Tuesday, November 25, 2014

8 Jalan Di KL Dapat Nama Baharu

Cuti Sekolah nie kepada sesiapa yang dok cari jalan guna nama lama mesti kelang kelibut. 8 batang jalan akan menggunakan nama baharu mulai 26 November nie, esok la tuuu.

 Menurut Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Tapa, tindakan penamaan semula tersebut adalah sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Nama-nama jalan baharu tersebut ialah:

1. Jalan Duta akan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim
2. Jalan Khidmat Usaha akan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
3. Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut  sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah
4. Persiaran Duta akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
6. Lebuhraya Mahameru akan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar
7. Persiaran Mahameru akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar
8. Jalan Semarak akan ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra

Panjang juga nama yang diberi. Lepas nie kena cari ringkasan untuk nama-nama jalan tu seperti kalau duhulu Jalan Tuanku Abdul Rahman jadi Jalan TAR. Jadi pandai-pandai lah buat ringkasan.

Maklumat dari Astro Awani.

Wednesday, November 19, 2014

Tiket MAS ada DNA arak?


Macam mana boleh jadi macam nie? Mungkin prosidur lama sejak zaman jahiliah yang tak dikemaskini sehingga terlepas pandang. Kasihan kepada orang-orang Islam yang naik kapal terbang MAS. Sudahlah haram, orang lain yang minum kita yang kena bayar.

Pihak kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan yang telah sain MOU menggunakan perkhidmatan MAS untuk membawa pegawai-pegawai mereka kena tengok balik kaedah penggunaan perkhidmatan ini. Duit yang mereka niak tu termasuk duit cukai yang rakyat bayar.

Coklat Cadbury ada DNA babi kena boikot, bagaimana dengan tiket ada DNA arak?

Terima kasih kepada YB yang membangkitkan isu nie.

Petikan dari HarakahDaily:

~~~~~~~~~***~~~~~~~~~

Setiap harga tiket MAS termasuk bayar arak

HARAKAHDAILY | 17 November 2014.

KUALA LUMPUR:  Dewan Rakyat minggu lalu dikejutkan dengan pemakluman bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam peswat MAS termasuk arak.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi sebagai menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang bertanyakan sama ada minuman keras diberi secara percuma atau sebaliknya.

"Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang," katanya.

Jawapan itu mengundang satu lagi kekhuatiran daripada Khalid yang mendakwa ia bermakna setiap orang yang membeli tiket MAS adalah bersubahat menyumbang kepada kos hidangan arak, sekalipun tidak meminumnya.

"Jadi maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. Ini yang tidak betul ini.

"Saya rasa kebanyakan daripada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa kalau ada penumpang yang hendak minta arak ini pun kena bayar. Kalau tidak, akhirnya sama ada kita sedar atau tidak, kita bersubahat," katanya.

Gambar dari internet
Kuasa menteri
Dalam pada itu Mohamed Hanipa bin Maidin (PAS-Sepang) mendakwa isu hidangan arak ini adalah lebih kepada kuasa menteri.

Menurutnya, jika menteri boleh memberi arahan dan kata putus, ia boleh diselesaikan dengan mudah.

"Saya rasa dari segi isu menghidang arak ini, dia lebih kepada kuasa Menteri. Menteri ada kuasa. Kalau Menteri boleh bagi arahan, saya rasa tidak ada masalah.

"Saya mendengar jawapan Menteri ini, kita makin takut. Kita ingat selama ini tiket itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian arak.

"Yang Berhormat Menteri menyebabkan orang Islam yang mendengar jawapan itu menjadi takut hendak naik MAS lagi dah. Maknanya kita ada saham pula. Selama ini kita tak jangka benda macam ini berlaku," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata MAS sedang dalam proses penstrukturan semula dan akan membuat model perniagaan baharu yang mungkin akan menukar sistem sedia ada yang dipertikai itu.

Terdahulu, isu pakaian menutup aurat oleh pramugari dan hidangan arak di dalam pesawat MAS dibangkitkan oleh Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat Kementerian Pengangkutan.

Marzuk meluahkan kekecewaan terhadap jawapan pihak kementerian yang mendakwa hidangan alkohol dalam pesawat sebagai meraikan kepelbagaian pelanggan dan kehendak pelanggan antarabangsa.

"Kalaulah ini sebagai hujahnya, maka apa akan jadi kepada orang yang duduk di sebelah penumpang yang minum minuman keras yang akhirnya mabuk dan mengganggu penumpang sebelah yang tidak minum minuman keras.

"Kita bukan hendak menafikan privasi penumpangpenumpang non Muslim yang menaiki pesawat-pesawat antarabangsa ini. Akan tetapi kalaulah privasi mereka diutamakan, bagaimana pula dengan privasi kita?" soal beliau.

Pandangan oleh ahli-ahli parlimen PAS itu turut disokong aleh ahli-ahli parlimen Umno termasuk Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis), Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (BN-Machang) dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah).

Kesemua mereka bersetuju agar hidangan arak dihentikan dan pakaian pramugari ditetapkan supaya menutup aurat.

Timbalan Menteri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi dalam penggulungannya berkata beliau akan mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan termasuk tiket yang siap dengan makanan yang sudah lama diamalkan.

"Maka sebab itu saya yakin dengan penstrukturan MAS nanti, ia akan membuat pendekatan new business model yang lebih rapi dan lebih Islamik," katanya.

Berikut adalah petikan perbahasan 11 Nov 2014 mengikut penyata rasmi (Hansard) parlimen.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Adakah benar bahawa minuman-minuman keras ini dibekalkan secara percuma?

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Jadi maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. Ini yang tidak betul ini. Saya rasa kebanyakan daripada syarikatsyarikat penerbangan antarabangsa kalau ada penumpang yang hendak minta arak ini pun kena bayar. Kalau tidak, akhirnya sama ada kita sedar atau tidak, kita bersubahat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Malaysia boleh.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Untuk makluman Tuan Pengerusi, mengenai syarikat penerbangan MAS ini, ia dalam proses penstrukturan semula. Dalam konteks ini, ia akan menggunakan satu new business model. Jadi kemungkinan new business model yang akan diterajui oleh satu syarikat yang baru ini dan seorang CEO yang baru nanti, ia akan dapat merubah sistem ini seperti mana kehendak harapan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sikit boleh? Sikit, sikit.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Menteri, saya rasa dari segi isu menghidang arak ini, dia lebih kepada kuasa Menteri. Menteri ada kuasa. Kalau Menteri boleh bagi arahan, saya rasa tidak ada masalah. Saya mendengar jawapan Menteri ini, kita makin takut. Kita ingat selama ini tiket itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian arak.

Yang Berhormat Menteri menyebabkan orang Islam yang mendengar jawapan itu menjadi takut hendak naik MAS lagi dah. Maknanya kita ada saham pula. Selama ini kita tak jangka benda macam ini berlaku. Itu yang pertama.

Yang keduanya Yang Berhormat Menteri, kalau kita hendak katakan syarikat, banyak juga syarikat penerbangan lain yang tidak hidang arak langsung. Maknanya boleh. Akan tetapi dalam masa yang sama saya tahu Yang Berhormat Menteri mungkin cater kepada penumpang yang bukan Islam. Dalam konteks itu, kalau hendak beri pun mestilah ada had dia.

Yang ketiganya Yang Berhormat Menteri, apabila ada hidangan arak ini, yang lebih concern ialah pramugari dan pramugara yang beragama Islam. Maknanya mereka concern sebab mereka terpaksa menjalankan tugas itu walaupun dengan tidak reda. Jadi macam mana kita hendak menjaga sensitiviti orang Islam yang bekerja itu?

Sudahlah dengan gaji yang rendah, selepas itu terpaksa buat benda itu dalam keadaan kita tahu bagaimana kes ada seorang pramugari apabila mengandung diberhentikan kerja. Ini semua berlaku dalam MAS. Jadi saya harap, benda ini Yang Berhormat Menteri kena ada satu pendirian. Kerajaan ada satu pendirian tentang isu ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Lipis.

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Sikit sahaja saya hendak penjelasan, saya bangkitkan dalam perbahasan tadi berapa banyak kes yang pernah berlaku gangguan oleh orang yang minum arak kemudian mabuk atas kapal terbang khususnya kepada pramugari-pramugari yang bertugas ini.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Pengerusi, apa juga pandangan-pandangan ahli Yang Berhormat mengenai apa yang dibangkitkan mengenai arak dan juga pakaian, saya akan bawa perkara ini kepada pengurusan MAS untuk di...

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan. Tadi mengenai tiket yang siap dengan makanan, ini perkara ini memang dah lama dah. Maka sebab itu saya yakin dengan penstrukturan MAS nanti, ia akan membuat pendekatan new business model yang lebih rapi dan lebih Islamik. - HARAKAHDAILY 17/11/2014

Thursday, November 13, 2014

Al Araby TESCO Seberang Jaya

Kali nie Arab lagi. Nak rasa keAraban nie kami buat edisi terjah ke sebuah restoran arab. Kali nie ke TESCO Seberang Jaya. Kat dalam bangunan TESCO nie ada sebuah restoran makanan arab Al Araby Restoran.
20140525_160810
Al Araby Restoran TESCO Seberang Jaya
Masa yang cukup baik untuk makan nasi Arab semestinya tengahari. Baru boleh pulun, lagi pun dia punya saiz hidangan ikut perut arab.

Masuk kedalam bolehlah rasa suasan kearabannya dengan hiasan-hiasan dinding dan serba sedikit deko yang ada. Kat sini ada disediakan tempat duduk bersila dengan coffee table dan meja biasa. Kami pilih meja biasalah. Nak cari pasai dengan si kecil, Fatini. Mau dia lompat atas talam.
20140525_141532
Tengok menu dulu, macam menarik ja. Macam-macam ada. Nak pilih satu-satu boleh atau nak pilih set pun ada. Kat menu juga diletakkan gambar-gambar makanan, jadi tak pening kepala dok tanya kat pelayan bentuk ka? warna ka? Cuma bau saja yang tak keluar. Jadi dapatlah membantu sedikit sebanyak. Kami pilih set, senang sikit tak payah susah-susah pikiaq apa yang matching.
20140525_140716
20140525_140727
Menu
20140525_140803
Menu set
20140525_140826
20140525_141301
Air biasa ada, kalau nak pekena teh arab pun ada.
Dok tak berapa lama sampai. Nie dia  apa yang di pesan. Mula-mula sampai air sejug. Lepas tu sampai shawarma sepiring ada 4 ketul dibalut dengan aluminium foil. Perak juga nak makan benda nie. Selalu kalau makanan arab kami dok oder nasi ja.
20140525_141631
Shawarma.
Mula-mula cium, macam ada bau tak berapa best. Panggil pelayan kat situ bagi tau dia shawarma tu ada bau. Lalu diambil bagi kat tukang masak kot. Tak lama dia keluar balik dan dia kata bau shawarma memang cam tu. Ooooo kami mana tau. Apa lagi belasah ja la. Boleh kata sedap juga, kena sebijik boleh kenyang. Dalam shawarma tu ada isi ayam dan macam-macam sayur. Tak boleh makan banyak-banyak, menu utama tak sampai lagi.
Shawarma setelah di buka aluminium foil.
 Tak berapa lama nahhh tuu dia setalam nasi untuk 4 orang. Nasi mendy datang dengan empat ketul kambing, empat mangkuk kuah macam kuah kari, salatah / salad dan sambal dan diletakkan cabai hijau. Saiz boleh tahan besar.
20140525_142134

20140525_142200
Set nasi mendy. Beras panjang bersama empat ketul kambing dan juga salatah, kuah kari dan sambal. Cabai hijau boleh kepak-kepak masa makan. Memang terbaik.

20140525_142307
Nasi kena bedak-bedak dulu baru senang makan. Kalau makan atas lantai bolehlah keliling talam.

20140525_143915
Sat ja dah nak bersih kat talam tu.
Walau saiz untuk 4 orang dewasa tapi tetap licin. Sambil dok bersihkan apa yang tertinggal atas meja tetiba datang empat mangkuk aiskrim. Aikkkk tak oder pun macam mana boleh ada. Check balik menu rupanya ada pencuci mulut, kami dok tengok menu utama ja.
20140525_143859
Aiskrim perisa mint.
Diberi perisa mint. Jadi berasa berangin sikit. Aku tak berapa berkenan, tapi dah sampai belasah ja lah. Alhamdullillah dah selesai, jadi naik ke TESCO shoping sikit barang dapur.

Keseluruhan nasi memang sedap. Saiz hidangan macam biasa besar dan berbaloi dengan harganya. Kambing pun lembut ditambah dengan kuah dan sambal memang terbaik. Alamat restoran seperti dibawah.

Al-Araby Mathaam
Tingkat Bawah
Tesco Seberang Jaya, Penang

Telefon: 013-5000-900

Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam.

GPS:
   5.405598, 100.404931
   5°24'20.1"N 100°24'17.8"E

Lokasi tengok Google Map Kat bawah.



Saturday, November 8, 2014

Bahasa Perpaduan - Dimana Silapnya

Selepas keluar kenyataan dari TS Muhyiddin mengenai bahasa kebangsaan masih belum berjaya menjadi bahasa perpaduan maka banyaklah sang wartawan membuat laporan mengenai nama-nama  jalan dan bangunan yang masih mengguna dan mengekalkan salain dari Bahasa Malaysia. Kadang-kadang cakap saja dan mengharap orang lain yang buat.
Petikan: Utusan Malaysia 15/10/2014

Tak berani pulak sang wartawan menegur kerajaan yang masih menggunakan Bahasa Inggeris untuk projek-projek kerajaan. Contoh yang hari-hari boleh kata ada berita di akhbar ialah UTC (Urban Transformation Centre) atau dalam Bahasa Malaysia ialah Pusat Transformasi Bandar iaitu pusat setempat yang memberi berbagai perkhidmatan dibawah satu bumbung. Bapak-bapak menteri setiap kali beri ucapan menggunakan singkatan dari Bahasa Inggeris begitu juga dengan video clip yang hari-hari di mainkan kat TV..

Begitu juga RTC (Rural Transformation Center) atau dalam Bahasa Malaysia, Pusat Transformasi Luar Bandar. Pusat yang bertujuan membantu penduduk luar bandar pun menggunakan Bahasa Inggeris.

Pusat-pusat nie ditubuhkan untuk memudahkan rakyat Malaysia menyelasaikan berbagai aktiviti dibawah satu bumbung. Rasanya Cristiano Ronaldo atau Leonardo DeCaprio atau Shah Rukh Khan tak guna perkhidmatan kat sini kot. Tak sedap kot kalau guna sinkatan Bahasa Malaysia.

Ini tak termasuk lagi dari GLC seperti RISDA, MADA, FELDA dan ada lagilah yang masih kekal menggunakan singkatan Bahasa Ingeris.

Begitu juga dengan laman sesawang, banyak agensi kerajaan menggunakan singkatan dari Bahasa Inggeris sebagai alamat web mereka antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia (Ministry of  Education) menggunakan www.moe.gov.my, Pusat Transformasi Bandar menggunakan  www.utc.gov.my, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (Ministry of Agriculture) menggunakan www.moa.gov.my, Kementerian Kesihatan Malaysia (Ministry of Health Malaysia) menggunakan www.moh.gov.my dan sebagainya.

Adakah dengan penggunaan singkatan Bahasa Inggeris menjadikan kita lebih global dan dikenali dan meningkatkan imej Malaysia di mata dunia? Jika kerajaan pun masih mengagungkan bahasa luar bagaimana untuk mendidik rakyat menghargai bahasa sendiri dan menjadikan Bahasa Malaysia untuk perpaduan?

Tepuk kepala tanya akal, dimana silapnya.

Tuesday, November 4, 2014

Penang : Akuarium TAR Pulau Pinang

Sekali lagi mai Tanjung. Tau ka Tanjung kat mana???  Pulau Pinang la tuuu. Ada adik beradik kenduri. OKlah cerita lepas makan kenduri. Alang-alang dah sampai Tanjung dan cuaca pun OK ja, lepas makan dah kenyang apa lagi edisi terjah sekali lagi ke Akuarium FRI. Entah keberapa kali dibuat edisi terjah kesitu. Alhamdulillah kali  nie akuarium telah dibuka dan orang pun ramai.

Akuarium Pulau Pinang
Akuarium TAR Pulau Pinang
Nie cerita 16hb September 21014 yang lepas. Kali nie ketika sampai kenderaan memang banyak. Nak parking pun kena pusing juga la baru dapat. Dulu akuarium nie diberi nama Akuarium FRI Pulau Pinang (Institut Penyelidikan Perikanan  PP) tapi kali nie dah di tukar ke Akuarium TAR Pulau Pinang. Digunakan nama Tuanku Abdul Rahman seperti akuarium kat Zoo Negara.

DSCF5242

Ambil tiket pakat-pakat masuk. Layan saja gambar kat bawah nie, aku pun tak tau ikan apa yang depa tayang. Janji bebudak seronok tengok ikan.

DSCF5247
DSCF5249
DSCF5254
DSCF5256
DSCF5257
XXXXXXXX
DSCF5261
apa nama ikan nie??
DSCF5263
DSCF5278
Gamat

DSCF5270
Saya bukan ikan.
DSCF5288
menyelam pulak dia.
Semasa hampir nak keluar dari bangunan tu, ada sebuah auditorium siap dengan kerusi lagi. Dapat lah duduk rehat. Tunggu juga kalau ada pertunjukan, tapi tak dak apa-apa berlaku. Mungkin ada masa-masa tertentu dibuat pertunjukan seperti akuaria. Aku pi la jenguk-jenguk kat depan pintu  kot-kot ada notis, tapi tak dak pun. OKlah dapat dok rehat kejap pun jadilah.
DSCF5293

Sambil rehat bolehlah tengok ikan-ikan berenang kat akuarium besar kat depan tu.

DSCF5295
Masa kami sampai pengunjung saja ber selfie dengan ikan kat depan dewan.
DSCF5297
DSCF5312


 Dah sampai di penghujungnya. Keluar dari bangunan nie kat luar adalah di buat beberapa kolam terbuka. Bolehlah layan penyu dan juga shopping survinir kat sini.

DSCF5323
kolam
DSCF5328
Penyu, boleh pegang tapi resiko kena gigit tanggung sendiri.

DSCF5332
Akuarium nie boleh kata kecil saja, tapi Oklah berpadanan dengan harga tiket. Boleh bebudak tu tengok ikan-ikan air masin dan tawar.

DSCF5338

DSCF5349


Dengan berbagai hidupan laut hidup dapat dilihat dan berbagai maklumat dapat diperolehi dan juga harga tiket yang murah, akuarium ini suatu tempat yang perlu dilawati jika sampai ke Penang. Kepada yang nak berkunjung, ini sedikit maklumat Akuarium TAR Pulau Pinang.

Akuarium Tuanku Abdul Rahman
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI)
Jalan Batu Maung, Pulau Pinang.

Telefon:04-626 3925

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Tutup pada hari Rabu.

Harga tiket:
Dewasa RM 5.00, kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) RM 2.00
Rombonga sekolah RM 1.50.

GPS:
5.285904, 100.286362
5°17'09.2"N 100°17'10.9"E

Lokasi dari Google Map dibawah.



Monday, November 3, 2014

Kuliah Ilmu November 2014

Jom pakat ramai-ramai menambah ilmu di masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:



Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Surau Al Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:




Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...