlambak dan sedikit-sedikit jenama Buruh dan Pisau ( tapi aku tak berkenan ). Minyak masak mahal seperti bunga matahari, soya dan jagung banyak.
Yang mushkilnya kenapa minyak masak TESCO saja yang berlambak ? Orang tak berminat nak masak guna minyak masak TESCO ka ? Nak kata tak halal ada logo halal JAKIM atau minyak tu tak sedap.
Kalau betul kekurangan minyak masak, kenapa jenama TESCO terdapat banyak atas rak atau minyak masak keluaran lain pengeluar telah kurangkan keluaran untuk menaikkan harga atau TESCO mengurangkan penjualan minyak masak jenama lain untuk monopoli pasaran. Entahlah.

Semalam aku ada sembang dengan seorang pak cik. Dia kata dia selalu pi beli barangan runcit kat Pekan Kepala Batas. Dah selesai ambil semua barang yang nak dibeli cuma tinggal satu ja lagi iaitu minyak mas…

Jejak Kasih Lima Bersaudara

Image
Selepas mengemas barang nak balik dari berkelah di Pantai Merdeka ternampak satu benda yang amat terkenal dan sinonim dengan Bandaraya Alor Setar. Sesuatu yang dah hilang. Tersusun di pinggir kawasan parking. Khabarnya dah dibina baru di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dengan bentuk yang sama.
Berkemungkinan ini merupakan lima bulatan rukun negara yang dahulunya menjadi sebahagian dari mercu tanda Alor Setar, Bulatan Teluk Wanjah. Lima bulatan inilah yang menjadi tempat takungan air untuk lima air pancut utama.

P/s: Ingat lagi Rukun Negara ? Dulu masa sekolah, Rukun negara di cetak di belakang buku tulis.
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Forex : Haram

Image
Masa makan malam tadi dalam berita TV dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa sistem perniagaan pertukaran wang asing adalah HARAM disebabkan berlakunya spekulasi matawang yang bercanggah dengan hukum Islam.

Malam nie aku cari beritanya dalam internet. Dapatlah maklumat  dari The Star online. Kepada sesiapa yang tengah berbahagia dengan kemewahan bermain forex tu cepat-cepatlah tinggalkan.
p/s: tak sempat bak belajar forex *** Petikan Tha Star online pada 15hb Feb 2012 ***
Forex trading 'haram', says National Fatwa Council
KOTA BARU: The National Fatwa Council ruled Wednesday that foreign exchange trading (forex trading) is forbidden (haram) for Muslims.

Council chairman Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin said forex trading was against Islamic law and created confusion among Muslims.

"A study by the committee found that such trading involves currency speculation, which contradicts Islamic law.

"For that reason, the National Fatwa Council has d…

Malaysia Di Kalahkan Singapura

Image
Terbaca berita dari Utusan Malaysia semalam. Harga kereta Malaysia menduduki tempat kedua termahal di rantau ASEAN di bawah Singapura. Kenapa jadi macam nie ? Jika Singapura menjual harga mahal OK lah sebab kemampuan rakyat mereka memang tinggi.

GDP per kapita (PPP) Singapura terbukti tinggi melangit dari Malaysia dan GDP ( PPP ) Malaysia pun tinggi juga dari negara ASEAN lain. Tapi takkan harga barangan pun nak naik juga.

Aku dok cari kat internet negara ASEAN mana selain Malaysia yang mengeluarkan kereta ? Tak jumpa satu pun. Kebanyakan negara ASEAN melakukan pemasangan kereta.

Malaysia yang menjadi pelopor pengeluaran kereta kereta nasional. Adakah disebabkan kita pengeluar kereta maka harga kereta menjadi mahal. Tak juga sebab harga kereta Malaysia yang dijual di negara luar murah pula.

Aku tak paham. Nak kena belajar ekonomi pulak dah.

*** Petikan dari Utusan Online pada 14hb Feb 2012***

Harga di Malaysia ke-2 termahal

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Harga kereta di Malaysia adalah lebih…

Pantai Merdeka Feb 2012

Image
Sekali lagi kami ke Pantai Merdeka. Saja nak lepak-lepak. Macam yang lepas kami pi sana awal pagi. Hampir seperti yang lepas juga cuma lewat sehari, hari Thaipusam. Cuma kali ini cuti ganti Maulidur Rasul. Belah Penang dan seangkatan dengannya bercuti, Kedah kena kerja cam biasa. Kira-kira setahun dah.

Sepanjang jalan menghampiri Pantai Merdeka dikiri kanan jalan bendera parti politik terpacak. Sehingga banner besar Pantai Merdeka pun terpacak atasnya bendera. Serupa ada pilihanraya kecil, dok warm-up kot.
Sampai di sana pilih tempat yang stategik sebab nak gantung ndoi ( buaian) sebab ada dua puteri dan putera nak berendoi. Cari pokok yang ada dahan rendang nak ikat tali.


Tak ada masalah sebab boleh kata orang tak ramai lagi cuma masalah kotor sebab sampah yang dibunag oleh pengunjung semalam. Abang MPSPK pusing banyak kali juga lah baru dapat bersihkan kawasan nie.
Kali ini bawa khemah sebab senang nak simpan barang dan boleh lepak-lepak dalam khemah ( macam bagus ).

Masa datang t…

Amariz Cafe

Image
Sekali lagi medan selera Kiosk Bertam, satu lokasi makan yang terdapat enam buah kiosk yang menyediakan makanan berkonsep santai dan terbuka dan boleh lepak-lepak menjadi tumpuan.  Logo wi-fi ada kat situ, tapi tak pastilah boleh guna ka tidak. Setiap kiosk mempunyai menu tersendiri seperti masakan melayu, ala-thai, ala-chinese, western, pizza. Kiosk-kiosk nie tak payah gaduh-gaduh berebut pelanggan.

Kali ini kami nak pekena ala-chinese pula. Jadi kami lepak depan Amariz Cafe. Cafe nie menyediakan berbagai makanan berkonsepkan cina seperti sizzling, claypot, little kuali dan berbagai jenis masakan sayuran, ikan dan daging. Semua ala-chinese.
Sebelum ini kami dah datang ke kiosk nie dan dah makan Char Ho Fun dan claypot rice, memang sedap. Jadi kali nie kami nak cuba yang lain pula. Isteri aku nak oder char koew teow. Tapi koew teow habis jadi oder bee hoon singapore saja lah. Aku oder kantonese koew teow, pelayan tu kata ada. Aikkk.... tadi kata koew teow habis, tapi sekarang ada pula…

Alor Setar - Hari 2 : Menara Alor Setar

Image
Dalam perjalanan kami balik dari Alor Setar ke Kepala Batas singgah ke menara ini. Dah petang, nak tengok matahari terbenam dari menara. Inilah pertama kali aku menjejak kaki ke Menara Alor Setar sepanjang aku jadi orang Kedah.
Menara ini di kelilingi oleh taman dan terdapat sedikit permainan untuk kanak-kanak. Oleh itu kat bawah tu boleh lepak-lepak.
Tiket masuk boleh didapati di kaunter di kaki menara. Disamping itu terdapat jualan cenderamata di ruang legar menara tersebut dan juga maklumat mengenai menara.
Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi yang ke-19 tertinggi di dunia dan juga yang kedua tertinggi di Malaysia ( selepas Menara Kuala Lumpur ). Ketinggiannya ialah 165.5 meter. Dibuka untuk pelawat pada 14 Ogos 1997 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke 4. ( maklumat lanjut boleh lawat laman web menara http://www.menaraalorstar.com.my/index-2.html )

Menara dibuka untuk lawatan dari 10 pagi hingga 10 malam. Harga tiket dari RM 10 hin…

Alor Setar - Hari 2 : Taman Permainan Menara Alor Setar

Image
Tak mau bagi bebudak tu boring kat kampung cuti tahun baru cina nie, pagi-pagi lagi, tak la pagi sangat bawa anak-anak aku ke Taman Menara Alor Seter. Bila balik kampung selalu dok lalu kat situ, nampak ada alat permainan berdekatan Menara Alor Setar. Macam ganas ja. Jadi pagi ni kami ke situ. Bebudak dangan pak budak ja, mak budak kena dok rumah.

Parking banyak, sebab orang tak ada lagi. Apa lagi, lepas la bebudak tu main kat situ. Cuaca masa nie memang baik, panas.
Bila sampai, laaa baru nampak permainan kanak-kanak kat situ sikit saja dan tak banyak pilihan. Tapi ok lah main dulu. Kawasan sekitar menara bersih dan sesuai untuk lepak-lepak bersantai.
Anak abang aku pun datang juga dengan basikal.
Anak ke tiga aku Ahmad firas menunjukkan keberanian melongsor dalam terowong papan longsor.
Sambil-sambil tengok depa main, pusing-pusing kawasan bawah menara. Tanyalah apa yang patut kat kaunter. Mungkin malam nanti nak bawa kami sekeluarga naik atas menara.

Dok tak berapa lama bebudak tu …