Showing posts with label Tanjung Dawai. Show all posts
Showing posts with label Tanjung Dawai. Show all posts

Naim Gulai Sembilang Tanjung Dawai

Selepas membeli belah di Tanjung Dawai, jam dah menunjukkan jam 1 tengahari. Masa untuk makan. Mula-mula kami cuba cari kedai makan menurut maklumat dari orang-orang Tanjung Dawai tapi entah sampai kemana, kami tak jumpa. Patah balik, kami ke lokasi yang banyak di update dalam internet, Naim Gulai Sembilang.
Naim Gulai Sembilang Tanjung Dawai

Semasa sampai manusia punyalah ramai. Kena tunggu sekejap sebelum dapat meja. Dah dapat meja baru boleh buat pesanan. Menu apa dipilih? Dah nama kedai Gulai Semilang, jadi kena pilih menu itu dululah. Orang belah lain cakap kari sembilang. Hidangan sampingan mulanya nak pilih ketam atau udang tapi dah habis. Mungkin disebabkan pengunjung yang ramai waktu cuti. Tak apalah tak ada rezeki.
Pengunjung memang ramai. Pilihan makanan ada dipaparkan atas siling. Gulai sembilang, udang kunyit, ayam pedas, kari kepala ikan, ikan sumbat, udang sambal dan sebagainya.

Disini ada satu meja yang diletakkan bubur dan pisang yang diberikan secara percuma kepada pelanggan. Jadi cedok saja sementara menunggu, bolehlah buat lapik perut dulu. Moga tuan kedai murah rezeki.
Bubur dan pisang disediakan percuma kepada pelanggan.

Sedang merasai bubur pulut hitam.

Masakan di warung ini Dalam 20 minit hidangan pun sampai. Gulai sembilang datang dalam mangkuk tanah, berasap lagi. Layan gambar kat bawah.
Gulai smbilang masih menggelegak. Ikan memang lembut, kuah terasa sedikit hangit tetapi masih sedap. Disamping ikan sembilang diletakkan juga bendi dan tomato. 

Sotong celup tepung. Sotong sedap ditambah dengan keharuman daun kari. Sos pencicah tak berapa kena sebab diberi sos cili, kalau sos thai rasanya lagi terangkat.

Ikan temenung sumbat. Aku sebut ikan belah belakang.
Kailan ikan masin.

Warung ini dibuka dari 7 pagi hingga 4 petang. Pagi ada nasi bersama lauk-lauk. Gulai sembilang disediakan bermula dari jam 9 pagi. Waktu tengahari tak disediakan lauk-pauk yang boleh cedok sendiri, semua kena oder. Jadi kalau perut mengelegak lapar jangan dok buat kalut.
Nie dia, simpel saja tapi kena dengan selera. Ditambah dengan ulam dan sambal.

Harga untuk ikan sembilang dikira dalam gram dimana 100g RM6.00. Ada makanan yang dikira dalam gram dan ada yang dikira ikut berapa orang makan. Keseluruhan masakan disini sedap dan harga sedikit mahal. Kalau sedap tak ada masalah.

Disini juga dijual rempah kari. Kalau sesiapa yang nak masak sendiri gulai sembilang bolehlah beli.

Kebersihan baik dan kalau boleh diperbesarkan ruang makan sebab sempit berbanding dengn pengunjung yang ramai terutama waktu cuti seperti hari yang kami datang ini. Untuk merasai keenakan kari sembilang bolehlah datang sini.

Naim Gulai Sembilang
Kg Sg Pial, Tanjung Dawai
Bedong Kedah

Telefon: 019-4756548

Waktu operasi dari jam 7 pg hingga 4 petang. Dibuka setiap hari dan tutup hari Jumaat. Untuk merasi gulai sembilang datang dari jam 9 pagi keatas.

Nak mudah ini dia lokasi GPS dan Google Map.

GPS:  5.709017, 100.356391
          5°42'32.5"N 100°21'23.0"E

Google map:



[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 13/6/2015]

1. Tanjung Dawai
2. Naim Gulai Sembilang
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Tanjung Dawai

Jom membeli belah ikan masin dan ikan bilis. Tuuu dia macam nak borong saja. Kali nie saja jalan-jalan ke Tanjung Dawai. Lama dah tak ke sana.
Melalui Pekan Semeling. Disini pun dah kena demam conteng dinding ~ mural.

Biasalah tempat persinggahan pertama di Tanjung Dawai mestilah ke Komplek Arked Tanjung Dawai. Tempat berhimpunnya peniaga hasil laut. Cuci mata tengok ikan kering dengan ikan bilis. Cuti mata serupa pi supermarket. Ronda-ronda sekejap di situ.
Arked Tanjung Dawai

Berbagai hasil laut dijual
Bergambar dengan Jeti Tanjung Dawai.

Beli air kopi ais dihadapan komplek dan terus ke tepi pantai. Layan sekejap tepi pantai sambil menikmati kopi. Dibuai angin dari Selat Melaka.
Layan keindahan pantai Tanjung Dawai di tengahari.

Puas lepak-lepak perjalanan diteruskan menyusuri jalan ditepi pantai hingga ke kedai yang menjual hasil laut. Di sini cuci mata sambil membeli belah. Ada orang kata disini lebih murah dan banyak pilihan. Belilah apa yang patut buat stok di rumah. Sedap juga makan ikan talang masin dengan pajeri ~ tetiba tertelan air liur.
Perniagaan Shahani ~ berbagai jenis hasil laut seperti ikan kering dan bilis dijual. GPS: 5.690956, 100.356767 atau 5°41'27.4"N 100°21'24.4"E


Berhadapan dengan kedai Shahani terdapat satu kedai kecil yang didalamnya ada dua orang tua, rasanya suami isteri. Yang menarik perhatian aku ialah disamping barangan runcit, bersusun belacan diatas meja. Belacan specialist.

Bersebelahan kedai ada bangsal dengan seorang mak cik sedang mengacuankan serbuk belacan menjadi seperti blok-blok bata.
Serbuk belacan yang telah siap di masukkan dalam acuan menjadi seperti blok-blok bata.

Menurut pakcik yang menjaga kedai, ada dua jenis belacan. Belacan tumbuk atau buatan tangan dan satu lagi buatan mesin. Aku dah terlupa apa bezanya tapi salah satu kurang masin dan salah satu tahan lebih lama. Kami sambar seketul dua nak rasa, mana tahu tiba-tiba mengidam belacan Tanjung Dawai.

Oklah dah letih menulis, sambung di entry lain.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 13/6/2015]

1. Tanjung Dawai
2. Naim Gulai Sembilang
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang