Posts

Showing posts from January, 2014

Bonus Tabung Haji 2013

Image
KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2014: Lembaga Tabung Haji hari ini telah mengumumkan Bonus Bagi Tahun Kewangan 2013 kepada para pendeposit dengan kadar sebanyak 6.0% sebagai Bonus Tahunan dan tambahan Bonus Haji sebanyak 2.0%.
Pemberian bonus tahun ini selain daripada menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di ianya juga memberi keutamaan kepada majoriti akaun para pendeposit yang belum menunaikan haji.

*** Petikan dari web Lembaha Tabung Haji ***

Alhamdulillah...walau dah tinggal seredak-seredak ja lagi.

Tambahan Bonus Haji 2% untuk pendeposit yang belum menunaikan haji lagi.  Tapi tak pasti ditujukan kepada yang dah daftar pi haji sahaja atau kepada kesemua pendeposit yang belum pi haji lagi.

Melaka - Hari 2: Melaka Duck Tours

Image
Selepas melawat Muzium Samudera, ada lebih kurang 10 minit lagi sebelum jam 11 kami bergegas ke Itik. Ishhh... dok sebut Itik lagi nie dia Melaka Duck Tours.Kenderaan dua alam, darat dan air ~ bila nak buat tiga alam, boleh terbang sekali.
 Sampai sana masih tak boleh naik lagi. Penjaga sedang perbetul skrew apa yang patut atas tu. Tak berapa lama dapat lah naik. Mula-mula kami dengan sekeluarga bangsa cina sahaja naik

Ingat kami saja yang ada tapi tak berapa lama tetiba penuh dengan pelawat dari Taiwan kot. Baru kereta kacukan nie jalan.
Punyalah bising enjin dia. Mula-mula dia melalui jalan raya dihadapan Dataran Pahlawan dan kemudian membelok ke arah laut. Layanzzz gambar kat bawah... tak tau nak cerita apa dah.

Sebelum masuk kelaut kereta nie berhenti dulu, tukar driver. Tadi driver kereta, sekarang driver bot pula. Cuaca masih tak menentu, hujan mula renyai-renyai. Tak dapatlah lihat langit biru kat Melaka nie.

Ketika nie Nur fatini tidor, boleh dia tidoq dengan enjin bising cam…

Melaka - Hari 2: Muzium Samudera

Image
Sementara nak menunggu nak naik Itik, macam-macam boleh lihat kat Bandar Hilir nie. Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Samudera. Jalan kaki saja, tak jauh pun dari menara Taming Sari, lebih kurang 300 meter.
Kat kawasan nie ada 3 buah muzium yang guna satu tiket ja. Mula-mula masuk replika kapal Portugis, Flor De La Mar.

Kat dalam nie diletakkan arca dan juga sedikit artifek menceritakan sejarah lama Melaka. Layan gambar kat bawah.
Banyak info kat dalam nie, kalau malas baca disediakan headphon yang boleh menerangkan setiap benda kat situ ~ kena sewa alat tu.

Masuk dalam kapal nie boleh tahan juga naik turun tangga.


Keluar sahaja dari kapal nie terus pula ke sebuah lagi muzium, Muzium Samudera fasa II. Kali nie tak kena panjat dah. Muzium nie lebih kepada hidupan laut dan kehidupan di Melaka.

Kedua-dua muzium yang kami masuk kebanyakan mempamerkan arca, gambar dan juga poster-poster maklumat mengenai sejarah Melaka. Tak banyak artifek sebenar yang di pamerkan. Tak berapa best la.

Mu…

Melaka - Hari 2: Menara Taming Sari

Image
Hari kedua di Melaka. Kali ini keluar dekat sahaja. Ke Bandar Hilir. Tak jauh dari hotel dalam 300M. Sebelum tu pekena makan pagi dulu dan diteruskan perjalanan dengan mutumit sahaja ~ dah dekat.

Banyak benda yang baharu kat sini. Dulu sampai sini cuma ada gerai makan dan cenderamata keliling dataran. Sekarang macam-macam ada. Destinasi pertama Menara Taming Sari. Nak tengok Bandaraya Melaka dari atas.
Macam biasa ambil tiket dulu dan tak bayah beratur masuk ruang duduk menara. Orang tak berapa ramai.
Sebelum masuk ke kokpit menara ambil gambar dulu berskrin hijau. Biasalah depa akan cetak. Nak beli boleh tak nak pun tak pa.
Duduk tak berapa lama, kami diangkat naik. Dapatlah tengok bandaraya Melaka dari atas dan juga sekitar Bandar Hilir yang penuh dengan sejarah. Cuaca masih lagi suram, awan pun asyik putih jaaa.

Pergerakan keatas secara berpusing. Bukan pusing laju tuuu, mau termuntah.  Pusing perlahan saja. Sampai kat atas dia akan berhenti sekejap sebelum turun.


Dari naik hingga…

Melaka - Hari 1: Ikan Bakar Umbai

Image
Hari nie aktiviti makan saja. Nak jalan-jalan pun tak berapa ada mod, lagi pun kat luar dok hujan ja. Selepas check in hotel, rehat sekejap. Malam sikit keluar pulak. Kali nie pun jalan-jalan cari makan. Makan malam pula.

Malam nie keluar jauh sikit dari bandaraya Melaka menuju ke Umbai. Kali nie pun rujuk ke internet juga, review tempat makan seafood menarik. Melalui Jalan Padang Temu ke Umbai. Tak jauh pun tapi dia punya simpang tak berapa meriah dan sedikit gelap. Ada sign board tulis Dataran Ikan Bakar Pernu-Umbai. Selalu sebut Ikan Bakar Umbai ja.
Kona masuk boleh kata dalam juga dan dekat nak hujung akan nampak cerah kedai menjual cenderamata dan macam-macam lagi ~ tak singgah pun. Selepas melepasi kedai cenderamata akan bertemu dengan sederet beberapa kedai ikan bakar. Yang mana sedap? Yang banyak di review ialah restoran yang hujung sekali ~ tak join dengan yang lain. Kereta boleh jalan sampai hujung dan banyak lagi parking kat situ. Bertemulah dengan restoran Ikan Bakar Param…