Isnin 12hb Januari 2015, hari pertama sekolah dibuka semula. Muhammad Ammar dah masuk darjah 4 sekolah yang sama jugak, SK Bertam Perdana. Masuk sekolah lama tak sesebok Siti Sarah yang berpindah sekolah. Dah tau selok belok nak tuju kat mana.
 |
| Buku kerja Ahmad Firas ~ bukan main banyak!!! |
Yang sebok pagi Isnin nie ialah Ahmad Firas. Dah masuk 5 tahun, tak boleh duduk kat taska saja, kena mula belajar sikit-sikit. Jadi tahun nie daftar ke Tadika PASTI. Kalau dulu-dulu waktu pagi cuma tukar pempes dia dan adiknya Nur Fatini saja dan bawak ke Taska Nur Fazham. Tapi kali nie kena bangun pagi, mandi, pakai uniform baru ke PASTI. Pepagi semakin sebok.
 |
| Baju hijau dengan kasut sekolah baru. |
Hari pertama nie kami ambil cuti. Tapi kena bangun seolah-olah pergi kerja. Kali nie kena kejut Ahmad Firas bangun. Alhamdulillah seronok ja bangun. Seronok nak pakai baju baru dan nak pi sekolah baru. Laju ja kebilik air dan bersiap. Adiknya Nur Fatini masih dok kat Taska lama, cuma tukar pempes saja.
 |
| Dua-dua dah siap... |
Selepas abangnya M Ammar pergi ke sekolah, kami hantar Nur Fatini ke taska lama dulu. Selepas tu baru ke Tadika PASTI. Tak jauh pun jarak Taska Nur Fazham dengan Tadika PASTI, dalam kawasan perumahan Bandar Putra Bertam juga.
 |
| PASTI Putra Ibnu Sina Bandar Putra Bertam |
Hari pertama yang memang terbaiklah. A Firas macam gembira ja. Sampai ke PASTI, masuk pilih tempat bagi dia duduk. Kawan-kawan baru dah ramai dah. Firas macam tak kisah, relex jaaa.
Sampai sekarang Ahmad Firas dok sebut Tadika PASTI sebagai Baitul Ummi
sebab masa dok survey tadika tahun lepas adalah pi ke Tadika Baitul
Ummi. Mungkin dia nampak menarik kot, terus lepas tu lekat nama Tadika
Baitul Ummi walau kami letak dia kat tadika lain.
 |
| Lapas nie apa ekkkk?? |
 |
| Bersama kawan-kawan. |
Selepas dia dok dalam kelas, kami tunggu kat luar sekejap. Dok tengok kot-kot tetiba baralih angin, pi teriak. Tapi dok tengok OK ja, kalau dia toleh belakang nampak kami siap babai lagi. Rasa macam OK ja kami pun beredarlah, pi makan pagi sambil standby kot-kot cikgu talipon.
Tadika nie kami ambil pekej setengah hari saja, tengahari Cikgu Azi dari taska lama akan ambil tarnsit dengan adik dia. Lepas makan pagi kami pi tengok sekali lagi. Nampak OK saja pakat-pakat tengok reramai cerita Upin Ipin. Agenda petang ada lagi.
Dok sekejap kat rumah, Muhammad Ammar pula balik dan kami semua keluar pi makan tengahari. Selepas balik ada agenda lain pulak. Kali nie Muhammad Ammar kami daftar untuk Kelas KAFA sebelah petang. Kelas tiga kali seminggu setiap Isnin, Selasa dan Rabu mula jam 3 petang.
 |
| KAFA Bertam Perdana |
Hari pertama kami hantarlah sebab kena buat pendaftaran dan juga beli barang-barang keperluan tambahan. Hari-hari lain dia transit kat rumah jiran dan naik van je sana. Kelas KAFA nie tak jauh pun, dalam Taman Bertam Perdana juga cuma di Dewan Orang Ramai kawasan Bentara. Balik kelas isteri aku ambik.
Ramai kawan sekolah M Ammar yang masuk kelas KAFA nie. Jadi masuk kekelas sat saja dah riuh rendah. Kat KAFA nie juga ada disediakan kantin bolehlah anak-anak makan semasa rehat. Tapi Ammar hari pertama dah cerita dia ikut kawan beli nasi lemak kat mana entah.
 |
| Ramai yang ambil kelas KAFA nie. Boleh kata memasing dah kenai sebab satu sekolah. |
Ketika ini ibu bapa berpusu-pusu menginginkan anak-anaknya berjaya tak saja dalam akademik tapi juga bidang keagamaan. Maklumlah cabaran masa depan yang lebih mencabar dengan berbagai gejala. Anak-anak nie juga yang akan menjadi aset kita setelah mati. Kelas KAFA nie salah satu yang menjadi pilihan serampang dua mata. Ilmu dapat dan sijil pun dapat.
Kalau tak hadiri kelas KAFA pun, pelajar boleh ambil ujian UPKK saja.
Matapelajaran ala-ala KAFA nie boleh dapat juga kat transit yang
sediakan pengajian Pra-Tahfiz. Pengajian pun baik juga cuma tidak ada
sijil.
KAFA nie walau kelas tambahan dan tak wajib di ambil tapi boleh kata
penting sebab keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ) nie termasuk
dalam sijil-sijil yang akan di tanya ketika mengisi borang atas talian
terutama untuk memasuki Sekolah Menengah Agama. Ini kami ambil pengajaran dari
proses masuk tingkatan 1 Siti Sarah. Walau tak wajib tapi perlu. Walau
lepas UPSR ada ujian agama tetapi sijil UPKK ini lagi power katanya.
Dalam dok berebut mengejar sijil kerap kali berlaku pertembungan masa antara kelas KAFA, aktiviti kokurikulum, sukan dan kelas-kelas tambahan di sekolah. Jika bertembung, kadang-kadang ibu bapa tak tahu mana yang perlu diutamakan. Sebab semua aktiviti ini mempunyai nilai-nilai tersendiri.
Kenapalah kerajaan tak serapkan KAFA menjadi sebahagian dari pendidikan di
sekolah? Bukan sahaja memudahkan ibu bapa yang bercita-cita untuk hantar
anak ke sekolah agama tetapi juga meningkatkan pengetahuan agama
anak-anak.
Kepada Muhammad Ammar dan Ahmad Firas di doakan menjadi pelajar cemerlang yang dapat menguasi ilmu dunia dan akhirat dan beramal dengannya.